You are on page 1of 12

JABATAN ILMU PENDIDIKAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PERLIS

PENILAIAN BERASASKAN BUDAYA


(Culturally responsive assessment )

Beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menilai pelajar:


1. Apakah tujuan anda menilai pelajar anda?

2. Apakah yang akan anda gunakan untuk untuk menilai pelajar anda?
3. Apakah soalan-soalan yang anda kemukakan itu mengukur apa yang sepatutnya diukur?

Dalam pendidikan pelbagai budaya, anda perlu beri perhatian kepada beberapa perkara:
A) Pemilihan alat penilaian yang terbaik untuk disesuaikan dengan latar belakang murid. Alat terbaik ialah yang mempunyai 4 domain objektif iaitu menilai pengetahuan pelajar, menilai kemahiran intelek pelajar, menilai kemahiran motor pelajar & menilai sikap pelajar.

Alat penilaian yang digunakan dalam pendidikan pelbagai budaya:


a) Penilaian Formatif

-Penilaian berterusan yang dapat menggalakkan pelajar belajar.


-Kajian menunjukkan ujian formatif dapat memperbaiki tingkah laku pembelajaran pelajar, menilai semula kurikulum dan tugas guru.

b) Penilaian sumatif
-Dijalankan setelah selesai mengajar sesuatu tajuk atau topik. -Bertujuan memastikan tahap pengetahuan , dan aspek mana yang pelajar masih belum kuasai.

C) Ujian bakat
-bertujuan mengukur prestasi pelajar dalam pelajaran bahasa asing.

-mengukur kemahirannya dalam menguasai bahasa yang akan dipelajari.

D) Ujian diagnostik -matlamat ujian untuk mengesan masalahmasalah yang wujud dikalangan pelajar dalam proses pembelajaran. -Guru dapat mengetahui unit, sub unit atau tajuk-tajuk mana yang agak sukar bagi pelajar anda.

B) Penilaian yang luwes dan peka terhadap pelbagai budaya


-Cabaran yang wujud dalam pendidikan pelbagai budaya ialah bukan sahaja untuk menyediakan kurikulum yang relevan, tetapi aspek penilaian yang kadangkala sensitif terhadap budaya masyarakat. -Guru perlu memastikan alat penilaian yang dipilih mempunyai item-item yang telus dan peka kepada budaya dan latarbelakang pelajar. -Berkemahiran dalam pembinaan item supaya tidak wujud prasangka, prejudis & salah tanggapan dikalangan pelajar.

-ketelusan dalam pembinaan soalan bermaksud walaupun terdapat aspek-aspek budaya, status sosio ekonomi atau gender yang perlu diajukan dalam soalan, harus bersikap terbuka dan menerima sesuatu itu sebagai ilmu pengetahuan dan harus dilihat dari perspektif akademik semata-mata.

C) Penilaian yang berbeza berdasarkan kebolehan murid dan penyelesaian masalah.


-Kepelbagaian & perbezaan mempengaruhi kebolehan pelajar. -Untuk elakkan daripada timbulnya isu-isu sensitif dalam penilaian pendidikan pelbagai budaya, guru boleh menggunakan kaedah penyelesaian masalah. -Kaedah ini menekankan proses penyelesaian masalah dimana setiap pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan yang menekankan aspek multiple inteligences.

-Kaedah ini memberi peluang kepada guru untuk menganalisis pelajar, dimana ia dapat menggalakkan pelajar untuk belajar, disamping melaksanakan aspek pemulihan. -Kaedah ini dapat mengelakkan bias atau prajudis di kalangan pelajar.

You might also like