You are on page 1of 2

Unit 10 : Pengajaran Tarian dan Pergerakan Kreatif Kanak-kanak 1.

Pengajaran tarian dan pergerakan kreatif kanak-kanak dapat mempertingkatkan kemahiran kinestetik dan kreativiti kanak-kanak. 2. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bergerak mengikut rentak dan irama muzik. Aktiviti tersebut mewujudkan bentuk pengalaman yang kreatif kepada kanak-kanak dan melatih mereka untuk menilai estetika gerak dalam persembahan tarian dan pergerakan kreatif. 3. Tarian merupakan gerakan yang berirama. Kanak-kanak melakukan gerakan, apresiasi seni gerak dan ekspresi perasaan. 4. Pergerakan kreatif ialah gabungan gerak geri kreatif menerusi imaginasi dan kreativiti kanakkanak. 5. Pergerakan psikomotor dapat membantu kanak-kanak memahami struktur dan fungsi anggota badan, kemampuan, menyelesaikan masalah dan ekspresi perasaan semasa membuat gerakan. 6. Jenis-jenis tarian pelbagai budaya di Malaysia ialah : a) Kuda Kepang : menunjukkan perjuangan dan peperangan. Menggunakan props kuda kepang dan alat-alat muziknya ialah gendang, gong dan angklong. Terkenal di Johor dengan mendapat pengaruh Jawa dan Islam. b) Zapin :berasaskan gerak geri kaki penari. Berasal dari Timur Tengah (kesenian Arab-Parsi). Bermula daripada amalan zikir untuk menyebarkan sejarah tamadun Islam. Terkenal di Johor. c) Joget : Tertumpu pada tangan dan kaki penari. Dipengaruhi kebudayaan Portugis dan ditari secara beramai-ramai di pesta. Contoh lagu joget ialah Serampang Laut dan Joget 106. d) Tarian Singa : tarian adat warisan masyarakat Cina yang meniru pergerakan singa dengan kostum singa. Perlu ada keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat. Alat-alat muzik yang mengiringi ialah gendang lagu cina dan simbal. e) Tarian Naga : pergerakan yang berbelok-belok dan beralun-alun. Penari-penari memegang sebatang kayu sebagai tiang untuk menghidupkan naga. Alat muzik ialah gendang lagu cina dan simbal. f) Tarian Bharata Natyam : Gerakan pada kepala, tangan dan kaki. Rentak tarian dikenali sebagai Jatis dan muzik mengikut rentak Shollukatus. Ditarikan oleh penari wanita secara solo dari negeri Tamil Nadu di Selatan India. g) Tarian Bhangra : Pergerakan kepala dan tangan untuk meraikan penglibatan dan kejayaan. Berasal dari Punjab, India dari suku kaum Sikh. Kostum berwarna terang dan berseri-seri. h) Tarian Ngajat : ditarikan kaum Iban ketika menyambut Hari Gawai. Penari melompat dengan iringan lagu bersesuaian dengan situasi menuai. Alat muzik yang digunakan ialah gendang, gong, bebendai, tawa, kengkurumong dan sapeh.

i) Tarian Sumazau : Gerak geri tarian adalah perlahan dan lemah lembut dengan tangan penari kepakkan keluar seperti burung terbang. Ditarikan oleh rakyat Sabat suku kaum Kadazandusun semasa majlis jamuan dan keramaian. Alat muzik ialah gong dan gendang. j) Tarian buluh : Sepasang buluh panjang dipegang mendatar pada paras buku lali. Penari-penari akan mengetuk kedua-dua buluh mengikut rentak manakala penari yang lain menari sambil melompat antara kedua-dua buluh tanpa tersepit. Tarian tradisi kaum Kwijau dari Keningau Sabah. k) Tarian orang asli : menggambarkan amalan seharian seperti berkebun, mencari hasil laut dan upacara yang berkait rapat dengan kepercayaan kerohanian. Alat muzik ialah gendang daripada kulit haiwan dan tiupan daripada daun atau buluh. 7. Pergerakan Kreatif Kanak-kanak menggabungkan elemen-elemen pergerakan iaitu : a) Elemen Tubuh Badan : merangkumi bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu, kaki dan tangan. Contoh pusing kepala, turun naik bahu, berjalan dan melambai tangan. Penggunaan tubuh badan melatih kanak-kanak menjelajah ruang persembahan secara kreatif. b) Elemen Ruang : merangkumi ruang am, ruang diri, aras dan arah. Ruang am ialah ruang pentas, padang atau bilik. Ruang diri ialah pergerakan kreatif merujuk kepada ruang yang digunakan. Ruang aras merangkumi rendah, sederhana dan tinggi. Ruang arah pula merangkumi ke depan, ke belakang, ke sisi, ke bawah dan ke atas. Justeru, dapt melatih imaginasi dan kreativiti kanak-kanak terhadap elemen ruang dalam pergerakan dan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. c) Elemen Masa : merangkumi tempo, rentak, pola beritma, aksen dan jangkamasa. Tempo merujuk pada kelajuan muzik iaitu cepat atau perlahan. Rentak merujuk pada ukuran masa. Pola beritma merujuk pada suatu pergerakan atau bunyi dalam jangka masa yang berubah, aksen merujuk pada suatu pergerakan yang lebih kuat daripada pergerakan sebelum atau selepas. Jangkamasa merujuk pada pendek atau panjang setiap rentak pergerakan. d) Elemen Daya : merangkumi pergerakan perkusif(bertenaga kuat), pendular(berayun), staccato (terputus-putus), bergetar(menggigil), meruntuh(lemah dan tidak bertenaga), dan kawal lambat (dikekalkan dalam tempo panjang). 8. Rangsangan dalam aktiviti pergerakan kreatif kanak-kanak ialah : a) Muzik : memberi mood dan emosi gembira, sedih, marah dan takut b) Props : memahami hubungan objek, ruang dan diri sendiri. Contohnya; reben, bola dan gelung. 9. Kaedah merancang aktiviti tarian dan pergerakan kreatif kanak-kanak ialah : a) Kaedah latihan profesional : menjemput jurulatih, membuat demonstrasi, latihan, pratonton dan persembahan. b) Kaedah menonton persembahan : menonton persembahan di panggung, perbincangan, improvisasi gerakan, analisis gerakan, latihan penuh, pratonton, persembahan. c) Kaedah tayangan video : memilih jenis tarian atau pergerakan, menyatakan tujuan tayangan, penyoalan secara umum, penyoalan tentang video, kanak-kanak meniru gerakan, memberi pujian kepada kanak-kanak, kanak-kanak menyatakan perasaan, guru membuat rumusan.

You might also like