You are on page 1of 2

Contoh RPH (Inkuiri Penemuan)

Tajuk : Timbangan berat Masa : 8.00 a.m. - 9.00 a.m. Kemahiran : Mengukur jisim Objektif pembelajaran : Mengukur jisim menggunakan unit piawai. i) Kilogram Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat; 1) Mengukur jisim menggunakan unit piawai; kilogram 2) Membaca jisim kepada skala kilogram yang terdekat. BBM : Alat penimbang, bata merah, 4 buah buku teks, beg sekolah, minuman botol, kad imbasan, rekod bacaan berat objek, perkakasan ICT Kaedah: Inkuiri Penemuan PSA: Murid telah mempelajari kemahiran pembundaran dalam topik Nombor Bulat dan Perpuluhan.

Set Induksi: (5 minit) Memanggil 2 orang murid yang berlainan saiz badan untuk datang ke hadapan kelas. Guru bertanya kepada murid siapakah yang paling berat? Murid ketiga dipanggil ke hadapan dan diarahkan mengangkat 2 orang murid tadi. Mengulangi aktiviti kedua dengan murid yang seterusnya. Murid ketiga dan ke-4 kemudian menyatakan kepada kelas dapatan aktiviti mereka sebentar tadi. Aktiviti 1: (5 minit) Guru memperkenalkan unit piawai timbangan berat berserta simbolnya menggunakan kad imbasan dan menunjukkan penggunaan unit tersebut pada kotak bungkusan biskut. Kotak tersebut diedarkan kepada murid untuk melihat sendiri penggunaannya dalam bungkusan barangan. Aktiviti 2: (20 minit) Mengadakan aktiviti kumpulan. Murid-murid dalam kelas dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang murid.

Setiap kumpulan dibekalkan dengan: Alat penimbang, bata merah, 4 buah buku teks, beg sekolah, dan minuman botol dan Rekod catatan bacaan berat obejk. Muid menjalankan aktiviti dalam kumulan masing-masing mengikut arahan yang diberikan oleh guru. Aktiviti 3: (15 minit) Pembentangan hasil kerja oleh setiap kumpulan. Aktiviti 4: (10 minit) Soal jawab guru dan murid berkaitan bacaan timbang berat kepada kilogram yang terdekat. Guru menerangkan cara menyatakan bacaan jisim objek kepada kilogram yang terdekat menggunakan Teknik Pembundaran. Murid mencatat bacaan berat objek kepada kilogram yang terdekat pada Rekod Berat Objek. (murid melengkapkan lajur ke-3 dalam rekod) Penutup (5 minit) Guru merumuskan bahawa setiap objek mempunyai jisim dan ia boleh diukur dengan alat timbangan berat. Guru bertanya kepada murid jisim objek yang ditunjukkan pada rajah 1. Refleksi

You might also like