You are on page 1of 1

KITAR SEMULA!

PENJANA EKONOMI DAN


PENYELAMAT ALAM SEKITAR.

SK-04-FRGS0005-2006

Zaini Sakawi,
Katiman Rostam,
Abd Rahim Md Nor

ABSTRAK

Limpahan pembangunan ke kawasan pinggiran impak dari kepesatan pembangunan


Wilayah Bandar Metropolitan tidak sahaja terjana dalam bentuk impak negatif tetapi juga
positif. Perubahan yang dijana meliputi impak petempatan, pengangkutan, sosial,
ekonomi dan alam sekitar. Kajian ke atas perubahan alam sekitar khususnya pertumbuhan
premis kitar semula mendapati peranan dan peripenting kitar semula sebagai sumber
penjana ekonomi bukan sahaja kepada pemilik premis, tetapi kepada pengamal dan juga
pengilang atau pihak pemerosesan barangan kitar semula di Wilayah Bandar
Metropolitan. Kajian juga mendapati peranan kitar semula dalam mengatasi masalah
penjanaan sisa buangan pepejal membantu menyelamatkan alam sekitar kawasan
pinggiran. Kepentingan pertumbuhan premis kitar semula jelas memberi kebaikan kepada
kawasan pinggiran dan secara langsung juga penyumbang utama kepada barangan kitar
semula bagi pengilang utama di Wilayah Bandar Metropolitan.

You might also like