You are on page 1of 3

MATLAMAT SENI TARIAN DALAM PENDIDIKAN

Matlamat seni tari dalam pendidikan di sekolah rendah adalah untuk membentuk
keperibadian Generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai
estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan
kurikulum mampu berupaya membantu kanak-kanak meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahaan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembagunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Seni tarian dalam pendidikan sekolah rendah yang mengintegrasikan tiga


komponan akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik
tolak daripada pengintegrasian inilah perkembagan menyeluruh dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.

7.0

TARIAN PERGERAKAN KREATIF KANAK-KANAK

Kehendak untuk bergerak mengikut irama muzik merupakan kreativiti semula


jadi bagi kanak-kanak. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk bergerak mengikut rentak dan irama muzik. Aktivitiaktiviti gerakan yang dilaksanakan oleh guru mewujudkan bentuk pengalaman
yang kreatif kepada kanak-kanak dan melatih mereka untuk menilai estetika
gerak dalam persembahan tarian dan pergerakan kreatif.

Aktiviti pergerakan kreatif dapat meningkatkan imaginasi, kreativiti dan estetika


kanak-kanak dengan berimaginasi semasa aktiviti gerakan, menginterpretasikan
idea dan mengapreasiasi estetika. Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif dapat
melatih kanak-kanak mengenal bahagian-bahagian tubuh badan sendiri,
meningkatkan kekuatan fizikal dan daya ketahanan, mengeksplorasi dan
menggunakan ruang dengan bijak, menghargai dan membahagikan masa
mengikut keutamaan. Aktiviti pergerakan kreatif
menggabungkan elemenelemen pergerakan seperti tubuh badan, ruang, masa dan daya.

7.1

Elemen Tubuh Badan

Elemen tubuh badan merangkumi bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu,
kaki dan tangan. Kanak-kanak boleh menggunakan imaginasi dan keativiti

masing-masing untuk mereka cipta gerak geri dengan menggunakan elemen


tubuh badan.
Contoh gerak geri pusing kepala, turun naik bahu, berjalan dan melambai
tangan. Daripada gerak geri yang dihasilkan, kanak-kanak boleh meneka maksud
gerakan menilai estetika yang ada pada gerakan. Penggunaan tubuh badan
adalah melatih kanak-kanak menjelajahi ruang persembahan secara kreatif.

7.2

Elemen ruang

Elemen ruang dalam pergerakan kreatif merangkumi ruang diri, aras dan arah.
Ruang am dalam pergerakan kreatif untuk kanak-kanak merujuk kepada ruang
pentas, padang atau bilik untuk melakukan aktiviti pergerakan. Ruang diri dalam
pergerakan kreatif merujuk kepada ruang yang digunakan oleh kanak-kanak
untuk melakukan aktiviti pergerakan. Aras dalam pergerakan kreatif merangkumi
aras rendah, sederhana dan tinggi. Arah dalam pergerakan kreatif merangkumi
arah ke depan, ke belakang, ke sisi, ke bawah dan ke atas.
Proses pergerakan kreatif yang menggunakan elemen ruang dapat melatih
imaginasi dan kreativiti kanak-kanak terhadap elemen ruang dalam pergerakan
dan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual secara kreatif.

7.3

Elemen masa

Elemen masa dalam pergerakan kreatif marangkumi tempo, rentak, pola


beritma, aksen dan jangka masa. Tempo merujuk kepada kalajuan muzik atau
pergerakan yang perlahan atau cepat; rentak merujuk kepada ukuran masa
tanpa mengira masa dalam pergerakan kreatif; pola ritma merujuk kepada
kronologi pergerakan atau bunyi dalam jangka masa yang berubah; aksen
merujuk kepada suatu pergerakan yang lebih kuat daripada pergerakan sebelum
atau selepasnya manakala jangka masa merujuk kepada pendek atau panjang
setiap rentak pergerakan.
Pengiraan rentak dan tempo dalam pergerakan kreatif kanak-kanak dapat
mempertingkatkan kecerdasan logikal kanak-kanak. Kanak-kanak dapat
memahami kiraan rentak dan tempo dan seterusnya dapat membilang nombor
dengan betul.

7.4

Elemen daya

Elemen daya atau tenaga dalam pergerakan kreatif merangkumi pergerakan


perkusif, pergerakan pendular, pergerakan staccato, pergerakan bergetar,
pergerak meruntuh dan pergerakan kawal-lambat. Pergerakan perkusif dalam
pergerakan kreatif merujuk kepada pergerakan yang bertenaga kuat dilepaskan
dalam satu tempoh yang singkat; pergerakan pendular dalam pergerakan kreatif
merujuk kepada pergerakan secara berayun; pergerakan staccato merujuk
kepada pergerakan yang bersifat terputus-putus, cepat dan ringan; pergerakan
bergetar dalam pergerakan kreatif merujuk kepada pergerakan yang menggigil;
pergerakan meruntuh dalam pergerakan kreatif merujuk kepada pergerakan
yang lemah dan tidak bertenaga manakala pergerakan kawal-lambat merujuk
kepada pergerakan yang dikekalkan dalam tempo yang panjang dalam aktiviti
pergerakan kreatif.
Berdasarkan imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, guru boleh membimbing
kanak-kanak menggunakan pelbagai pergerakan dalam elemen daya untuk
mereka cipta persembahan pergerakan kreatif yang unik.

You might also like