You are on page 1of 12

MUHAMAD ANUAR BIN OTHMAN 711124-07-5401 AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013 IPG PERLIS

B.

Penulisan Esei (40%)

Bincangkan peranan dan cabaran pihak sekolah dalam mengeratkan hubungan etnik.

PERANAN PIHAK SEKOLAH Isu Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum penting untuk difikirkan. Kita melihat perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi, kebudayaan dan agama. Sesuatu etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang lain. Maka struktur ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk mencapai perpaduan. Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Integrasi di peringkat sekolah rendah adalah penting untuk perpaduan. Untuk itu, pihak sekolah perlu mengambil pelbagai langkah agar perpaduan serta integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa hadapan.

Perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui mengadakan kurikulum yang seragam untuk semua sekolah. Kurikulum boleh dikatakan sebagai bidang pelajaran di sekolah. Menurut Mok Soon Sang, kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan profesional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah, untuk semua peringkat persekolahan.
Page WAJ3106

MUHAMAD ANUAR BIN OTHMAN 711124-07-5401 AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013 IPG PERLIS

Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional.

Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah. Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-pelajar.

Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain
Page WAJ3106

menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke

MUHAMAD ANUAR BIN OTHMAN 711124-07-5401 AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013 IPG PERLIS

Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini, wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus kepada tercapainya integrasi nasional.

Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula berbunga apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza.

Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh oleh semua pihak. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang besifat majmuk ini. Mahu tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara kerana melalui pendidikanlah, generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu melentur buluh birlah dari rebungnya. Mereka ini perlu dan
Page WAJ3106

semestinya didedahkan bahawa perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk

MUHAMAD ANUAR BIN OTHMAN 711124-07-5401 AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013 IPG PERLIS

yang akan timbul daripada sikap curiga mencurigai di antara mereka. Dapat disimpulkan bahawa, peranan seorang guru dalam mewujudkan perpaduan dikalangan para pelajar amatlah besar. Namun, kerjasama dari pihak yang lain juga perlu dalam merialisasikan perpaduan ini.

CABARAN PIHAK SEKOLAH ( KEKANGAN YANG DIHADAPI ) Kewangan melaksanakan program dan aktiviti. Kesediaan guru Pertambahan beban tugas guru Kekurangan sokongan pengurusan atasan Sikap guru ( acuh tidak acuh ) Perbezaan tahap pengetahuan Tahap penguasaan guru tentang penggunaan teknologi maklumat Pembentukan jati diri murid Budaya sekolah yang pelbagai

WAJ3106

Page

MUHAMAD ANUAR BIN OTHMAN 711124-07-5401 AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013 IPG PERLIS

C.

Penulisan Reflektif (30%) Sila rujuk Kertas Tugasan Projek

Integrasi Nasional Shamsul Amri (2007) memberikan maksud integrasi sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Noriati A.Rashid (2010) menyatakan integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang,status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai pegangan norma serta mengamalkan kehidupan bersama. Daripada penyatuan yang terbentuk, maka akan wujudlah perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum di dalam sesebuah negara. Integrasi sebegini merupakan satu proses yang berlaku hasil ikatan batin, iaitu ikatan perasaan antara manusia sendiri. Ia adalah proses kerohanian atau spiritual yang merupakan hasil daripada satu penghayatan di mana akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati, jauh merentasi perbezaan budaya dan kumpulan etnik. Integrasi nasional merupakan satu proses berbentuk abstrak, satu proses penyatuan atau ikatan yang sebati dan berpanjangan (Modul Kenegaraan, 2011: 179-180).

Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun (1991) menyatakan bahawa Integrasi Nasional


Page WAJ3106

merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri

MUHAMAD ANUAR BIN OTHMAN 711124-07-5401 AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013 IPG PERLIS

dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Membentuk satu bangsa Malaysia merupakan salah satu cabaran kepada negara walaupun setelah mengecapi kemerdekaan. Ini ialah kerana masalah perkauman tetap menjadi satu isu yang serius dan perlu diambil tindakan dan perhatian.

Antara peristiwa yang telah mencetuskan ketegangan antara kaum ialah peristiwa 13 Mei 1969. Ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah Malaysia. Peristiwa ini telah mewujudkan prasangka, amalan diskriminasi dan sikap prejudis dalam kalangan kumpulan etnik yang akhirnya mencetuskan rasa tidak senang dalam kumpulan etnik tertentu. Peristiwa rusuhan kaum ini memberi pengajaran yang besar kepada kerajaan untuk mengatasi masalah pertembungan antara etnik-etnik di Malaysia. Justeru itu, pada tahun 1970, kerajaan memperkuatkuasakan dua perkara penting iaitu Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru untuk mewujudkan keseimbangan di antara kaum-kaum dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia. Bidang pendidikan menjadi teras penting untuk menjayakan objektif Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru iaitu untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini. Pemurnian Dasar Pendidikan untuk mencapai integrasi kaum berterusan apabila kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1974 yang bertujuan menyemak kembali Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Page WAJ3106

MUHAMAD ANUAR BIN OTHMAN 711124-07-5401 AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013 IPG PERLIS

Integrasi dan perpaduan kaum yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui Dasar Pendidikan berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar. Salah satu cabaran utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan ini menyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar pendidikan, kerana pada sangkaan mereka ia melibatkan penerimaan dan pengorbanan iaitu mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan mengorbankan unsur kaum sendiri. Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan daripada pelbagai kaum kerana unsur keturunan, kepercayaan, budaya dan bahasa sudah menebal dalam kaum masingmasing.

Justeru itu, bagi mewujudkan integrasi nasional daripada pelbagai kaum di Malaysia, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Sekolah Wawasan. Konsep Sekolah Wawasan ialah berusaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara dengan menyatukan sekolah dalam satu sistem pendidikan yang seragam yang dahulunya terasing antara satu sama lain untuk mewujudkan satu pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama.

Ini bermaksud penggabungan sekolah berkenaan sudah pasti akan menemukan pelajar kepada satu andaian baru dalam hidup mereka. Ia bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dan menyatupadukan kaum dalam kalangan pelajar. Walaupun semangat
Page WAJ3106

perpaduan dan integrasi antara kaum telah diberi penekanan sejak murid berada di

MUHAMAD ANUAR BIN OTHMAN 711124-07-5401 AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013 IPG PERLIS

sekolah rendah lagi, namun penubuhan Sekolah Wawasan akan lebih mencapai objektifnya kerana murid berbilang kaum dipertemukan di bawah satu tapak persekolahan yang sama.

Kesan Integrasi Nasional Kepada Masyarakat Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan masyarakat yang bersatu padu dan hidup dalam suasana yang harmoni. Integrasi nasioanal telah dapat memupuk semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit dalam masyarakat hari ini. Ini dapat dibuktikan daripada interaksi yang baik yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia baik antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat belajar dalam satu sekolah yang sama.

Tujuan penubuhan Sekolah Wawasan ialah untuk mengeratkan perpaduan yang sudah sedia ada terjalin kukuh dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi iaitu di bangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana mereka ini masih kanak-kanak yang boleh dilenturkan.

Sekolah Wawasan yang menempatkan tiga aliran sekolah yang berbeza di dalam
Page WAJ3106

sebuah kawasan akan membolehkan pelajar-pelajar SRJK menguasai bahasa Melayu.

MUHAMAD ANUAR BIN OTHMAN 711124-07-5401 AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013 IPG PERLIS

Ini kerana penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar SRJK agak lemah. Implikasinya, dengan adanya interaksi pelajar pelbagai keturunan ini telah membuka ruang seluas-luasnya untuk mereka berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan. Dalam masa yang sama pula, ia membolehkan pelajar memahami budaya, bahasa serta pemikiran rakannya daripada kaum lain.

Selain itu, usaha kerajaan untuk mencapai perpaduan melalui kokurikulum di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi telah menunjukkan hasil yang positif. Melalui aktiviti kokurikulum seperti aktiviti kebudayaan, keseniaan dan sukan telah menunjukkan semangat perpaduan di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum.

Tambahan pula, aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan dan membangkitkan semangat tolong-menolong, semangat setiakawan dan saling percaya-mempercayai di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum yang terlibat. Penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang kokurikulum akan melahirkan individu pelajar yang berfikiran terbuka dan matang dalam perhubungan dan bersosial dalam masyarakat.

Cara Guru Menangani Cabaran Integrasi Nasional Seseorang pendidik memainkan peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan profesional.
Page WAJ3106

MUHAMAD ANUAR BIN OTHMAN 711124-07-5401 AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013 IPG PERLIS

Berdasarkan kepada garis panduan KPM dan PIPP, peranan guru sebagai Pembina negara bangsa dan modal insan dilaksanakan menerusi cara berikut : Memperkasakan bahasa kebangsaan Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa

Justeru itu, bagi melaksanakan garis panduan tersebut, guru perlulah menangani cabaran integrasi nasional dengan cara menggalakan penggunaan bahasa kebangsaan di sekolah sebagai bahasa perpaduan. Guru haruslah mengutakan mencintai bahasa Malaysia serta menanamkan rasa cinta itu ke dalam jiwa pelajarnya. Di antara cara untuk memperkasakan bahasa ini ialah dengan mengadakan program-program seperti pertandingan pidato, pertandingan debat dan bahas, Pertandingan menulis artikel, Minggu Bahasa dan Kebangsaan serta program Wacana Ilmu dan lain-lain.

Bagi menyempurnakan garis panduan yang kedua iaitu memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, KPM telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran. Justeru itu, guru perlulah menerima cabaran ini dan berusaha untuk memantapkan lagi perpaduan masyarakat di Malaysia.

WAJ3106

Page

10

MUHAMAD ANUAR BIN OTHMAN 711124-07-5401 AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013 IPG PERLIS

Untuk menangani cabaran Integrasi Nasional, guru perlulah menyemai dan memupuk semangat patriotisme secara berterusan dalam kalangan pelajar. Contohnya, semangat ini boleh dipupuk ke dalam diri pelajar daripada aktiviti perbarisan untuk menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu patriotik iaitu Negaraku. Ianya dapat diaplikasikan ke dalam perhimpunan mingguan di sekolah. Selain itu juga, semangat patriotisme dapat dipupuk melalui sambutan bulan Kemerdekaan yang diadakan di sekolah. Pelajar boleh melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti mendeklamasikan sajak, syair, pantun, puisi, penulisan karya kreatif, pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik dan lain-lain. Penyertaan mereka dalam aktiviti yang dianjurkan ini akan meningkatkan serta menyemarakkan lagi semangat cintakan tanah air yang tercinta.

Selain itu juga, guru juga boleh memberikan peluang kepada semua pelajar yang terdiri daripada pelajar yang berbilang kaum dan agama untuk berinteraksi antara satu sama lain dan melibatkan diri dengan semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Contohnya ; i. penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti Kempen Cintakan Warisan Seni, Kempen Kibar Jalur Gemilang, ii. iii. Pertandingan Menceriakan Kelas sempena Hari Kemerdekaan, Perbarisan Badan Beruniform dan lain-lain akan dapat membina kekuatan jati diri serta menanamkan rasa cintakan kepada bangsa dan negara Malaysia.

WAJ3106

Page

11

MUHAMAD ANUAR BIN OTHMAN 711124-07-5401 AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013 IPG PERLIS

Rujukan: 1. Bunn Nagara (2005). Melihat Wawasan 2020 dengan Jelas. (Online).

http://www.malaysia-today.net-0404

2.

Sekolah Wawasan Lurah Bilut Berkesan. (Online).

http://www.cikgu.net.my

3.

My Wawasan 2020. (Online). http://www.groups.msn.com.html

4.

Sekolah Wawasan. (Online). http://www.emoe.edu.my

WAJ3106

Page

12

You might also like