You are on page 1of 1

Ayat dasar dan ayat tunggal berbeza.

Ayat dasar ialah ayat yang terdiri daripada satu klausa sahaja atau mempunyai satu bahagian subjek dan satu bahagian predikat. Ayat dasar tidak mempunyai keterangan. Ayat dasar terdiri daripada ayat penyata sahaja. Lihat contoh ayat dasar yang di bawah ini: 1. Dia ke sekolah. [FN+FS] 2. Beliau guru. [FN+FN] 3. Ayah gembira. [FN+FA] 4. Adik sedang tidur. [FN+FK] Ayat tunggal ialah ayat yang terdiri daripada satu klausa atau satu bahagian subjek dan satu bahagian predikat. Namun demikian, ayat ini berbeza dengan ayat dasar kerana ayat tunggal terdiri semua jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat Tanya, ayat seruan atau ayat perintah. Selain itu, ayat tunggal boleh disertai oleh unsure keterangan. Lihat contoh ayat tunggal yang di bawah ini: 5. Dia membaca buku pagi tadi. [Keterangan: Pagi tadi] 6. Lelaki itu siapa? [Ayat Tanya] 7. Saya akan bertemu dengan beliau esok. [Keterangan: esok] 8. Pada petang semalam, ayah ke Ipoh. [Keterangan: Pada petang semalam]

You might also like