You are on page 1of 16

KERJA KURSUS PERGERAKAN ASAS

1.0 PENGENALAN Tujuan pengajaran kemahiran pergerakan asas ialah untuk membolehkan setiap kanakkanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan, iaitu mendorong kanak-kanak untuk mengkaji pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang / masa / kuasa ), melatih kanak-kanak untuk melakukan setiap kemahiran asas dengan betul, serta meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan. Kemahiran-kemahiran asas boleh dikategorikan kepada empat komponen iaitu Kemahiran Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Dalam Kemahiran Pergerakan Asas, kemahiran ini terbahagi kepada dua, iaitu kemahiran lokomotor dan kemahiran bukan lokomotor. 1.1 Kemahiran Lokomotor Kemahiran ini memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain. la dibahagikan kepada dua, iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran ini mengandungi lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata. 1.1.1 Lokomotor beritma sekata 1. Berjalan Pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. 2. Berlari Kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi 3. Melompat (mendarat dengan dua kaki) Pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki 4. Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki) 5. Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki berselangseli) 6. Meloncat Ketika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. 7. Melompat Ketingting Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah. 1.1.2 Lokomotor beritma tidak sekata 1. Skip 2. Melongsor 3. Galop

1.2 Kemahiran Bukan Lokomotor Kemahiran ini adalah kemahiran yang boleh dilakukan tanpa menggerakkan dasar penyokong seseorang. 1.2.1 Membongkok Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada struktur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di Jari-jari tangan, Jari-jari kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket pula membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan dalam bulatan. Sendi Jenis ini terdapat di paha, di pinggul dan di sendi yang menghubungkan bahagian lengan atas dan bahu. 1.2.2 Meregang Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi didefinisikan sebagai pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibelkan atau dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah rentangan melebihi 180 darjah. Contoh-contoh aktiviti untuk membongkok dan meregang: 1. Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. Bermula dengan bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki, tangan dan kaki kepada bahagian besar bahagian badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang. 2. Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong.

1.2.3 Mengilas Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengeliling paksi panjang tanpa menggerakkan dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalarn arah bulatan sahaja. Struktur sendi menentukan bahagian badan yang boleh dikilas. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang. 1.2.4 Memusing Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat. Contoh-contoh aktiviti untuk mengilas dan memusing: 1. Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan, dan leher. 2. Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagal dasar menyokong. 1.2.5 Menolak Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu, dan pinggul. 1.2.6 Menarik Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.

Contoh-contoh aktiviti menolak dan menarik: 1. Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan 2. Tolak satu tangan ke atas , ke bawah , dan ke sisi . 3. Menolak objek seperti pundi kacang dan bola . Guna bahagian badan yang berlainan seperti tangan , siku , dan kaki.

1.2.7 Hayun Hayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titik tengah yang tetap. 1.2.8 Berbuai-buai Pergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan. Contoh-contoh aktiviti untuk hayun dan berbuai-buai: 1. Hayun tangan ke hadapan , ke belakang , atau menyilang badan di dada. 2. Hayun kaki ke hadapan , belakang atau ke sisi menyilang kaki lain. 3. Hayun dengan bergayut pada palang. 4. Berbuai dengan berdiri tegak dan menggerakkan badan ke sisi , ke kiri dan ke kanan. 1.2.9 Rebah Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras sendah . Rebah mungkin merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk merendahkan badan . Rebah yag tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong badan dilepaskan dengan cepat dan secara keseluruhan. Rebah mungkin berbentuk keseluruhan atau separa sahaja. Rebah separa berlaku jika imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar menyokong. Sebaliknya rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati. 1.2.10 Bangkit Untuk bangkit, badan seharusnya mempunyal imbangan, mempunyal dasar menyokong yang stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi.

Contoh-contoh aktiviti untuk rebah dan bangkit: 1. Rebah-duduk berlunjur, condongkan badan ke belakang sehingga bahagian atas badan tidak seimbang lalu jatuh. 2. Berdiri dan dengan perlahan merebahkan badan di atas tilam . 3. Rebah ke hadapan di atas tilam dan berguling. 4. Rebah dan bangkit berulang-ulang kali. 1.3 Kemahiran Manipulatif Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Melalui pembelajaran kemahiran ini, murid-murid dapat mengawal dan mengendalikan pelbagai objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, kayu, reben, gelung kecil, belantan dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz, dan komposisi. Thomas, Lee & Thomas (1988) menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu: 1. Memberi tenaga kepada objek ( melontar, menyepak, merejam, mengumpan,

memukul ) 2. Menguasai objek ( menangkap dan menyambut ) 3. Mengawal objek ( menggelecek dan memantul bola )

2.0 MATLAMAT Amali Pergerakan Asas ini diadakan bertujuan untuk memenuhi silibus matapelajaran Pergerakan Asas yang juga menjadi persediaan asas bagi pelajar-pelajar untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam ujian semester dua nanti. Selain daripada itu, amali ini juga bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada aktiviti pergerakan asas yang lebih mencabar dan kompleks mengikut tahap umur. Diharapkan para pelajar dapat menggunakan sebaik mungkin peluang ini dengan menimba seberapa banyak pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru mengenai pergerakan asas ini. Selain itu juga, melalui tugasan amali yang diberikan secara indvidu, diharapkan guru pelatih mendapat pengetahuan yang maksimum disamping mempraktikkan pergerakan yang betul dalam kehidupan seharian. Semoga amali seperti ini menjadi perintis kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan seterusnya melahirkan insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi. 3.0 OBJEKTIF Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk : 1. Menguji para peserta dari segi kemahiran lokomotor, bukan lokomotor, dan manipulasi alatan. 2. Dapat mengaplikasikan pergerakan asas dalam kehidupan seharian dengan lebih berkesan. 3. Pelajar dapat melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul serta dapat menggabungkan pergerakan menggunakan seluruh anggota badan dalam melakukan sesuatu pergerakan. 4. Melakukan kemahiran dengan cara yang betul dan selamat untuk menjaga dan mendapatkan postur yang baik dalam pergerakan. 5. Memupuk kesungguhan, imej kendiri, keyakinan dan sikap optimis dalam diri pelajar. 6. Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan. 7. Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik. 8. Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran. 9. Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. 10. Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan. 11. Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan. 12. Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan. 13. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. 5.0 Tarikh 30 April 2010 6.0 Tempat Gimnasium Saidina Hamzah 7.0 Kumpulan Sasaran Pelajar Tahun Empat

8.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI Dalam amali pergerakan asas ini, setiap pelajar dikehendaki mencipta 20 pergerakan iaitu 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor. Ini bermakna, setiap pelajar mestilah mempunyai 20 perlakuan yang berbeza-beza. Dalam melakukan pergerakan asas ini, pelajar perlu bergerak memenuhi kesemua ruang dengan memanipulasikan sejenis alatan contohnya alatan seperti bola, tali, reben atau gelung rotan. Pelajar perlu bijak menyusun pergerakan supaya perlakuan yang akan dilakukan mudah dan licin. Pelajar juga boleh melakukan pergerakan mengikut kelajuan iaitu melakukan pergerakan dengan pantas, sederhana pantas mahupun perlahan ataupun mengikut aras iaitu daripada aras tinggi, sederhana dan rendah. 8.1 Pelan lantai Rujuk Lampiran

8.2 Senarai peralatan berat 1) Exercise Mat 2) Bangku panjang 3) Peti Lombol 4) Papan Anjal 5) Skittel 6) Kotak

8.3 Senarai alatan tangan 1) Gelung 2) Belatan 3) Pundi kacang 4) Riben

8.4 Prosedur pelaksanaan demonstrasi Pergerakan 1 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Dirian Bangau Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri tegak 2) Angkat sebelah kaki bersudut 90 darjah 3) Tangan didepakan untuk meningkatkan keseimbangan

Pergerakan 2 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Bola Berputar Alatan : Tiada

Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri tegak 2) Rendahkan badan seperti melutut 3) Depakan tangan ke hadapan dan menyentuh lantai 4) Gulingkan badan ke hadapan sebanyak dua kali 5) Berdiri tegak seperti sediakala.

Pergerakan 3 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Irama gelung Alatan : Gelung (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri tegak sambil memegang gelung dengan tangan kanan 2) Pusingkan gelung bermula dari arah bawah

Pergerakan 4 Jenis pergerakan : Lokomotor Nama pergerakan : Pusingan menggapai langit Alatan : Tilam Cara pelaksanaan : 1) Menahan badan dengan tangan, bermula dengan tangan 2) Pusingkan badan ke arah bertentangan dengan tangan kanan menahan badan 3) Ulang langkah 1 dan 2

Pergerakan 5 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Tepuk pundi Alatan : Pundi kacang (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri tegak sambil memegang pundi kacang 2) Lambung pundi kacang itu ke atas sambil menepuk tangan dua kali

Pergerakan 6 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Jambatan Gantung Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Baring di atas lantai 2) Bengkokkan lutut dan bawa tangan ke belakang

3) Angkat bahagian belakang badan ke atas

Pergerakan 7 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Gerakan harimau Alatan : Pundi kacang (2) Cara pelaksanaan : 1) Posisi adalah seperti merangkak 2) Pundi diletakkan di atas belakang tapak tangan 3) Merangkak ke hadapan bermula dengan tangan kanan di hadapan dan diikuti tangan kiri pula secara berselang-seli

PERGERAKAN 8 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Lompat Tinggi-tinggi Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri seluas bahu dengan lutut dibengkokkan sedikit dan tangan dihayun ke belakang. 2) Lompat setinggi mungkin ke hadapan 3) Mendarat dengan kedua-dua belah kaki dan lutut dibengkokkan sedikit untuk menyerap hentakan.

Pergerakan 9 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Gelungku pusing Alatan : Gelung (1) Cara pelaksanaan : 1) Duduk melutut dengan memegang gelung ke hadapan 2) Pusingkan gelung 360 bermula dari arah kanan dengan menggunakan tangan

Pergerakan 10 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Imbangan pundi Alatan : Pundi kacang (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri dengan sebelah kaki sementara pundi diletakkan di atas kepala 2) Lompat ke hadapan dengan sebelah kaki (seperti permainan

ketingting) sambil tangan didepakan untuk mengimbang badan 3) Rapatkan kedua-dua belah kaki setelah semasa mendarat

PERGERAKAN 11 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Duduk Si Tempang Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Peserta berdiri tegak dengan tangan di sisi 2) Peserta mendepakan tangan ke sisi sambil mengangkat dan meunjurkan kaki ke hadapan 3) Peserta duduk separuh dan pastikan lutut dibengkokkan 90 darjah.

Pergerakan 12 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Bus driver Alatan : Gelung (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri sambil memegang gelung ke hadapan seperti memegang stereng bas 2) Berjalan ke hadapan dengan memulakan langkah dengan kaki kanan dan memusing gelung ke arah kiri dahulu 3) Ulang langkah 2 dengan menukar arah kaki dan arah pusingan gelung

Pergerakan 13 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Lompat Berpusing Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri tegak kemudian berlari anak sejauh 4 langkah 2) Lompat sambil memusingkan badan 3) Mendarat dengan kedua-dua belah kaki

Pergerakan 14 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan Lokomotor Nama pergerakan : Belantanku sayang Alatan : Belatan (2) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri tegak 2) Belatan digerakkan bermula dengan arah atas 3) Kemudian, belatan digerakkkan ke arah sisi

4) Seterusnya, belatan digerakkan ke arah hadapan 5) Ulang langkah 2,3 dan 4

PERGERAKAN 15 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Imbangan Sisi Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Peserta baring sisi kanan 2) Tangan kanan ditegakkan untuk mengangkat badan ke atas 3) Tahan dan cuba imbangkan badan selama 5 saat

Pergerakan 16 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Gulingan Balak Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berbaring dengan tangan lurus ke atas 2) Gulingkan badan ke sisi

Pergerakan 17 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Gerudi belantan Alatan : Belantan (2) Cara pelaksanaan : 1) Bongkokkan badan dengan mengangkat sebelah kaki sambil tangan memegang belatan ke hadapan 2) Angkat kaki kiri ke belakang dan putarkan belatan ke hadapan 3) Ulang langkah 2 dengan mengangkat kaki kanan

PERGERAKAN 18 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan :Bangkit tubi Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Peserta meletakkan tangan di sisi badan dan lutut dibengkokkan 2) Peserta meletakkan tangan secara bersilang di dada 3) Peserta bangun hingga dada mencecah lutut 4) Kembali ke kedudukan asal

PERGERAKAN 19 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Lompatan Si Gemuk Alatan : Kotak dan gelung (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri di permulaan kotak dengan badan berada di dalam gelung 2) Tangan memegang gelung pada paras pinggang 3) Lompat melepasi kotak 4) Mendarat dengan lutut dibengkokkan sedikit

Pergerakan 20 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Kudaku Laju Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri tegak dengan siku dibengkokkan ke dada 2) Kaki kanan diangkat ke hadapan dan kaki kiri melangkah seperti biasa 3) Pergerakan diulang dengan bergerak ke hadapan

Pergerakan 21 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Morning glory Alatan : Belantan (2) Cara pelaksanaan : 1) Bongkokkan badan ke sebelah kanan dengan memegang belatan ke hadapan 2) Angkat belatan ke atas mengikut arah iaitu dari kanan ke kiri Pergerakan 22 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan Lokomotor Nama pergerakan : Ular Terbang Alatan : Riben Cara pelaksanaan : 1) Berdiri sambil memegang riben 2) Menggerakkan riben ke kiri dan ke kanan 3) Memutarkan riben pada paras atas kepala.

PERGERAKAN 23

Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Tekan Tubi Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Peserta dalam keadaan sedia iaitu dalam keadaan meniarap 2) Peserta meluruskan siku untuk menaikkan badan ke atas 3) Siku dibengkokkan kembali dan badan turun ke bawah tetapi tidak mencecah lantai 4) Ulang langkah 2 dan 3 sebanyak 5 kali

PERGERAKAN 24 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Lompatan X Alatan : Papan anjal dan belatan (2) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri di permulaan papan anjal dengan tangan memegang belatan yang disilangkan seperti bentuk X 2) Lompat ke atas papan anjal dengan tangan di sisi sambil memegang belatan 3) Semasa mendarat, belatan di tangan disilangkan semula

PERGERAKAN 25 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Hayunan belantan Alatan : Peti lombol dan belantan (2) Cara pelaksanaan : 1)Duduk melutut di atas peti lombol sambil memegang belatan ke arah bawah 2)Belatan diangkat ke sisi dan dihayun ke atas dan ke bawah secara berulangkali PERGERAKAN 26 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Merangkak Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Peserta seperti keadaan merangkak 2) Peserta bergerak ke hadapan Pergerakan 27 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Lompat katak bergelung Alatan : Gelung (1)

Cara pelaksanaan : 1)Posisi badan adalah seperti permulaan lompat katak, iaitu posisi mencangkung, dengan badan berada di dalam gelung sambil tangan memegang gelung 2)Melompat ke hadapan seperti lompat katak
Posted by Admin at 12:57 AM 0 comments Labels: PJM3102

Pergerakan Asas
1.0 PENGENALAN Definasi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.

2.0 PERGERAKAN LOKOMOTOR KREATIF Pergerakan lokomoto secara kreatif dapat dilakukan dengan menyerapkan empat aspek pergerakan, iaitu 2.1 Ruang Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ia terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian kawasan seperti : a) aras - tinggi, sederhana, rendah b) arah - hadapan, belakang sisi, atas, bawah c) aliran - awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig-zag d) ekstensi - mengecil, membesar 2.2 Masa Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawallambat dan serta-merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat. a) Serta-merta - Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat, tegas, spontan dan dinamik. b) Kawal-lambat - Pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal. Lakuannya lambat, licin, beralun dan berayun, boleh dirasakan sebagai sesuatu yang tidak perlu cepat atau tergesa-gesa.

2.3 Beban Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayan otot semasa melakukan pergerakan. a) Halus-ringan - Lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat. b) Berat-kuat - Lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat. 2.4 Aliran Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran terikat. 3.0 PERGERAKAN LOKOMOTOR Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang. 3.1 Konsep Pergerakan Lokomotor Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. 3.1.1 Arah: Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan 3.1.2 Haluan Haluan ialah melibatkan corak gerakan contohnya samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan lain-lain 3.1.3 Masa Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal 3.2 Bentuk Pergerakan Lokomotor 3.2.1 Berjalan Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: a) Jalan berundur dan kemudian ke hadapan b) Berjalan dengan melakonkan gaya robot atau askar permainan berjalan c) Berjalan dengan melakonkan gaya gegasi berjalan d) Berjalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan e) Berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak f) Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan g) Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki berjalan h) Berjalan dengan melakunkan gaya patung berjalan i) Berjalan naik tangga

3.2.2 Berlari Di antara aktiviti berlari yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: a) Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus b) Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi. c) Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan d) Berlari dan berhenti apabila syarat di berikan dan berhenti apabila isyarat e) di berikan dan berlari semula f) Berlari kehadapan serta berundur kesisi g) Berlari mengikut seorang ketua h) Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan i) Berlari mengikut arah zig zag j) Lari beberapa langkah dan kemudian melompat 3.2.3 Melompat Di antara aktiviti melompat yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melompat seperti rusa melompat pagar 2. Melompat tali atau garisan di atas lantai 3. Melompat halangan yang di tinggikan sedikit dari paras lantai 4. Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan 5. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat 6. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat 7. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat 8. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat 9. Melompat sambil mengubah arah lompatan

4.0 PERGERAKAN LOKOMOTO: MELOMPAT KETINGTING Di antara aktiviti melompat ketinting yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah kaki selama empat 2. kiraan 3. Melompat ketingting dan pusing badan kekiri dan kekanan 4. Melompat ketingting berarah kehadapan-kebelakang dan kekiri-kekanan 5. mengikut isyarat 6. Melompat ketingting meliputi pelbagai jarak 5.0 PERGERAKAN LOKOMOTO: MERANGKAK Di antara aktiviti merangkak yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Merangkak melalui pelbagai halangan 2. Merangkak melalui bawah sarang labah-labah 3. Merangkak secara berpasangan dengan kaki pasangan di ikat 4. Merangkak melalui tali

6.0 PERMANIPULASIAN PERALATAN Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk

mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil,bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah. 6.1 Konsep Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. 6.2 Kemahiran Manipulasi alat hendaklah di bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal, megawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain. 6.3 Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat Kemahiran manipulasi alat yang diajar di peringkat pra dan sekolah rendah ialah: 6.3.1 Membaling Dan Melambung Di antara aktiviti membaling yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melambung sebiji bola keudara dan menyambut semula 2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula 3. Melambung serendah yang mana bola dan menyambut semula 4. Meleretkan bola kedinding dan menahan semula 5. Meleretkan bola kesasaran 6.3.2 Menyambut Di antara aktiviti menyambut yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melambung pundi kacang keudara dan menyambut semula 2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula 3. Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula 4. Menyambut pundi kacang yang di lempar oleh pasangan 5. Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan 6.3.3 Memukul Di antara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Memukul alatan dengan tangan 2. Memukul alatan dengan gengaman 3. Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran 4. Melambung belon keudara dan kemudian memukul 5. Menjatuhkan bola kemudian memukul ketika bola itu melantun dengan tangan dari aras bahu ulang dari sisi dan bawah bahu.

7.0 CADANGAN DAN CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR 7.1 Pergerakan Ulat Bulu yang Menggatalkan a) Alatan yang digunakan : Bola Kecil b) PROSEDUR: 1. Cara bergerak seperti ulat bulu yang menggatalkan jika terkena pada manusia. 2. Berdiri dengan tegak dan kedua belah tangan diluruskan ke atas sambil memegeng bola kecil. Sambil meluruskan tangan nafas perlu ditarik untuk mendapat keseimbangan badan. 3. Kemudian kedua belah tangan dalam keadaan menyentuh lantai apabila badan dibengkokkan. Pada masa ini saraf tunjang dalam keadaan berlipat. 4. Abdomen perut akan berasa tegang pada masa ini kerana berlipat. 5. Tangan akan akan ditarik kehadapan kemudian kaki juga akan ditarik perlahan-lahan kehadapan. Jadi berlakulah pergerakkan seperti ulat bulu.

8.0 KESIMPULAN Dalam Program Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah, telah dinyatakan bahawa kegiatan seperti pergerakan asas, pergerakan kreatif, asas gimnastik serta sukan dan permainan adalah supaya penumpuan khas dapat diberikan kepada peringkat perkembangan murid. Pergerakan lokomotor dan manipulasi peralatan sangat penting kerana ia merupakan asas untuk mencipta pergerakan yang lebih kompleks untuk tujuan sukan dan kehidupan seharian. Sebab itulah pergerakan asas diterapkan kepada pelajar di sekolah rendah supaya mereka dapat menguasai dan memahirkan diri dalam melakukan pergerakan yang lebih kompleks. Tujuan kerja kursus ini adalah supaya pengetahuan dan kefahaman variasi pergerakan asas dapat didalami dan dipraktikkan untuk tujuan pengajaran kelak.

You might also like