You are on page 1of 4

Mata Pelajaran Tunjang Tajuk Kemahiran Tarikh Masa Tahun Bil.

Murid Objektif

: Pendidikan Jasmani : Kecergasan Fizikal : Ketangkasan : Bergerak dengan pantas sambil bertukar arah atau posisi. : 10.05.2011 : 0900 0930(30 minit) :2 :16 orang : Pada akhir pembelajaran, murid-murid berupaya untuk:

Psikomotor: Mengenalpasti anggota badan yang terlibat semasa melakuka aktiviti ketangkasan. Kognitif: Menyatakan bahagian kaki dan tangan digunakan sepenuhnya semasa aktivitiketangkasan. Afektif: Memupuk keyakinan diri, kerjasama dan bertanggungjawab. Pengalaman sedia ada dengan rakan-rakan mereka. Penerapan nilai KBKK Alatan : Bekerjasama :Membanding beza :Bola, buluh, wisel, gelung rotan : Murid telah mengaplikasikan aktiviti ketangkasan apabila bermain

BAHAGIAN /MASA Permulaan (5 Minit)

AKTIVITI

FOKUS PEMBELAJARAN

ORGANISASI

CATATAN/ALATAN

Memanaskan Badan

Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Badan mesti berdiri tegak. Tangan diluruskan ke depan dan digerakkan ke kanan dan ke kiri. Diulangi sebanyak 2 kali. Tangan mencengkam pinggang dan buat separuh pusingan dari kanan ke kiri. Ulang sebanyak 2 kali. Lari setempat dan berdiri tegak dan tolak kaki ke depan dan belakang.Ulang 2 kali. Murid akan berlari secara individu. Setiap kumpulan mengandungi 8 orang murid. Sususan murid ditunjukkan seperti rajah dibawah: xxxxxxxx Guru xxxxxxxx

Verbal

Intrapersonal

Regangan tangan

Badan dan pinggang

Paha dan kaki

Langkah 1 (10 Minit)

Gerak kerja kelas Larian pecut dan sentiasa bertukar arah kiri dan kanan, depan dan belakang berdasarkan bunyi wisel yang ditiupkan oleh guru.

BBM: Wisel, kon

Lari pecut zig-zag

Langkah 2 (10 Minit)

Aktiviti Pijak Bayang Rakan.

Guru akan membahagikan murid kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan akan cuba untuk memijak bayangbayang kumpulan lawan. Bayangbayang yang dipijak dikira kalah dan markah akan diberikan kepada kumpulan yang Berjaya. Berdiri tegak , kaki dibuka melebihi luas bahu. Kuncikan jejari kiri dan tangan kanan. Tolak tangan lurus ke hadapan sambil membongkok 90 darjah. Goyangkan kaki dan kiraan 5.

Murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B.

BBM: Gelung rotan, kon dan wisel

Penutup (5 minit)

Gerak kendur tangan dan lengan

Murid akan berdiri dalam bulatan dan menghadap guru. Murid akan mengikuti sepenuhnya pergerakan yang ditunjukkan oleh guru.

REFLEKSI:

KEKUATAN: Murid seronok menjalankan aktiviti permainan "Pijak Bayang Rakan". Murid dapat menjalankan semua aktiviti ketangkasan yang dikelolakan oleh guru. Murid memberikan sepenuh kerjasama di dalam menjayakan aktiviti pengajaran pada hari ini. Ini jelas dilihat kerana murid mematuhi segala arahan yang diperkatakan oleh guru.

KELEMAHAN: Semasa aktiviti permainan "Pijak Bayang Rakan", ada diantara murid yang telah dipijak bayang masih lagi tetap kekal di dalam permainan. Kawalan kelas longgar semasa aktiviti permainan dijalankan. Murid masih belum jelas kepentingan aktiviti memanaskan badan. LANGKAH MENGATASI: Guru perlu lebih jelas memberikan arahan sebelum memulakan aktiviti permainan agar murid faham dan kelancaran aktiviti dapat dijalankan. Guru perlu menjelaskan kepentingan memanaskan badan dari masa ke semasa. Murid yang didapati tidak mendengar arahan akan diberikan hukuman ringan bagi memberi amaran agar tidak mengulangi aktiviti yang sama di masa hadapan.

You might also like