You are on page 1of 48

Program Transformasi Ekonomi 225 Hala Tuju Untuk Malaysia

Bab 7: Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan Tinggi


Kesemua ekonomi besar dan berjaya memerlukan bank yang kukuh, pasaran modal yang mantap dan infrastruktur kewangan yang berfungsi dengan baik. Sektor ini juga merupakan komponen teras sesebuah ekonomi yang berasaskan perkhidmatan dan menjadi enjin utama kepada pertumbuhan ekonomi tersebut. Seperti yang diperlihatkan dengan kemunculan pusat perkhidmatan kewangan antarabangsa di serata dunia, pertumbuhan sektor ini adalah hasil daripada perkhidmatan yang diberikan kepada perniagaan domestik dan pengguna, di samping memanfaatkan pasaran luar dan sumber dana.

ektor perkhidmatan kewangan merupakan asas kepada mana-mana ekonomi. Ia merupakan pemboleh utama ekonomi keseluruhannya, menyediakan modal (dalam pelbagai bentuk) untuk merangsangkan pertumbuhan kesemua industri (dan juga pengguna) di dalam ekonomi tersebut.

DEFINISI NKEA PERKHIDMATAN KEWANGAN


Sektor perkhidmatan kewangan meliputi kedua-dua institusi kewangan (bank, syarikat insurans, pembrokeran dan firma pengurusan pelaburan) dan pasaran kewangan (pasaran hutang dan ekuiti) dan boleh dibahagikan secara umumnya kepada lapan subsektor, seperti yang ditunjukkan pada Gambarajah 7-1. Tumpuan NKEA adalah pada perkhidmatan kewangan formal ini dan tidak termasuk perkhidmatan kewangan tidak formal seperti peminjam wang, pemilik pajak gadai, saluran pengiriman wang tidak formal, kumpulan bantu diri, dan sebagainya.

226

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

Gambarajah 7-1

Perkhidmatan kewangan merangkumi pelbagai jenis penyelesaian bagi memenuhi keperluan kewangan yang berbeza
Kewangan mikro/Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) Kredit kecil, simpanan dan perkhidmatan kewangan asas Perbankan runcit Perkhidmatan kewangan untuk pelanggan individu (contohnya, akaun simpanan, pinjaman, gadai janji, kad kredit Modal usaha sama, ekuiti swasta dan dana lindung nilai Pelaburan dalam syarikat peringkat mula dan berpotensi tinggi

Pengurusan pelaburan (pengurusan aset, pengurusan kekayaan Pengurusan aset secara profesional, perkhidmatan perancangan kewangan

Insurans & Takaful Produk insurans am dan hayat

Sub-sektor Perkhidmatan Kewangan

Perbankan perniagaan Deposit, pinjaman perniagaan, dan perkhidmatan berkaitan untuk pelanggan perniagaan Kewangan Islam Produk kewangan dan perkhidmatan berasaskan prinsip Syariah

Pasaran modal Mempermudahkan perusahaan perniagaan besar dan kerajaan untuk meningkatkan dana

Kepentingan perkhidmatan kewangan kepada keseluruhan ekonomi telah meningkat dalam tempoh sedekad yang lalu, dan sumbangan perkhidmatan kewangan kepada KDNK meningkat daripada purata 9.9 % KDNK (diukur pada harga tetap 2000) di antara 2000 dan 2005 kepada purata 10.9% bagi tempoh 2006 hingga 2009. Sektor perkhidmatan kewangan juga adalah salah satu sektor yang paling pesat pertumbuhannya dalam tempoh sedekad yang lalu (Gambarajah 7-2). Dari segi pekerjaan, tenaga kerja dalam sektor ini adalah kecil, mewakili hanya 2% daripada pekerjaan negara. Walau bagaimanapun,sektor ini terdiri daripada sekumpulan pekerja yang berkemahiran tinggi. Secara keseluruhannya, gaji pekerjaan perkhidmatan kewangan adalah lebih tinggi daripada purata gaji nasional. Ini sangat bernilai kepada sesebuah ekonomi.

Program Transformasi Ekonomi 227 Hala Tuju Untuk Malaysia

Gambarajah 7-2

Pertumbuhan kukuh sektor perkhidmatan kewangan dalam tempoh sedekad yang lalu
Sejarah kadar pertumbuhan KDNK 2000 - 2009 mengikut sektor Peratus Perkhidmatan & produk kesihatan Perkhidmatan perniagaan Telekomunikasi Perkhidmatan kewangan (termasuk pasaran modal) Pendidikan Pelancongan Pemborongan & peruncitan Minyak sawit & produk yang berkaitan dengannya Pertanian Automotif & pemasangan Hartanah Ternakan & perikanan Utiliti Pengangkutan & penstoran Produk logam & kelengkapan berat Pembinaan Produk getah & plastik Produk minyak & gas, tenaga & petroleum Perhutanan & produk yang berkaitan dengannya -0.8 Elektrik & Elektronik
8.8 7.9 7.8 7.1 6.8 6.3 6.2 6.0 4.8 4.5 4.5 4.5 4.3 3.5 3.4 1.9 1.5 1.4 0.1

Pengawalseliaan dan penyeliaan perkhidmatan kewangan adalah di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC). BNM dan SC juga dipertanggungjawabkan dengan peranan pembangunan bagi memastikan kemampanan pertumbuhan sektor itu. Keadaan sektor perkhidmatan kewangan yang baik secara relatifnya, adalah disebabkan pembaharuan yang diterajui oleh agensi-agensi ini berikutan krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan 1998. Perkara penting dalam proses pembangunan sektor kewangan merupakan Pelan Induk Sektor Kewangan (FSMP) dan Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) yang masing-masing dikeluarkan oleh BNM dan SC pada 2001. FSMP dan CMP telah menggariskan suatu langkah holistik yang menghasilkan kemunculan institusi kewangan yang lebih teguh dan lebih berdaya saing. Ia juga berada di tempat yang lebih baik dan sesuai untuk menyokong pertumbuhan ekonomi. Kedua-dua agensi kini sedang membangunkan pelan induk (FSMP 2 and CMP 2) yang akan melakarkan fasa pembangunan yang seterusnya. Inisiatif yang dibincangkan dalam bab ini akan menjadi input kepada pelan induk ini dan beberapa inisiatif lain akan diperincikan dalam FSMP 2 dan CMP 2.

PENILAIAN PASARAN
Terdapat banyak peluang bagi Malaysia dalam sektor perkhidmatan kewangan, tetapi terdapat juga beberapa cabaran utama yang perlu diatasi.

228

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

Kelebihan Malaysia
Susulan krisis kewangan Asia 19971998, Malaysia telah menumpukan ke arah memperbaiki kapasiti keinstitusian melalui penggabungan dan pengukuhan rangka kerja pengawalseliaan dan penyeliaan. Malaysia telah membangunkan institusi domestik yang kukuh di samping membuka sektor perkhidmatan kewangan secara progresif kepada persaingan yang lebih hebat. Selain itu, Malaysia telah menjalankan usaha bersepadu untuk memajukan kedudukan negara sebagai peneraju dalam bidang kewangan Islam di peringkat global. Usaha-usaha ini telah membuahkan hasil. Penggabungan 22 bank kepada 9 kumpulan perbankan utama telah menghasilkan institusi yang besar dan kekal teguh sepanjang krisis kewangan global baru-baru ini. Kedudukan modal bank yang kukuh, ditambah dengan kecairan yang mencukupi dalam sistem kewangan, menjadi penampan terhadap kemerosotan ekonomi global. Tahap pinjaman tidak berbayar oleh bank komersial turut berkurangan pada 2009. Aktiviti pasaran hutang terus kukuh, dan Malaysia kekal mempunyai pasaran bon mata wang domestik ketiga terbesar di Asia selain daripada Jepun. Pada 2009, jumlah terbitan hutang korporat meningkat 22% tahun-atas-tahun untuk mencapai jumlah RM61 bilion. Daripada jumlah terbitan tersebut,RM32 bilion merupakan terbitan sukuk. Pada 2009, Malaysia mendominasi pasaran terbitan sukuk global dengan penguasaan sebanyak 47% dari pasaran global. Malaysia juga mempunyai industri pengurusan dana Islam terbesar di dunia dari segi jumlah dana, dan diiktiraf sebagai pusat inovasi produk dalam bidang kewangan Islam. Pertumbuhan kewangan Islam adalah disebabkan kekuatan dan keutuhan rangka kerja perundangan dan pengawalseliaan yang mantap di Malaysia. Malaysia telah mendapat pengiktirafan antarabangsa untuk persekitaran pengawalseliaannya. Keadaan ini dan kelebihan lain seperti kos sara hidup yang rendah dan suasana mesra perniagaan merupakan kelebihan yang boleh dibangunkan dan dimanfaatkan. Secara keseluruhannya, sektor perkhidmatan kewangan Malaysia telah meningkatkan daya saing domestik dan meluaskan aktivitinya. Walau bagaimanapun, segmen tertentu seperti perbankan semakin matang. Dengan jumlah penduduk seramai 28 juta, pasaran domestik tidak mempunyai massa kritikal yang diperlukan untuk terus membangunkan segmen-segmen ini. Untuk maju ke hadapan, Malaysia perlu meninjau pasaran luar negara dan membangunkan enjin pertumbuhan ekonomi yang baharu.

Cabaran
Sektor perkhidmatan kewangan Malaysia menghadapi beberapa cabaran. Kekurangan skala. Walaupun industri ini telah melalui fasa penggabungan, beberapa segmen seperti perbankan pelaburan dan pembrokeran masih tidak bersepadu. Dalam sektor perbankan komersial yang telah melihatkan penggabungan paling ketara, kebanyakan bank kita masih kecil berbanding dengan bank serantau. Saiz pasaran modal Malaysia yang kecil tidak dapat menarik pelaburan pada tahap yang signifikan. Contohnya, jumlah permodalan pasaran Malaysia hanya menyumbang 3.2% kepada indeks MSCI Asia, tidak termasuk indeks Jepun.

Program Transformasi Ekonomi 229 Hala Tuju Untuk Malaysia

Kekurangan kecairan dan kepelbagaian dalam pasaran modal. Pasaran modal Malaysia buat masa kini tidak serancak berbanding era kegemilangan sebelum krisis kewangan Asia pada tahun 1997 1998. Penarafan kecairan Malaysia berbanding negara Asia lain telah jatuh daripada kedudukan ke-3 pada 1996 kepada ke-14 pada 2010. Kepelbagaian dalam pasaran juga terhad, sama ada dari segi pelabur, produk atau mata wang. Tahap kefahaman kewangan yang rendah. Tahap kefahaman kewangan individu masa kini adalah rendah secara keseluruhannya. Dengan tahap kepenggunaan yang meningkat dan kehendak pelanggan yang berubah, kita perlu memperkukuhkan kefahaman kewangan supaya dapat membantu rakyat mengurus kewangan individu mereka dengan lebih baik. Ini sejajar dengan langkah kita ke arah pencapaian ekonomi berpendapatan tinggi. Pendidikan yang sesuai untuk pengguna juga diperlukan memandangkan enjin pertumbuhan baru, seperti pencen swasta, pengurusan kekayaan dan aset, produk yang lebih kompleks dan canggih, bakal dilancarkan. Saingan dari pusat kewangan serantau yang lain. Malaysia tidak perlu memandang jauh dari tanah air untuk mencari pusat kewangan yang berskala besar. terkemuka dan mempunyai kecairan yang lebih baik, seperti Singapura dan Hong Kong. Sementara Malaysia terus berhadapan dengan isu persepsi negatif akibat daripada langkah kawalan modal yang dilaksanakan semasa krisis kewangan Asia, pusat-pusat kewangan ini telah membina reputasi yang lebih terbuka dan mesra perniagaan. Mereka umpama magnet yang bukan sahaja menarik modal tetapi juga tenaga mahir sektor perkhidmatan kewangan, termasuk tenaga mahir dari sektor perkhidmatan kewangan Malaysia. Minat pelabur asing juga lebih tertumpu kepada Asia Utara (walaupun dalam Asia Tenggara, Indonesia mula menarik minat lebih banyak pelabur). Pembangunan sektor perkhidmatan kewangan ke tahap yang lebih tinggi bermakna setiap cabaran ini harus ditangani. Di samping itu, inisiatif polisi yang berterusan untuk mengatasi kelemahan dalam infrastruktur ekonomi dan bagi mentransformasikan dasar cara perniagaan dijalankan, akan diteruskan dan dalam sesetengah kes dipercepatkan.

Peluang
Walaupun berdepan dengan semua cabaran ini, terdapat beberapa pendorong pembangunan permintaan yang menggambarkan peluang bagi institusi kewangan Malaysia. Rakyat Malaysia semakin mewah. Selaras dengan jangkaan pembangunan ekonomi Malaysia yang menuju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, peningkatan kekayaan penduduknya akan meningkatkan permintaan bagi aktiviti kewangan yang baru dan lebih bernilai. Peningkatan kesedaran terhadap kewangan Islam. Pada masa kini, aset kewangan Islam global hanyalah 2% dari KDNK global dan peratusan ini dijangka terus berkembang pada kadar dua digit sepanjang dekad yang akan datang. Dengan kedudukannya sebagai peneraju kewangan Islam, Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan kesedaran dan minat yang meningkat terhadap kewangan Islam.

230

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

Kebangkitan China dan India. China dan India adalah enjin pertumbuhan ekonomi dunia yang telah mencatatkan pertumbuhan KDNK 10.5% dan 8.2% masing-masing dari 2005 hingga 2009. China dan India juga menarik kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) terbesar dalam tempoh yang sama iaitu RM1.99 trilion (39% dari Asia) dan RM547 bilion (11% dari Asia). Syarikat dari Malaysia juga turut melabur di sana dan FDI Malaysia pada 2009 mencapai RM900 juta dan RM237 juta masing-masing bagi China dan India. China kini merupakan rakan kongsi perdagangan kedua terbesar Malaysia, sementara India pula adalah yang kedua belas terbesar. Institusi kewangan Malaysia boleh meraih manfaat daripada hubungan perniagaan yang lebih akrab antara Malaysia dan kedua-dua negara tersebut. Tambahan pula, apabila perniagaan dan pelanggan China dan India menjadi semakin makmur, permintaan tempatan untuk perkhidmatan kewangan darat dan luar pesisir akan memberikan peluang pengembangan tambahan bagi institusi kewangan.

SASARAN DAN ASPIRASI


Bersandarkan pada faktor ini, Malaysia menyasar untuk mengembangkan sektor kewangan negara bagi memenuhi keperluan perniagaan dan pengguna dalam ekonomi berpendapatan tinggi untuk menambah kedalamannya serta bahagian pasaran serantau dan global dalam bidang kebitaraan. NKEA Perkhidmatan Kewangan disasarkan untuk meningkatkan jumlah sumbangan PNK sebanyak RM121.5 bilion menjelang 2020. Daripada jumlah ini, RM28.8 bilion adalah melalui 10 projek permulaan (EPP), RM72.0 bilion daripada pertumbuhan minimum dan inisiatif lain, manakala RM20.7 bilion adalah daripada kesan penggandaan yang diwujudkan oleh EPP sektor lain. Sumber kesan penggandaan terbesar terhadap NKEA Perkhidmatan Kewangan ialah NKEA Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur yang dianggarkan menyumbang sebanyak 26% daripada jumlah kesan penggandaan itu. Ini mungkin disebabkan, sebagai contoh, oleh penggalakan transaksi kewangan dalam talian yang dibawa oleh penambahan akses jalur lebar. Melalui EPP ini juga, sebanyak 45,000 peluang pekerjaan baharu akan diwujudkan, dengan 56% daripadanya penawaran pekerjaan dengan pendapatan purata melebihi RM4,000 sebulan. (Gambarajah 7-3). Peluang perniagaan dan pertumbuhan minimum juga dijangka akan mewujudkan sebanyak 229,000 peluang pekerjaan tambahan.

Program Transformasi Ekonomi 231 Hala Tuju Untuk Malaysia

Gambarajah 7-3

10 EPP, enam peluang perniagaan, pertumbuhan minimum dan kesan penggandaan akan menyampaikan RM180.2 bilion PNK pada 2020
Sumbangan PNK 2020 RM bilion
58.7 121.5 20.7 180.2

72.0

28.8 7.9 Memperkukuh asas 5.7 2.4 12.8

Melayani penduduk berpendapatan tinggi

Membangun Mempergiat sektor usaha pertumbuhan baru

Jumlah EPP

Peluang Perniagaan

Penggandaan

Jumlah Impak PNK

PNK 2009

PNK 2020

10 EPP yang dikenal pasti untuk membangunkan peningkatan PNK sebanyak RM28.8 bilion
Bagi mencapai wawasan ini, kami telah mengenal pasti empat teras strategik bagi sektor perkhidmatan kewangan. Sejajar dengan setiap teras strategik, kami juga telah mengenal pasti portfolio EPP untuk meningkatkan sumbangan PNK sektor perkhidmatan kewangan. Memperkukuh asas Pertama, kita hendaklah memastikan kesemua aspek industri, dari sektor perbankan sehingga pasaran modal, kekal sihat dan bertenaga dan dapat menyokong keperluan perniagaan dan pengguna dengan cekap dan berkesan. EPP 1: Mencergaskan semula pasaran modal Malaysia; EPP 2: Mendalam dan melebarkan pasaran bon; EPP 3: Mentransformasi atau merasionalkan institusi kewangan pembangunan; dan EPP 4: Mewujudkan ekosistem pembayaran bersepadu.

232

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

Memenuhi keperluan penduduk berpendapatan tinggi Keduanya, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan perlu dikembangkan bagi memenuhi keperluan rakyat dan penduduk di Malaysia apabila Malaysia berhijrah ke arah status negara berpendapatan tinggi. EPP 5: Menginsuranskan hampir semua, jika tidak semua, penduduk kita; EPP 6: Mempercepatkan pertumbuhan industri pencen swasta; dan EPP 7: Memacu pertumbuhan industri pengurusan kekayaan. Membangunkan sektor pertumbuhan baru Ketiga, kita perlu mewujudkan sektor baru bagi pertumbuhan. EPP 8: Mempercepatkan dan mengekalkan industri pengurusan aset yang signifikan. Mempergiatkan usaha Institusi kewangan yang mempunyai kekuatan tertentu dalam bidang kewangan yang khusus harus digalakkan untuk mengembangkan sayap ke luar negara dan menembusi pasaran luar bagi meneruskan pertumbuhan mereka. EPP 9: Melahirkan jaguh bank serantau; dan EPP 10: Menjadi hab global kewangan Islam yang unggul. Di sebalik semua inisiatif ini terdapat halangan dalam industri yang secara keseluruhannya perlu ditangani. Sebilangannya harus ditangani dengan segera dan dramatik atau kami akan berdepan dengan risiko kegagalan dalam merealisasikan aspirasi ini. Ini termasuklah cara untuk mewujudkan suasana perniagaan yang kondusif bagi menarik modal antarabangsa dan jangka panjang, kebolehan untuk menarik, membangun dan mengekalkan tenaga mahir, menguruskan persekitaran pengawalseliaan yang lebih lancar dan memperbaiki reputasi atau jenama dalam perkhidmatan kewangan. Kesemua ini akan dibincangkan di dalam bahagian Pemboleh Lazim bagi sektor perkhidmatan kewangan.

MEMPERKUKUH ASAS
Hasil daripada pembaharuan yang dilaksanakan berikutan krisis kewangan Asia tahun 1997 dan 1998, banyak kemajuan ketara untuk menstruktur semula dan memperkukuhkan industri perkhidmatan kewangan telah dilakukan. Sektor perkhidmatan kewangan Malaysia dikawal selia dengan baik dan telah diterima baik di peringkat antarabangsa dan, secara amnya, syarikat dan pengguna Malaysia boleh mendapatkan perkhidmatan kewangan asas yang mereka perlukan. Untuk terus memperkukuhkan asas ini, kita merancang untuk menambah kedalaman dan kelebaran segmen utama, termasuk pasaran modal, institusi kewangan pembangunan (DFI) dan infrastruktur pembayaran. Dalam setiap segmen ini, kami menjangkakan landskap perkhidmatan kewangan akan beranjak kepada industri yang lebih maju serta dapat mencetuskan kaedah baharu dan lebih baik untuk melakukan sesuatu perkara, di samping meningkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa.

Program Transformasi Ekonomi 233 Hala Tuju Untuk Malaysia

EPP 1: Mencergaskan semula Pasaran Modal Malaysia


Rasional Pasaran modal adalah hubungan penting dalam infrastruktur perkhidmatan kewangan. Sebuah pasaran modal yang cergas dan diperlukan untuk menarik dan menggerakkan modal, termasuk modal antarabangsa, bagi membiayai pertumbuhan perusahaan dan merangsangkan pelaburan baru. Ia juga memberi banyak manfaat sampingan kepada segmen perkhidmatan kewangan lain, seperti pengurusan aset, modal usaha niaga dan ekuiti swasta di samping perkhidmatan sampingan seperti perkhidmatan amanah dan kustodi. Penerbit dan pelabur semakin berpandangan global dengan adanya teknologi, dan bursa bersaing secara intensif untuk menarik perdagangan antara satu sama lain. Bursa yang gagal menarik syarikat untuk disenaraikan, seterusnya akan kehilangan perhatian pelabur, dan akan jatuh menjunam hingga tidak lagi relevan. Sepanjang tempoh sembilan tahun yang lalu, jumlah permodalan pasaran di Bursa Malaysia telah meningkat pada kadar 10% setahun, sementara pasaran saham di negara jiran Indonesia dan Singapura masing-masing telah tumbuh pada kadar 24% dan 17%. Indeks pewajaran Malaysia dalam Morgan Stanley Composite Index (MSCI) Asia tidak termasuk Jepun telah menguncup kepada hanya 3.2% daripada 6% pada 2000 (Gambarajah 7-4). Pada skala ini, pengurus dana antarabangsa mampu mengabaikan Bursa Malaysia. Selain itu, kecairan di Bursa Malaysia telah mengurang, dan penarafan kecairannya di Asia telah jatuh dari kedudukan ke-3 pada 1996 ke tangga 14 pada 2010. Tambahan pula, pasaran derivatif kurang dibangunkan hanya minyak sawit mentah niaga hadapan dan ekuiti niaga hadapan aktif didagangkan. Begitu juga, julat instrumen pelaburan seperti dana dagangan bursa (ETF) dan dana pelaburan hartanah (REIT) (keduaduanya kelas aset penting bagi portfolio pelaburan pelbagai) kurang dimajukan dengan hanya 3 ETF dan 12 REIT disenaraikan di Malaysia setakat Jun 2010. Malaysia bercita-cita untuk mempunyai pasaran modal yang bertenaga dan cair yang boleh menarik penyenaraian dan pelabur berkualiti. Menjelang 2020, kami menjangkakan permodalan pasaran Bursa akan berkembang dari RM1.0 trilion pada 2010 kepada RM3.9 trilion pada 2020, bersamaan dengan Kadar Pertumbuhan Tahunan yang Dikompaunkan (CAGR) pada kadar 15%. Seterusnya, kecairan akan bertambah baik, seperti yang diukur oleh halaju perdagangan, daripada 31% jumlah permodalan pasaran kepada 60%, sejajar dengan purata serantau.

234

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

Gambarajah 7-4

Perbandingan halaju pusing ganti dan permodalan pasaran antara bursa-bursa ekuiti Asia
Halaju pusing ganti Peratus
500

ANZ Asia Barat

Timur Selatan Asia Asia Timur

$1T Permodalan pasaran Dis 2009

Shenzhen SE1

250 Tokyo SE Group Taiwan SE ASX Osaka SE2 SGX Bursa Malaysia NZX -8 -6 -4 -2 0 2 4 6 8 10 12 14

KRX

Shanghai SE1

HKEX Philippine SE 16 18 20 22

SET IDX Colombo SE 24 26 28 30 32

NSE India1 Bombay SE1 34 36 38 40 42

CAGR permodalan pasaran Peratus

1 2

CAGR 2002 - 09 CAGR 2005 - 09 Nota: Melainkan dinyatakan sebaliknya, CAGR permodalan pasaran ialah dari tahun 2000 - 2009

SUMBER: WFE

Tindakan Memperbaiki skala dan kecairan Bursa. Kerajaan akan memainkan peranan sebagai pemangkin untuk menambah skala Bursa dengan mentadbirkan kepentingannya dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Pertama, Kementerian Kewangan akan bekerjasama dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk melupuskan sebahagian kepentingannya dalam syarikat tersenarai (dengan sasaran dan garis masa yang jelas) bagi menambah dan memperbaiki apungan bebas dalam pasaran modal. Keduanya, GLC yang masih dipegang sepenuhnya oleh Kerajaan dan agensi kerajaan akan disenaraikan di Bursa. Penyenaraian syarikat induk yang kukuh ini, terutamanya dalam perniagaan minyak dan gas serta perladangan, dijangka akan dapat mengembangkan permodalan pasaran Bursa dan menarik minat pelabur. Pada masa yang sama, GLIC akan mempelbagaikan lagi portfolio mereka untuk mengambil kira pendedahan yang lebih luas kepada kelas aset yang lain, seperti stok modal pertengahan (mid-cap), lingkungan kredit yang lebih besar dalam sekuriti berpendapatan tetap dan pelaburan antarabangsa di mana masih terdapat peluang yang banyak bagi mencipta nilai. Ini akan membantu menjadi pemangkin bagi aktiviti perdagangan di samping menyediakan akses pembiayaan yang lebih luas bagi segmen penting ekonomi (contohnya, perusahaan kecil dan sederhana) dan mengurangkan risiko konsentrasi. Kedua-dua langkah ini dijangka akan menggalakkan disiplin dan ketelusan dalam pengurusan GLC. Dengan kaedah ini, GLC akan lebih bermotivasi untuk memperbaiki kompetensi asas mereka secara berterusan dan meningkatkan kelebihan daya saing mereka dalam usaha niaga di luar Malaysia.

Program Transformasi Ekonomi 235 Hala Tuju Untuk Malaysia

Meningkatkan halaju dalam pasaran. Halaju pasaran Bursa telah menurun daripada 66% pada 1996 kepada 31% pada 2009 sementara purata serantau adalah lebih kurang 60%. Buku pesanan pusat tidak mencukupi dan perdagangan besar boleh menghasilkan kos impak pasaran yang banyak. Kesemua ini menggugat proses penemuan harga dan menyekat kecairan pasaran. Bagi menangani ketidakseimbangan antara pelabur jangka panjang dan jangka pendek dalam pasaran, kita akan menggalakkan kepelbagaian seperti menarik dana pulangan mutlak, meliberalisasikan pedagang harian dan menggalakkan pinjaman stok. Dengan kepelbagaian aktiviti perdagangan, kecairan pasaran dijangka menjadi lebih baik. Lebih banyak kemeruapan dalam pasaran akan dibenarkan secara terkawal. Pada tahap kemeruapan sebanyak 13%, Bursa Malaysia adalah bursa yang paling kurang kemeruapan di rantau ini. Pasaran modal yang bertenaga seperti Singapura, Hong Kong dan Jepun masing-masing mempunyai tahap kemeruapan sebanyak 25%, 22% dan 23%. Walaupun Malaysia mungkin telah meraih manfaat daripada tahap kemeruapan yang rendah semasa krisis kewangan global, tahap kemeruapan masa kini menyebabkan aktiviti perdagangan yang rendah dan kecairan yang kurang, yang memberi impak negatif terhadap daya tarikan keseluruhan pasaran. Memperbaiki kelebaran dan kedalaman produk yang ditawarkan. Untuk menarik dan mengekalkan minat pelabur, kami perlu memastikan terdapat bekalan yang berterusan bagi produk kewangan yang menarik. Bagi melonjakkan industri dana pelaburan hartanah (REIT), Kementerian Kewangan akan bekerjasama dengan GLC yang relevan untuk menawarkan pegangan hartanah mereka sebagai REIT. Terdapat beberapa GLC yang secara bersama memiliki hartanah bernilai melebihi RM12 bilion, yang mana 20 hingga 30 % daripadanya adalah sesuai untuk REIT. Kita bercadang untuk melantik pengurus REIT profesional yang berwibawa termasuk menggunakan kepakaran asing bagi mempertingkatkan kapasiti profesional Malaysia dalam bidang REIT. Selanjutnya, untuk menambah populariti REIT di kalangan pelabur runcit, kami mencadangkan supaya pelabur asing diberikan pengecualian cukai tertahan selama lima tahun. Selain itu, bilangan ETF yang tersenarai di bursa akan ditambah untuk menyediakan lebih banyak jenis produk (tempatan dan asing, Ringgit dan bukan-Ringgit) dalam pasaran. Valuecap akan menjadi pengurus ETF serantau yang mempunyai kepakaran bagi memilih penyenaraian dan penyenaraian silang ETF di Malaysia. Akhir sekali, kita akan memanfaatkan pengaruh kekuatan komoditi untuk menawarkan lebih banyak komoditi terbitan, selain minyak sawit mentah niaga hadapan dan minyak mentah isirung sawit niaga hadapan, seperti getah. Mempercepatkan liberalisasi industri pembrokeran saham. Hari ini, daripada enam kategori pelesenan pasaran modal (pengurusan dana, kewangan korporat, penasihat kewangan, perancangan kewangan, pembrokeran niaga hadapan dan urus niaga sekuriti), urus niaga sekuriti adalah satu-satunya lesen yang belum dilonggarkan sepenuhnya. Liberalisasi lanjut pembrokeran saham diperlukan untuk memperkuatkan asas perantaraan dan membolehkan kuasa pasaran mewujudkan kecekapan dan pulangan yang lebih baik.

236

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

Integrasi dengan bursa-bursa utama. Globalisasi adalah trend utama di seluruh dunia yang merentasi pelbagai industri. Pasaran modal tidak terkecuali. Pertumbuhan secara organik sahaja tidak dapat melonjakkan pasaran modal Malaysia untuk menjadi bursa peneraju di rantau ini. Malahan, jumlah permodalan pasaran empat bursa utama Asia Tenggara hanyalah separuh daripada permodalan pasaran Bursa Saham Hong Kong. Oleh yang demikian, untuk menambah skala, keterlihatan dan kecairan, Bursa Malaysia akan menilai usaha untuk berintegrasi dengan bursa utama yang lain. Integrasi ini akan membolehkan Bursa Malaysia memperoleh akses kepada kumpulan permintaan yang lebih luas dan juga satu asas perantaraan di samping membuka spektrum untuk produk yang ditawarkan dengan lebih meluas. Usaha integrasi akan memanfaatkan inisiatif sedia ada bagi menyepadukan pasaran modal ASEAN seperti yang digariskan dalam Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN 2015 dan dibincangkan oleh Forum Pasaran Modal ASEAN. Pemboleh Bagi menyokong pasaran modal yang semakin rancak akibat tindakan yang tersebut di atas, beberapa pemboleh diperlukan bagi mewujudkan persekitaran yang akan memastikan kemampanan pasaran. Pertama, penilaian dan semakan semula secara sistematik ke atas strategi IT Bursa akan dilakukan. Strategi ini termasuk tindakan yang lebih jelas bagi mewujudkan platform pasaran modal dalam talian dari awal hingga ke akhir yang menggabungkan perdagangan, pembukaan akaun dalam talian, dan sebagainya. Strategi IT ini juga sejajar dengan rancangan Bursa untuk berintegrasi dengan bursa yang lain. Kedua, pembangunan modal insan akan dipertingkatkan melalui penekanan terhadap aspek latihan. Penekanan khas diberi kepada bidang khusus seperti pengurusan risiko, pembangunan produk dan peniaga pakar. Bagi bidang ini, proses kemasukan pakar asing akan dipermudahkan. Pembiayaan EPP ini memerlukan pelaburan swasta dan pembiayaan sebanyak RM862.7 juta. Impak EPP ini dijangka mewujudkan peningkatan PNK sebanyak RM3.3 bilion dan 9,000 pekerjaan tambahan menjelang 2020, yang mana 2,000 pekerjaan tambahan tersebut adalah dalam peringkat pengurusan dan profesional (contohnya, broker, peniaga, pengurus bank pelaburan). Terdapat juga manfaat tidak langsung. Sebagai contoh, syarikat akan mendapat akses kepada kumpulan modal yang lebih besar dan banyak, risiko akan dialihkan daripada sektor kewangan, pertumbuhan industri lain akan dipergiatkan dengan salur keluar bagi pembiayaan pra-IPO, dan sebuah pasaran yang lebih cergas akan diwujudkan bagi pengurusan aset, pengurusan kekayaan dan industri dana pencen.

Program Transformasi Ekonomi 237 Hala Tuju Untuk Malaysia

EPP 2: Mendalamkan dan Melebarkan Pasaran Bon


Rasional Pasaran bon (termasuk sukuk) memainkan peranan utama dalam membangunkan ekonomi mana-mana negara. Ia memastikan bahawa syarikat dan pengguna mempunyai cara alternatif untuk mengumpul dana selain daripada pinjaman bank dan pembiayaan ekuiti. Malaysia mempunyai salah sebuah pasaran bon terbesar di Asia dengan jumlah nilai bon yang belum dijelaskan sebanyak kira-kira RM600 bilion pada 2009 berbanding RM480 bilion di Singapura. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang perlu ditangani daripada sudut permintaan dan penawaran. Dari sudut permintaan, pasaran mempunyai asas pelabur yang sangat sempit dan tertumpu kepada pelaburan berisiko rendah. Kebanyakan pelabur tertumpu kepada bon berkualiti tinggi dengan penarafan AA dan AAA. Ini menyukarkan kumpulan syarikat yang lain untuk mengumpul dana dan seterusnya meningkatkan kos pembiayaan mereka. Tambahan pula, penyertaan runcit dalam pasaran modal adalah terhad. Akhir sekali, pasaran modal Malaysia tidak cair. Kadar pusing ganti sekuriti hutang swasta (PDS) Malaysia pada 2009 hanya 0.24 kali berbanding 0.74 kali bagi Republik Korea. Daripada sudut penawaran, penyertaan daripada penerbit asing adalah terhad, terutamanya dalam terbitan mata wang asing. Penerbitan aset yang mempunyai permintaan tinggi dalam tempoh jangka panjang (terutamanya oleh dana pencen dan syarikat insurans) juga terhad. Aspirasi kita adalah supaya Malaysia mempunyai pasaran bon yang dalam, lebar dan cair. Kita menjangkakan jumlah PDS akan meningkat daripada RM270 bilion pada 2010 kepada kira-kira RM880 bilion menjelang 2020 dengan nilai purata dagangan tahunan meningkat daripada RM64 bilion pada 2010 kepada RM618 bilion menjelang 2020 atau CAGR 23%. Tindakan Meluaskan spektrum kredit pasaran bon. Dengan penubuhan Danajamin, sebuah institusi jaminan kewangan pertama Malaysia pada Mei 2009, syarikat yang mempunyai penarafan kredit yang rendah kini dapat mengakses pasaran bon. Kita akan menggalakkan GLIC untuk mempelbagaikan lagi portfolio mereka dengan melabur dalam instrumen pendapatan tetap bertaraf A. Selain itu, kita akan menarik dan membantu pelabur bitara yang mempunyai selera risiko lebih tinggi untuk melabur dalam instrumen yang mempunyai penarafan lebih rendah. Meningkatkan penyertaan penerbit dan pelabur asing. Usaha promosi bersama antara SC dan Persatuan Bank Pelaburan Malaysia akan dilakukan untuk menarik penerbit dan pelabur Asia, yang telahpun memasuki pasaran bon Ringgit, bagi menerbitkan lagi bon atau sukuk di Malaysia. Memperkukuh penyertaan runcit. SC dan Bursa akan bekerjasama dengan industri bagi mempromosikan penyertaan runcit dalam pasaran. Pada masa ini, hanya individu yang mempunyai nilai kekayaan yang tinggi dapat melabur secara terus dalam bon oleh sebab saiz transaksi minimum adalah sebanyak RM250,000. Lebih banyak penyertaan dalam saiz transaksi yang lebih kecil akan diperoleh apabila bon dagangan bursa dibangunkan atau had transaksi diturunkan.

238

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

Pemboleh Bagi menyokong usaha ini, kita akan mengambil beberapa langkah pemboleh yang merupakan prasyarat untuk menjayakan perlaksanaan tindakan di atas. Pertama, bagi mewujudkan pasaran bagi bon dengan penarafan lebih rendah, Kementerian Kewangan akan menyemak mandat pelaburan GLIC untuk membenarkan pelaburan secara terhad dan terpilih dalam bon A atau BBB. Kedua, bagi pasaran bon runcit, satu rangka kerja dan polisi perlu diwujudkan. Struktur komisen pembrokeran yang berdaya maju juga perlu dibangunkan. Ketiga, bagi mengurangkan risiko daripada ketersediaan bon berpenarafan rendah, kita perlu memperkukuhkan kapasiti penilaian risiko pelabur institusi dan CRA melalui fokus dalam program latihan. Pembiayaan EPP ini memerlukan pelaburan swasta dan pembiayaan sebanyak RM43.7 juta. Impak EPP ini dijangka mewujudkan peningkatan PNK sebanyak RM183.2 juta dan tambahan 1,400 pekerjaan dalam pasaran bon. Sebanyak 400 pekerjaan tambahan juga akan diwujudkan menjelang 2020 termasuk 400 pengurus perbankan pasaran modal hutang dan peniaga bon dan 1,000 kakitangan penempatan dan sokongan. Selain itu, akses pembiayaan kepada syarikat bersaiz sederhana akan ditingkatkan, julat yang lebih besar bagi instrumen pelaburan boleh diperolehi dan kebolehan penilaian risiko industri akan dipertingkatkan.

EPP 3: Mentransformasikan atau Merasionalkan Institusi Kewangan Pembangunan


Rasional DFI telah ditubuhkan oleh kerajaan untuk membangunkan sektor utama tertentu seperti perusahaan kecil dan sederhana, infrastruktur dan pertanian di samping mempromosikan penyertaan kewangan dan matlamat pembangunan lain. Contoh DFI di Malaysia adalah EXIM Bank, SME Bank dan Bank Pembangunan Malaysia. Walau bagaimanapun, melalui peredaran masa, evolusi DFI telah mengakibatkan pertindihan dalam aktiviti mereka, bukan hanya dengan DFI lain tetapi juga dengan bank komersial, yang telah merubah model perniagaan mereka untuk melayani segmen yang tidak diberi tumpuan sebelumnya. Oleh itu, sudah tiba masanya untuk menyemak semula mandat dan aktiviti DFI dengan hasrat untuk menumpukan semula dan menggabung atau merasionalkan di mana boleh, di samping mempertingkatkan produktiviti dan kemampanan DFI. Kesemua DFI akan mempunyai mandat dan operasi yang jelas dan tidak bertindih dan menjalankan peranan pembangunan dengan cara yang mampan di bawah petunjuk prestasi utama dan sistem pengurusan prestasi yang dipertingkatkan. Menjelang 2020, matlamat kita adalah untuk mempunyai tahap pinjaman tidak berbayar kurang dari 6% dan nisbah kos kepada pendapatan sebanyak 40%. Tindakan Menyemak semula mandat DFI dan merasionalkan yang mana boleh. Kementerian Kewangan dengan kerjasama kementerian yang berkaitan (contohnya, Kementerian Pertanian, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) akan menyemak semula sama ada operasi masa kini dan mandat DFI adalah sejajar dengan keperluan pembangunan. Jika terdapat penggabungan atau pertindihan, peluang rasionalisasi akan diambil bagi meningkatkan kecekapan.

Program Transformasi Ekonomi 239 Hala Tuju Untuk Malaysia

Memperbaiki operasi dan mempromosikan kemampanan kendiri DFI. Kementerian Kewangan akan memperkenalkan budaya berasaskan prestasi ke dalam DFI. Kriteria penilaian yang luas akan mengukur pencapaian pembangunan, hasil kewangan, kepuasan pelanggan dan komitmen pekerja DFI. Kementerian Kewangan juga akan terus memperkukuhkan amalan pengurusan tadbir urus korporat di dalam DFI. Selain itu, tadbir urus dan operasi dalam bidang utama, seperti pengurusan risiko dan pengurusan produk akan diperbaiki dengan menggunakan amalan terbaik industri. Akhir sekali, DFI akan berganjak kepada perkhidmatan pentadbiran yang dikongsi bersama dan menggunakan kaedah penyumberluaran untuk aktiviti pengurusan pejabat bagi meningkatkan produktiviti. Menyediakan perkhidmatan nilai tambah. DFI akan meluaskan tawaran mereka dengan memberi bantuan nasihat dan teknikal, dan bertindak sebagai rakan kongsi kepada pelanggannya. DFI mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan industri perniagaan pelanggan mereka dan berada dalam kedudukan yang baik untuk memberi nasihat kepada para pelanggan mereka dalam membuat keputusan penting. Dengan cara ini, DFI akan memainkan peranan dalam pembangunan keupayaan yang berterusan bagi segmen perkhidmatan mereka. Menggalakkan DFI merubah penekanan ke arah kewangan Islam. Bagi menyokong niat kita untuk menjadi hab kewangan Islam global, DFI akan berganjak ke arah Kewangan Islam dahulu pada masa yang sesuai. Dasar ini akan dilaksanakan dalam cara yang tidak menghalang DFI untuk menunaikan tanggungjawab pembangunan mereka. Memperbaiki pengurusan prestasi bagi agensi pembangunan kerajaan yang lain. Kementerian Kewangan akan menjalankan kajian tentang cara memperbaiki operasi dan prestasi pengurusan agensi pembangunan yang lain seperti Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia, Perbadanan Bioteknologi, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), dan sebagainya. Ini akan menggalakkan kebertanggungjawaban dan memperbaiki keberkesanan mereka. Pemboleh Melaksanakan tindakan di atas memerlukan DFI untuk memperkukuhkan kebolehan dan kapasiti dalam pengurusan risiko mereka, analisis kredit untuk industri tertentu dan kepakaran teknikal atau nasihat perniagaan bagi industri tertentu. Untuk ini, DFI perlu menarik tenaga mahir yang berkaliber tinggi secara terpilih dan menawarkan pampasan yang berdaya saing. Pembiayaan EPP ini memerlukan pelaburan swasta dan pembiayaan sebanyak RM72.0 juta. Impak EPP ini dijangka mewujudkan peningkatan PNK sebanyak RM1.8 bilion menjelang 2020. Selain itu, ia akan merancakkan pertumbuhan dan mewujudkan pekerjaan bagi industri utama yang lain melalui aktiviti pembangunan yang diperbaiki.

240

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

EPP 4: Mewujudkan Ekosistem Pembayaran Bersepadu


Rasional E-pembayaran adalah satu cara transaksi yang terbukti lebih murah berbanding transaksi berasaskan kertas seperti cek dan tunai. Atas sebab tersebut, BNM bersama-sama sektor swasta, telah melancarkan satu rangkaian inisiatif sepanjang tempoh 10 tahun yang lalu untuk berhijrah kepada e-pembayaran, contohnya, perbankan Internet, perbankan mudah alih, sistem RENTAS, pengiriman wang mudah alih, kad prabayar tanpa sentuh pembayaran mikro di samping memastikan pembayaran kerajaan seboleh-bolehnya bukan dalam bentuk tunai. Walau bagaimanapun, Malaysia masih lagi sebuah masyarakat berasaskan tunai dengan 91% transaksi dijalankan secara tunai (berbanding 60% di Hong Kong dan Belanda). Cek, e-money, kad kredit dan akaun perbankan Internet masing-masing merakamkan 1.3%, 4.7%, 1.8% dan 0.6% transaksi (dari segi kekerapan). Cara pembayaran lain, seperti GIRO Interbank dan kad debit, masing-masing mengumpukkan kurang daripada 0.5% transaksi. Menjelang 2020, kita berhasrat untuk menjadi sebuah ekonomi bebas cek sambil mengurangkan kebergantungan pada transaksi tunai kepada 63% kekerapan transaksi. Transaksi e-pembayaran akan meningkat 10 kali dari 1.2 bilion kepada 12.0 bilion transaksi setahun. Tindakan Memperluaskan penerimaan pedagang. BNM, dengan kerjasama Kementerian Kewangan, MEPS, Touch and Go dan pemeroleh pedagang akan membangunkan strategi komprehensif untuk memperluaskan penerimaan pedagang sehingga mencapai 1.3 juta pedagang menjelang 2020. Strategi ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada penyumberan terminal Point of Sale (POS) yang lebih murah, menyediakan kadar diskaun pedagang yang kompetitif melalui harga bertingkat dan mewujudkan permintaan pelanggan melalui program kesetiaan. Menggalakkan penerimagunaan melalui pendidikan dan secara paksaan terpilih. Bank dan syarikat industri bayaran (contohnya, MEPS) dengan kerjasama kerajaan akan meningkatkan pendidikan pengguna tentang manfaat dan keselamatan penggunaan e-pembayaran untuk mempercepatkan proses migrasi. Kesedaran dan pendidikan e-pembayaran akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum Kefahaman Kewangan Nasional. Kerajaan akan turut memulakan program penerimagunaan secara paksa dalam bidang terpilih. Contohnya, Kementerian Kewangan akan memulangkan kredit cukai secara terus ke dalam akaun bank dan bukan melalui cek sepertimana dilakukan sekarang. Mengurangkan penggunaan cek dan mewujudkan persekitaran bebas cek pada 2020. Visi kita adalah untuk menjadi negara bebas cek menjelang 2020. Untuk mencapai visi ini, BNM dan bank akan bermula dengan mendidik pelanggan perihal kos cek kepada ekonomi (RM2.00 bagi setiap transaksi berbanding RM0.50 untuk e-pembayaran).

Program Transformasi Ekonomi 241 Hala Tuju Untuk Malaysia

Kementerian Kewangan akan menyemak dan menaikkan duti setem bagi transaksi cek untuk menzahirkan kos sebenar kepada ekonomi, dan lebih penting, untuk mengurangkan penggunaan cek. Peningkatan hasil kerajaan ini akan digunakan untuk melabur dalam e-pembayaran, contohnya, untuk kempen pendidikan e-pembayaran dan rebat cukai bagi pelaburan dalam terminal tempat jualan. BNM akan melakar satu peta hala tuju untuk menghentikan penggunaan cek secara berperingkat menjelang 2020 dengan mengambil kira maklum balas daripada pengguna dan perniagaan. Pelan hala tuju ini akan disemak pada setiap tahun supaya dapat menerap perubahan kecil dalam pencapaian tertentu. Kementerian Kewangan akan menerajui usaha untuk menghentikan penggunaan cek bagi pembayaran berkaitan kerajaan menjelang 2013. Memperluaskan perkongsian strategik MEPS dengan negara-negara utama. MEPS akan memperluaskan perkongsian strategik dengan negara lain. Pertama, kita akan melebarkan skop perkongsian sedia ada ATM kepada tempat jualan dan e-pembayaran yang lebih maju (contohnya, transaksi mudah alih dan Internet). Kemudian, MEPS akan berhubung dengan negara yang mempunyai ramai pengembara silang sempadan masuk dan keluar negara, seperti India, Australia, Filipina dan Jepun. Rakyat Malaysia akan menerima manfaat daripada transaksi yang lebih murah di negara rakan. Pemboleh Pertama, BNM akan menggalakkan usaha sama sektor awam dan swasta untuk menambah kesedaran dan pendidikan tentang manfaat e-pembayaran. Kedua, bagi menyokong perluasan penembusan pedagang, Kementerian Kewangan akan mengetepikan duti import dan menyediakan rebat cukai tambahan bagi pengimportan dan pembelian terminal dan kad bayaran. Ketiga, inisiatif penting seperti pembinaan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Nasional bagi membolehkan infrastruktur telekomunikasi yang baik dan mampu dimiliki, di samping pembinaan rangka kerja undang-undang yang kukuh, akan dipergiatkan. Pembiayaan EPP ini memerlukan pelaburan dan pembiayaan sebanyak RM883.1 juta, hampir 90% daripadanya adalah daripada sektor swasta. Impak EPP ini dijangka mewujudkan peningkatan PNK sebanyak RM2.6 bilion dan 8,000 pekerjaan tambahan dalam sektor perkhidmatan kewangan termasuk analisis, proses pengurusan pentadbiran, perdagangan dan penjelasan menjelang 2020. Impak kepada ekonomi secara umumnya yang melangkaui sektor kewangan akan menjadi lebih besar dan dijangka pada kadar 1.0 hingga 1.5% daripada jumlah KDNK, terutamanya daripada keuntungan produktiviti dan kecekapan. Ini dihasilkan, sebagai contoh, daripada pengendalian tunai yang berkurang dan transaksi mudah alih dan Internet yang bertambah daripada semua sektor.

242

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

MEMENUHI KEPERLUAN PENDUDUK BERPENDAPATAN TINGGI


Apabila negara berhijrah ke arah status berpendapatan lebih tinggi, keperluan kewangan rakyat akan menjadi lebih canggih. Rakyat perlu menjadi lebih celik kewangan, memupuk tabiat simpanan dan pelaburan yang baik, menguruskan hutang mereka dan merancang secara aktif keperluan persaraan mereka sambil melindungi diri dan keluarga daripada risiko tidak dijangka. Oleh yang demikian, adalah penting bagi produk kewangan dan perkhidmatan yang ditawarkan berkembang untuk memastikan warganegara dan pemastautin kita dapat mencapai sekuriti kewangan bagi diri dan keluarga mereka.

EPP 5: Menginsuranskan Hampir Semua, Jika Tidak Semua, Penduduk Negara


Rasional Industri insurans memainkan peranan kritikal dalam memindahkan risiko daripada pelanggan dan perniagaan dengan membahagikan risiko di dalam kumpulan besar pelanggan. Walaupun terdapat peningkatan dalam penerimaan insurans hayat, iaitu pada kadar 2.8% daripada KDNK, penembusan insurans hayat di Malaysia masih rendah berbanding dengan negara maju seperti Singapura (6.1%) dan Jepun (7.5%) (Gambarajah 7-5). Ini disebabkan kekurangan pendapatan boleh guna dalam kalangan golongan yang berpendapatan rendah untuk mendapat perlindungan insurans. Setiap orang dalam ekonomi yang berpendapatan tinggi berhak mendapat ketenangan fikiran daripada sekuriti kewangan yang mampu diberikan oleh insurans. Menjelang 2020, Malaysia berhasrat untuk meningkatkan penembusan insurans hayatnya kepada 4% daripada KDNK atau 75% penduduk. Gambarajah 7-5

Penembusan insurans di Malaysia pada kadar 3% KDNK kekal rendah berbanding ekonomi lebih maju
Penembusan insurans hayat Peratus KDNK

14

13.1

12

10

9.9

8 6.1

7.5

6 4.0 2.8 2 0.7 0 Vietnam Indonesia Thailand Malaysia Amerika Syarikat Australia 0.9 1.8 4.1

Purata Dunia 4.4

Singapura

Jepun

Hong Kong

Taiwan

Nota: Tidak semua negara ditunjukkan di dalam graf di atas, walau bagaimanapun purata dunia adalah berdasarkan jumlah premium semua negara SUMBER: Buku fakta Institut Informasi Insurans 2010 - 2011

Program Transformasi Ekonomi 243 Hala Tuju Untuk Malaysia

Tindakan Mewujudkan skim insurans pekerja. Suatu skim insurans pekerja (EIS) akan dilancarkan bagi manfaat pekerja berpendapatan rendah. EIS ialah suatu skim insurans hayat yang asas dan berpremium rendah. Pendaftaran ke dalam EIS adalah secara automatik, tetapi akan terdapat opsyen keluar yang mudah. Peserta juga boleh memilih untuk menambah liputan bagi manfaat penyakit kritikal dan kemasukan ke dalam hospital. Pembayaran premium akan memanfaatkan infrastruktur agensi sedia ada seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (SOCSO). Ciri utama EIS akan dimaklumkan dengan jelas pada peringkat permulaannya dan usaha pendidikan yang meluas akan dijalankan untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan insurans. Memperbaiki imbuhan cukai bagi insurans hayat. Pada masa ini, pelepasan cukai individu sebanyak RM6,000 diberikan bagi caruman EPF dan premium insurans hayat. Selain itu, terdapat pelepasan sebanyak RM3,000 bagi insurans perubatan dan pendidikan dan pelepasan RM1,000 bagi produk anuiti. Walau bagaimanapun, bagi segmen sederhana tinggi pendapatan tinggi, caruman EPF lazimnya menggunakan sepenuhnya had RM6,000. Selanjutnya, beberapa segmen penduduk mungkin tidak menggunakan pelepasan bagi perubatan dan pendidikan dan produk anuiti. Untuk maju ke hadapan, pelepasan cukai berasingan sebanyak RM6,000 masing-masing bagi caruman EPF dan premium insurans akan dicadangkan dan diperkenalkan (kenaikan bersih sebanyak RM2,000 dalam bentuk pelepasan). Perubahan ini menyediakan lebih ruang bagi individu untuk memilih produk insurans yang sesuai dengan keperluan mereka. Pelepasan ini meliputi kedua-dua insurans konvensional dan produk takaful. Pemboleh Bagi memastikan supaya kedua-dua perubahan tersebut berkesan, kesedaran dan pemahaman insurans akan menjadi komponen asas Program Kefahaman Kewangan Nasional yang dirancang. BNM, EPF dan organisasi industri seperti Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Institut Insurans Malaysia (MII) akan memainkan peranan utama dalam membangunkan program yang bersesuaian. Khusus kepada EIS, pangkalan data antara agensi yang berkaitan yang dilantik sebagai perantara pelaksanaan dan penanggung insurans yang mengambil bahagian akan digabungkan melalui perisian IT dan infrastruktur yang tegap bagi memastikan sambungan dan pentadbiran EIS yang licin. Pembiayaan EPP ini memerlukan pelaburan dan pembiayaan sebanyak RM68.0 juta, yang mana 65% daripadanya adalah daripada sektor swasta. Impak EPP ini dijangka mewujudkan peningkatan PNK sebanyak RM1.5 bilion menjelang 2020, bersama-sama dengan 9,000 pekerjaan baru, termasuk 6,000 ejen insurans dan 3,000 jawatan eksekutif dan pengurusan (seperti aktuari, penaja jamin dan pakar tuntutan). Selain itu, ini akan memperbaiki sekuriti kewangan bagi penduduk, terutamanya dengan kurangnya keperluan untuk pengeluaran pra matang daripada simpanan EPF bagi perbelanjaan perubatan, dan memperkukuh jaring keselamatan sosial. Lebih banyak dana boleh dikumpul dan dilaburkan ke dalam pasaran modal.

244

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

EPP 6: Mempercepatkan Pertumbuhan Industri Pencen Swasta


Rasional Keperluan untuk menyelaraskan sistem pencen dengan perubahan demografik dan sosioekonomi dan mengurangkan tekanan fiskal mendorong perubahan pencen serata dunia. Banyak negara mengguna pakai model rangka kerja pencen pelbagai tunggak Bank Dunia, yang merangkumi tunggak sukarela berdasarkan skim simpanan dan pencen swasta (Gambarajah 7-6). Gambarajah 7-6

Sistem pencen kritikal bagi memenuhi keperluan untuk persaraan

5 tunggak rangka kerja sistem pencen Bank Dunia

Tunggak sifar Manfaat tidak menyumbang (geran berasaskan penduduk atau pencen sosial) memberi tahap perlindungan minimum

Tunggak kertama Caruman wajib yang berkait dengan pendapatan

Tunggak kedua Pelan caruman wajib ditentukan dengan pengurusan pelaburan bebas

Tunggak ketiga Sukarela; bersifat fleksibel dan menurut budi bicara

Tunggak keempat Tidak formal (intrakeluarga atau antara generasi) sumber sokongan dari sumber kewangan dan bukan kewangan bagi warga emas

SUMBER: Bank Dunia

Sistem pencen Malaysia masa kini adalah berdasarkan tunggak wajib, yang diasaskan dari pencen awam formal. Walau bagaimanapun, sistem ini menghadapi beberapa cabaran. Lebih daripada 2 juta pekerja dewasa, termasuk yang bekerja sendiri, tidak berada di bawah skim EPF. Selain itu, sebahagian besar pencarum EPF menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas bersara. Pada masa yang sama, penduduk berusia semakin menjadi sebahagian besar jumlah penduduk keseluruhan. Justeru itu, keperluan bagi individu untuk menabung dengan lebih banyak untuk persaraan semakin mendesak. Menyedari hal ini, satu pasukan petugas yang terdiri daripada Kementerian Kewangan, BNM, SC dan Unit Perancang Ekonomi telah ditubuhkan untuk menyemak semula sistem pencen negara ini. Usaha sedang dijalankan untuk mereka bentuk infrastruktur yang diperlukan bagi menubuhkan industri pencen swasta. Pelan ini hendaklah diteruskan dan, sebenarnya, dipercepatkan.

Program Transformasi Ekonomi 245 Hala Tuju Untuk Malaysia

Malaysia berhasrat untuk mengadakan model sistem pencen dan sebuah industri pencen yang bertenaga. Menjelang 2020, kita menjangkakan industri pencen swasta akan berkembang kepada RM73 bilion, dengan lebih daripada 2.7 juta peserta. Tindakan Membangunkan dana pencen swasta sebagai tambahan kepada pencen awam. Dana pencen swasta (PPF) akan menambah kepada skim pencen awam sedia ada dan menawarkan ahli bukan EPF dan mereka yang bekerja sendiri suatu kaedah alternatif untuk menabung bagi persaraan. Penyertaan bagi skim ini adalah secara sukarela. Cadangan nilai PPF akan direka khusus bagi segmen sasar yang berbeza. Bagi pekerja dewasa, penumpuannya adalah untuk membina tabungan ke tahap yang diingini. Sementara bagi pesara, PPF akan menawarkan perlindungan daripada risiko lanjut umur dan inflasi dan menyediakan pulangan yang mencukupi semasa persaraan. Peserta dana boleh memadankan pelaburan mereka kepada risiko pilihan sendiri. Manfaat seperti liputan insurans atau pembayaran terus pencen untuk rumah persaraan atau jagaan rawatan akan digabungkan bagi menggalakkan penyertaan yang lebih tinggi. Industri dana pencen swasta akan dibuka kepada institusi berkualiti tinggi dan bermodal baik, termasuk syarikat insurans, firma pengurusan aset dan bank. Rangka kerja perundangan dan pengawalseliaan yang kukuh akan diwujudkan bagi melindungi kepentingan peserta PPF dan meletakkan kaedah perundangan dan pengawalseliaan yang mesti dipatuhi oleh PPF yang layak, termasuk undang-undang yang mentadbir hubungan antara penaja (majikan), pengurus dan dana. Panduan berkaitan tadbir urus akan meliputi tadbir urus dana, pemantauan dan laporan di samping pendedahan prestasi dan tanda aras. Rangka kerja pelaburan yang moden dan berdasarkan risiko yang akan menyediakan panduan peruntukan aset di samping had pelaburan seperti bumbung portfolio dan had berdasarkan umur juga akan disediakan. Menyediakan insentif bagi membina dengan pantas jumlah kritikal dalam industri pencen swasta. Pengalaman negara lain seperti Australia telah menunjukkan penggunaan insentif cukai sebagai alat utama bagi menggalakkan warganegara untuk mengutamakan simpanan persaraan. Begitu juga, kita akan memperkenalkan insentif untuk membolehkan industri pencen baru ini beroperasi pada skala yang mampan dan membangun menjadi sebuah industri yang bertenaga. Jawatankuasa semakan pencen sedang menyemak semula dan menyiapkan cadangan insentif cukai ini. Maklumat lanjut akan dikongsi dengan masyarakat sebelum akhir tahun ini, tetapi akan meliputi pengecualian cukai ke atas pembayaran pencen swasta (pada masa ini hanya terpakai bagi skim pencen awam seperti EPF), pelepasan tambahan bagi caruman kepada PPF dan potongan cukai bagi caruman majikan kepada PPF (sama seperti caruman EPF layak mendapat potongan bagi majikan). Rangka kerja Institut Pentadbiran Dana EPF yang diguna pakai untuk unit amanah akan diperluaskan bagi membolehkan pelaburan ke dalam PPF. Meningkatkan pendidikan tentang pentingnya perancangan kewangan dan persaraan. Program pendidikan kewangan jangka panjang bagi masyarakat akan dilaksanakan untuk mewujudkan kesedaran dan mempromosikan perancangan kewangan asas dan persaraan, sebagai elemen kritikal Program Kefahaman Kewangan Nasional. Ini merupakan usaha sama sektor awam dan swasta yang melibatkan SC, BNM dan organisasi industri seperti Persatuan Pengurus Aset Malaysia (MAAM), LIAM, PIAM dan Institut Insurans Malaysia. Aktiviti utama termasuk kempen media, pewujudan buku panduan persaraan dan peralatan dan sesi latihan awam atau seminar tentang perancangan asas persaraan.

246

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

Pemboleh Seperti yang ditekankan di atas, suatu rangka kerja perundangan dan pengawalseliaan yang kukuh adalah pra-syarat kritikal bagi pembangunan industri pencen swasta yang mampan dan ini akan siap pada penghujung 2011. Penggerak utama merupakan kelulusan insentif cukai yang dicadangkan, yang mesti berlaku dalam tempoh 12 bulan akan datang. Secara berasingan, kita akan memulakan semakan ke atas umur wajib persaraan. Berbanding negaranegara jiran dan negara maju, umur persaraan 55 tahun kita adalah rendah. Menaikkan umur persaraan memberikan rakyat kita yang bekerja, lebih banyak masa untuk menabung bagi persaraan di samping membolehkan mereka terus menyumbang khidmat kepada ekonomi. Pembiayaan EPP ini memerlukan pelaburan dan pembiayaan sebanyak RM48.0 juta, yang mana 50% daripadanya adalah daripada sektor awam. Impak EPP ini dijangka mewujudkan peningkatan PNK sebanyak RM2.1 bilion dalam sektor perkhidmatan kewangan dan 2,200 pekerjaan termasuk pengurus dana, pakar pembangunan produk dan petugas operasi dana menjelang 2020. Tambahan lagi, ia akan menyumbang kepada pertumbuhan industri pengurusan aset dan kekayaan dan menyokong sebuah pasaran modal yang lebih bertenaga.

EPP 7: Memacu Pertumbuhan Industri Pengurusan Kekayaan


Rasional Industri pengurusan kekayaan memenuhi keperluan golongan mewah sehinggalah segmen di mana individu itu mempunyai harta bernilai bersih yang tinggi. Apabila kemewahan rakyat Malaysia semakin meningkat, pengurusan kekayaan mampu menjadi sebuah industri yang berpotensi untuk tumbuh dengan sangat baik. Walau bagaimanapun, industri pengurusan kekayaan Malaysia hari ini berada pada peringkat permulaan, dan tertumpu terutamanya kepada kumpulan perbankan mewah dan perancangan kewangan. Pertumbuhan industri terbatas oleh kekurangan produk yang kompetitif. Contohnya, dana lindung nilai, produk berstruktur dan dana pulangan pasti tidak mudah diperolehi secara meluas. Tambahan pula, jangka terdapat ruang untuk mengurangkan jangka masa bagi meluluskan pelaburan produk pelaburan runcit di Malaysia dengan memperkemaskan keperluan dan mempertingkatkan standard penyerahan kepada pengantara. Asas kemahiran yang terhad juga menjadi isu. Penbangunan industri yang lembap mungkin akan menyebabkan rakyat Malaysia membawa kekayaan mereka ke luar negara untuk diuruskan. Malaysia akan membangunkan industri pengurusan kekayaan yang boleh menarik semula kekayaan Malaysia di luar negara berserta menarik kekayaan asing. Jumlah aset di bawah pengurusan (AuM) industri pengurusan kekayaan dijangka meningkat daripada RM17 bilion kepada RM350 bilion menjelang 2020. Tindakan Menambahkan julat produk pengurusan kekayaan yang ditawarkan. Kita akan meliberalisasikan produk pengurusan kekayaan secara berhati-hati untuk membenarkan julat yang lebih besar, seperti produk berstruktur, dipasarkan dengan mudah di Malaysia. Selain itu, kita akan memperkemaskan proses kelulusan produk bagi memendekkan masa untuk produk sampai di pasaran.

Program Transformasi Ekonomi 247 Hala Tuju Untuk Malaysia

Bagi pelabur yang sangat canggih, kita bercadang untuk bertukar kepada rejim kelulusan produk berdasarkan daftar dan terbit. Ini bermakna firma pengurusan kekayaan boleh memasarkan produk baru tanpa memerlukan kelulusan kerajaan bagi setiap produk baru. Kriteria untuk dianggap pelabur yang sangat canggih, yang kini bernilai RM3 juta dalam jumlah aset, telahpun dibuka untuk rujukan awam baru-baru ini dan hasilnya sedang diteliti oleh SC. Kriteria masa hadapan mungkin berdasarkan aset yang boleh dilaburkan dan bukan jumlah aset. Melaksanakan pulangan bertingkat bagi baki EPF melebihi RM1 juta. Hari ini, 7,000 ahli EPF yang mempunyai baki di dalam simpanan melebihi RM1 juta mempunyai pilihan untuk membuat pengeluaran amaun lebihan, tetapi tidak ramai yang telah berbuat demikian sehingga kini. Untuk maju ke hadapan, polisi dividen dan pulangan EPF akan distrukturkan semula kepada struktur pulangan bertingkat, di mana dividen ke atas amaun melebihi RM1 juta akan dihadkan kepada 2.5%. Ini akan menggalakkan individu yang mewah membuat pengeluaran wang lebihan itu dan kita jangka sebahagian daripada wang ini akan disalurkan kepada pengurus kekayaan. Menarik institusi pengurusan utama. Tiada satu pun di antara 10 institusi pengurusan kekayaan utama dunia mempunyai operasi di Malaysia. Bagi menarik minat mereka untuk memulakan operasi di Malaysia dan mendalamkan asas perantaraan, kita mesti mempermudahkan proses pelesenan. Oleh kerana lokasi operasi lazimnya bergantung kepada faktor kualiti hidup, kita akan meneruskan tumpuan terhadap pertimbangan yang lebih besar (sama seperti yang diambil kira oleh NKEA Greater KL/KV) bagi menjadikan Malaysia sebuah tempat yang menarik untuk bekerja, bermastautin dan berhibur. Mewujudkan kebitaraan dalam pengurusan kekayaan Islam Pengurusan kekayaan Syariah merupakan pasaran yang rata-ratanya kurang dilayani yang menyediakan peluang unik bagi Malaysia, dan memerlukan pengetahuan khusus, seperti wasiat menepati Syariah dan pengurusan estet. Bagi merebut peluang ini, kita akan memulakan dengan membina keupayaan perancangan kewangan Syariah. Pada masa ini, Malaysia mempunyai kurang dari 300 perancang kewangan Syariah. Jumlah ini akan meningkat menerusi latihan dan pendidikan, dan kurikulum latihan juga akan diseragamkan. Kedua, pengurus kekayaan akan mempergunakan gabungan dengan firma pengurusan aset Islam bagi mengakses produk baru. Pemboleh Bagi menyokong usaha di atas untuk membangunkan industri pengurusan kekayaan, terdapat keperluan mendesak untuk memacu langkah penambahbaikan modal insan. Terdapat kekurangan bakat dalam industri hari ini walaupun banyak pengurus bank swasta utama di Singapura terdiri dari kalangan rakyat Malaysia. Kerajaan akan berusaha bersama industri untuk melatih pengurus kekayaan dan pakar produk. Kita juga akan melonggarkan proses imigresen bagi kemasukan bakat asing. Pembiayaan EPP ini memerlukan pelaburan swasta dan pembiayaan sebanyak RM495.5 juta. Impak EPP ini dijangka mewujudkan peningkatan PNK sebanyak RM2.1 bilion dan pertambahan 6,000 pekerjaan dalam sektor perkhidmatan kewangan menjelang 2020, yang mana 2,000 daripadanya ialah pengurus dan ahli profesional (termasuk pengurus kekayaan, pakar produk) dan 4,000 kerani dan kakitangan bergaji.

248

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

MEMBANGUNKAN SEKTOR BARU PERTUMBUHAN

EPP 8: Mempercepat dan Mempertahankan Industri Pengurusan Aset yang Signifikan


Rasional Dengan jumlah hasil sebanyak RM288 bilion, (atau 47% daripada KDNK), industri pengurusan aset Malaysia adalah secara relatifnya kecil. Tambahan pula, hanya 3% daripada dana di bawah pengurusan berasal daripada pelabur antarabangsa. Lebih daripada 55% daripada jumlah AuM dikuasai oleh lima peserta utama industri ini. Walau bagaimanapun, Malaysia masih berpeluang untuk merebut segmen yang membangun termasuklah pelabur institusi tempatan, individu bernilai bersih tinggi dan pasaran bitara yang membangun dalam pengurusan dana Islam. Aspirasi Malaysia adalah untuk menjadi hab pengurusan aset serantau yang maju. AuM dijangka berkembang daripada tahap terkini sebanyak RM300 bilion kepada RM1.7 trilion menjelang 2020, mewakili CAGR sebanyak 17 %. Tindakan Merangsang industri melalui mandat penyumberluaran. Setelah menubuhkan pejabat di hab serantau seperti Singapura dan Hong Kong, kebanyakan firma utama global mungkin tidak merancang perkembangan selanjutnya di rantau ini. Meskipun begitu, adalah kritikal untuk menarik firma yang boleh berperanan sebagai pemangkin pertumbuhan. Pada masa ini, GLIC sedang melakukan penyumberluaran kepada pengurus dana luar negara pada skala yang kecil berbanding dengan dana pencen utama serantau dan global. Untuk maju ke hadapan, kita akan menambahkan jumlah mandat GLIC kepada pengurus dana luar negara daripada 5% kepada 15% AuM. Setiap mandat mestilah cukup menarik, dengan RM1 bilion hingga RM2 bilion dianugerahkan kepada syarikat pengurusan dana utama. Firma ini akan dikehendaki memulakan operasi di Malaysia dengan sekurang-kurangnya enam pekerja, termasuk tidak kurang dari dua pengurus portfolio, dan memadankan modal asing berdasarakan pada nisbah satu kepada satu dalam tiga tahun pertama. Sokongan kewangan juga boleh diberi, seperti subsidi sewaan atau gaji. Merancakkan lagi pasaran runcit. Ahli EPF dikehendaki mengekalkan amaun asas simpanan (antara RM1,000 hingga RM120,000 berdasarkan umur). Untuk baki lebihan, sehingga 20% boleh dikeluarkan untuk pelaburan dalam amanah saham. Bagi merancakkan lagi pasaran runcit, ahli dengan jumlah lebih daripada RM120,000 di dalam Akaun I, tanpa mengira umur, boleh melabur sehingga 50% daripada lebihan itu di dalam amanah saham. Lebihan ini juga boleh dilaburkan terus ke dalam ETF. Mewujudkan kebitaraan dalam pengurusan aset Islam. Industri dana pengurusan Islam global berkembang pada kadar 12% sepanjang enam tahun lalu untuk mencapai RM166 bilion AuM pada 2009. Malaysia telahpun mempunyai jumlah terbesar dana Islam di dunia dengan 184 dana dan AuM kedua terbesar sebanyak RM18.2 bilion. Walau bagaimanapun, industri ini tetap kekurangan skala dan juga pelabur asing.

Program Transformasi Ekonomi 249 Hala Tuju Untuk Malaysia

Pertama, kita akan menarik lebih banyak dana utama untuk memulakan operasi di Malaysia, bersandarkan pada mandat GLIC. Keduanya, pertumbuhan industri pengurusan kekayaan akan mewujudkan permintaan. Dalam jangka panjang, Malaysia boleh menjadi hab inovasi global bagi produk pengurusan aset Islam, di mana produk kita akan dijual di seluruh dunia melalui bank asing dan bank swasta. Pemboleh Bagi menyokong usaha untuk mempercepatkan pertumbuhan dalam industri pengurusan aset, Malaysia akan berusaha untuk menjadi sebahagian daripada Pasukan Petugas Tindakan Kewangan supaya pengurus dana Malaysia dapat diiktiraf diseluruh dunia. Kita juga akan menggalakkan pengurus dana untuk menarik wang daripada sumber asing dengan mengecualikan cukai ke atas pendapatan pelaburan daripada dana sumber asing tersebut. Selain itu, dengan kekuatan Malaysia sebagai ekonomi berasaskan sumber, pengurus dana akan dibenarkan untuk melabur dalam komoditi untuk memperluaskan kelas aset mereka. Akhir sekali, MAAM akan memainkan peranan yang lebih besar untuk mengaturkan usaha melatih dan memupuk bakat. Pembiayaan EPP ini memerlukan pelaburan swasta dan pembiayaan sebanyak RM679.7 juta. Impak EPP ini dijangka mewujudkan peningkatan PNK sebanyak RM2.4 bilion dan tambahan 7,000 pekerjaan menjelang 2020, yang mana 3,000 daripadanya ialah jawatan pengurusan dan profesional (termasuk pengurus dana, pengurus portfolio dan penganalisis). Tambahan pula, lebih banyak kaedah untuk pelabur mempelbagaikan risiko akan dibuka, lebih kecairan bagi pasaran modal dan lebih permintaan bagi perkhidmatan sampingan seperti penyumberluaran untuk proses perniagaan dan perkhidmatan kustodi.

MEMPERGIATKAN USAHA

EPP 9: Membangunkan Jaguh Bank Serantau


Rasional Sektor perbankan domestik Malaysia telah menjadi sebuah pasaran yang lebih matang. Pertumbuhan pinjaman dan deposit semakin menurun daripada 13% dan 15% masing-masing antara 2001 dan 2005 kepada 10% dan 12% daripada 2005 hingga 2009. Kesannya, persaingan dalam pasaran domestik bertambah sengit, menyebabkan penurunan ROA daripada 1.4% pada 2005 kepada 1.2% pada 2009 (Gambarajah 7-7). Dalam sedekad yang lalu, BNM telah menyediakan dan meneguhkan bank kita, seperti melalui penggabungan. Bilangan bank komersial domestik menurun daripada 22 pada 2000 kepada 9 pada 2009, dan purata aset bagi setiap institusi meningkat daripada RM16 bilion ke RM128 bilion. Dalam tempoh yang sama, jumlah bank komersial asing meningkat daripada 12 kepada 15. Bank asing ini telah membawa inovasi produk dan pengetahuan kepada sektor perbankan Malaysia.

250

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

Hari ini, bank di Malaysia telah memulakan pengembangan antarabangsa untuk mencungkil pasaran yang tumbuh dengan lebih baik, dan pendapatan luar negara ini menyumbang sebanyak 17% kepada jumlah keuntungan bank Malaysia. Bank komersial Malaysia beroperasi di 19 buah negara, tetapi sejumlah besar keuntungan luar negara datang daripada empat buah negara utama, iaitu Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Thailand. Bank Malaysia akan meningkatkan kadar pendapatan luar negara daripada keseluruhan jumlah keuntungan, daripada 16% pada 2009 kepada 27% menjelang 2020 melalui kehadiran yang bermakna dalam ASEAN dan pasaran antarabangsa. Bank Malaysia berhasrat untuk berada dalam kelompok tiga buah bank utama dalam ASEAN dari segi permodalan pasaran pada 2020. Gambarajah 7-7

Bank-bank Malaysia telah bertukar kepada gear sederhana


Pertumbuhan lembap bagi pinjaman
Pertumbuhan Peratus
20 Pertumbuhan purata pinjaman

...dan begitu juga bagi deposit


Pertumbuhan Peratus
20 Pertumbuhan purata deposit 15 12

Pulangan atas aset (ROA) perbankan komersial yang berkurang


ROA Peratus
2.0 ROA purata bank komersial

15

13 10 7

15

1.5

1.4 1.2

10

10 7 5

1.0

0.5

2001 2005

2005 2009

KDNK nominal (2005 2009)

2001 2005

2005 2009

KDNK nominal (2005 2009)

T/B 2001 2005 2009

SUMBER: Bank Negara Malaysia

Tindakan Berkembang ke peringkat antarabangsa dengan cara yang bermakna. Kerajaan dan BNM akan membantu bank Malaysia yang teguh untuk mewujudkan kehadiran bermakna di pasaran keutamaan dan menjadi jaguh serantau sebenar. Ini tertakluk kepada pertimbangan yang berhemat. Bank yang mempunyai kekuatan dalam kebolehan pengurusan dan kedudukan modal yang kukuh yang ingin berkembang ke arena antarabangsa akan mendapat sokongan yang lebih. Berkembang ke pasaran luar daripada ASEAN. Selain dari ASEAN, China dan Asia Selatan juga sedang mengalami pertumbuhan yang hebat dalam permintaan perkhidmatan kewangan. Tambahan pula, sebahagian besar FDI ke luar Malaysia telah dilaburkan ke dalam pasaran ini. Perkembangan ke dalam pasaran ini memerlukan komitmen modal yang sangat besar. Bank dan GLIC kita yang teguh akan memimpin perkembangan ke pasaran luar daripada ASEAN melalui pemerolehan aset bank apabila terdapat peluang.

Program Transformasi Ekonomi 251 Hala Tuju Untuk Malaysia

Pemboleh Bagi menyokong niat untuk membangun jaguh serantau, kerajaan dan BNM akan menyediakan suasana yang bertolak ansur, insentif dan sokongan kepada bank yang berjaya mewujudkan kehadiran mereka di arena antarabangsa dalam cara yang bermakna. Kerjasama yang lebih erat dan perkongsian amalan terbaik antara pengawalselia dan institusi kewangan ASEAN akan dikekalkan dalam agenda. Pembiayaan EPP ini memerlukan pelaburan swasta dan pembiayaan sebanyak RM26.4 bilion. Impak EPP ini dijangka mewujudkan peningkatan PNK sebanyak RM5.6 bilion dalam sektor perkhidmatan kewangan menjelang 2020. Selain itu, kualiti dan inovasi produk dan perkhidmatan keseluruhannya akan meningkat dan aliran perdagangan antarabangsa dan pelaburan yang lebih hebat akan dipermudahkan. Walau bagaimanapun, akan terdapat kekurangan kira-kira 8,500 pekerjaan.

EPP 10: Menjadi Hab Global Terunggul dalam Kewangan Islam


Rasional Kewangan Islam telah muncul secara global dalam dekad pertama abad ini. Aset sedunia yang menepati prinsip Syariah berkembang empat kali ganda daripada 0.5% kepada 2.0% daripada ekonomi dunia dan mencapai RM3.52 trilion pada 2009. Malaysia hari ini ialah pasaran ketiga terbesar bagi aset Syariah (perbankan Islam, takaful, sukuk), tetapi kebanyakannya adalah melalui penembusan dalam pasaran tempatan. Banyak negara Islam (contohnya, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Mesir) masih berada di peringkat awal pertumbuhan. (Gambarajah 7-8). Sekiranya Malaysia tidak menggunakan peluang pertumbuhan ini, Malaysia menghadapi risiko kehilangan kedudukan dominannya dalam kewangan Islam. BNM dan SC sedang secara aktif memperjuangkan usaha kewangan Islam dan berusaha untuk mengukuhkan posisi Malaysia. Kita berhasrat untuk menjadi hab global kewangan Islam. Malaysia akan dikenali sebagai pusat intelek dan pusat modal bagi kewangan Islam, dan institusi kewangan Islam Malaysia akan mempunyai kedudukan yang signifikan di luar negara. Bahagian pasaran global aset kewangan Islam disasarkan meningkat daripada 8% pada 2009 kepada 13% pada 2020; bahagian pasaran global sumbangan takaful disasarkan meningkat daripada 11% pada 2009 kepada 20% pada 2020; dan sekurang-kurangnya sebuah institusi kewangan Islam disasarkan menjadi antara 10 institusi terbesar berdasarkan saiz aset menjelang 2020.

252

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

Gambarajah 7-8

Trajektori pertumbuhan dijangka berterusan kerana negara besar Islam masih di peringkat awal kewangan Islam
Penembusan kewangan Islam oleh negara Islam utama (2009)
Aset Syariah/KDNK Islam
230 Bahrain Malaysia 70 60 Kuwait 50 40 30 20 10 0 -10 0 20 40 60 80 100 120 180 200 220 Qatar Brunei Saudi Arabia Sudan Emiriah Arab Bersatu Morocco Oman Yaman Iraq Algeria Bangladesh Mesir Turki Nigeria Indonesia 20% 50% Iran 1.2 B Penduduk Islam mengawal ~ KDNK US$ 3.4B = KDNK US$ 100B penduduk Islam Aset Syariah/ KDNK Islam < 20% 20% < Aset Syariah/KDNK Islam < 50% Aset Syariah/KDNK Islam > 50%

Pakistan

Penduduk Islam Juta

SUMBER: EIU; Bank Negara; kajian akhbar

Tindakan Mengkanunkan dan menstandardkan panduan Syariah. BNM telahpun dalam proses menerbitkan parameter sebagai dokumen standard untuk memudahkan pemahaman komprehensif prinsip-prinsip yang akan menjadi asas untuk kontrak Syariah. Mempercepatkan usaha ini dapat membantu memperjelaskan pemahaman dan memastikan interpretasi kontrak Syariah yang konsisten di Malaysia, memudahkan pembentukan polisi dan panduan, mempromosikan inovasi dan membolehkan pembangunan dan pelancaran produk yang lebih cepat. Memandu ke arah pertumpuan global dan pengiktirafan bersama standard. Potensi sepenuhnya kewangan Islam hanya dapat dihuraikan sekiranya pertumpuan global dan pengiktirafan bersama dapat dicapai. Kerajaan dan pengawalselia akan memacu proses ini, termasuk membentuk agenda badan antarabangsa (contohnya, Pasaran Kewangan Islam Antarabangsa (IIFM), Organisasi bagi Perakaunan dan Pengauditan Institusi Kewangan Islam (AAOIFI)) untuk mempercepatkan kemajuan mereka dan memperluaskan keahlian kepada lebih banyak negara. Menjadi pusat kecemerlangan bagi kajian kewangan Islam, pembangunan dan pendidikan. Kerajaan, pengawalselia, dan pihak swasta telah membuat pelaburan yang besar bagi memajukan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan kewangan Islam. Contohnya, beberapa institusi pembangunan modal insan seperti Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA) dan Institut Kewangan Asia telahpun ditubuhkan. Kita akan terus melabur dalam mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan bagi kewangan Islam, kajian dan pendidikan. Keutamaan kita dalam melangkah ke hadapan termasuk:

Program Transformasi Ekonomi 253 Hala Tuju Untuk Malaysia

Undang-Undang: Mengkaji potensi bagi mentransformasi Pusat Timbangtara Serantau Kuala Lumpur kepada sebuah pusat arbitrasi global yang kompetitif dengan kepakaran khusus dalam kewangan Islam atau mewujudkan sebuah pusat arbitrasi kewangan Islam global yang khas dan memastikan rangka kerja perundangan dibangunkan untuk mengambil kira produk Islam yang lebih inovatif; Modal insan: Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia akan mewujudkan program akreditasi dan pensijilan yang diiktiraf dunia (contohnya, pensijilan pengurusan risiko Syariah); Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) akan memperluaskan program geran biasiswa dan kajian untuk menarik pelajar dan pakar antarabangsa dan Kementerian Pengajian Tinggi akan menambahkan kapasiti dan kualiti institusi pendidikan tinggi kewangan Islam dengan memberi lebih fokus kepada penarikan pelajar asing; dan Kajian, pembangunan dan inovasi: Manfaatkan ISRA bagi memimpin inovasi dalam kewangan Islam; institusi kewangan Islam hendaklah meningkatkan bajet R&D dan MIFC hendaklah meningkatkan kemasyhuran program anugerah (diadakan di Kuala Lumpur) untuk mengiktiraf inovasi dalam kewangan Islam. Mengembangkan perbankan Islam kepada pasaran keutamaan. Institusi kewangan Islam Malaysia akan berkembang memasuki pasaran utama dengan potensi yang tinggi seperti Indonesia, Timur Tengah, Afrika Utara dan benua India. Kerajaan dan BNM akan terus membantu pembangunan ini. Pengembangan antarabangsa memerlukan modal dan kebolehan yang signifikan. Dengan adanya sebuah bank mega Islam Malaysia yang menjadi kemegahan akan menjadikan pengembangan antarabangsa lebih mudah. Selain itu, dengan adanya kemegahan ini dalam kelompok 10 terbaik dunia akan mengukuhkan tuntutan Malaysia sebagai peneraju yang tidak dapat dipertikaikan dalam kewangan Islam. Mengambil bahagian secara aktif dalam meningkatkan pengurusan kecairan global Islam. Malaysia akan mengambil bahagian secara aktif dalam usaha meningkatkan pengurusan kecairan global Islam, yang sekarang ini menyekat pertumbuhan kewangan Islam. Langkah spesifik termasuklah: Platform perdagangan komoditi Bursa yang menepati Syariah, Bursa Suq Al Sila, akan bekerjasama dengan platform di negara Islam utama dan melanjutkan masa pembukaanya; Kementerian Kewangan akan meningkatkan penggunaan instrumen mata wang Islam asing bagi membiayai projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh; Mempengaruhi Pasaran Kewangan Islam Antarabangsa (IIFM) untuk memasukkan lebih banyak negara dan membentuk agenda IIFM bagi mempercepatkan pertumpuan pengurusan kecairan Islam; dan Kerajaan hendaklah memujuk negara utama Islam yang lain untuk menerbitkan lebih banyak instrumen mata wang asing Islam bagi mewujudkan kecairan antara sempadan.

254

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

Membangunkan pengurusan dana Islam. Dengan AuM sebanyak RM18.2 bilion, Malaysia kini mengumpukkan sebanyak 10% dari industri dana Islam global. Walau bagaimanapun, kebanyakan pengurus dana masih di bawah skala dengan purata AuM di bawah RM50 juta. Rancangan untuk mempercepatkan pembangunan termasuk: Menarik secara aktif pengurus dana antarabangsa yang utama untuk memulakan operasinya di Malaysia dengan memberikan mandat GLIC yang lebih besar; Membangunkan industri pengurusan kekayaan Islam; dan Menempatkan Malaysia sebagai hab inovasi produk Islam dengan pengagihan produk menerusi institusi kewangan asing dan bank swasta yang terkemuka. Memperluaskan produk takaful ke luar negara. Malaysia kini merupakan pasaran global takaful ketiga terbesar di dunia dengan bahagian pasaran sebanyak 11%, sebahagian besarnya adalah pasaran domestik. Takaful ialah produk Islam yang paling kurang diniagakan, merangkumi hanya 3% aset yang menepati Syariah sedunia. Oleh itu, Malaysia akan mentransformasikan takaful kepada sebuah perniagaan antarabangsa. Pada fasa pertama, industri akan menambah kompetensi tenaga kerja takaful dan membangunkan produk inovatif. Contohnya, pengendali tempatan boleh menggunakan pertumbuhan pesat pelancongan kesihatan untuk menawarkan polisi takaful perubatan dan kesihatan kepada pelancong kesihatan Islam. Pada fasa kedua, pengendali takaful akan memfokuskan kepada penembusan pasaran utama yang belum diterokai. Kerajaan akan membantu kemasukan ke dalam pasaran ini melalui perhubungan antara kerajaan dan dengan menawarkan kepakaran Malaysia dalam pembangunan rangka kerja pengawalseliaan bagi takaful. Akhir sekali, pengendali takaful akan menjalin hubungan dengan penasihat kewangan, broker dan pengantara untuk memperluaskan pengagihan. Contohnya, produk takaful boleh dimasukkan ke dalam pelan persaraan dan kekayaan. Memperkukuh kapasiti takaful semula (retakaful) Malaysia. Takaful semula merupakan bahagian penting industri takaful, bertindak sebagai mekanisme mengurangkan risiko bagi pengendali takaful dengan mengagihkan risiko kepada institusi lain. Apabila Malaysia membangun untuk mencapai kepimpinan global dalam takaful, industri takaful semula mesti membangun dengan seiring. Hari ini, pengendali takaful digalakkan untuk melindungi risiko mereka melalui takaful semula. Walau bagaimanapun, banyak pengendali takaful masih bergantung sebahagian besarnya kepada insurans semula konvensional akibat kapasiti yang terhad dan kekurangan kebolehan untuk menyediakan kepakaran teknikal tambahan. Usaha yang dikenal pasti untuk memperkukuhkan industri takaful semula termasuk menubuhkan sindiket takaful semula di kalangan pengendali takaful dengan Lloyds of London dan melayani keperluan yang meningkat bagi takaful semula di luar Malaysia.

Program Transformasi Ekonomi 255 Hala Tuju Untuk Malaysia

Pemboleh Bagi menyokong cita-cita kita untuk menjadi hab kewangan Islam global, kita perlu memastikan kedudukan kita sebagai peneraju dalam modal insan, infrastruktur dan rangka kerja tidak terhakis. Berhubung modal insan, kita berhasrat memastikan proses terbaik dalam kelasnya untuk mengambil kira bakat asing dan pakar Malaysia yang kembali semula, memperkenalkan piawaian pensijilan dan akreditasi dan menambah nisbah cendekiawan dalam majlis dan jawatankuasa Syariah kita. Berhubung dengan infrastruktur dan pengawalseliaan, BNM dan institusi kewangan Islam akan terus melabur dalam teknologi dan pembaikan proses. Masa kelulusan produk dari awal hingga akhir, iaitu daripada pembentukan idea sehingga pelancaran produk akan dipendekkan. Berhubung dengan perundangan, Peguam Negara akan memberi kebenaran kepada firma guaman asing dengan kepakaran dalam bidang kewangan Islam untuk beroperasi di Malaysia. Dengan cara itu kepakaran asing dapat dilengkapi dengan kepakaran tempatan mendalam yang ditawarkan oleh firma Malaysia. Akhir sekali, BNM dan MIFC akan terus mempromosikan Malaysia sebagai hab Islam, menyerlahkan inovasi dan kekuatan rangka kerja perundangan dan infrastruktur kita. Pembiayaan EPP ini memerlukan pelaburan dan pembiayaan sebanyak RM35.6 bilion, hampir keseluruhannya dari sektor swasta. Impak EPP ini dijangka akan mewujudkan peningkatan PNK sebanyak RM7.2 bilion dan mewujudkan 12,000 pekerjaan terutamanya dalam aktiviti perbankan Islam (9,000 pekerjaan) dan takaful semula (2,000 pekerjaan) menjelang 2020. Selain itu, EPP ini juga akan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam masyarakat antarabangsa dan membantu menarik FDI.

PELUANG PERNIAGAAN
Selain daripada 10 EPP berimpak tinggi, kami juga menjangkakan pertumbuhan minimum melalui peluang perniagaan yang signifikan dalam sektor perkhidmatan kewangan dalam bidang perbankan komersial, perbankan pelaburan, perbankan Islam, insurans dan takaful, pengurusan aset dan pengurusan kekayaan di samping daripada segmen lain termasuk DFI. Kesemua ini dijangka akan menghasilkan sebanyak RM71.9 bilion dalam peningkatan PNK menjelang 2020. Kami juga menjangkakan 229,000 pekerjaan tambahan akan diwujudkan menjelang 2020, termasuk 100,000 jawatan profesional and teknikal. Pertumbuhan ini adalah berdasarkan daripada sejarah kadar pertumbuhan dan juga jangkaan bagi setiap segmen dengan mengekalkan batas untung terkini. Pembiayaan dan pelaburan sebanyak kira-kira RM145.8 bilion diperlukan, yang mana hampir 95% daripadanya akan ditanggung oleh sektor swasta.

256

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

Peluang Perniagaan 1: Perbankan Komersial


Dalam tempoh 10 tahun akan datang, segmen perbankan komersial dijangka mengekalkan pertumbuhan sederhana 7% setahun. Sebahagian besar daripada peningkatan PNK sebanyak RM29.6 bilion pada 2020 dijangka datangnya daripada pertumbuhan minimum dengan sumbangan daripada peluang perniagaan yang berikut: Inovasi dalam pelaksanaan perkhidmatan kewangan termasuk model perniagaan baru bagi mencungkil segmen kurang dilayani dan format cawangan baru termasuk perbankan tanpa cawangan; Pemasukan kewangan yang meningkat melalui program kefahaman kewangan nasional; Bank komersial menyokong pertumbuhan IKS, yang akan diperkukuhkan sebagai enjin pertumbuhan dan inovasi di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh; dan Segmen kewangan individu yang berkembang pesat. Peluang perniagaan ini memerlukan pembiayaan sebanyak RM65 bilion, di mana kira-kira RM 61.2 bilion akan dibiayai oleh sektor swasta.

Peluang Perniagaan 2: Perbankan Pelaburan


Harapan bagi perbankan pelaburan dijangka positif dengan kekuatan pertumbuhan 15% setahun sepanjang 2010 hingga 2015, memperlahan kepada 10% sepanjang 2016 hingga 2020. Impak peningkatan PNK dijangka sebanyak RM5.2 bilion pada 2020. Sebahagian besar nilai PNK dijangka didapati daripada pertumbuhan minimum, dengan sumbangan tambahan daripada beberapa peluang perniagaan: Peningkatan IPO susulan daripada dorongan ke arah inovasi di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh; Integrasi pasaran modal (contohnya, memanfaatkan kelebihan status QDII dengan negara China dan perjanjian pengiktirafan bersama dengan Hong Kong dan Dubai); dan Peningkatan dalam aktiviti penggabungan dan pengambilalihan susulan daripada penyatuan yang dijangkakan dalam beberapa sektor utama. Peluang perniagaan ini memerlukan pembiayaan sebanyak RM10.2 bilion di mana kira-kira RM9.5 bilion akan dibiayai oleh sektor swasta.

Program Transformasi Ekonomi 257 Hala Tuju Untuk Malaysia

Peluang Perniagaan 3: Perbankan Islam


Segmen perbankan Islam dijangka menyumbang RM11.1 bilion peningkatan PNK bagi 2020. Ini disokong oleh pertumbuhan kukuh 15% setahun daripada 2010 hingga 2015, dan semakin perlahan kepada 12% antara 2016 hingga 2020. Sebahagian besar nilai PNK dijangka didapati daripada pertumbuhan minimum, dengan sumbangan daripada beberapa peluang perniagaan: Pajak gadai Islam (Ar-Rahnu); dan Perubahan daripada perniagaan peminjaman wang kepada perbankan konvensional atau Islam berikutan cadangan pindaan bagi memperketatkan perniagaan peminjaman wang. Peluang perniagaan ini memerlukan pembiayaan sebanyak RM50.2 bilion di mana lebih kurang RM46.9 bilion akan dibiayai oleh sektor swasta.

Peluang Perniagaan 4: Insurans dan Takaful


Segmen ini dijangka mewujudkan peningkatan PNK sebanyak RM13.1 bilion pada 2020. Pertumbuhan industri bagi insurans konvensional dan insurans semula dijangka kekal stabil pada 6%, manakala takaful dan takaful semula akan mendaftarkan pertumbuhan yang lebih kukuh pada 20% antara 2010 hingga 2014, dan semakin perlahan kepada 15% antara 2015 hingga 2020. Sebahagian besar dari nilai PNK dijangka didapati daripada pertumbuhan minimum, dengan sumbangan tambahan daripada beberapa peluang perniagaan: Pengambilan insurans yang lebih banyak berbangkit daripada usaha Kerajaan untuk mendidik masyarakat tentang perancangan kewangan dan kepentingan perlindungan; Panggabungan dan perasionalan lanjut yang dijangka akan mewujudkan institusi yang teguh dan platform bagi pertumbuhan; dan Insurans mikro akan menjadi lebih berdaya maju dengan model pengagihan yang lebih murah. Peluang perniagaan in memerlukan pembiayaan sebanyak RM17.3 bilion di mana kira-kira RM16.5 bilion akan dibiayai oleh sektor swasta.

258

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

Peluang Perniagaan 5: Pengurusan Aset dan Pengurusan Kekayaan


Segmen pengurusan aset dan pengurusan kekayaan dijangka menyumbang sebanyak RM1.9 bilion peningkatan PNK pada 2020. Ini didorong oleh pertumbuhan purata 8% antara 2010 hingga 2020. Sementara sebahagian besar nilai PNK dijangka didapati daripada pertumbuhan minimum, beberapa peluang dalam segmen ini dijangka akan meningkatkan PNK: Peningkatan akses kepada pembiayaan bagi pemula inovatif berikutan pewujudan satu Dana Inovasi Mudharabah bernilai RM500 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh; Peluang Penyumberluaran berikutan pewujudan dana awam-swasta bernilai RM20 bilion bagi menyokong Rancangan Malaysia Kesepuluh; Kekayaan rakyat Malaysia yang meningkat akan memerlukan perkhidmatan pengurusan aset dan pengurusan kekayaan; Peningkatan permintaan bagi unit amanah, dana bersama dan perkhidmatan pengurusan kekayaan di antara pekerja asing dan rakyat Malaysia yang pulang; dan Kesedaran yang meningkat dan bilangan kritikal bagi pengagregat runcit yang boleh merundingkan yuran yang lebih rendah bagi produk amanah saham, contohnya, Fund Supermart. Peluang perniagaan ini memerlukan pembiayaan sebanyak RM1.3 bilion di mana kira-kira RM1.2 bilion akan dibiayai oleh sektor swasta

Peluang Perniagaan 6: Segmen lain termasuk DFI:


Segmen selebihnya dalam sektor perkhidmatan kewangan, seperti DFI, ekuiti swasta dan perniagaan modal teroka, dijangka menghasilkan sebanyak RM11.0 bilion peningkatan PNK pada 2020. Sebahagian besar nilai PNK dijangka didapati daripada pertumbuhan minimum, dengan beberapa peluang perniagaan di kenal pasti di bawah inisiatif Rancangan Malaysia Kesepuluh yang berikut: Aktiviti pelaburan di bawah dana pembangunan perniagaan 1Malaysia Development Berhad sebanyak RM100 juta; Peluang dalam ekuiti swasta dan modal usaha sama bagi inovasi and pembiayaan hijau, dengan penekanan yang lebih ke atas projek dalam bidang tenaga diperbaharui, terutama biofuel; Impak rantaian nilai ke atas ekuiti swasta dan modal usaha sama apabila pasaran menjadi lebih cergas dan IPO menjadi lebih mudah;

Program Transformasi Ekonomi 259 Hala Tuju Untuk Malaysia

Perniagaan peminjaman wang dan peremitan wang tidak formal yang signifikan akan berubah kepada perniagaan peminjaman wang dan pemindahan wang yang formal apabila ekonomi mengalami perubahan; Pemusatan aktiviti pentadbiran belakang pejabat membolehkan institusi kewangan memfokuskan terhadap aktiviti lebih produktif and bernilai tambah yang lebih tinggi. Peluang-peluang perniagaan ini memerlukan pembiayaan sebanyakRM1.9 bilion di mana kira-kira RM 1.8 bilion akan dibiayai oleh sektor swasta.

PEMBOLEH LAZIM
Kita telah mengenal pasti lapan pemboleh yang harus diadakan bagi memastikan sektor perkhidmatan kewangan boleh mencapai sumbangannya bagi melonjakkan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi.

Bekalan Modal Insan Berkelayakan yang Mencukupi


Tinjauan Keseluruhan Modal insan merupakan pemboleh penting bagi sektor perkhidmatan kewangan kerana industri ini memerlukan tenaga kerja yang berkelayakan tinggi untuk terus berinovasi dan meningkatkan standard. Sektor ini kini menggajikan 290,000 orang (2% daripada jumlah tenaga kerja keseluruhan). Bagi mencapai aspirasi kita, kita memerlukan 275,000 lagi tenaga kerja. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan bekalan modal insan yang berkualiti, terutamanya dalam bidang seperti pengurusan dana, perbankan pelaburan dan perdagangan derivatif. Bakat sektor perkhidmatan kewangan Malaysia telah dipikat dengan pendapatan lebih tinggi dan prospek pekerjaan yang lebih baik dalam pusat kewangan serantau dan global. Akhir sekali, terdapat variasi yang luas dalam kualiti tenaga kerja di bidang sektor kewangan. Kementerian berkaitan, agensi dan pengawalselia (BNM dan SC) telah melakukan banyak perubahan dalam menangani isu modal insan. Terbaru, Rancangan Malaysia Kesepuluh telah mengumumkan pewujudan Perbadanan Bakat Malaysia untuk memimpin inisiatif Malaysia untuk menarik balik rakyat Malaysia yang berada di serata dunia dan memudahkan kemasukan pekerja mahir. Tindakan Memperbaiki konsistensi dalam kualiti tenaga kerja perkhidmatan kewangan. Bagi mencapai aspirasi ini, pengawalselia dan Institut Kewangan Asia akan memainkan peranan yang penting. Pengawalselia akan memperbaiki panduan dan arahan bagi mempromosikan pembangunan berterusan modal insan dalam institusi kewangan. Contohnya, jumlah jam latihan minimum yang wajib bagi setiap pekerja akan ditetapkan.

260

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

Asian Institute of Finance, di bawah bimbingan pengawalselia, akan terus menerajui aktiviti piawaian dan pensijilan dalam sektor perkhidmatan kewangan. Contohnya, ia akan mengakreditasikan institut latihan swasta sebelum institut ini boleh memulakan latihan bagi tenaga kerja perkhidmatan kewangan untuk memastikan kualiti latihan yang konsisten. Bawa pulang pakar Malaysia di luar negara dan mengekalkan bakat. Pertama, Kerajaan bercadang untuk menyediakan insentif dan lebih penting lagi memastikan bahawa program insentif dihebahkan melalui saluran formal (contohnya, kedutaan) dan juga saluran tidak langsung (contohnya, masyarakat Malaysia). Kedua, Perbadanan Bakat Malaysia akan menyelenggara pangkalan data bagi mengesan pakar perkhidmatan kewangan Malaysia di luar negara dan memaklumkan mereka berkaitan peluang domestik. Ketiga, seperti yang digariskan dalam EPP 8, GLIC akan menyediakan mandat bagi menarik institusi berprofil tinggi untuk memulakan operasi bersaiz besar di Malaysia. Ini akan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih di dalam sektor perkhidmatan kewangan Memastikan bakat asing mengalami proses imigresen yang lancar. Banyak penambahbaikan telah dilakukan dalam bidang ini. Pada hari ini, kelulusan visa dari awal hingga akhir bagi subsektor perkhidmatan kewangan terpilih boleh dilakukan dalam tempoh empat hingga tujuh hari. Walau bagaimanapun, kebanyakan pemohon masih perlu mengisi pelbagai borang dan hadir sekurang-kurangnya dua kali semasa proses ini. Tiada pusat sehenti bagi memproses permohonan untuk sektor perkhidmatan kewangan, kerana MIDA adalah untuk sektor perusahaan. Jabatan Imigresen merancang untuk terus memperbaiki proses ini dengan melaksanakan pemprosesan dalam talian secara terus bagi bakat asing. Imigresen juga akan menyelaraskan terma dan syarat bagi mendapatkan visa pekerjaan. Syarat bagi menetapkan tempoh penggajian di dalam kontrak dan permohonan semula bagi perpindahan dalam kumpulan syarikat yang sama akan diketepikan.

Menyediakan Kepastian Undang-Undang


Tindakan Keseluruhan Bagi menjamin sistem kewangan berfungsi dengan betul, persekitaran perundangan yang sesuai dan sistem kehakiman yang efisien sangat diutamakan. Ketua Hakim Negara telahpun mempergiatkan lagi perubahan kepada sistem kehakiman sejak 2008 dan melancarkan inisiatif berani, seperti mencergaskan semula Mahkamah Harta Intelek dan penubuhan Mahkamah Kewangan Islam untuk menangani kes-kes berkaitan bidang pengkhususan undang-undang ini, di samping memperkenalkan sistem KPI dan gaji yang lebih tinggi bagi hakim dan pesuruhjaya kehakiman. Banyak lagi perubahan akan dibuat, dan Kerajaan komited dalam memastikan perubahan kehakiman ini bergerak pada kelajuan yang maksimum. Elemen penting bagi suasana perundangan yang sesuai ialah kepastian undang-undang, iaitu kaedah perundangan mesti telus dan jelas. Perubahan tertentu yang dicadangkan baru-baru ini, termasuk keperluan untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi penarikan balik kenderaan di bawah sewa beli, boleh menghalang pertumbuhan perniagaan kewangan individu atau melumpuhkan pengurusan risiko. Justeru adalah penting untuk memperjelaskan dan menyemak semula pindaan ini.

Program Transformasi Ekonomi 261 Hala Tuju Untuk Malaysia

Tindakan BNM akan menyemak semula impak dan bekerjasama dengan Peguam Negara bagi membuat pindaan ke atas perkara berikut: Cadangan Akta Laporan Kredit dan impak pelindungan data kepada amalan pengurusan risiko; Cadangan pindaan kepada Akta Sewa Beli (contohnya, penarikan balik kenderaan memerlukan perintah mahkamah jika lebih satu pertiga daripada harga tunai) kepada industri pembiayaan kenderaan; dan Cadangan pindaan kepada had minimum RM50,000 bagi petisyen di bawah Akta Kebankrapan kepada sektor perkhidmatan kewangan. PEMUDAH akan menyemak proses penggulungan. Ini akan mengurangkan masa yang panjang bagi proses penggulungan (contohnya, tiada tindakan lanjut ke mahkamah tinggi selepas dua lelongan yang tidak berjaya). Pembaharuan lain. Selain itu, inisiatif terbaru bagi pembaharuan dalam sistem kehakiman sejak 2008 yang kini sedang dijalankan sebagai projek perintis hendaklah dipercepatkan. Ini termasuklah cadangan sistem e-mahkamah dan penubuhan mahkamah komersial baru di Kuala Lumpur.

Menyelaraskan Pelan Pembangunan


Tinjauan Keseluruhan Perkhidmatan kewangan Malaysia secara amnya mempunyai rangka kerja pengawalseliaan yang tegas. Kedua-dua BNM dan SC telah menunjukkan kebolehan mereka untuk mengimbangkan peranan pembangunan dan kestabilan sektor perkhidmatan kewangan semasa krisis kewangan global 2008-2009. Bergerak ke hadapan, sektor perkhidmatan kewangan akan terus beroperasi dalam suasana yang sentiasa berubah. Pengantara sedang mengambil bahagian di dalam pelbagai spektrum aktiviti bermula daripada aktiviti meminjam dan memberi pinjaman secara tradisional hinggalah kepada aktiviti pasaran modal yang rumit. Pengawalselia perlu berazam untuk meneruskan kerjasama dan memastikan keselarasan di kalangan mereka, dan lebih penting lagi, dengan institusi kewangan. Tindakan Bagi memenuhi keperluan pasaran yang berubah, pengawalselia perlu memastikan bahawa mereka terus mengharmonikan pembangunan dan penyeliaan, contohnya, panduan bagi pendedahan dan kelulusan produk akan diselaraskan kepada satu set panduan yang konsisten.

262

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

Mempertingkatkan Model Perundingan


Tinjauan Keseluruhan Kerjasama rapat di antara kerajaan dan industri diperlukan untuk maju ke hadapan. Pengawalselia sering merujuk kepada industri kerana mereka mengiktiraf terdapat banyak manfaat untuk: Memanfaatkan pengetahuan dan pemahaman pengamal pasaran untuk menentukan dan, di mana bersesuaian, memperhalusi polisi; Mendapat maklumat awal daripada pihak dalam pasaran berkaitan apa-apa isu implementasi; Menjelaskan dan meraih sokongan bagi polisi; Memberi lebih kepastian dan membolehkan pihak yang mendapat kesan bersedia untuk polisi baru; dan Membentuk reputasi keterbukaan dan ketelusan. Tindakan Pada masa hadapan, perundingan yang baik sekarang akan diperkaya dengan membuat perundingan awam sebagai suatu prosedur standard bagi apa-apa perubahan pengawalseliaan atau rancangan pembangunan. Walau bagaimanapun, dalam kes di mana notis awal boleh memberi kesan tidak diingini terhadap keberkesanan polisi, keperluan bagi perundingan awam atau terpilih akan diketepikan, contohnya, perubahan bagi institusi tertentu atau pengawalseliaan yang tidak signifikan.

Mewujudkan Persekitaran Percukaian yang Kompetitif


Tinjauan Keseluruhan Persekitaran cukai yang kompetitif penting bagi menarik operasi perniagaan di samping menawan dan mengekalkan bakat. Dalam suasana pergerakan pekerja dan modal yang meningkat, banyak pusat kewangan serantau seperti Hong Kong dan Singapura telah melaksanakan rejim kadar cukai yang rendah. Insentif cukai juga merupakan alat yang lazim digunakan bagi menarik kepakaran dan perkhidmatan bernilai tambah yang tinggi. Berbanding dengan saingan serantau yang lain, kadar cukai individu dan korporat Malaysia agak tinggi. Tambahan pula, meskipun kadar cukai Malaysia lebih tinggi, nisbah liputan cukai, iaitu pada 16% daripada KDNK adalah rendah (Gambarajah 7-9). Ini disebabkan asas cukai yang kecil, di mana dianggarkan hanya 1 juta orang membayar cukai pendapatan. Asas cukai yang kecil ini mendatangkan keburukan kepada pembangunan industri perkhidmatan kewangan kerana ia mengehadkan kebolehan kita untuk menggunakan kadar cukai dan insentif sebagai alat kompetitif bagi menarik pelaburan dan bakat.

Program Transformasi Ekonomi 263 Hala Tuju Untuk Malaysia

Gambarajah 7-9

Liputan cukai Malaysia rendah walaupun kadar cukai lebih tinggi


Peratusan hasil cukai daripada KDNK berbanding kadar cukai individu
Hasil cukai Peratusan hasil cukai daripada KDNK 35 50 46 25 40 20 27 15 29 25 10 16 5 15 20 15 13 30 16 20 12 8 10 4 0 UK Ireland Malaysia Singapura Hong Kong 0 UK Malaysia Ireland Hong Kong Singapura 24 20 50 28 24 23 Kadar cukai individu Kadar cukai individu 60 % 36 32 29 36

Peratusan jumlah cukai dibayar daripada keuntungan komersial

34

30

Tindakan Kementerian Kewangan bercadang untuk, secara perlahan-lahan, meningkatkan nisbah liputan cukai dengan melebarkan asas cukai, menangani pengelakan cukai dan memperbaiki integriti sistem percukaian. Kunci bagi melaksanakan ini adalah dengan meneruskan kajian untuk kaedah implementasi cukai barangan dan perkhidmatan, yang merupakan sistem percukaian yang lebih adil, kerana ia ialah cukai kepenggunaan yang berasas besar. Apabila asas cukai meningkat, Malaysia akan menjadi lebih fleksibel dalam memberikan insentif cukai secara terpilih bagi melanjutkan lagi agenda strategik negara dan mungkin juga menurunkan kadar cukai bagi individu dan perniagaan.

264

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

Menyelaraskan Program Kefahaman Kewangan Nasional


Tinjauan Keseluruhan Kebolehan rakyat menguruskan kewangan mereka akan menjadi lebih penting apabila kita menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi. Dengan produk kewangan yang semakin rumit dan canggih, adalah penting untuk memastikan bahawa pengguna menjadi kompeten dalam bidang kewangan dan boleh membuat pilihan kewangan yang berasaskan ilmu dan kesedaran. Banyak negara maju (contohnya, Australia, New Zealand, Singapura dan Belanda) telahpun melaksanakan strategi nasional berkaitan kefahaman kewangan. Singapura melancarkan Money Sense pada 2003 bagi mewujudkan program lestari jangka panjang untuk meningkatkan kefahaman kewangan asas rakyat Singapura. Malaysia diiktiraf oleh Bank Dunia sebagai negara yang mempunyai kadar keterangkuman kewangan yang tinggi. Walau bagaimanapun, sebagai sebuah negara, kita belum lagi mahir dari segi kewangan. Contohnya, kita mempunyai tahap hutang isi rumah kepada KDNK yang tertinggi di Asia, pada kadar 77%. Penduduk kita juga kekurangan ilmu dan kemahiran dalam penyiapan bagi persaraan. Kekurangan kesedaran juga menyekat pembangunan sektor utama seperti insurans dan e-pembayaran. Pelbagai organisasi seperti BNM, SC, Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC), Bursa Malaysia, EPF, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan sektor swasta telah melancarkan pelbagai inisiatif untuk mendidik pelanggan mereka untuk lebih memahami perkara-perkara berkaitan kewangan. Usaha ini perlu lebih tertumpu dan diselaraskan dengan lebih baik bagi meningkatkan keberkesanan dan jangkauannya. Tindakan Sebagai langkah seterusnya, BNM akan memimpin pewujudan suatu program kefahaman kewangan nasional yang diselaraskan berdasarkan perkongsian awam-swasta yang mengetengahkan program khusus dan model pelaksanaan berasaskan keperluan serta keinginan komuniti yang disasarkan. Inisiatif di bawah program ini akan direka bagi mendidik rakyat Malaysia, daripada umur yang muda hinggalah dewasa, kemahiran kewangan meliputi pengurusan kewangan asas (bajet dan simpanan, kredit yang bertanggungjawab, kaunseling hutang, dan sebagainya), perancangan kewangan bagi perlindungan jangka panjang dan keperluan persaraan di samping bagaimana membuat pelaburan yang berhemat. Asas program ini adalah integrasi kefahaman kewangan ke dalam kurikulum formal sekolah.

Melancarkan Kempen Pemasaran Bersepadu


Tinjauan Keseluruhan Promosi berkesan berkaitan strategi perkhidmatan kewangan dan saranan nilai Malaysia sebagai destinasi pelaburan di samping sebuah hab bagi perkara terpilih seperti kewangan Islam adalah diperlukan. Dipimpin oleh MIFC, usaha untuk mempromosikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam telahpun membantu menaikkan profil antarabangsa Malaysia. Walau bagaimanapun, berita mengenai Malaysia tidak diketahui ramai dan kurang dihebahkan di peringkat antarabangsa. Tambahan pula, kita masih tidak dapat menepis kebimbangan berhubung kawalan modal yang dilaksanakan semasa krisis kewangan Asia, walaupun kawalan ini kebanyakannya telah pun ditamatkan.

Program Transformasi Ekonomi 265 Hala Tuju Untuk Malaysia

Tindakan Suatu kempen pemasaran dan promosi bersepadu yang proaktif di peringkat antarabangsa akan dilancarkan, yang menyertakan: Koordinasi antara pengawalselia dan kementerian dan agensi lain; Kerjasama antara industri dan kerajaan bagi pelaksanaan; Tumpuan spesifik untuk menarik pelaburan dan mewujudkan pekerjaan; Senarai syarikat yang diutamakan dan kawasan yang ingin disasarkan dengan matlamat tertentu; dan Aksi pemasaran dan promosi yang jelas disokong oleh metrik berasaskan impak yang menentukan kejayaan. Kita juga merancang untuk membina rangkaian perniagaan kewangan dan golongan profesional (pelabur asing atau peniaga berjaya Malaysia di luar negara) untuk menjadi duta Malaysia. Ini akan dimaklumkan dengan perkembangan terkini dalam sektor dan membantu mempromosikan Malaysia di luar negara.

Membangunkan Daerah Kewangan Antarabangsa KL


Tinjauan Daerah kewangan bertaraf dunia tidak hanya bermaksud utiliti terbaik dalam kelasnya, infrastruktur Internet dan komunikasi. Malah, maksudnya yang lebih penting lagi ialah suatu tempat di mana perniagaan dan golongan profesional boleh berhubung dan bertukar idea dan peluang. Banyak pusat kewangan global seperti New York, Hong Kong, Singapura dan Dubai telah melabur dan terus melabur dalam menaiktaraf dan memodenkan infrastruktur bagi syarikat perkhidmatan kewangan. Contohnya, Hong Kong sedang mewujudkan satu daerah kewangan baru dalam kawasan Kowloon. Begitu juga, Singapura sedang membina Daerah Kewangan Marina Bay yang baru bagi menyokong pertumbuhannya sebagai hab utama perniagaan dan kewangan di Asia. Pada masa ini tidak terdapat daerah kewangan di KL. Sebaliknya, institusi kewangan bertaburan di sekitar KL. Tindakan Rancangan yang diumumkan baru-baru ini untuk membangunkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur akan dipergiatkan. Lambat laun, ini akan membolehkan Kuala Lumpur menarik modal insan berkaliber tinggi ke dalam sektor kewangan yang untuk bersama-sama membantu mempromosikan industri perkhidmatan kewangan yang bertenaga. Ini juga akan menaikkan profil Malaysia di arena antarabangsa dan menyokong jenama negara.

266

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

PEMBIAYAAN
Bagi mencapai sasaran pertumbuhan kita, pembesaran sektor perkhidmatan kewangan sebanyak tiga kali ganda menjelang 2020 akan memerlukan pembiayaan kumulatif sebanyak RM211.1 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang, yang mana RM65.2 bilion (31%) adalah untuk 10 EPP dan selebihnya adalah untuk membiayai peluang perniagaan dan pertumbuhan minimum keseluruhan (Gambarajah 7-10). Dari segi sumber pembiayaan, sektor swasta dan awam masing-masing dijangka menyediakan RM64.6 bilion (96%) dan RM0.6 bilion (4%) bagi pembiayaan EPP. Selain itu, beberapa EPP memerlukan insentif cukai untuk merangsang pertumbuhan sektor yang berbeza. Dalam kebanyakan kes, kehilangan hasil cukai dijangka dapat diimbangi oleh kenaikan cukai pendapatan korporat daripada penerima manfaat insentif dalam tempoh beberapa tahun. Contohnya, pelepasan cukai tambahan yang dicadangkan bagi premium insurans bagi merangsang industri insurans akan mengakibatkan hasil cukai yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, apabila penembusan insurans meningkat susulan pengambilan insurans yang lebih tinggi, kita akan secara perlahan-lahan mendapatkan semula kerugian melalui cukai ke atas pendapatan yang lebih bagi syarikat insurans. Harus diperhatikan bahawa apa-apa insentif cukai yang akan diberikan kepada entiti asing bagi memulakan operasi di Malaysia tidak diambil kira di sini, kerana Malaysia tidak akan mendapat apa-apa hasil cukai daripada entiti ini sekiranya mereka tidak hadir di sini. Gambarajah 7-10

Untuk 10 EPP, RM211.1 bilion pembiayaan diperlukan, di mana 1% adalah daripada sektor awam
99% pembiayaan dijangka dari sektor swasta RM bilion Pecahan pembiayaan antara EPP dan peluang perniagaan RM bilion

64.6

65.2

211.1

145.8

65.2 0.6 Awam % daripada jumlah Swasta Jumlah % daripada jumlah EPP Peluang Jumlah perniagaan 69

99

31

Program Transformasi Ekonomi 267 Hala Tuju Untuk Malaysia

Jadual 7-1

EPP

Keperluan pembiayaan 2011 - 2020 (RM juta)


862.7

Huraian

Mencergaskan semula pasaran modal Malaysia

Pelaburan dalam bangunan pejabat yang baru, menaiktaraf sistem IT dan infrastruktur perdagangan (contohnya, platform perdagangan, meja perdagangan, terminal Bloomberg) Pembelian kelengkapan pejabat, komputer dan sistem aplikasi

Mendalamkan dan melebarkan pasaran bon Mengubah atau merasionalkan institusi kewangan pembangunan Mewujudkan ekosistem pembayaran bersepadu

43.74

72.0

Permodalan transformasi one-off dan kos integrasi untuk memperbaiki pengurusan dan operasi DFI

883.1

Infrastruktur in-payment (contohnya, sistem penangkapan data elektronik (EDC) dan teknologi pengenalpastian frekuensi radio (RFID)) Kempen kesedaran untuk meningkatkan penembusan e-bayaran

Menginsuranskan hampir semua, jika tidak semua, penduduk kita

68.0

Sistem IT dan infrastruktur untuk EIS Kempen pemasaran dan kesedaran untuk mendidik masyarakat tentang pentingnya insurans

Mempercepatkan pertumbuhan industri pencen swasta Memacu pertumbuhan industri pengurusan kekayaan Mempercepatkan dan mengekalkan industri pengurusan aset yang signifikan Membangunkan jaguh bank serantau

48.0

Kempen kesedaran nasional untuk menggalakkan kesedaran produk bagi pencen swasta dan mendidik masyarakat tentang perancangan kewangan dan persaraan Pembangunan firma pengurusan kekayaan dan pewujudan entiti baru (termasuk pembelian bangunan pejabat, kelengkapan pejabat dan sistem IT) Pembangunan perniagaan pengurusan aset konvensional dan baru Islam (termasuk pembelian bangunan pejabat, kelengkapan pejabat dan sistem IT)

495.5

679.7

26,400

Suntikan modal untuk pembelian taruhan ekuiti dalam pasaran sasaran Pembiayaan aktiviti berkaitan pemerantauan dan pengantarabangsaan

Menjadi hab global unggul bagi kewangan Islam

35,600

Pembiayaan pemerolehan luar negara dan perkembangan perniagaan dalam pasaran sasaran Memulakan sindiket takaful semula Pelaburan untuk menyokong pembangunan Malaysia sebagai pusat modal intelek bagi kewangan Islam (contohnya, geran penyelidikan, biasiswa)

268

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

Pembiayaan bagi Peluang Perniagaan dan Pertumbuhan Garis Dasar


Jumlah kumulatif sebanyak RM145.8 bilion antara 2010 hingga 2020 diperlukan untuk membiayai peluang perniagaan dan pertumbuhan minimum. Hanya 5% daripada jumlah pembiayaan adalah daripada pelaburan awam. Butiran keperluan pembiayaan diringkaskan dalam Jadual 7-2 di bawah. Jadual 7-2

Peluang Perniagaan
Perbankan komersial

Keperluan pembiayaan 2011 2020 (RM bilion)


64.9

Butiran keperluan pembiayaan

Perbelanjaan modal dan suntikan modal untuk menyokong pertumbuhan perniagaan (terutamanya pelaburan untuk pertumbuhan cawangan, menaiktaraf sistem IT dan inisiatif penyelenggaraan dan penjenamaan) Pelaburan untuk menaiktaraf sistem IT dan penyelenggaraan Penjenamaan untuk mempromosikan keterlihatan produk perbankan pelaburan

Perbankan Pelaburan

10.2

Perbankan Islam

50.2

Pelaburan oleh syarikat sedia ada untuk membiayai pembangunan rangkaian pengagihan Perbelanjaan modal untuk membiayai operasi syarikat baru Pelaburan dalam penjenamaan untuk mempromosikan produk kewangan Islam dan reputasi Malaysia sebagai pemimpin kewangan Islam global

Insurans dan takaful

17.3

Perbelanjaan modal dan suntikan modal untuk menyokong pertumbuhan perniagaan insurans dalam Malaysia dan ke luar negara Pembiayaan modal bagi pengendali takaful yang baru

Pengurusan aset dan pengurusan kekayaan Segmen lain termasuk DFI

1.2 2.0

Pelaburan infrastruktur dan peningkatan Keperluan modal dan suntikan modal untuk membiayai aktiviti pembiayaan DFI dan peluang baru dalam pasaran PE dan VC (contohnya, projek inovasi dan pembiayaan hijau)

Jumlah keperluan pembiayaan sebanyak RM146 bilion juga termasuk sebarang perbelanjaan diperlukan bagi program kefahaman kewangan nasional dan aktiviti pemasaran relevan bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan kewangan seluruh negara.

Program Transformasi Ekonomi 269 Hala Tuju Untuk Malaysia

TADBIR URUS DAN PENYAMPAIAN


EPP dan peluang lain yang digariskan di atas hendaklah diambil tindakan segera supaya hasil ketara dapat diperolehi dalam tempoh terdekat hingga pertengahan. Mengubah peluang ini kepada tindakan mesti menjadi keutamaan bagi kedua-dua industri perkhidmatan kewangan dan semua bahagian kerajaan. Ia merlukan kepimpinan, sumber dan penumpuan, di samping satu set pencapaian penting yang jelas untuk mengukur kejayaan. Jadual 7-3 menunjukkan pemilik utama bagi setiap EPP dan pihak berkepentingan lain. Jadual 7-3

EPP

Pemilik Peneraju utama


Kementerian Kewangan Suruhanjaya Sekuriti Bursa Malaysia

Agensi, syarikat dan organisasi yang lain


Syarikat Berkaitan Kerajaan, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia, Persatuan Syarikat Broker Saham Malaysia

Mencergaskan semula pasaran modal Malaysia

Mendalamkan dan melebarkan pasaran bon

Suruhanjaya Sekuriti

Kementerian Kewangan, Bursa Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia, Danajamin Bank Negara Malaysia, DFI, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Pertanian, SME Corp Bursa Malaysia, Malaysian Electronic Payment System, Touch n Go, HOUSe, Kementerian Pengangkutan, Suruhanjaya Sekuriti, Persatuan Bank-bank dalam Malaysia Kementerian Kewangan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Persatuan Insurans Hayat Malaysia Persatuan Insurans Am Malaysia, Persatuan Takaful Malaysia Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Persatuan Pengurus Aset Malaysia, Persatuan Insurans Hayat Malaysia, Persatuan Takaful Malaysia Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Persatuan Pengurus Aset Malaysia, AB

Mengubah atau merasionalkan institusi kewangan pembangunan

Kementerian Kewangan

Mewujudkan ekosistem pembayaran bersepadu

Kementerian Kewangan Bank Negara Malaysia

Menginsuranskan hampir semua, jika tidak semua, penduduk kita

Bank Negara Malaysia

Mempercepatkan pertumbuhan industri pencen swasta

Suruhanjaya Sekuriti

Memacu pertumbuhan industri pengurusan kekayaan

Kementerian Kewangan Suruhanjaya Sekuriti Bank Negara Malaysia

Mempercepatkan dan mengekalkan industri pengurusan aset yang signifikan Membangunkan jaguh bank serantau Menjadi hab global unggul bagi kewangan Islam

Kementerian Kewangan Suruhanjaya Sekuriti Bank Negara Malaysia

Bursa Malaysia, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan , Persatuan Pengurus Aset Malaysia

Kementerian Kewangan, Bank

Bank Negara Malaysia Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia

Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Sekuriti, Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia, Bursa Malaysia, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Peguam Negara, Persatuan Takaful Malaysia

270

Bab 7 Perkhidmatan Kewangan: Asas kepada Ekonomi Berpendapatan TInggi

Bagi memastikan EPP dilaksanakan mengikut garis masa di atas, suatu struktur tadbir urus akan diwujudkan seperti yang ditunjukkan di dalam Gambarajah 7-11. Gambarajah 7-11

Merebut peluang - Struktur tadbir urus pasca makmal bagi NKEA Perkhidmatan Kewangan
Pengerusi Perdana Menteri Pengerusi bersama Menteri Kewangan II NKEA PK Kumpulan Pemudahcara Pusat Unit ETP Ahli tetap Ahli Jemputan Sektor Awam & Swasta

NKEA PK jawatankuasa Pemandu

Pengawal selia / Sektor awam s ".- s 3# s "URSA-ALAYSIA s +30+EMENTERIA+EWANGAN s +ETUA0EGAWAI%KSEKUTIF KWSP

Sektor swasta s 7AKIL.%!# s 7AKILDARIPADA bank-bank utama Malaysia

Kumpulan Pelaksana

Kumpulan inisiatif
Pasaran Modal Pasaran Bon Transformasi DFI Pengurusan aset E-pembayaran Insurans

Kumpulan pencetus
Kawalselia #UKAI Penyerantauan Hab Kewangan Islam Infrastruktur
Literasi kewangan Undang-undang

Modal Insan Penjenamaan


Industri kerajaan

Pencen swasta

Pengurusan kekayaan

Jawatankuasa Pemandu NKEA Perkhidmatan Kewangan akan ditubuhkan. Diketuai oleh Perdana Menteri dan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kewangan (II), keahlian akan disertai oleh pengawalselia industri dan wakil utama daripada sektor awam dan swasta. Bergantung kepada topik yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu, wakil daripada agensi Kerajaan terpilih, industri dan organisasi industri swasta boleh dijemput untuk memberi pendapat dan membantu dalam menyelesaikan isu. Jawatankuasa Pemandu akan mengikuti pelaksanaan dan kemajuan implementasi EPP, membuat keputusan yang perlu dan memberi arahan dan panduan kepada Kumpulan Pelaksana. Isu yang dibawa kepada Jawatankuasa Pemandu juga akan dibentang dan dibincang semasa mesyuarat kemajuan. Jawatankuasa Pemandu akan bertemu empat kali setahun dan Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Program Transformasi Ekonomi 271 Hala Tuju Untuk Malaysia

Unit ETP mempunyai mandat untuk menyelaraskan pemindahan EPP kepada pihak berkepentingan masing-masing di samping menyelaraskan kesemua kerjasama antara agensi. Kumpulan ini akan menyediakan pengurusan prestasi dan menjejaki kemajuan EPP di samping menyediakan sokongan analisis kepada kumpulan pelaksana. Kesemua bahan untuk pembentangan, bengkel, temu janji awam, dan sebagainya juga akan menjadi tanggungjawab Unit ETP. Kumpulan ini akan bertemu setiap bulan dengan kumpulan pelaksana. Kementerian dan agensi berkaitan akan melaksanakan inisiatif menurut garis masa dan akan dipimpin oleh ketua entiti masing-masing yang dilantik. Pihak sektor swasta yang terpilih akan mengambil bahagian dalam pelaksanaan inisiatif. Tambahan lagi, kumpulan agensi silang akan melaksanakan pemboleh yang lebih besar yang diperlukan bagi memastikan kejayaan NKEA ini secara keseluruhan. Kotak 7-1

Ringkasan NKEA Perkhidmatan Kewangan


Impak PNK pada 2020

RM12.5 bilion 275,000

Tambahan pekerjaan pada 2020

Sasaran kritikal dan pencapaian penting dalam tempoh 6 hingga 12 bulan Aset untuk disenaraikan dan REIT nasional dikenal pasti E-dividen dilancarkan Konsortium Skim Insurans Pekerja ditubuhkan dan pengurus utama dilantik Pengurus dana dibenarkan melabur dalam komoditi Masa pembukaan Bursa Suq Al-Sila dilanjutkan

You might also like