You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PUYU TAHUN 2011 KALI KETIGA

Tarikh : 13 OKTOBER 2011 Hari Masa : Khamis : 1.45 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat KEHADIRAN 1. 2. 3. 4. Pn. Rohaya bt. Jaafar (PK HEM) Pn.Suriani bt. Mahamud (Penyelaras SPBT) Pn.Halimaton Saadiah bt. Hamid (SU 1) Pn. Siti Zabaniah bt. Abd. Rahman (SU 2)

HADIR : Semua guru kelas AGENDA : 1.0 Ucapan aluan Pn. Rohaya bt. Jaafar (GPK HEM) 2.0 Perbincangan pemulangan skim pinjaman buku teks 3.0 Perkara-perkara berbangkit 4.0 Ucapan penangguhan

1.0

Ucapan GPK HEM 1.1 Pn Rohaya Bt. Jaafar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada penyelaras dan jawatankuasa SPBT 2011 sepanjang menguruskan SPBT pada tahun ini. Beliau mengharapkan pelaksanaan akhir tahun diselesaikan dengan baik dan sifar masalah SPBT.

2.0

Perbincangan Pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks 2.1 Pn.Suriani memaklumkan bahawa tarikh pemulangan buku teks pada 3 November 2011 dan tindakan adalah daripada semua guru kelas. Guru kelas perlu memberi peringatan kepada murid-murid agar memeriksa buku-buku dan mencari semua buku supaya cukup bilangan buku seperti yang dipinjam. 2.2 Pn.Suriani memaklumkan tarikh penyerahan buku teks kepada murid pada 9 November 2011.

2.3 Puan Suriani mengutarakan masalah yang dihadapi oleh pihak SPBT. Antaranya, murid tidak membalut buku teks yang dipinjam. Oleh yang demikian Puan Suriani mencadangkan pendekatan ugutan sebagai percubaan supaya murid membalut buku teks/buku aktiviti dimana buku teks tidak akan diserahkan kepada murid yang tidak membalut buku teks. 2.4 Borang G akan diedarkan kepada semua guru kelas. Borang tersebut perlu diisi untuk pemulangan buku teks. Guru kelas perlu mengisi bagi semakan buku teks yang hilang. Puan Suriani dan Pn.Halimaton pula akan menguruskan borang murid yang kehilangan buku teks. 2.5 Pn Rohaya meminta semua jawatankuasa SPBT mematuhi jadual pemulangan buku teks dan memastikan guru kelas berada di kelas ketika proses pemulangan buku teks dijalankan. Seterusnya, pemulangan buku teks akan diuruskan oleh Puan Suriani dan jawatanakuasa SPBT. 2.6 Menurut Pn Rohaya lagi, murid yang kehilangan buku teks tidak akan diberi pinjaman buku teks pada tahun 2012 melainkan murid tersebut membayar ganti rugi dalam bentuk wang atau buku teks. 2.7 Seterusnya, perbincangan terhadap masalah murid yang kehilangan buku teks kemudian mengambil buku teks orang lain. 2.8 Pn Rohaya turut mengingatkan beberapa perkara yang perlu diambil tindakan susulan oleh guru-guru. Ia adalah laporan akhir unit SPBT, perancangan taktikal dan laporan separuh penggal kedua. Laporan hendaklah dihantar dalam format seperti format laporan pusat sumber.

3.0

Perkara-perkara berbangkit 3.1 Mesyuarat memutuskan tindakan akan diambil kepada murid yang tidak membalut buku teks dimana murid akan membalut buku teks semasa proses pemulangan buku teks pada 3 November 2011. Jika murid tidak dapat membalut buku teks, mereka akan diberi tempoh sehingga 9 November 2011. Sehingga tarikh tersebut, murid yang masih juga tidak membalut buku teks akan dipanggil berjumpa GPK HEM. 3.2 Pn Suriani berpendapat, punca masalah murid tidak membalut buku teks adalah kerana sikap malas mereka. 3.3 Puan Suriani memberitahu bahawa buku aktiviti tahun 1 sudah sampai dan diterima oleh pihak sekolah. 3.4 Puan Suriani mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa SPBT yang telah hadir dalam mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

_______________________ (Pn.Halimaton Saadiah bt. Hamid) Setiausaha SPBT 2011

__________________ (Pn.Suariani bt. Mahamud) Penyelaras Unit SPBT

You might also like