You are on page 1of 2

REFLEKSI - LARI BERGANTI - GANTI (Hari Pertama)

Pada 23 Febuari 2012 merupakan hari pertama bagi kumpulan kami untuk mengajar tentang acara lari berganti-ganti. Kumpulan kami terdiri daripada enam orang ahli. Bagi interaksi pertama, kami mengajar asas larian berganti-ganti iaitu kami mengajar cara memegang baton dengan betul. Kami sekumpulan telah pergi awal pada pagi tersebut untuk menyediakan alatan yang diperlukan. Alatan yang telah kami sediakan ialah starting block dan baton. Apabila semua pelajar hadir, kami memastikan bahawa semua pelajar sihat bagi menjalankan sesi pembelajaran. Mohd Khirzuan menjadi cikgu pada hari pertama. Pertama sekali kami memulakannya dengan sesi memanaskan badan selama 10 minit. Kemudian kami membahagikan mereka kepada enam kumpulan bagi melakukan aktiviti ansur maju. Selepas habis latihan ansur maju, kami mengajar teknik memasang starting block dengan betul dan memastikan semua pelajar mengaplikasikannya. Kemudian setelah pelajar mahir memasang starting block, kami meneruskan sesi pengajaran dengan mengajar mereka cara memegang baton dengan betul. Terdapat tiga cara yang betul untuk memegang baton pada fasa pemulaan. Cara pertama ialah memegang baton dengan tiga jari (jari hantu, jari manis, jari kelingking). Jari telunjuk dan dan ibu jari digunakan untuk menyokong badan. Hujung baton hadapan diangkat supaya tidak menyentuh tanah di hadapan garis permulaan. Cara kedua ialah baton dipegang dengan dua jari (jari hantu dan jari manis). Badan disokong oleh ibu jari, jari telunjuk dan jari kelingking. Hujung baton hadapan diangkat supaya tidak menyentuh tanah di hadapan garisan permulaan. Cara yang terakhir pula ialah baton dipegang dengan satu jari (jari hantu). Badan disokong oleh empat jari yang lain. Hujung baton hadapan diangkat supaya tidak menyentuh tanah di hadapan garisan permulaan. Kami memastikan semua pelajar mahir dalam mengaplikasikan cara memegang baton dengan betul.

Kami juga menjelaskan tentang peraturan - peraturan larian. Antara peraturannya ialah baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Jika terlepas, ia hendaklah diambil balik oleh atlit yang menjatuhkannya. Beliau boleh

meninggalkan lorongnya untuk mengutip baton tadi asalkan tindakan ini tidak mengurangkan jarak yang patut dihabiskannya dan tidak mengganggu atlit lain. Baton hendaklah diserah di dalam zon p ernukaran baton. Kedudukan baton yang akan menjadi pemutus dan bukannya kedudukan tubuh. Pertukaran baton di luar zon penukaran akan mengakibatkan pembatalan. Peserta yang secara sengaja mengganggu peserta lain dengan melintas keluar dari lorongnya pasukannya

setelah selesai menyerahkan batonnya akan mengakibatkan

dibatalkan. Bantuan dengan mendorong atau cara lain juga akan menyebabkan pembatalan. Akhir sekali, kami menamatkan pengajaran dengan mengadakan permainan kecil. Permainan kecil yang diadakan ialah belatuk dan belalang. Tujuan permainan kecil diadakan ialah untuk memupuk semangat kerjasama antara pasukan. Selain itu, permainan ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dan menerapkan semangat kesukanan dalam diri murid-murid. Permainan ini juga memberi peluang kepada pelajar bersaing sesama mereka Permainan ini juga memberikan keseronokan kepada murid-murid. Hal ini kerana melalui permainan ini setiap pelajar diberi peluang untuk bermain dan menentukan srategi mereka sendiri. Kami menamatkan sesi pengajaran dengan membuat sesi penyejukan badan. Sepanjang sesi pengajaran, semua pelajar memberi kerjasama kepada kami. En Azizan juga banyak membantu dan membetulkan kesilapan yang dilakukan.

You might also like