You are on page 1of 9

Laporan Projek

1.0 Pengenalan
Dalam tugasan projek SCE3111 Penilaian Dalam Pengajaran Sains ini kami
dikehendaki menyiapkan satu tugasan secara berpasangan untuk membina dan
mentadbir satu ujian sains sekolah rendah yang mengandungi 15 item objektif dan 3
item struktur. Untuk melaksanakannya kami telah memilih sains tahun 5. Untuk
membina dan mentadbir ujian tersebut terdapat beberapa proses yang kami perlu
lakukannya.Terdapat prosedur dalam penilaian standard yang perlu kami lalui iaitu
proses
i. Menyediakan jadual spesifikasi ujian(JSU)
ii. Membina item ujian
iii. Sediakan skema permarkahan
iv. Semak item
v. Tadbirkan Ujian
vi. Semak kertas jawapan
vii. Analisa keputusan ujian mendapat maklumat item dan memperbaiki
pengajaran.

1.1 Proses 1- Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Dalam membina ujian proses pertama yang perlu dilakukan ialah pembinaan JSU.
Pembinaan JSU ini bertujuan untuk mengelakkan ujian yang dibina secara
sembarangan.Ini dapat menjamin dan kebolehpercayaan ujian yang dibina juga
sebagai satu panduan dan penentu kepada kami bagi menentukan bidang serta
pemberatan yang akan diberi dalam pembinaan item ujian.JSU ini juga dapat
memantapkan taraf aras kesukaran juga dapat mengimbangi item soalan mengikut
konstruk Taksonomi Bloom.Untuk pembinaan JSU ini kami telah mengikut 6 langkah
seperti yang dihuraikan dalam tugasan proses pembinaan JSU.





1.2 Proses 2- Pembinaan atau Penulisan Item Ujian

Setelah siap menyediakan JSU,item-item ujian sedia untuk ditulis. Terdapat
beberapa prinsip bagi pembinaan item ujian sains dan boleh digunakan untuk
menulis item-item ini iaitu:
i. Arahan menjawab bagi setiap item ringkas dan mudah difahami murid.
ii. Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya murid dapat memahami
maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut,yang seterusnya
akan membantu murid memberikan jawapan seperti yang dikehendaki
soalan.
iii. Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan spesifik
daripada tajuk sains
iv. Soalan dalam bentuk item pernyataan tidak benar, kecuali, arahan bagi
soalan tersebut dihitamkan tebal.
Semasa pembinaan ujian ini kami juga telah sediakan skema permarkahan dan
sebelum ujian ini ditadbir kami berdua telah melakukan semakan item
-Item Ujian yang dibina dilampirkan

1.3 Proses 3- Pentadbiran item ujian dan menyemak kertas ujian

Untuk mentadbir item ujian yang dibina ini, kami telah memilih kaedah uji dan uji
sekali lagi (Test Retest Method). Seramai 30 orang murid tahun 5 telah dipilih untuk
menjawab soalan tersebut dan diberi sebanyak dua kali iaitu selang sehari.Pada hari
Selasa (18/03/2014) dan Khamis (20/03/2014). Disebabkam kami berlainan sekolah
jadi kami telah mengagihkan bilangan murid dimana Pn Hasniza telah mentadbir
ujian pada 15 orang murid tahun 5 dari kelas yang pandai dan sederhana manakala
Pn Nor Azian telah melakukan ujian pada 15 orang murid tahun 5 dari kelas yang
sederhana dan lemah




1.4 Proses 4- Analisis Kajian item ujian yang dijalankan

Untuk menjamin item yang dibina dan digubal ini mempunyai ciri-ciri
kebolehpercayaan,keobjektifan tercapai, maka Daripada dua ujian yang dijalankan
menggunakan kaedah test retest method analisis indek kebolehpercayan ujian,
seperti jadual 1. Keputusan yang diperolehi ialah: 0.01 dimana indeknya ialah < 0.20
ini bermakna ujian ini tidak baik.
Kelemahan kelemahan item ini boleh diperbaiki dengan maklumat yang
diperolehi daripada analisis indek kesukaran(p) dan indeks Diskriminasi(d) serta
indek kesukaran Penggangu (IKP) dikira bagi setiap item untuk menentukan kualiti
sesuatu item, sama ada item itu benar-benar sesuai digunakan atau sebaliknya.

No. Item Jum Jawapan Betul,
(n)
Indeks Kesukaran,
(p)
Aras kesukaran
1 10 0.33 Sukar
2 3 0.1 Terlalu Sukar
3 23 0.77 Mudah
4 16 0.53 Sederhana
5 25 0.83 Terlalu Mudah
6 15 0.5 Sederhana
7 24 0.8 Mudah
8 29 0.97 Terlalu mudah
9 27 0.9 Terlalu mudah
10 20 0.67 Mudah
11 23 0.77 Mudah
12 18 0.6 Sederhana
13 2 0.07 Terlalu sukar
14 19 0.63 Mudah
15 9 0.3 Sukar
Jadual 2 Indeks Kesukaran, (p) Ujian


No Item beza Jawapan Betul
(Ru-RL)
Indeks Diskriminasi
(d)
Tafsiran Kuasa
Diskriminasi
1 5 0 : 5 0.63 Tinggi
2 1- 0: 1 0.13 Rendah
3 6- 6 : 0 0 Tiada
4 6- 3 : 3 0.38 Sederhana
5 8- 5 : 3 0.38 Sederhana
6 5- 3 : 2 0.25 Sederhana
7 8- 5 : 3 0.38 Sederhana
8 8- 8 :0 0 Tiada
9 7- 6 : 1 0.13 Rendah
10 6- 5 :1 0.13 Rendah
11 8- 3 : 5 0.63 Tinggi
12 6- 5 : 1 0.13 Rendah
13 2- 0 : 2 0.25 Sederhana
14 8- 3 : 5 0.63 Tinggi
15 4- 1 :3 0.38 Sederhana
Jadual 3 Indeks Diskriminasi, (d) Ujian

Dari Jadual 2 dan 3 diatas datanya digabungkan untuk memperolehi keputusan
sesuatu item itu perlu dibaiki atau item itu baik dikekalkan adalah merujuk seperti
jadual dibawah

Kuasa Diskriminasi
(d)
Aras Kesukaran (p)
Tinggi Sederhana Rendah
0 =<0% Perlu dibaiki Perlu dibaiki Perlu dibaiki
0%<ID<30% OK(kekalkan) Perlu dibaiki OK(Kekalkan)
ID>=30% OK (kekalkan) OK (kekalkan) OK (kekalkan)
Rajah 4 : Keputusan keesahan item soalan merujuk kepada kuasa indeks
diskriminasi (d) dan aras kesukaran (p)


No
Item
Indeks
Kesukaran,
(p)
Aras
kesukaran
Indeks
Diskriminasi
(d)
Tafsiran Kuasa
Diskriminasi
Keputusan
1 0.33 Sukar 0.63 Tinggi Kekal
2 0.1 Terlalu Sukar 0.13 Rendah Kekal
3 0.77 Mudah 0 Tiada Baiki
4 0.53 Sederhana 0.38 Sederhana Kekal
5 0.83 Terlalu Mudah 0.38 Sederhana Kekal
6 0.5 Sederhana 0.25 Sederhana Baiki
7 0.8 Mudah 0.38 Sederhana Kekal
8 0.97 Terlalu mudah 0 Tiada Baiki
9 0.9 Terlalu mudah 0.13 Rendah Kekal
10 0.67 Mudah 0.13 Rendah Kekal
11 0.77 Mudah 0.63 Tinggi Kekal
12 0.6 Sederhana 0.13 Rendah Baiki
13 0.07 Terlalu sukar 0.25 Sederhana Kekal
14 0.63 Mudah 0.63 Tinggi Kekal
15 0.3 Sukar 0.38 Sederhana Kekal
Rajah 5 Keputusan keesahan item soalan.

Berdasarkan analisis item diatas, Item no 13 indeks kesukaran 0.07 terlalu sukar
dikekalkan kerana indeks diskriminasi berada pada tahap kuasa sederhanan. Hal ini
terjadi kerana pada pilihan di ruang rangsangan(stimulus) adalah songsang
dengan ruangan pilihan jawapan seperti rajah dibawah.


Stimulus
Ini yang menyebabkan item ini mempunyai indeks kesukaran terlalu sukar.Tetapi
kuasa diskriminasi:0.25 adalah sederhana kerana item ini dapat mendiskriminasikan
soalan murid kumpulan cemerlang menjawab lebih tinggi berbanding kumpulan rendah
dengan lebih baik.
Item no 14 merupakan item soalan yang baik kerana indeks kesukaran : 0.63
berada pada tahap mudah tetapi indeks kesukaran pengganggu B,C dan D adalah baik
kerana dapat menarik lebih 5% calon untuk memilihnya kerana ini item soalan ini
mempunyai kuasa indeks diskriminasi :0.63, tinggi menunjukkan murid berpencapaian
tinggi dapat menjawab item ini dengan lebih banyak berbanding murid berpontensi
rendah jadi keesahan item ini lebih baik.
Mengikut indeks kuasa diskriminasi terdapat 3 item yang berada pada kuasa
diskriminasi rendah tetapi berada pada aras indeks kesukaran rendah dan sukar
dikekalkan untuk mencabar kaedah pengajaran guru contohnya item no 2 ini
membuktikan penekanan isi kandungan bagi topik mikroorganisma bernafas hanya
ditekankan pada yis bernafas tidak pada jenis mikroorganisma yang lain misalnya
bakteri,protozoa dan virus.Indek kesukaran pengganggu(IKP) bagi pilihan A:0.4 dan
C:0.43 adalah tidak baik kerana banyak menjadi pilihan jawapan murid.Soalan bergini
akan juga mencabar guru menambahkan kepelbagaian teknik atau kaedah pengajaran
dalam topik tersebut. Manakala item no 9,dan 10 dikekalkan kerana aras kesukaran
mudah ini memberi peluang kepada murid kumpulan rendah untuk mendapatkan
markah.
Daripada analisis ke dua indeks diatas, mengikut indeks diskriminasi, d terdapat
2 item soalan berada tahap tiada kuasa (0) diskriminasi iaitu item soalan 3 dan 8.
Manakala 2 item soalan berada pada tahap kuasa diskriminasi sederhana tetapi
dibawah 30% dan aras kesukaran sederhana iaitu item nombor 6 dan 12.Ini bermakna
4 item ini perlu dibaiki itemnya supaya menjadi lebih baik untuk dikekalkan dalam item
soalan ujian.



Analisis Item Yang Perlu Di baiki
Item nombor 3
3.


Pernyataan di atas menunjukkan bahawa
A kulat adalah benda hidup C kulat mudah merebak
B kulat bergerak D kulat terlalu halus
Item nombor 3,ini mempunyai indeks kesukaran, p : 0.77 dan indeks diskriminasi, d: 0
bermaksud item ini mudah dan tiada kuasa indeks diskriminasi ini menunjukkan
perbezaan antara murid kumpulan cemerlang dengan murid lemah tidak dapat
dibezakan dengan baik. Indeks kesukaran penggangu (IK) bagi pilihan pengganggu B: 0
ini bermaksud pengganggu ini perlu diubahsuai supaya dapat menarik calon
memilihnya.Cara terbaik adalah mengubah pengganggu atau rangsangannya diubah
dalam bentuk gambarrajah.
Item Nombor 6
6. Antara berikut, yang manakah menjadi penyebab penularan demam campak?
I Bersin
II Sentuhan secara terus
III Makan makanan yang kurang baik
IV Berkongsi barangan peribadi seperti tuala
A I dan III sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja
Kita perlu menggunakan kanta pembesar untuk melihat
kulat di atas roti.
Item nombor 6,ini mempunyai indeks kesukaran, p : 0.5 dan indeks diskriminasi, d: 0.25
bermaksud item ini sederhana dan kuasa indeks diskriminasi juga sederhana ini
menunjukkan perbezaan antara murid kumpulan cemerlang dengan murid lemah tidak
dapat dibezakan dengan baik. Item soalan ini kurang baik dan perlu dibaiki kerana murid
lebih banyak meneka untuk mendapatkan jawapan.Indeks kesukaran penggangu (IKP)
bagi Item ini adalah baik. Cara terbaik adalah mengubah stem soalan perlu diperbaiki
susunan ayatnya menjadi lebih mencabar minda murid iaitu menukar perkataan
penyebab kepada faktor atau menghitam tebalkan perkataan penyebab penularan
demam campak
Item Nombor 8
8. Rajah 3 menunjukan roti yang ditumbuhi kulat.




Ramalkan akan berlaku jika Dolah makan roti tersebut. Dia akan
A cacar C keracunan makanan
B gigi rosak D batuk
Item nombor 8,ini mempunyai indeks kesukaran, p : 0.97 dan indeks diskriminasi, d: 0
bermaksud item ini tiada indeks diskriminasi, menunjukkan perbezaan antara murid
kumpulan cemerlang dengan murid lemah tidak dapat dibezakan dengan baik, dari
indeks kesukaran item ini terlalu mudah, ini kerana Indeks kesukaran penggangu (IK)
bagi pilihan pengganggu A dan B: 0 manakala D ialah 0.03 ini bermaksud pengganggu
ini perlu diubahsuai supaya dapat menarik calon memilihnya. Cara terbaik ialah
menggubah Pengganggu yang lemah ini kepada penggangu yang lebih mencabar
murid.


Rajah 3
kulat
Item Nombor : 12
12. Emelia membela beberapa ekor arnab.Ibu arnab telah melahirkan 3 ekor anak
arnab yang comel,setelah kelahiran si ibu telah mati. Apakah yang perlu Emelia
lakukan supaya anak arnabnya tidak mati.
A. Memberi anak arnab susu C Memandikan anak arnab
B. Memberi anak arnab lobak merah D Memberi anak arnab air

Item nombor 12 ,ini mempunyai indeks kesukaran, p : 0.6 dan indeks diskriminasi, d:
0.13 bermaksud kuasa diskriminasi berada pada tahap rendah, dan item ini aras
kesukarannya sederhana, ini kerana Indeks kesukaran penggangu (IKP) bagi pilihan
pengganggu C :0 bermaksud pengganggu ini perlu diubahsuai supaya dapat menarik
calon memilihnya. Cara terbaik ialah menggubah Pengganggu yang lemah ini kepada
penggangu yang lebih mencabar murid, atau mengubah bentuk stem soalan dengan
meletakan rangsangan gambarrajah.

Kesimpulan

Keputusan yang diperolehi bagi indek kebolehpercayan ujian ialah: 0.01 dimana
indeksnya ialah < 0.20 bermakna ujian ini tidak baik.Hal ini berlaku kerana item soalan
yang dibina peratusan mengikut indeks aras kesukaran tidak seimbang dimana item
soalan terlalu mudah (3), mudah (5) Sederhana (3) Sukar (2) dan terlalu sukar (2).
Manakala mengikut kuasa indeks diskriminasi tinggi 3 item, Sederhana 6 item tiada
kuasa 2 item dan rendah 4 item juga tidak seimbang sebaiknya item yang sangat baik
mempunyai indek kuasa diskriminasi yang tinggi.

You might also like