You are on page 1of 2

PENDAHULUAN

Ayah Pin atau nama sebenarnya , Ariffin Mohamad , merupakan seorang pengamal ajaran
sesat di Malaysia . Beliau ialah pengasas kepada Kerajaan Langit . Ia merupakan salah satu
dari kumpulan ajaran sesat .
Beliau dilahirkan di Beris, Kelantan , sebuah negeri utara di Malaysia . Ayah Pin telah
mengaku dirinya Tuhan kepada semua agama (Islam , buddha , hindu , Kristian dan
sebagainya) dan beliau juga telah mendakwa telah menerima wahyu daripada langit
sebagai tanda untuk menyebarkan ajaran itu di muka bumi ini . Beliau hanya bersekolah
sehingga darjah 2 , bermakna beliau tidak menyambung belajar selepas itu namun ramai
pengikutnya menganggapnya tuhan kerana segala apa yang beliau buat adalah dari langit .
Oleh itu , Ayah Pin dilayan seperti Raja , semuanya sempurna seperti di kayangan . Beliau
juga berkahwin seawal usia 13 tahun . Beliau tidak tau langsung hal agama kecuali
muqaddam sedikit .
Jabatan Agama Islam Terengganu mengisytiharkan ajaran Ayah Pin palsu , sesat dan juga
menyeleweng , pada Disember 1997 . Beliau pernah dihukum penjara selama 11 bulan pada
tahun 2001 . Pada tahun 2002 , selepas tamat tempoh beliau dipenjarakan , Ayah Pin dan
pengikutnya mula melakukan penyebaran ajaran sesatnya itu sekali lagi . Ayah Pin
berkahwin sebanyak 4 kali , mempunyai 4 isteri tetapi isteri pertama beliau telah meninggal
dunia pada 2012 . Mereka dikurniakan 21 orang anak hasil dari perkahwinan tersebut .
Beliau telah meninggal dunia pada tahun 2016 akibat sakit tua iaitu angin ahmar .

TEMPAT PERKEMBANGAN
Mereka tidak bertumpu pada satu tempat sahaja tetapi sentiasa bergerak menyebarkan
ajaran mereka , antara tempat sasaran kumpulan ini adalah ;
I. Batu 13, Tenang, Besut, Terengganu
II. Felda Jerangau, Jerangau, Terengganu
III. Kg. Pasir Panjang, Terengganu
IV. Kg, Nibong, Sungai Tong, Terengganu

ISI KANDUNGAN AJARAN


1. Tuhan adalah manusia
2. Tidak perlu percaya kepada Rasulullah kerana Rasulullah adalah manusia biasa dan
kita oleh mengatasinya dengan cara berzikir
3. Berzikir lebih afdhal daripada sembahyang lima waktu
4. Syurga adalah terhad kepada pengikutnya sahaja dan hanya Ayah Pin boleh tentukan
5. Sembahyang 5 waktu tidak wajib
6. Pernah mengaku dirinya Tuhan
7. Mendakwa dirinya pernah mikrah ke langit dan duduk di aatas arasy
8. Mendakwa dirinya akan menjadi perdana Menteri di akhirat nanti
9. Pergi ke mekah menunaikan haji hanya sia sia sahaja
10. Waktu subuh Panjang sehingga masuk waktu zuhur
11. Kiamat tidak akan berlaku kerana Allah tidak bodoh menjadikan akam kemudian
memusnahkannya
12. Jika seseorang itu hendak menjadi islam , hendaklah menjadi kafir dulu
13. Al-Quran yang sekarang adalah tidak benar .

KAEDAH BERZIKIR
Amalan berzikir kuat ini dilakukan secara beramai-ramai di markas . Ianya diadakan pada
waktu tengah malam kira kira 2 pagi hingga hamper waktu subuh . Bermula dengan irama
yang perlahan kemudian menjadi semakin kuat .

KESIMPULAN

You might also like