You are on page 1of 9

Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan

2013

EJAAN JAWI ABAD KE 17 BERDASARKAN SURAT SULTAN ISKANDAR MUDA ACEH KEPADA RAJA INGGERIS, JAMES I (1615M) Sabariah Sulaiman, Ding Choo Ming, Teo Kok Seong1 Mohd Asmadi Yakob2 Abstrak Kajian ini bertujuan untuk memberi gambaran tentang sistem ejaan Jawi yang pernah digunakan di Alam Melayu dalam abad ke 17. Walau pun perkataan sistem mungkin kurang tepat digunakan namun sistem yang dimaksudkan itu bukanlah seperti sistem yang digunapakai kini iaitu sesuatu bentuk yang terancang tetapi sistem dalam kajian ini lebih kepada makna ejaan Jawi yang digunakan secara menyeluruh dalam abad-abad tersebut. Untuk mencapai tujuan tersebut, aspek yang akan dianalisis ialah bentuk dan kaedah ejaan Jawi dalam surat Melayu selama 300 tahun atau tiga abad dengan memberi fokus kepada Surat Sultan Iskandar Muda Aceh kepada Raja Inggeris, James I (1615M). Surat Melayu lama menjadi pilihan dalam kajian ini memandangkan nilai yang terkandung dalam surat- tersebut. Bahan tersebut adalah bersesuaian dalam usaha mengesan dan mengenalpasti bentuk ejaan Jawi yang pernah digunakan pada peringkat awal di Alam Melayu sebelum perubahan yang membawa kepada sistem ejaan Jawi yang digunakan kini. Perubahan dan perkembangan yang dimaksudkan adalah hasil perancangan bahasa yang telah dilakukan untuk membaiki, memantapkan dan lebihlebih lagi memurnikan tulisan Jawi agar boleh diterima sebagai media komunikasi yang popular. Merujuk kepada ejaan Jawi abad ke 17, berdasarkan Surat Sultan Iskandar Muda (1615M) bentuk ejaan dalam abad tersebut mempunyai ciri-ciri berikut iaitu masih mengekalkan tanda syaddah serta tanda syaddah dan baris. Bentuk ini menunjukkan warisan dari ejaan Arab yang menggunakan tanda diakritik tersebut. Walau bagaimanapun tanda-tanda lain tidak kelihatan lagi dalam surat tersebut. Dari segi bentuk ejaan bagi kata ganda, ejaan Jawi abad ke 17 telah mempunyai kaedah penulisan sendiri iaitu perkataan ditulis berulang dua kali tanpa menggunakan tanda sempang. Dalam aspek diftong pula, masih belum ada kaedah ejaan bagi kata diftong. Oleh itu cara membaca perkataan diftong bergantung kepada kecekapan individu sahaja. PENGENALAN Tulisan Jawi sudah membina tradisi ilmu di Alam Melayu yang terdiri daripada 30,000 buah pulau dengan lebih daripada 1,000 dialek dan bahasa yang berbeza-beza antara atau kumpulan etnik dengan satu kumpulan etnik yang lain. Seperkara yang menarik dan pasti adalah tulisan Jawi sudah digunakan di sekurangkurang 72 buah istana. Kesemua istana itu adalah pusat kerajaan, pentadbiran, kebudayaan, ekonomi, pendidikan dan pemikiran, walaupun bukan semuanya telah menghasilkan karya manuskrip. Menurut Ding (2009) hanya sekitar 30% daripada 10,000 buah manuskrip Melayu yang telah dikaji. Hal ini memberi gambaran bahawa masih banyak ilmu dan maklumat peribumi Melayu dalam pelbagai bidang belum diketahui. Antara lain sebab utama keadaan ini berlaku tentulah seperti yang dinyatakan Ab. Razak Ab. Karim (2006) secara umum dengan mengakui manuskrip Melayu lama amat sukar dibaca kerana ditulis dalam tulisan Jawi dengan pelbagai gaya dan bentuk. Isu berbangkit di sini ialah apakah gaya dan bentuknya?. Menyedari kedudukan manuskrip Melayu lama sebagai khazanah warisan yang amat berharga, selain banyak usaha telah dilakukan untuk menjaganya dari semasa ke semasa, tetapi juga perlu ada usaha terus
1 2

Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) Universiti Teknologi MARA (UiTM

148

Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan

2013

menerus untuk memahami dan menghayati isi kandungan manuskrip yang berkenaan. Kalau masalah pertama itu melibatkan penjagaan fizikal manuskrip itu, tetapi masalah kedua bukan sahaja bergantung pada langkah penjagaan aspek fizikal itu, tetapi juga melibatkan pemahaman isi teks yang berkenaan. Masalah kedua ini yang melibatkan sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam teks yang berlainan. Yang ingin diketahui, adakah ejaan yang berlainan itu mempunyai sistem berlainan atau tidak? Jika ada dan jika diikuti dengan betul-betul sudah tentu teks dari satu tempat dan satu masa yang berkenaan mempunyai bentuk dan gaya ejaan yang tertentu. Segala persoalan tersebut bakal terungkai dengan adanya pengkajian dari semasa ke semasa ke atas bentuk ejaan Jawi yang digunakan dalam manuskrip Melayu lama. Sehubungan itu kertas kerja ini akan membincangkan tentang bentuk ejaan Jawi yang digunakan dalam abad ke 17 menerusi penelitian terhadap ejaan perkataan dalam Surat Sultan Iskandar Muda Aceh kepada Raja Inggeris, James I (1615M). Pemilihan surat tersebut dibuat kerana menurut Merriam (2001) dalam kajian kualitatif yang melibatkan dokumen, satu bentuk analisis kandungan perlu digunakan untuk menganalisis dokumen tersebut. Hal ini kerana analisis kandungan adalah prosedur sistematik untuk menjelaskan kandungan komunikasi. Kebanyakan reka bentuk penyelidikan yang menggunakan analisis kandungan adalah berbentuk urutan yang bertolak daripada pembinaan kategori kepada persampelan, pengumpulan data, analisis dan interpretasi data. Kajian sebegini penting dibuat memandangkan tidak ada kajian secara terperinci berhubung sistemsistem ejaan Jawi sebelum abad 20 dilakukan selama ini. Sudah tentu sebutan dan ejaan tulisan Jawi selama 300 tahun dahulu itu bukan sahaja amat berlainan daripada sekarang, tetapi juga dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Tidak kira apakah perbezaan dan perubahan itu sudah dialami penutur bahasa Melayu masa dahulu, yang menariknya ialah orang Melayu daripada kurun 19 masih boleh memahami tulisan Jawi daripada kurun ke 18, dan mungkin juga orang Melayu daripada kurun ke 18 itu memahami tulisan Jawi daripada kurun ke 17 dan seterusnya. Pemahaman mereka itu membolehkan manuskrip daripada abad 15 dan lain-lain itu disalin terus-menerus sehinggakan kita dapat mewarisi kira-kira 10,000 naskah manuskrip Melayu, termasuk surat-surat yang akan dikaji ini. Daripada apa yang berlaku itu tahulah kita betapa besarlah, sulitnya dan payahnya orang Melayu yang biasa membaca tulisan Jawi dalam buku teks dan akhbar cetak mungkin susah untuk membaca, lebih-lebih menghayati isi kandungan teks dalam tulisan Jawi yang berbeza sistemnya daripada yang mereka ketahui itu. Itulah masalah utama teks lama tidaklah menarik perhatian generasi baru. Itulah juga antara sebab-sebab utama teks lama itu adalah barang antik, barang hiasan di perpustakaan dan muzium, walaupun teks itu adalah sumber maklumat peribumi orang Melayu di Alam Melayu selama 500 tahun (Ding 2009). PENDAPAT SARJANA TENTANG BENTUK EJAAN JAWI Perbahasan para sarjana tentang bentuk ejaan Jawi dapat dijadikan panduan dalam memahami ejaan Jawi dalam manuskrip Melayu lama. Menurut Md. Said Haji Suleiman (1936) ejaan Jawi terbahagi kepada lima iaitu: i. Ejaan lama, iaitu ejaan yang tidak memakai huruf saksi. Ejaan yang dirujuk ini sebenarnya ialah ejaan pengaruh Arab tahap kedua. Misalnya ( maka) dan ( sudah). Ejaan tua, iaitu ejaan yang memakai huruf saksi sekerat dan yang tidak ada huruf saksi sekerat. Ejaan yang dirujuk ini ialah ejaan pengaruh Melayu tahap pertama. Misalnya- ( ini), ( itu) dan lain-lain. Ejaan baharu, iaitu ejaan yang memakai huruf saksi lengkap dalam setiap perkataan. Ejaan Arab iaitu ejaan yang mengikut ejaan asal dari bahasa Arab bagi perkataan Arab. Terdapat beberapa pengecualian, iaitu pada perkataan-perkataan yang kurang atau lebih penggunaan huruf saksi atau vokal di dalamnya.

ii.

iii. iv.

149

Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan

2013

v.

Ejaan Kemelayuan iaitu ejaan Arab yang dimelayukan. Perkataan ini dieja dengan menambah atau mengurangkan huruf saksi. Ia bergantung pada kelancaran atau sedapnya sebutan tersebut digunakan dalam bahasa Melayu.

Sementara itu rumusan pandangan Kang (1990 & 1995), Amat Juhari (1996 & 2009) dan Hashim Musa (2006) berhubung perkembangan ejaan Jawi pula adalah seperti berikut: i. Tahap pertama ialah mengikut sistem ejaan Arab sepenuhnya iaitu ejaan Jawi menggunakan tandatanda baris dan syaddah.

ii. Tahap kedua ialah dipengaruhi oleh sistem ejaan Arab (Arab gondol) iaitu mengekalkan ejaan serta huruf-huruf yang sedia ada tetapi menghilangkan baris dan tanda-tanda diakritik yang lain. iii. Tahap ketiga ialah sistem ejaan Jawi pengaruh Melayu iaitu pengwujudan huruf-huruf saksi. Ada tiga huruf benar Arab dijadikan huruf saksi selain mengekalkannya sebagai huruf benar iaitu huruf-huruf alif ( ) , wau ( ) dan ya (). Huruf-huruf saksi hanya dimasukkan pada suku kata pertama. iv. Tahap keempat ialah sistem ejaan Jawi pengaruh Melayu dengan penambahan huruf saksi pada suku kata kedua di samping mengekalkannya pada suku kata pertama. Menurut Ismail Abd. Rahman (2008) pada peringkat awal digunakan kaedah pengvokalan suku kata perkataan Jawi sama ada menggunakan atau tidak menggunakan tanda baris atau tanda shaddah. Kemudiannya, cara ejaan begini telah bertukar apabila menerima pengaruh setempat iaitu mengalami proses kemelayuan dengan adanya bahasa Melayu. Pengaruh yang ketara ialah kaedah pemvokalan suku kata perkataan Jawi secara abjad dengan menggunakan huruf vokal alif ( ) , wau ( ) dan ya (). Menerusi pengaruh dari bahasa Melayu ini, kaedah pemvokalan suku kata perkataan Jawi secara baris digunakan sepenuhnya dengan dizahirkan tanda baris dan shaddah dan pemvokalan secara abjad dilakukan dengan menggunakan huruf vokal alif ( ) , wau ( ) dan ya (). Jelaslah di sini bahawa, kaedah pemvokalan suku kata perkataan Jawi dengan menggunakan huruf vokal alif ( ) , wau ( ) dan ya ( )dan kaedah pemvokalan suku kata perkataan Jawi dengan menggunakan tanda baris telah digunakan sejak dahulu hingga kini. Bezanya, penggunaan tanda baris dalam sistem ejaan Jawi kini tidak lagi dizahirkan seperti zaman dahulu. TEKS SURAT SURAT SULTAN ISKANDAR MUDA ACEH KEPADA RAJA INGGERIS, JAMES I (1615M)


150

Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan

2013

. . . .
)EJAAN JAWI DALAM SURAT SULTAN ISKANDAR MUDA, ACEH KEPADA RAJA INGGERIS, JAMES I (1615M Kajian terhadap bentuk ejaan Jawi dalam Surat Sultan Iskandar Muda Aceh kepada Raja Inggeris, James I (1615M) dianalisis dari aspek kaedah ejaan iaitu penggunaan huruf vokal, penggunaan tanda diakritik, pengejaan kata ganda dan diftong. i. Penggunaan huruf vokal

Huraf vokal atau huruf saksi dalam ejaan Jawi ada tiga iaitu alif, wau dan ya. Berdasarkan surat yang dikaji, terdapat pengwujudan vokal alif dalam beberapa patah perkataan dalam ejaan Jawi surat tersebut. Vokal alif digunakan bagi bunyi a. Perkataan-perkataan tersebut adalah seperti berikut: Ejaan Jawi Ejaan Rumi alam raja ratus gading Pahang batu Ejaan Jawi Ejaan Rumi Barus datang barang jauh adil dapat

151

Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan

2013

Vokal wau juga telah digunakan dalam suku kata pertama bagi bunyi u dan o. Contoh-contoh perkataan yang dikutip daripada surat tersebut adalah seperti berikut: Ejaan Jawi Ejaan Rumi surat Johan oleh kuda turun suasa mengucap Ejaan Jawi Ejaan Rumi tujuh puluh duduk orang suruh mohonkan tuhan

Di samping itu vokal ya juga telah digunakan pada suku kata pertama bagi bunyi i dalam surat tersebut. Ejaan Jawi Ejaan Rumi tiada perak Ejaan Jawi Ejaan Rumi pihak dapat

Berdasarkan dapatan di atas, ejaan Jawi abad ke 17 telah menggunakan huruf vokal alif, wau dan ya secara agak meluas dan tekal. Hal ini menunjukkan bahawa telah ada pengaruh Melayu dalam ejaan tersebut. i. Penggunaan tanda diakritik

Merujuk kepada tanda diakritik, sistem ejaan Jawi dalam Surat Sultan Iskandar Muda (1615M) masih menggunakan tanda diakritik tetapi tidak secara sepenuhnya. Tanda diakritik yang paling banyak digunakan ialah tanda syaddah. Berdasarkan contoh-contoh di bawah, tanda syaddah digunakan bagi mengeja dua huruf sama yang berturutan dengan cara menghilangkan huruf kedua dan meletakkan tanda syaddah atas huruf pertama. Ejaan Jawi Ejaan Rumi seni kati berpetarana ciu berkekang bergelar Megat Duli mulia takluk memuat sekalian nantiasa Ejaan Jawi Ejaan Rumi pujian karunianya Tamiyang Rokan Calang jua ia sukacita Said al-Mukammal keji berbuat beri

Selain itu terdapat satu perkataan yang menggunakan tanda syaddah berbaris fathah. Penggunaan tanda tersebut adalah bagi perkataan asal bahasa Arab. Contohnya dalam ejaan perkataan Dar as-Salam. Ejaan Jawi Ejaan Rumi Dar as-Salam

152

Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan

2013

Analisis juga menunjukkan tanda Mad (panjang) masih digunakan walaupun bukan secara kerap. Contohnya dalah perkataan berikut: Ejaan Jawi Ejaan Rumi beralat

Berdasarkan huraian di atas, dapat dirumuskan bahawa ejaan Jawi abad ke 17 berdasarkan surat yang dikaji kurang menggunakan tanda diakritik. Tanda tersebut hanya digunakan pada perkataan tertentu sahaja dan tanda yang kerap digunakan ialah tanda syaddah. ii. Penghilangan baris dan tanda diakritik

Bentuk ejaan Jawi dalam surat Surat Sultan Iskandar Muda (1615M) didapati telah dipengaruhi oleh sistem ejaan Arab iaitu mengekalkan ejaan serta huruf-huruf yang sedia ada. Namun begitu tanda diakritik tidak digunakan lagi/dihilangkan dari tulisan. Contohnya dapat dilihat dalam contoh-contoh berikut: Ejaan Jawi Ejaan Rumi Ejaan Jawi Ejaan Rumi seri upama dalam cermin kuda sudah indah berpayung berukir batu beristana dari atau supaya dua limpah kiranya tersebut jua dusun bahwa tahun Dalam semua perkataan di atas, huruf vokal mahupun tanda diakritik tidak digunakan lagi dalam penulisan. Hal ini boleh dirumuskan sebagai bentuk ejaan tersebut banyak dipengaruhi oleh ejaan Arab tahap kedua iaitu penghilangan tanda diakritik dan baris. iii. Kata ganda Kata ganda atau kata ulang merupakan perkataan yang diulang sebutannya untuk menunjukkan maksud tertentu. Kata jenis ini melibatkan penggunaan tanda angka dua () yang membawa maksud perkataan tersebut diulang dua kali dalam bacaannya. Penggandaan adalah satu proses mengulang kata dasar yang berlaku kepada seluruh atau sebahagian daripada perbuatan. Kaedah penulisan kata ganda dalam ejaan Jawi terbahagi kepada 4 iaitu kata ganda penuh, kata ganda separa, kata ganda berentak dan kata ganda berimbuhan (Tan 2009). Dalam surat yang dikaji, kata ganda dieja tanpa menggunakan tanda sempang, dengan cara mengulang eja perkataan tersebut sebanyak dua kali. Contohnya seperti berikut: Ejaan Jawi Ejaan Rumi mulia-mulia puji-pujian raja-raja Ejaan Jawi Ejaan Rumi berumbai-rumbai berkirim-kiriman indah-indah

153

Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan

2013

Berdasarkan surat yang dikaji, adalah didapati bahawa ejaan jawi abad ke 17 belum mempunyai kaedah untuk mengeja kata ganda kata ganda penuh, kata ganda separa, kata ganda berentak dan kata ganda berimbuhan. iv. Perkataan diftong Diftong ialah gabungan dua huruf vokal untuk menghasilkan bunyi. Terdapat tiga bentuk bunyi diftong dalam bahasa Melayu iaitu [ai], [au] dan [oi]. Kebiasaannya diftong terletak di akhir perkataan. Walau bagaimanapun terdapat juga diftong terletak pada suku kata pertama perkataan seperti perkataan (sauh), ( pauh) dan ( kaut). Perkataan-perkataan ini ditulis dengan tambahan huruf ( hamzah) bagi menghasilkan bunyi diftong tersebut. Dalam surat yang dikaji hanya terdapat contoh bagi diftong ai sahaja. Diftong ai dieja tanpa menggunakan vokal alif untuk bunyi ai. Contoh bagi ejaan diftong adalah seperti berikut: Ejaan Jawi Ejaan Rumi bermaligai bersungai berumbai-rumbai Ejaan Jawi Ejaan Rumi berperisai mulia Pasai

Merujuk kepada ejaan Jawi abad ke 17, berdasarkan Surat Sultan Iskandar Muda (1615M) bentuk ejaan dalam abad tersebut mempunyai ciri-ciri berikut iaitu masih mengekalkan tanda syaddah serta tanda syaddah dan baris. Bentuk ini menunjukkan warisan dari ejaan Arab yang menggunakan tanda diakritik tersebut. Walau bagaimanapun tanda-tanda lain tidak kelihatan lagi dalam surat tersebut. Dari segi bentuk ejaan bagi kata ganda, ejaan Jawi abad ke 17 telah mempunyai kaedah penulisan sendiri iaitu perkataan ditulis berulang dua kali tanpa menggunakan tanda sempang namun belum ada kaedah ejaan untuk membezakan antara kata ganda penuh, kata ganda separa, kata ganda berentak dan kata ganda berimbuhan. Dalam aspek diftong pula, masih belum ada kaedah ejaan bagi kata diftong. Oleh itu cara membaca perkataan diftong bergantung kepada kecekapan individu sahaja. KESIMPULAN Tulisan Jawi yang lahir daripada tradisi ilmu dan konvensi kepengarangan Melayu lama itu adalah juga khazanah dan pusaka bangsa Melayu yang telah digunakan sejak sekian lama. Daripada kira-kira 10,000 naskah manuskrip, termasuk surat, yang lahir di pelbagai istana kerajaan Melayu itu dalam tulisan Jawi, maka tulisan Jawi telah memainkan peranan besar dalam membina dan mewarisi tradisi ilmu dan kesarjanaan peribumi Melayu sehingga abad ke 19, sehingga peranan utama itu digantikan tulisan Rumi. Dalam masa 600 tahun ini, tulisan Jawi sudah mengalami perubahan yang besar. Disebabkan perubahan-perubahan itu, maka pengkaji manuskrip Melayu mendapati sukar membaca tulisan Jawi dalam teks dari Acheh, Bone, dan lainlain. Perubahan-perubahan itu mesti ada sistemnya yang berbeza-beza. Dalam perkembangan bidang keilmuan ini, peranan tulisan Jawi sebagai medium komunikasi bertulis tidak dapat disangkal lagi. Justeru kajian yang terperinci dalam memahami sistem ejaan Jawi tradisi sehingga sistem yang digunakan kini merupakan satu usaha yang tidak boleh dipandang sepi kerana dengan memahami masa lalu kita akan lebih menghargai kehidupan yang dikecapi kini. Penyelidikan dengan membandingkan sistem ejaan lama dengan ejaan Jawi baru akan mendekatkan masyarakat kepada tradisi ilmu pribumi Melayu. Dengan itu, maka penyelidikan ini juga boleh dianggap sebagai tapak kecil dalam langkah besar kerajaan Malaysia memartabatkan kembali tulisan Jawi sebagai warisan dan lambang jati diri peribumi Melayu. Harapan tinggi menggunung itu tentunya terletak pada hasil penyelidikan ini dalam merungkai banyak sekali kecelaruan, kekeliruan dan percanggahan ejaan dalam tulisan Jawi dalam tempoh 300 tahun itu. Tempuh sepanjang tiga abad itu juga amat penting dalam sejarah perkembangan tulisan Jawi dari banyak segi. Antaranya dapat membuktikan bentuk dan gaya ejaan Jawi yang

154

Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan

2013

telah digunakan 300 tahun dahulu sama ada mengukuhkan atau menyangkal mana-mana pendapat yang sudah diberi selama ini. RUJUKAN Ab. Razak Ab Karim. 2006. Warkah Melayu lama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Amat Juhari Moain. 1996. Perancangan bahasa sejarah aksara jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Amat Juhari Moain. 2009. Sejarah perancangan Bahasa Melayu di negeri Johor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ding, Choo Ming. 2009. Manuskrip Melayu sumber maklumat peribumi Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Fatimi, S.Q. 1963. Islam comes to Malaysia. Kuala Lumpur: Malaysia Sosiological Research. Ding, Choo Ming. 2009. Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu. Jurnal ASWARA. 195-224. Gallop, Annabel Teh & Arps, Bernard. 1991. Golden letters writing traditions of Indonesia. London: British Library, Jakarta: Lontar Foundation Hashim Musa. 1997. Sejarah awal kemunculan tulisan Jawi dan kedatangan Islam di kepulauan Melayu dalam tradisi penulisan manuskrip Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. ms 1-49. Ismail Abd. Rahman. 2008. Manuskrip kesusasteraan tradisional Melayu sekitar tahun 1600M: telaah sistem tulisan Jawi dan analisis pemikiran Melayu nusantara, Tesis Doktor Falsafah, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kang Kyoung Seock. 1990. Perkembangan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kang Kyoung Seock. 1995. Gaya bahasa Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Md. Said Haji Suleiman. 1936. Panduan bagi Hejaan P.Bm.P.B. dalam Buku Katan Diraja Johor. Singapura: Matbaul Ahmadiah. Merriam, S.B. 2001. Qualitative Research and Case Study Applications in Education. San Fracisco: Jossey-Bass Pub. Tan, Boon Chye. 2009. Cerdik Jawi: belajar Jawi cara mudah. Shah Alam: Cerdik Publications.

155

Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan

2013

Lampiran Surat Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada Raja Inggerris James I, AH 1024 (AD 1615) Bodleian Library, MS Laud Or.rolls b. 1 Huwa llah taala Surat daripada Seri Sultan Perkasa Alam johan berdaulat, raja yang beroleh martabat kerajaan, yang dalam takhta kerajaan yang tiada terlihat oleh penglihat, tang tiada terdengar oleh pennengar, yang bermaligai gading, berukir berkerawang, bersendi bersidura, bewarna sadalinggam, yang berair emas, yang beristana sayojana menentang, yang bersangai berikat batu pelinggam, yang upama cermin sudah terupam, yang berpanchuran emas berpermata beberapa daripada pancuran perak; raja yang mengampukan perbendaharaan daripada seni emas, dan seni perak, dan daripada galian emas yang dalam negeri Priaman pada gunung negeri Salida; yang mengampukan permata sembilan jenis, yang berpayung emas bertimbalan yang beratnya berratus kati; yang berpetarana emas, yang berciu emas; raja yang mengampukan kuda yang berpelana emas, yang berrumbai-rumbaikan emas, yang beratnya beratus kati, yang berkekang emas berpermata; raja yang berziarah suasa, dan berketopong suasa, dan yang bergajah bergading emas, bekumban perak, bergenta suasa, yang berantai suasa; raja yang bergajah berrengka tinggi suasa, dan yang berperisai suasa, dan berlembing suasa, dan yang istinggar suasa, dan yang berkuda berpelana suasa, dan yang bergajah kursi perak, dan yang berkop perak, dan yang bergong suasa, dan yang beralat emas dan suasa dan perak, dan yang bertimba emas berpermata; raja yang menyenggerahakan nisyan diri daripada nisyan emas, yang bergelar Megat Alam, yang turun-temurun daripada raja bernisyan suasa; raja yang mengampukan raja-raja yang berratus-ratus daripada pihak mashrak, yang dalam negeri yang takluk ke Deli, dan yang dalam negeri yang takluk ke Batu Sawar, dan daripada pihak maghrib, yang dalam negeri yang takluk ke Priaman, dan ke Barus; raja yang memuat gajah peperangan tujuh puluh dari laut, dan beberapa aripada segala pakaian, dan persenggrahan yang indah-indah, dan daripada segala senjata yang mulia-mulia; raja yang beroleh kelebihan daripada limpah kelebihan Tuhan seru alam sekalian dala takhta kerajaan negeri Aceh Darussalam, iaitu raja yang nentiasa mengucap puji-pujian akan Tuhan seru alam sekalian daripada dilimpahkannya kelimpahan kerunianya pada menyerahkan negeri daripada pihak masyrik seperti Lubok dan Pedir dan Semerlang dan Pasangan dan Pasai dan Perlak dan Basitang dan Tamiyang dan Deli dan Asahan dan Tanjung dan Pani dan Rekan dan Batu Sawar dan segala negeri yang takluk ke Batu Sawar dan Perak dan Pahang dan Inderagiri, maka daripada pihak maghrib negeri Calang dan Daya dan Barus dan Pasaman dan Tiku dan Priaman dan Salida dan Inderapura dan Bengkulu dan Salibar dan Palembang dan Jambi; datang kepada raja yang di negeri Inggeris yang bernama Raja Yakub, yang mengampukan negeri Britani dan negeri Fransi dan negeri Irlandia. Dikekalkan Tuhan seru alam sekalian jua kiranya kerajaannya, dan ditolonginya jua kiranya ia daripada segala seterunya. Setelah itu barang tahu kiranya raja bahawa hamba terlalu sukacita menegar bunyi surat yang disuruh raja persembahkan kepada hamba itu. Maka ada tersebut dalamnya bahawa raja memohonkan barang dapat orang Inggeris beniaga dalam negeri Tiku dan Priaman, dan barang dapat orang itu duduk beniaga di sana, seperti pada zaman Paduka Marhum Said al-Mukammal itu. Maka titah hamba bahawa orang Inggeris yang seperti dikehendaki raja itu tiada dapat kita beri beniaga di negeri Tiku dan Priaman, dan tiada dapat duduk beniaga di sana, kerana negeri itu negeri dusun, lagi jauh daripada kita. Jika dianiaya orang Tiku atau orang Priaman akan orang itu, nescaya keji bunyi kita kepada raja Yakub itu. Dengan anugeraha Tuhan seru alam sekalian, jika ia hendak mengantarkan peturnya beniaga, dalam negeri Aceh dihantarkannya; supaya barang siapa berbuat aniaya ke atasnya segera kita pereksai, dan kita hukumkan dengan hukuman yang adil, daripada bahawa ia hamba pada raja yang berkirim-kirimkan surat dengan kita itu. Disejahterakan Tuhan seru alam jua kiranya Raja Yakub dalam takhta kerajaan Inggeris itu selamalamanya. Adapun surat ini disurat dalam negeri Aceh pada bilangan Islam seribu dua puluh empat tahun. Shellabear (1897:126-8)

156

You might also like