You are on page 1of 17

Mengenai Implikasi Teori Behavioris Terhadap P&P

DISEDIAKAN OLEH; MUHAMAD ZULFAHMI BIN ROSLI MUHAMMAD NUR ARIFF B. MOHAMMAD NOBI NOOR SHAMEERA BT. ROSLAN NADHIRAH BT. SAMSUDIN

MURID & ALAM BELAJAR IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS KEPADA P&P

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS

TEORI PELAZIMAN KLASIK

TEORI PELAZIMAN OPERAN

Ivan Petrovich Pavlov

John B. Watson

Edward L Thorndike

B. F Skinner

Ivan Petrovich Pavlov (Pelaziman Klasik)

MURID & ALAM BELAJAR IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS KEPADA P&P

Banyak

menggunakan kaedah ransangan Kajian terhadap anjing : - sebelum pelaziman - semasa pelaziman - selepas berlakunya pelaziman
Konsep pengajaran dan pembelajaran - generalisasi - diskriminasi - penghapusan

Ivan Petrovich Pavlov (Pelaziman Klasik)

MURID & ALAM BELAJAR IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS KEPADA P&P

Implikasi terhadap P&P (teori pavlov)-RANSANGAN


Semakin

MURID & ALAM BELAJAR IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS KEPADA P&P

kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil kerja yang baik (gerak balas), maka kerja tersebut akan dapat diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru. Oleh itu, guru perlu kerap memberikan rangsangan untuk memperkukuhkan gerak balas terlazim.

Implikasi terhadap P&P (teori pavlov)-MOTIVASI

MURID & ALAM BELAJAR IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS KEPADA P&P

Memotivasikan muridnya dengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yang dikehendaki dalam P & P. Sebagai contoh, guru boleh memberi motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsang untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Guru juga boleh meningkatkan motivasi muridmuridnya dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan set induksi yang dapat menarik perhatian murid.

Implikasi terhadap P&P (teori pavlov)-PENGLIBATAN

MURID & ALAM BELAJAR IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS KEPADA P&P

Penglibatan murid-murid dalam proses pengajarannya seperti penglibatan dalam aktiviti berkumpulan, perbincangan, projek dan sebagainya. Melalui aktiviti seperti ini, murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan kerana pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, kebiasaan dan pengalaman.

Implikasi terhadap P&P (teori pavlov)-PENGHAPUSAN

MURID & ALAM BELAJAR IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS KEPADA P&P

Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Apabila seseorang guru berhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya mungkin akan merosot. Oleh itu, konsep pemulihan semerta dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajarannya dengan memberikan insentif semula kepada murid-murid dengan mempelbagaikan aktiviti, alat bantu mengajar dan projek untuk meningkatkan semula semangat ingin belajar.

RUMUSAN

MURID & ALAM BELAJAR IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS KEPADA P&P

Walau bagaimanapun, teori ini masih terdapat kekurangan dan kelemahannya. Antara kelemahannya ialah pelaziman haruslah melalui proses latihan serta pembelajaran dalam tempoh masa tertentu sebelum berlakunya proses pembelajaran. Kaedah ini memerlukan tempoh masa yang tertentu dan latihan supaya proses pembelajaran berlaku dan wujudnya gerak balas pelaziman. Di samping itu, apabila murid berhadapan dengan pengalaman atau pelaziman yang menyakitkan, maka mereka akan bersifat ingkar ataupun berlari dari situasi tersebut. Jikalau rangsangan yang negatif diberikan kepada murid, maka murid turut akan memberikan gerak balas yang negatif juga.

John B Watson (Pelaziman Klasik)

MURID & ALAM BELAJAR IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS KEPADA P&P

Watson percaya semua perbezaan tingkah laku individu adalah disebabkan oleh perbezaan pengalaman pembelajaran. Watson juga melihat psikologi sebagai kajian tentang tingkah laku manusia yang dapat dikawal dan diramal). Beliau pernah berkata;
Give me a dozen healthy infants, well-formed, and my own specified world to bring them up in and I'll guarantee to take any one at random and train him to become any type of specialist I might select - doctor, lawyer, artist, merchant-chief and, yes, even beggarman and thief, regardless of his talents, penchants, tendencies, abilities, vocations and the race of his ancestors. (Watson, 1924, as cited in Classical Conditioning, n.d)

John B Watson (Pelaziman Klasik)

MURID & ALAM BELAJAR IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS KEPADA P&P

Eksperimen Watson dan Little Albert

Watson terkenal dengan eksperimennya bersama seorang bayi berumur 11 bulan yang diberi nama Little Albert. Seperti gambarajah di atas, Albert diberi bermain dengan seekor tikus putih

Implikasi terhadap P&P John B. Watson


Watson

MURID & ALAM BELAJAR IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS KEPADA P&P SECARA PMI

memperkenalkan dua prinsip iaitu prinsip kekerapan dan prinsip kebaruan. Prinsip kekerapan menekankan bahawa semakin kerap seseorang menunjukkan suatu respons terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons (gerak balas) yang sama terhadap rangsangan tersebut. Prinsip ini membawa implikasi bahawa murid perlu memahami dan mengulangkaji setiap tajuk dalam sesuatu mata pelajaran dengan kerap bagi mengingati kembali konsep-konsep pelajaran dengan mudah.

Implikasi terhadap P&P


John B. Watson

MURID & ALAM BELAJAR IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS KEPADA P&P SECARA PMI

Prinsip kebaruan pula menegaskan bahawa semakin baru respons seseorang terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons atau gerak balas terhadap rangsangan itu. Ini bermakna, setiap murid perlu membuat ulang kaji dengan sempurna sebelum menempuh peperiksaan bagi membolehkan mereka mengaplikasikan konsep-konsep yang diulang kaji. Sekiranya sesuatu tajuk itu lama tidak diulangkaji, ia akan terhapus daripada ingatan begitu sahaja. Oleh itu, seseorang guru perlu memberikan latihan dengan kerap untuk mengukuhkan ingatan murid.

Implikasi terhadap P&P John B. Watson


Selain

MURID & ALAM BELAJAR IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS KEPADA P&P SECARA PMI

itu, minat murid juga boleh ditimbulkan dan dihapuskan. Guru yang mengajar dengan pelbagai alat bantu mengajar dan mengelola pelbagai jenis aktiviti akan dapat menimbulkan minat murid terhadap pengajarannya dan seterusnya menyebabkan murid ternanti-nanti kemunculan guru berkenaan untuk mengajar mereka. Sebaliknya, minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran akan berkurangan sekiranya didapati pengajaran guru tersebut tidak menarik atau membosankan.

Implikasi terhadap P&P John B. Watson


Sama

MURID & ALAM BELAJAR IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS KEPADA P&P SECARA PMI

seperti Pavlov, teori Watson juga menggalakkan rangsangan yang baik bagi mewujudkan tingkah laku positif. Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru) menimbulkan perasaan keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. Guru juga perlu menggunakan rangsangan yang boleh memotivasikan murid seperti mewujudkan persekitaran yang kondusif dan kaya dengan bahan pengajaran bagi mendorong mereka berminat untuk belajar.

CUBA TEKA. APA YANG BERLAKU INI ???

RUMUSAN
John B. Watson

MURID & ALAM BELAJAR IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS KEPADA P&P SECARA PMI

Antara peluang yang terdapat dalam teori pelaziman ini ialah guru boleh menggunakan pelaziman ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran semasa dalam kelas. Dengan rangsangan dan gerak balas yang positif, maka sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas dapat dijalankan dengan lebih terancang dan teratur. Selain itu, dengan kaedah pelaziman ini guru turut boleh lebih memahami tingkahlaku seseorang murid. Teguran harus diberikan kepada murid apabila mereka melakukan tindakan yang negatif. Manakala rangsangan yang positif serta gerak balas yang positif pula harus diterapkan dalam diri murid-murid.

You might also like