You are on page 1of 31

UNSUR SENI

PRINSIP-PRINSIP REKAAN

Garisan

Teknik koyakan Teknik tampalan

Teknik kolaj Teknik gosokan

Teknik cetakan Teknik capan

Garisan daripada anyaman

Garisan daripada lukisan

Garisan daripada urat daun

Warna
Warna Asas
Warna ini tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain.

Warna Sekunder
Warna ini terhasil apabila warna asas bercampur dengan warna asas.

Warna Tertier
Warna ini terhasil apabila warna asas bercampur dengan warna sekunder.

+
+

= =

+ +
+

= ? = ?

= ?

Roda Warna

Jalinan
Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semula jadi atau dari perbuatan manusia. Jalinan boleh dihasilkan melalui: a) Teknik cetakan b) Teknik kolaj c) Teknik binaan d) Teknik campuran Jalinan terbahagi kepada dua jenis iaitu: a) Jalinan tampak b) Jalinan sentuh

Jalinan Tampak
Merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.

Jalinan Sentuh
Jalinan tampak dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. Sifatnya tiga dimensi.

Rupa
Rupa adalah cantuman antara 2 hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan. Rupa terbahagi kepada dua: a) Rupa organik b) Rupa geometri Jenis-jenis rupa: a) Rupa positif dan negatif b) Rupa dan corak c) Rupa dan lambang d) Rupa dan muka taip

Rupa
a) Rupa organik garisan luaran yang berbagaibagai, tidak menentu dan bersifat domain.

Rupa
b) Rupa geometri terikat dengan bentuk yang khusus.

Rupa
a) Rupa positif dan negatif

Rupa
b) Rupa dan corak (ulangan rupa yang membentuk corak)

Rupa
c) Rupa dan lambang

Rupa
d) Rupa dan muka taip

Bentuk
Bentuk secara mudahnya mempunyai isi padu. Lebih lengkap jika dibandingkan dengan rupa. Terdiri daripada 2 jenis: a) Bentuk ilusi (maya) b) Bentuk konkrit

Bentuk
a) Bentuk ilusi (maya)
- Wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan, foto, lukisan dan gurisan. - Bentuk ilusinya hanya dapat dilihat di satah gambar dan apabila disentuh ia hanya permukaan datar kerana dalam bentuk 2 dimensi.

Bentuk
b) Bentuk konkrit
- Bersifat 3 dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim. - Mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang.

Merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ia menggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan. Ruang berada di atas, di tepi, di luar dan sebagainya. Dalam kerja menggambar, ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna. Pada kebiasaannya, ruang dikaitkan kepada garisan, perspektif, warna dan bentuk.

HARMONI PENEGASAN IMBANGAN KONTRA PERGERAKAN KESATUAN KEPELBAGAIAN

HARMONI
Harmoni menggambarkan situasi yang selesa, teraputik, nyaman, aman dan tenang. Situasi ini berkaitan dengan konsep keseragaman, kesamaan, imbangan dan penyerapan. Konsep ini menimbal balas kepada garisan, bentuk, rupa, jalinan, ruang dan warna yang saling melengkapi dan tiada unsur percanggahan di dalamnya.

Harmoni dari segi garisan

Harmoni dari segi bentuk

Harmoni dari segi rupa

PENEGASAN
Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan

Penekanan pada cahaya dan bayang yang menimbulkan penegasan

Penegasan pada objek yang berbeza warna

Objek bangunan di tengah menimbulkan penegasan

Imbangan menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukannya. Jika ruangan kiri dan kanannya seimbang, ia bermaksud kedudukan objek berada dalam keadaan yang stabil, sama berat dan sifatnya harmoni. Terdapat 2 jenis imbangan:
Imbangan Simetri (unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) Imbangan Tidak Simetri (unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirriciri yang menimbulkan kesan keseimbangan)

IMBANGA N

Kontra menunjukkan percanggahan dengan ciri-ciri yang ingin diutarakan. Ciri-ciri berlawanan ini disengajakan untuk mendapatkan reaksi si pemerhati. Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan

KONTR A

Kontra dari segi bentuk

Kontra dari segi warna

Kontra dari segi warna, jalinan dan rupa bentuk

Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinarsinar dsb Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb

PERGERAKA N

Ulangan objek yang menimbulkan pergerakan

Arca pergerakan / irama

Pergerakan / irama secara semula jadi

KESATUAN
Kesatuan bermaksud gabungan rupa, corak, bentuk, warna dan jalinan yang boleh menimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat. Kesatuan boleh dihasilkan melalui kesatuan bentuk, rupa, corak dan warna. Apabila penyerapan unsur-unsur ini berlaku dengan seimbang, harmoni dan saksama ia akan mewujudkan kesatuan.

Kesatuan tema jenis objek dan warna

Kesatuan tema jenis objek dan warna

Kesatuan tema jenis objek, rupa dan warna

KEPELBAGAIAN
Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan

Kepelbagaian warna

Kepelbagaian bentuk dan jenis objek

Kepelbagaian bentuk

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like