You are on page 1of 9

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN

DOKUMENTASI DAN LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU KHIDMAT MASYARAKAT FASA KE-3

PISMP MATEMATIK SEMESTER 3 (P3D) LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU KHIDMAT MASYARAKAT

Nama Program Tarikh Hari Tempat

: Program Bina Insan Guru Khidmat Masyarakat Fasa 3 : 22 Mei 2013 : Rabu : Pusat Latihan Kokurikulum IPG Kampus Sultan Abdul Halim (PULAKO)

Kumpulan

: P3D - Matematik

LAPORAN AKTIVITI

Pada hari Rabu yang lepas bersamaan 22 Mei 2013, kumpulan kami iaitu P3D telah melaksanakan Program Bina Insan Guru Khidmat Masyarakat Fasa 3 yang merupakan salah satu program wajib yang perlu kami tempuhi semasa menjalani latihan Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP). Program ini telah dijalankan bertempat di Pusat Latihan Kokurikulum Tunku Putra (Pulako) yang terletak di dalam IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Program ini bertujuan bagi melahirkan guru berlatih yang mempunyai visi dan misi, berdisiplin, bertanggungjawab, berdedikasi, berpewatakan dan berkeperibadian mulia di samping mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti masyarakat. Walaupun kumpulan kami seramai 23 orang ahli, akan tetapi kami telah dipecahkan kepada tiga buah kumpulan kecil semasa menjalani program ini. Hal ini disebabkan terdapat beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan sepanjang perancangan kertas kerja yang dijalankan. Bagi kumpulan pertama, mereka telah terpilih untuk menjalankan Program Bina Insan Guru ini di Alor Setar iaitu dengan membuat persembahan koir sempena sambutan Hari Guru di sana. Seramai enam orang yang menyertainya iaitu Amri bin Ali, Chua Soo Wey, Elsey Gani, Lam Pui Han, Nellson Joumin dan Tan Kai Kee. Manakala yang selebihnya dikehendaki berkumpul tepat pada pukul 8.30 pagi pada hari tersebut di Pulako. Setelah mendengar taklimat ringkas daripada Encik Norizan, kami yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan telah bertolak ke tempat masing-masing iaitu kumpulan kedua merangkumi seramai lapan orang dikehendaki bertugas di kawasan kuarters dan kumpulan ketiga yang mempunyai sembilan orang ahli bertugas membersihkan kawasan di bilik Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

Gambar 1: Taklimat ringkas daripada Encik Norizan

Gambar 2: Guru Pelatih sedang khusyuk mendengar taklimat

Bagi kumpulan yang bertugas di kawasan kuarters, iaitu seramai lapan orang terdiri daripada Nur Hayati binti Hamdin, Fatimah Azaharah binti Mohamad, Siti Nor Asmidar binti Zakaryansor, Lau Hao Sean, Khairul Imran bin Kamarulzaman, Mohd Shazwan bin Sulaiman, Wong Xun Xiang dan Augustine a/k Singga telah bergerak ke kuarters bagi menerima arahan yang selanjutnya daripada kakitangan di sana. Setibanya kami di sana iaitu tepat pada pukul 9.00 pagi, kami telah memulakan tugasan kami untuk mengemas di bilik penyimpanan barangbarangan sukan seperti jersi, bola, enjin dan sebagainya. Disebabkan terlalu banyak barang yang perlu disusun, kami berpecah kepada dua kumpulan. Bagi kumpulan yang pertama yang terdiri daripada kaum perempuan, mereka dikehendaki mengkategorikan baju dan seluar jersi bola mengikut pasangan nombornya dan seterusnya menggantungkannya supaya lebih kemas dan tersusun. Manakala bagi kumpulan yang kedua pula, mereka dikehendaki mengemas dan mencuci bilik tersebut supaya bebas daripada habuk dan sampah.

Gambar 3: Aktiviti penyusunan baju-baju jersi bola

Gambar 4: Aktiviti mengelap rak-rak alatan

Setelah selesai tugasan tersebut, kami meneruskan lagi aktiviti pembersihan di bahagian dua buah bilik yang bersebelahan dengan bilik stor tersebut. Sama juga keadaannya dengan bilik yang pertama tadi, kami dikehendaki mengemas dan mengemop lantainya agar bersih. Peralatan-peralatan di dalam bilik tersebut seperti kotak ais Coleman juga perlu dilakukan pembersihan. Barang-barang seperti peti sejuk dan almari telah diubahsuaikan tempatnya mengikut kesesuaian. Setelah selesai kesemuanya, kami meneruskan lagi aktiviti kami dengan mencuci kanvas dan menyapu sampah di hadapan bilik-bilik tersebut. Tepat pada pukul 1.30 tengah hari, kami telah selesai kesemua tugasan dan diberi kebenaran untuk berehat dan solat.

Gambar 6: Aktiviti mengelap lantai

Gambar 5: Aktiviti mencuci kotak ais coleman

Gambar 7: Aktiviti mencuci kotak ais coleman

Gambar 8: Aktiviti memindahkan peti sejuk

Gambar 9: Aktiviti membersihkan peralatan

Manakala bagi kumpulan yang kedua pula yang terdiri daripada Azelin binti Abdul Majid, Nurul Hani binti Mohd Azizi, Norashikin binti Mohd Zulkarnain, Muhammad Ikhwan bin Saaroni, Wan Zul Azizi bin Wan Ahmad, Mohd Aqil Hifzhan bin Murad, Epredjolly Justin, Kugan a/l Mahendran dan Maggeshwararajen a/l Rajendran, telah pergi bergerak bersama-sama dengan Puan Shazlina menuju ke arah bilik Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) yang terletak jauh daripada Pulako iaitu berhampiran dengan Dewan Makan. Setibanya kami di sana, kedatangan kami disambut baik oleh penyelia bilik tersebut iaitu Puan Noraini. Tanpa melengahkan masa, Puan Noraini kemudiannya memberi penerangan ringkas berkaitan dengan tugasan yang perlu kami laksanakan di sana.

Gambar 10: Keadaan di dalam bilik RBT

Sewaktu membuka pintu bilik tersebut, kami semua kelihatan agak terkejut apabila melihat keadaan bilik RBT buat kali pertamanya. Keadaannya sangat berhabuk, kotor dan peralatan seperti rak kayu berselerak di merata tempat. Bukan setakat itu sahaja peralatanperalatan terlalu banyak sehingga menjadikan bilik RBT itu sempit. Oleh itu, atas arahan Puan Noraini dan Puan Shazlina, kami bertindak untuk mengosongkan salah satu bilik kelas yang terdapat di bahagian hadapan dewan makan. Hal ini bagi menjadikan bilik itu sebagai tempat untuk menyimpan peralatan dari bilik RBT. Bagi memudahkan kerja kami, kami telah membuat satu rangkaian dari kelas yang hendak dikosongkan dengan kelas sebelah. Hal ini supaya kami dapat menghantar kerusi dan meja tanpa perlu bergerak banyak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Alhamdulillah, rancangan bernas kami telah berjalan dengan lancar. Semua kerusi dan meja telah selamat dipindahkan ke kelas sebelah. Seterusnya, guru pelatih lelaki

dikehendaki pergi ke bilik RBT untuk mengambil mesin-mesin jahit untuk diletakkan di dalam kelas tersebut. Manakala, guru pelatih perempuan pula menyapu kelas tersebut dan membuang kotak-kotak yang tidak berguna. Setelah kelas bersih dan kosong, semua mesin jahit kemudiannya diletakkan serta disusun rapi di dalam kelas yang telah dibersihkan tersebut.

Gambar 11: Aktiviti mengosongkan kelas

Gambar 12: Aktiviti membersihkan kelas

Gambar 13: Aktiviti memindahkan mesin jahit

Seterusnya, setelah selesai aktiviti kami diteruskan lagi dengan pembersihan di bilik RBT pula. Di sana, guru pelatih perempuan dikehendaki mengemas semua alatan-alatan kayu dan hasil kerja guru pelatih yang berselerak untuk diletakkan dengan teratur di atas rak dan di atas meja. Habuk-habuk kayu dan pasu yang terbiar di suatu sudut di dalam kelas tersebut juga dibersihkan. Peralatan dan hasil kerja guru pelatih yang rosak dibuang. Bagi guru pelatih

lelaki pula, mereka memotong kaki meja yang terdapat dalam kelas RBT. Sebanyak 4 buah meja yang telah dipotong kakinya. Setelah kaki meja tersebut dipotong dengan kemas, kami pun memindahkan meja tersebut ke dalam bilik di dewan makan. Selain itu, mereka membersihkan habuk-habuk kayu dan hamas baja yang terdapat di luar bilik darjah. Walaupun longgokan hamas baja tersebut berbau, kami tetap memindahkan hamas baja tersebut ke dalam kereta sorong dan menaburkan baja-baja tersebut ke atas pokok yang ada di sekitar IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Gambar 14: Aktiviti memotong kaki meja

Gambar 16: Aktiviti mengemas hasil kayu di rak Gambar 15: Aktiviti membuang alatan kayu yang rosak

Setelah sesi pembersihan tersebut, kami diberikan masa untuk berehat. Dalam masa sejam kemudian, kami pun menyambung kerja kami semula dengan membersihkan bilik RBT secara keseluruhan. Bilik RBT disapu daripada habuk, meja disusun dan kerusi diletakkan di tempat yang sepatutnya. Dua buah kipas besar telah diambil dari stor maktab dan diletakkan di dalam bilik RBT. Selesai sahaja aktiviti pembersihan di bilik RBT, kami pun balik untuk rehat

tengah hari. Pada pukul 2.30 petang pada hari yang sama, kami berkumpul semula di bilik RBT tersebut. Dengan bantuan daripada kumpulan kedua di mana mereka telah menyelesaikan tugasan mereka di kuarters telah datang membantu meringankan kerja kami. Kami bekerjasama menghabiskan segala tugasan yang tergendala pada sebelah paginya. Kami membersihkan bahagian anjung bilik RBT dengan menyapu dan mengemop lantai anjung tersebut. Setelah itu, kami pun membersihkan sinki sinki yang tersumbat dengan hamas baja dan kotoran cat yang melekat di sinki tersebut. Selesai sahaja kerja kami, kami pun menunggu Puan Shazlina. Hal ini kerana beliau perlu datang untuk memerhatikan dan menilai hasil kerja kami dan memastikan keadaan bilik RBT telah selesai dibersihkan.

Gambar 17: Aktiviti membersihkan kawasan sinki

Gambar 18: Aktiviti membersihkan sinki

Gambar 17: Aktiviti membersihkan anjung bilik RBT

Setelah Puan Shazlina menandakan beliau berpuas hati dengan hasil kerja kami, kami kemudiannya dibenarkan untuk bersurai. Walaupun kelihatan penat, tetapi kami agak gembira dan bangga atas usaha yang yang telah dilakukan oleh kami sekelas. Keadaan bilik RBT serta bilik-bilik di kuarters yang sebelumnya suram, kotor dan berhabuk telah bertukar menjadi bilik yang kemas, bersih dan tersusun rapi. Dengan ini, kami telah melaksanakan program Bina Insan Guru kali ketiga dengan jayanya.

Sekian.

Laporan disediakan oleh,

(NUR HAYATI BINTI HAMDIN) AJK Dokumentasi, Pismp Matematik (P3D)

You might also like