You are on page 1of 1

JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH (CAWANGAN) TINGKAT 5, WISMA PERSEKUTUAN, JALAN KAMPONG BARU, 05000 ALOR SETAR, KEDAH

DARUL AMAN.

TEL : 04-7745100 FAKS: 04-77328651


(http://akademik.kedah.edu.my/)

Ruj Kami : JPK 03-08/2851/78 Jld. 2 (1) Tarikh : 6 Februari 2012 13 Rabiul Awwal 1433 Pengetua / Guru Besar, Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah, Negeri Kedah Darul Aman.

Tuan, PEMBERITAHUAN PELAKSANAAN PROGRAM E-CERAP TAHUN 2012 Dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelaksanaan program e-Cerap diteruskan lagi pada tahun ini. Sehubungan itu, pihak sekolah diminta mengisi data pencerapan guru menggunakan templat e-Cerap Versi 4b (softcopy dilampirkan). 3. Untuk makluman, templat e-Cerap yang baharu beserta bahan-bahan sokongan yang berkaitan boleh juga dimuat turun dari portal rasmi Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Mohon jasa baik Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah tuan, untuk meng-emel-kan fail rumusan yang telah dijana setiap bulan ke alamat e-mel urusetia sebagaimana tahun lalu. Tarikh kutipan rasmi ialah pada hari ke-sepuluh setiap bulan berikutnya (10 haribulan). 4. Sila taipkan nama sekolah tuan dan bulan pencerapan di dalam ruangan subject pada antara muka e-mel tuan untuk memudahkan kerja pengumpulan data E-Cerap di peringkat daerah dan negeri. Contoh: SK SERI INDERA_Januari. 5. Sebarang pertanyaan berkaitan makluman ini, sila hubungi Encik Luthfi bin Mohd Radzi dari Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah di talian 04-7745100. 6. Kerjasama pihak tuan amat dihargai dan disanjungi.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG Saya yang menurut perintah,

(HAJI ASMEE BIN HAJI TAJUDDIN, A.M.K., B.C.K. ) Ketua Sektor Pengurusan Akademik, b.p. Pengarah Pelajaran Negeri Kedah.

You might also like