You are on page 1of 3

AJARAN AYAH PIN

Tajuk :
Ajaran Ayah Pin

Isu :
Ajaran Ayah Pin adalah sesat,menyeleweng dan membawa kepada rosaknya akidah.
Kerana itu hendaklah orang ramai menghindarkan diri dari terbabit dengannya.

Fatwa :

Bahawasanya menurut Seksyen 26 (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama


Islam 1986 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan telah perkenan supaya fatwa
yang terkandung di dalam ini disiarkan dalam Warta.

Oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen
25, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis
Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan
fatwa berikut :

1. Bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu, sesat, menyeleweng
dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam serta
merosakkan akidah.

2. Oleh yang demikian orang ramai di negeri ini hendaklah menghindar diri
daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah Pin tersebut.

Rujukan Pewartaan : No. 1461.

Tarikh Pewartaan : 4 Disember 1997

KETERANGAN :

Antaranya :

1. Beliau mengaku tidak belajar agama,


2. Beliau berpegang kepada ajaran yang salah serta bertentangan dengan Syara',
3. Beliau pernah menyatakan bahawa " Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi
Muhammad saw yang berguru dengan Jibril". Dakwaan ini salah dan palsu serta
bertentangan dengan ajaran Islam dan menghina Syara'.
4. Beliau mengaku mengajar. Ajaran serta pengangannya adalah sesat dan
bertentangan dengan hukum Syara'.
5. Mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.
6. Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur,Taurat dan Injil dan menjadikan AlQuran.
7. Bongkar Quran dahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua puluh.
8. Setiap kali Sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di
hadapan.
9. Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.
10.Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan
menerima syahadah secara langsung dengan Tuhan.
11.Beliau mendakwa, di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin
manusia melainkan Ayah Pin seorang.
12.Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana
dia memegang segal kunci-kunci akhirat.
13.Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada
berzikir dan bersembahyang.
14.Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati
kepada Ayah Pin.
15.Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi dahului untuk menentukan
bagi simati syurga atau neraka.
16.Setiap kali berhimpun di Gua Bayu, Gua Musang, Kelantan. Sebiji Quran akan
dibakar dan abunya akan dilumur pada tubuh Ayah Pin.
15.Percaya sesuatu mesti lihat dahulu, belum lihat tidak boleh percaya. Seperti
dalam rukun iman, Ayah Pin mengaku :i. Percaya kepada Allah ialah dengan kita kenal atau cam dia.

ii. Beriman kepada Rasul ialah dengan cara berjumpa dengan Rasul-Rasul.
iii. Kitab Al-Quran adalah cantuman daripada empat kitab.
iv. Malaikat dijadikan daripada Nur Muhammad dan malaikat seperti manusia.
v. Ayah Pin tidak percaya adanya langit dan bumi digulung atau dihancurkan pada
hari kiamat sebab belum berjumpa lagi.
vi. Pegangan Ayah Pin ialah setelah dia buat semua, dapatlah Qada' dan Qadar
masing-masing bahagian.

You might also like