You are on page 1of 90

KHAIRUL ANUAR HJ.

RAMLAN
GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM
SEK. MEN. TEKNIK PERDAGANGAN
JOHOR BAHRU JOHOR
MASALAH SEBELUM INOVASI
1. pelajar hanya dapat mengikuti sesi pembelajaran di dalam kelas dan
bergantung kepada guru Pendidikan Islam
2. sumber rujukan pelajar terhad kepada guru sahaja disamping buku teks
dan rujukan
3. pelajar tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran apabila guru tidak hadir
ke sekolah atau sekolah cuti/ditutup
4. pelajar melihat subjek Pendidikan Islam sebagai subjek yang
membosankan
5. pelajar tidak mengetahui laman web yang hendak dilayari apabila
menggunakan internet dan ini menyebabkan pelajar hanya melayari laman
web hiburan yang tidak bermanfaat
6. pelajar tidak terdedah kepada hiburan yang bersifat Islamik di dalam
internet dan hanya terdedah kepada hiburan yang melalaikan
7. pelajar malas mengulangkaji pelajaran khususnya subjek Pendidikan Islam
secara konvensional
8. Tiada laman web khas yang memuatkan bahan P&P Pendidikan Islam
KONSEP e-PENDIDIKAN ISLAM
e-Pendidikan Islam merupakan satu portal khas yang
dibangunkan untuk menjadi sumber rujukan para pelajar
bagi subjek Pendidikan Islam dengan menggunakan
komputer dan internet sebagai medium penyampaian.
Portal ini mengandungi pelbagai bahan yang berkaitan
subjek Pendidikan Islam.
OBJEKTIF
1. menyediakan satu portal khas untuk pelajar memperolehi pelbagai bahan
pembelajaran bagi Pendidikan Islam
2. membantu pelajar menjalani sesi pembelajaran berbantukan komputer dan
internet walau di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa
3. menyalurkan pelbagai bahan yang bersifat multimedia kepada seluruh
pelajar dan guru untuk dimanfaatkan
4. mendedahkan pelajar dengan pelbagai laman web yang berunsurkan ilmu
pengetahuan khususnya Pendidikan Islam
5. Selaras dengan hasrat dalam PIPP untuk memperkasa ICT dalam P&P
6. Menghimpunkan semua laman web dan blog guru agar mudah dilayari
oleh semua pengunjung
PERISIAN YANG DIGUNAKAN
Adobe Dreamweaver
Adobe Captivate 4.0
Adobe Photoshop CS2
Ulead Video Studio 9
Youtube
Hot Potatoes
FAEDAH DARI INOVASI
A. Pengurangan Kos Operasi

 pelajar dapat mengikuti pakej pembelajaran secara


online dengan PERCUMA berbanding pakej luar
yang berbayar
 pihak sekolah dapat menjimatkan kos kertas kerana
pelajar boleh membuat latihan secara online dan
boleh dimuat turun untuk cetak atau simpan
Kos Pengurusan Portal
Bil. Item Kos
1 Pembelian Domain dan RM130
Penyewaan Hosting
anuar2u.com / setahun
2 Talian Streamyx 1MB sebulan RM110

3 Perisian Mac. Dreamweaver Diperolehi semasa


Adobe Captivate kursus ICT
anjuran KPM
B. Penjimatan Masa

 masa untuk sesi P&P di sekolah agak terhad namun


pelajar boleh belajar secara kendiri di rumah atau di
mana sahaja yang ada kemudahan komputer dan internet

 masa untuk pelajar mencari pelbagai bahan P&P dapat


dijimatkan kerana semua bahan adalah berpusat
C. Peningkatan Hasil Kerja

 membantu guru untuk memperluaskan bahan P&P


 pelajar semakin berminat untuk mengikuti subjek
Pendidikan Islam
 prestasi pelajar semakin meningkat dalam ujian
dan peperiksaan
 membantu guru yang tiada di sekolah untuk
mengedarkan bahan nota dan latihan
D. Impak

 Kelulusan 100 peratus subjek Pendidikan Islam SPM SMT


Perdagangan 5 tahun berturut-turut
 Digunakan oleh guru dan pelajar seluruh Malaysia serta
dikunjungi oleh pelawat dari seluruh dunia
KELEBIHAN
• pelajar dapat menjalani sesi pembelajaran Pendidikan Islam pada
bila-bila masa dan dimana juga mereka berada tanpa bantuan guru
• pelajar boleh mendapatkan pelbagai bahan berkaitan Pendidikan
Islam dan menyimpannya di dalam komputer dan
menggunakannya semula mengikut kehendak dan keperluan
• pelajar boleh meneroka pelbagai laman web yang bermanfaat dan
berunsur ilmu pengetahuan dan tidak hanya tertumpu kepada
laman web berunsur hiburan yang melalaikan
• pelajar dapat menguji pemahaman mereka terhadap sesuatu topik
dengan membuat latihan interaktif dan latih-tubi yang berterusan
terutama apabila hampir musim peperiksaan
ALAMAT URL PORTAL

Portal e-Pendidikan Islam


boleh dilayari melalui
http://www.anuar2u.com
e-info

e-latihan e-nota

e-powerpoint e-Pendidikan e-multimedia


Islam

e-kongsi e-ilmu

e-kelas
PENGISIAN KOMPONEN
1. e-nota
- e-nota mengandungi nota-nota lengkap pelbagai topik
tingkatan 4 dan 5. Ia terdiri daripada nota yang berbentuk
teks dan nota berbentuk peta minda . Pelajar boleh
menyalin atau mencetak nota tersebut atau membacanya
secara langsung. Nota peta minda pula membenarkan
belajar memahami tajuk secara cepat dan menarik kerana
ia berbetuk ringkasan dan bergrafik.
Kecemerlangan
SPM
2. e-powerpoint
- e-powerpoint membenarkan pelajar
mempelajari sesuatu tajuk melalui paparan
powerpoint secara online. Pelajar bebas mengawal
sendiri paparan demi paparan mengikut
keperluan masing-masing.
3. e-latihan
- e-latihan merupakan ruang dimana pelajar boleh
menguji kefahaman terhadap sesuatu topik dengan
membuat latihan interaktif khususnya untuk soalan
objektif dan struktur. Pelajar boleh mengetahui jawapan
bagi setiap soalan sebaik sahaja selesai menjawab.
4. e-multimedia
- e-multimedia menghimpunan elemen audio, video dan
grafik yang berkaitan dengan Pendidikan Islam. Video
tutorial disediakan khas untuk pelajar mengikuti
pembelajaran sesuatu topik secara online dimana guru
merakamkan sesi pengajaran dan boleh diikuti oleh
pelajar dimana sahaja mereka berada. Elemen audio pula
menempatkan pelbagai rakaman audio berkaitan tajuk-
tajuk Pendidikan Islam dalam format mp3 dan boleh
dimuat turun oleh pelajar.
Audio dalam format mp3
Boleh dimuat turun dan disimpan
di dalam komputer / pemain mp3 /
telefon bimbit
5. e-kongsi
- e-kongsi ialah ruang dimana pelajar boleh muaturun
( download ) pelbagai bahan Pendidikan Islam seperti
nota, latihan, latih tubi, koleksi powerpoint, kertas soalan
percubaan dan sebenar SPM, pelbagai koleksi e-book,
perisian komputer dan sebagainya.
POWERPOINT PELAJAR
6. e-ilmu
- e-ilmu mengandungi pelbagai artikel berkaitan dengan
pelajar dan agama Islam. Pelajar boleh menambah
pengetahuan tentang teknik belajar dan agama Islam.
Pelbagai pautan laman web yang berkaitan dengan
Pendidikan Islam juga disediakan untuk memudahkan
pelajar membuat rujukan dari pelbagai laman web yang
ada di Malaysia.
7. e-info
- e-info memaparkan maklumat tentang falsafah
Pendidikan Islam, sukatan mata pelajaran Pendidikan
Islam dan pelbagai lagi berkaitan Pendidikan Islam.
8. e-kelas
e-kelas pula memaparkan senarai nama pelajar kelas dan
gambar mereka. Dipaparkan juga senarai tugasan yang
perlu disiapkan pelajar dan arahan berkaitan mata
pelajaran oleh guru dari semasa ke semasa.
LAMAN KHAS : BELAJAR BAHASA ARAB
LAMAN KHAS : IBADAT HAJI
LAMAN KHAS : BELAJAR SENI KHAT
PEMBENTANGAN PELAJAR
MENGGUNAKAN ICT
 MEWAKILI MALAYSIA KE
KURSUS ICT NEGARA ASEAN & ASIA PASIFIK
Sub Regional Training Programmes on
"Managing Teaching and Learning Through ICT“
Seamoe Voctech Brunei Darussalam ( 11 – 24 Mei 2009 )
Mewakili Malaysia Ke
Persidangan Guru Inovatif Asia Pasifik
Anjuran Microsoft (M) & KPM / Kuala Lumpur / 25 – 30 Mei 2009
Mewakili Johor Ke
Persidangan Inovasi Pendidikan Islam Kebangsaan 2009
Subang Jaya / 11 -14 November 2009
Mewakili Jabatan Pelajaran Johor Ke
Malaysia Inovatif ( Zon Selatan ) Tahun 2010
UTHM / 25 - 26 September 2010
Mewakili Kementerian Pelajaran Malaysia Ke
Karnival Inovasi Islam Kebangsaan Tahun 2010
Masjid Tuanku Mizan Putrajaya / 4 – 8 Ogos 2010
Mewakili Kementerian Pelajaran Malaysia Ke
Persidangan Menteri Pengajian Tinggi 60 Negara Islam 2010
Pusat Konvensyen KLCC / 18 – 21 Oktober 2010
Anugerah Inovasi Pendidikan Terbaik 2010
Sempena Hari Inovasi Jabatan Pelajaran Johor Tahun 2010
24 Disember 2010
PENGIKTIRAFAN

Tempat ke-4 Anugerah Inovasi Peringkat Kebangsaan Tahun 2009


( Salah satu elemen dalam projek e-Learning SMTPJB )
ANUGERAH INOVASI ISLAM KEBANGSAAN 2010
ANUGERAH INOVASI PENDIDIKAN TERBAIK JOHOR 2010
ANUGERAH GURU ICT KEBANGSAAN (4) 2009
ANUGERAH GURU ICT NEGERI JOHOR 2009
ANUGERAH GURU ICT DAERAH JOHOR BAHRU 2008/2009
ANUGERAH GURU INOVATIF ( KUMP. )DAERAH 2008
ANUGERAH INOVASI ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN
DISEMPURNAKAN OLEH
YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
5 OGOS 2010 / Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya
PENUTUP
Adalah diharapkan agar Portal e-Pendidikan Islam ini dapat
membantu dalam menyediakan prasarana ICT yang menjadi saranan
kerajaan amnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya
melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ). Kepesatan
perkembangan ICT harus dimanfaatkan sepenuhnya agar Pendidikan
Islam mampu bersaing dengan subjek lain dari aspek kemudahan
yang menawarkan e-pembelajaran kepada seluruh warga pendidikan
di Malaysia. Semoga kehadiran Portal e-Pendidikan Islam berupaya
membantu pihak sekolah dalam usaha meningkatkan kemudahan e-
pembelajaran dan melonjakkan prestasi Pendidikan Islam ke tahap
yang gemilang.

You might also like