You are on page 1of 6

PENGURUSAN MODUL KEPIMPINAN MURID ASRAMA 1MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.0

PENGENALAN

Sejajar dengan konsep 1 Malaysia, Y.A.B. Perdana Menteri semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Masyarakat India pada 28 September 2009 telah menyarankan supaya asrama berkonsepkan 1Malaysia diwujudkan. Asrama 1 Malaysia (A1M) menempatkan murid pelbagai kaum dan berlainan sekolah dalam satu asrama berdasarkan konsep 1 Malaysia. Ciri-ciri A1M merangkumi aspek fizikal, suasana dan aktiviti yang menjurus kepada pemupukan perpaduan dan sensitiviti kepada agama, budaya, adat resam dan kepercayaan. Melalui A1M murid pelbagai kaum berpeluang untuk tinggal dan belajar bersama dan memahami budaya antara satu sama lain. Modal Insan yang dihasilkan melalui A1M kelak merupakan murid-murid yang memiliki sikap penerimaan antara kaum terhadap kepelbagaian budaya, adat resam, kepercayaan dan amalan rakyat Malaysia. Penubuhan A1M adalah sebagai menyokong usaha kerajaan dalam
Modul Kepimpinan Murid A1M 1

membentuk persefahaman dan keharmonian antara kaum ke arah melahirkan rakyat yang patriotik dan saling menghormati, seterusnya membentuk negara yang bersatu padu, aman dan makmur. Atas kesedaran ini, satu modul kepimpinan A1M dihasilkan bagi membantu percambahan dan perkembangan sahsiah, emosi dan mental dengan berpaksikan Falsafah Pendidikan Negara. Modul ini juga akan menjadi penanda aras dalam kewujudan pemimpin di kalangan murid-murid Asrama 1 Malaysia.

2.0

KONSEP DAN DASAR PELAKSANAAN

2.1

Aktiviti dalam Modul Kepimpinan A1M adalah sebahagian daripada

pembentukan dan perkembangan potensi diri pelajar di dalam A1M ataupun di luar A1M. Setiap murid di A1M wajib melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang diatur untuk mereka. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar A1M, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah atau di sekolah, maka aktiviti Modul Kepimpinan A1M dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.

2.2

Sebagai sebahagian daripada usaha pendidikan, penglibatan semua

murid dan anggota masyarakat adalah perlu, berasaskan bahawa:

i.

Semua

murid

harus

mempunyai

keseimbangan

antara

perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan


Modul Kepimpinan Murid A1M 2

sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani);

ii.

Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan sejajar dengan kebolehan kepimpinan dalam diri mereka.

iii.

Semua murid boleh dipimpin, dan boleh pula memimpin diri sendiri dan rakan sebaya;

iv.

Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik murid-murid.

3.0

MATLAMAT

3.1

Matlamat utama gerak kerja Modul Kepimpinan A1M adalah untuk

mewujudkan pemimpin yang cemerlang yang mempunyai nilai dan semangat kesepaduan dan kekitaan tanpa mengira bangsa, agama dan asal-usul dengan berpaksikan kepada Rukunegara.

3.2

Memupuk potensi/bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka,

bertimbang rasa dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.

3.3

Matlamat utama aktiviti-aktiviti dalam Modul kepimpinan A1M adalah


Modul Kepimpinan Murid A1M 3

bertujuan untuk melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga dan negara. Mereka akan keluar dari A1M sebagai pemimpin pelapis dan mampu memimpin keluarga dan masyarakat.

4.0

OBJEKTIF

4.1

Menyeimbangkan perkembangan mental, rohani, jasmani dan emosi murid-murid supaya akhirnya berkaliber. berupaya menjadi pemimpin yang

4.2

Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid untuk tinggal, belajar, beraktiviti bersama dan memahami budaya antara satu sama lain;

4.3

Membina dan meningkatkan minat , potensi dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi;

4.4 4.5 4.6

Membina dan meningkatkan disiplin murid; Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan; Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat;

4.7 4.8 4.9

Mewujudkan asrama berwatak; Menyediakan murid untuk mengikuti program khidmat negara; Mengukuhkan dan menerapkan nilai nilai 1 Malaysia dan integrasi
Modul Kepimpinan Murid A1M 4

nasional dalam diri murid; 4.10 Memupuk pemahaman kepada budaya, adat resam dan kepercayaan agama.

5.0

BIDANG KEPIMPINAN MODUL MURID ASRAMA 1 MALAYSIA


BIDANG
1. Psikososial & Kesejahteraan Mental 1. 2. 3. 4. 5. 6. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 1. 2. 3. 4. 5. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 1. 2. 3.

TINGKATAN
Tingkatan 1

PENGISIAN MODUL
Kemahiran sosial Kesedaran kendiri Kemahiran pengurusan diri Kemahiran asas komunikasi Asas kepimpinan Pelaksanaan Projek 1 Malaysia Kemahiran sosial Kemahiran komunikasi Peer group skills Kemahiran membuat keputusan Kemahiran asertif Kemahiran asas berorganisasi Pelaksanaan Projek 1 Malaysia Pembangunan diri Projek PMR Buddy System Pembinaan wawasan diri Pengukuhan jati diri Eksplorasi stesyen Pelaksanaan Projek 1 Malaysia Kesedaran dan interaksi sosial Inventori diri Khidmat masyarakat Kemahiran berfikir kreatif dan kritis (KBKK) Pelaksanaan Projek 1 Malaysia Halatuju kerjaya Pengurusan kepimpinan Kemahiran menguruskan organisasi Pengurusan organisasi secara teori Aplikasi pengurusan organisasi Pelaksanaan Projek 1 Malaysia PROJEK 1 MALAYSIA Melukis mural Memasak Melukis

Tingkatan 2

2.

Pembangunan Diri

3. Tingkatan 3

Akademik

Tingkatan 4

4.

Kerjaya

Tingkatan 5

Kesemua empat bidang utama ini akan membentuk kepimpinan murid-murid Asrama 1 Malaysia (A1M) selama lima tahun berada di Asrama 1 Malaysia.

Modul kepimpinan sepanjang lima tahun ini merangkumi semua bidang di atas

Modul Kepimpinan Murid A1M

Tingkatan 1-5 (Semua pelajar Asrama 1 Malaysia )

tetapi mengikut tahap-tahap perkembangan murid.

Modul menggilap permata ICEBREAKING /ENERGIZER

4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 1. 2.

Membina taman dan air terjun Membina Arca 1 Malaysia Sudut 1 Malaysia Tarian 1 Malaysia Permainan tradisional Sukaneka 1 Malaysia Malam Gala 1 Malaysia Kaunseling kelompok Kaunseling individu Digunakan dalam aktiviti-aktiviti bila perlu

Modul Kepimpinan Murid A1M

You might also like