You are on page 1of 3

Soalan: Penggunaan komputer merupakan salah satu cara yang dapat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu di sekolah rendah. Antara cara pelaksanaan pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer adalah dengan menggunakan Tapak Pembelajaran. Hasilkan langkah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang melibatkan kemahiran mendengar-bertutur, membaca, dan menulis secara dalam talian dan luar talian dengan menggunakan Tapak Pembelajaran. Tema yang boleh digunakan ialah pelancongan, keselamatan jalan raya, dan pencemaran. Sila gunakan bahan yang dibekalkan di dalam folder. Anda boleh melayari internet untuk mendapatkan bahan lain sekiranya bahan yang terdapat di dalam folder tidak mencukupi. Objektif pengajaran adalah berdasarkan hasil pembelajaran yang berikut: Fokus Utama 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 1 i. Bercerita secara spontan mengenai sesuatu perkara dengan nada, intonasi dan gaya yang sesuai.

Fokus Sampingan 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca Aras 2 i. Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.

Fokus Sampingan 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk. Aras 1 i. Menulis pelbagai jenis ayat.

Sistem Bahasa Tatabahasa Ayat Tunggal atau ayat majmuk

Ilmu Pendidikan keselamatan jalan raya Pendidikan sivik dan kewarganegaraan Kajian tempatan

1. Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran: i. ii. iii. iv. v. Tapak pembelajaran mestilah mengandungi Halaman Utama, Set Induksi, Langkah 1, Langkah 2, Langkah 3, dan Penutupan. Langkah 1 ialah langkah bagi mencapai objektif kemahiran lisan Langkah 2 ialah langkah bagi mencapai objektif kemahiran membaca Langkah 3 ialah langkah bagi mencapai objektif kemahiran menulis Setiap langkah pengajaran perlu mengandungi tiga jenis aktiviti iaitu aktiviti penerangan guru, aktiviti murid melaksanakan kerja atau tugasan, dan aktiviti murid membentangkan hasil kerja. Aktiviti kerja murid hendaklah dilaksanakan dalam bentuk kerja kumpulan. Gunakan bahan yang telah disediakan, atau bahan yang dimuat turun daripada internet. Semua bahan yang digunakan hendaklah dipautkan kepada Tapak Pembelajaran dan pastikan perpautan itu berfungsi. Masukkan butang ke depan, ke belakang, dan butang rumah pada slaid yang berkenaan. Pastikan pergerakan dari satu slaid ke satu slaid hanya menggunakan butang pergerakan dan bukannya secara klikan di atas slaid.

vi. vii. viii. ix. x.

2. Kandungan Tapak Pembelajaran A. Set Induksi i. Anda perlu mendapatkan gambar atau video yang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan rangsangan. ii. Anda perlu menampal gambar atau video yang berkenaan dengan menggunakan plaform yang sesuai. B. Langkah 1 i. ii. iii. iv. Langkah 1 ialah langkah bagi mencapai objektif kemahiran lisan Gunakan bahan video sebagai rangsangan. Bahagikan murid kepada empat kumpulan dan tentukan tugasan bagi setiap kumpulan. Rakamkan contoh jawapan murid dengan menggunakan suara anda sendiri dengan menggunakan movie maker.

C. Langkah 2 i. Langkah 2 ialah langkah bagi mencapai objektif kemahiran membaca. ii. Anda diminta membahagikan murid kepada empat kumpulan. iii. Bina bahan bacaan yang dengan menggunakan struktur linear dan struktur hierarki untuk digunakan oleh murid dalam pembacaan mereka.

iv. Gunakan bahan yang telah disediakan di dalam folder sebagai bahan bacaan dan edit bahan berkenaan untuk disesuaikan dengan kebolehan murid. v. Anda juga digalakkan menggunakan bahan yang diambil terus daripada internet. vi. Anda perlu menyediakan contoh pembacaan murid dengan merakamkan bacaan sendiri ke dalam movie maker dengan mengambil kira objektif pelajaran yang hendak dicapai. D. Langkah 3 i. Langkah 3 ialah langkah bagi mencapai objektif kemahiran menulis. ii. Anda diminta menentukan bahan dari internet bagi setiap kumpulan yang boleh digunakan bagi mencapai objektif kemahiran menulis. iii. Berdasarkan bahan yang berkenaan, guru diminta merancang aktiviti bagi mencapai objektif kemahiran menulis seperti yang telah dinyatakan. iv. Anda perlu menyediakan contoh jawapan daripada setiap kumpulan dalam bentuk powerpoint atau brosur. E. Penutupan Sediakan penutupan pengajaran yang sesuai dengan mengambil kira aspek kognitif dan sosial murid.

You might also like