You are on page 1of 6

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUBANG PASU

PROJEK KAJIAN TINDAKAN

TAJUK:

‘CEPO’

OLEH:

PN. OSNI BT. OSMAN

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NAPAI

06100 KODIANG, KEDAH

MEI 2006
1. TAJUK KAJIAN:

‘CePo’- Cepat Potong- Membantu Murid Menguasai Kemahiran

Mempermudah/ Meringkas Pecahan.

2. PENYELIDIK:

Osni bt. Osman

Sekolah Kebangsaan Guar Napai,

6100 Kodiang , Kedah.

3. KEPADA:

Penolong PPD (Kemanusiaan),

Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu,

06000 Jitra, Kedah.

(u.p En. Mohd. Faudzi b. Abd. Hamid.)

4. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sekolah Kebangsaan Guar Napai merupakan salah sebuah

sekolah yang berada di dalam kategori luar bandar yang mempunyai

jumlah pelajar seramai lebih kurang 170 orang . Bilangan pelajar tahun

6 ialah sebanyak 25 orang yang terdiri daripada 19 orang pelajar

Melayu dan 6 orang pelajar Thai yang berbeza tahap pencapaian.

Majoriti pelajar adalah terdiri daripada anak-anak penoreh getah yang

mempunyai taraf ekonomi yang tidak menentu.

Mata pelajaran Matematik merupakan salah satu mata pelajaran

yang tidak disukai oleh para pelajar . Pelajar menganggap bahawa


Matematik sukar kerana ia memerlukan pengiraan yang bagi mereka

amat membosankan dan susah.

Ini disebabkan kurangnya minat pelajar untuk mengira yang

memerlukan mereka memerah otak menggunakan formula-formula

yang perlu diingat . Selain itu , para pelajar telah menanam di dalam

fikiran mereka bahawa Matematik adalah matapelajaran yang susah

dan ini menyebabkan mereka tidak berminat terhadap mata pelajaran

tersebut.

Selain itu, kurangnya pendedahan dan latih tubi yang tidak

mencukupi merupakan salah satu faktor utama Matematik tidak dapat

dikuasai dengan baik. Sikap tidak mahu berlumba dan kurang

penekanan dan perhatian daripada keluarga juga merupakan faktor

penyumbang kelemahan penguasaan Matematik.

5. FOKUS KAJIAN

Dalam kajian tindakan ini, fokus yang dipilih ialah salah satu

kemahiran mudah yang biasanya tidak diambil berat oleh para pelajar

iaitu di dalam tajuk pecahan di mana hasil jawapan biasanya bukan

dalam bentuk termudah. Hasil pemerhatian dan latihan sebelum ini,

didapati ramai pelajar dalam tahun 6 tidak dapat memberi jawapan

dalam bentuk termudah bagi soalan yang disediakan. Murid tidak

dapat mengenalpasti sifir berapa yang akan digunakan untuk

meringkas pecahan. Ini akan menyebabkan murid akan kehilangan

markah ketika menjawab soalan UPSR nanti. Jadi, murid –murid yang

lemah perlu dikenalpasti dengan lebih tepat supaya pendedahan yang


lebih dapat diberi agar masalah ini dapat diatasi melalui Ujian Pra

nanti.

6. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran dan minat murid terhadap

matapelajaran Matematik .

Objektif Khusus

Di akhir kajian diharap murid-murid akan dapat menguasai

kemahiran menyatakan jawapan sebarang operasi yang melibatkan

pecahan dalam bentuk termudah.

7. KUMPULAN SASARAN

Kesemua murid-murid tahun 6 dijadikan kumpulan sasaran kajian ini ,

sebelum didedahkan kepada kelas–kelas tahap 2 yang lain.

8. PROSEDUR KAJIAN

8.1 Tinjauan awal

Kegagalan murid-murid dalam menyatakan jawapan dalam bentuk

mudah bagi operasi yang melibatkan pecahan menyebabkab saya mengambil

masalah ini sebagai kajian dan merancang aktiviti yang sesuai dalam usaha

meningkatkan pemahaman murid . Sekiranya masalah ini tidak diatasi lebih

awal ia akan mengganggu dan mempengaruhi markah setiap ujian dan

peperiksaan kerana kemahiran ini terkandung juga di dalam topik- topik

Matematik yang lain.


8.2 Cadangan Tindakan Intervensi

Kajian tindakan akan dijalankan selepas cuti semester (pertengahan

tahun) memandangkan selepas ini murid akan menjalani peperiksaan

pertengahan tahun dan bercuti.

Aktiviti 1: Kotak Sifir

Murid-murid akan dipastikan telah menguasai kemahiran membina dan

menggunakan sifir kotak. Ini penting agar murid-murid dapat mencari

maklumat dengan betul dan cepat melalui kotak sifir tanpa perlu menghafal

yang kadang kala menyebabkan kesilapan dan mengambil masa yang lama

untuk mengingat dan mendapatkan jawapan yang betul.

Melalui kotak sifir, murid-murid didedahkan bagaimana mencari dan

memudahkan pecahan yang diberi. Kemahiran menggunakan kotak sifir ini

akan didedahkan dan dilaksanakan selama tiga hari supaya murid lemah

dapat menguasai dan dibantu oleh rakan sebaya dan guru.

Aktiviti 2: Set latihan Intensif

Setelah pendedahan penggunaan sifir kotak, murid-murid akan diberi

set-set latihan intensif sebagai tindakan lanjutan.

8.3 Penilaian Tindakan Intervensi

Penilaian dibuat secara formal dan sumatif. Pada peringkat awal murid

akan dinilai melalui Ujian Pra untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid

tanpa menggunakan sifir kotak. Murid kemudian dinilai semasa pendedahan

sifir kotak di mana guru akan membuat pemerhatian ketika pengajaran

dijalankan. Setelah itu, murid-murid akan dinilai melalui set-set latihan


intensif yang diberikan dan seterusnya penilaian dilihat daripada ujian dan

peperiksaan yang akan datang.

9. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

BIL TINDAKAN TARIKH


1. Mengadakan Ujian Pra 25/ 06/06
2. Analisis Ujian Pra 26/06/06
3. Membeli dan menyediakan bahan-bahan keperluan 4 -10/6/06
4. Pengajaran dan penerangan 27-29/6/06
5. Latih tubi 2-5/7/06
6. Mengadakan Ujian Pasca
7. Analisis Ujian Pasca
8. Menyiapkan laporan KT

10. PERUNTUKAN YANG DIPOHON

Jumlah peruntukan yang dipohon ialah sebanyak RM 200.00

Perincian peruntukan adalah seperti berikut:

BIL ITEM KOS (RM)


1. Kertas A4 – 1 rim x RM 9.90 RM 9.00
2. Disket – 1 kotak x RM 15.00 RM 15.00
3. Dakwat Pencetak – 1 katrij RM 89.00 RM 89.00
4. Kad manila – 5 kepingx RM 0.40 RM 2.00
5. Pen Marker – 10 btg x RM2.50 RM 25.00
6. Fotostat set2 soalan– 30set x RM 2 RM 60.00
JUMLAH RM 200.00

You might also like