You are on page 1of 3

Kaedah Belah-Dua

Kaedah belah-dua ini mengukur konsistensi dalam ujian. Ingat lagi pada pita pengukur, ia mempunyai konsistensi dalaman yang tinggi. Ukuran kaki yang pertama adalah sama dengan ukuran kaki ke dua dan ketiga dan begitu juga dengan setiap ukuran sentimeternya , ianya adalah uniform.

Kaedah belah dua juga turut mengurangkan atau menghapuskan beberapa masalaah seperti :

keperluan menjalankan dua ujian kesukaran membina ujian semula kesan tanggungan dan pengaktifan semula perubahan sesesorang calon melalui masa Kaedah yang mudah untuk menjalan kaedah belah-dua adalah dengan : jalankan ujian keatas sekumpulan individu tertentu sahaja jalankan secara rawak atau kaedah penentuan yang telah ditetapkan hubungkaitkan sebahagian skoran awal dengan skoran baru korelasi ini boleh digunakan untuk membuat anggaran kebolehpercayaan ujian Kesan sabpingan kaedah ini adalah konsistensi dalamannua yang melibatkan masa ujian yang singkat. Apabila kita menjalankan ujian yang agak lama, dan membahagikan soalan kepada dua , kita juga turut mengurangkan kadar kebolehpercayaannya. Mengapa ? Soalan yang sama jenis akan terserlah dan akan memberi makluman terhadap trait, kemahiran dan pengetahuan untuk calon. Namun begitu, makluman spesifik ini akan memberikan makluman kepada calon dan membolehkan variasi kepada skoran ujian yang akan meningkatkan kebolehpercayan. Untuk itu , perubahan dalam kaedah ini adalah diperlukan dan rumusan Spearman-Brown boleh digunakan apabila membuat anggaran kebolehpercayaan dengan menggunakan kaedah belah-dua. Rumusan yang digunakan adalah :

Kebolehpercayaan Ujian Penuh = 2 X kebolehpercayaan ujian separuh 1 + kebolehpercayaan ujian separuh

Jika nilai kebolehpercayaan diantara kedua-belah didapati +0.80, kebolehpercayaan ujian sepenuhnya akan didapati bernilai berikut :

Kebolehpercayaan ujian penuh = 2 X 0.80 = 0.89 1 + 0.80

Satu lagi rumusan yang boleh dibuat perkiraan adalah dengan mengunakan rumus berikut : rxx = k r / (1 + (k 1))r

Dimana k = bilangan item dalam ujian kaedah-belah dua (baru), iaitu bilangan soalan ujian yang asal dari kaedah belah-dua dibahagikan dengan bilangan soalan ujian yang digunakan didalam korelasi belah-dua. Dalam erti kata yang lain, bilangan atau kadar tempoh masa ujian akan menjadi lebih lama. Sebagai contoh, katakan ujian anda mempunyai 80 soalan. Anda menjalankan kaedah kebolehpercayaan belah-dua dan mendapati r = 0.8. Nilai r = 0.8 adalah berdasarkan jumlah 40 item. Bilangan 40 item tersebut adalah bilangan soalan dari item asal dalam kaedah sebelumnya. Sekarang anda inginkan kebolehpercayaan ujian anda dipinda kerana bilangan soalan ujian adalah 80. Bilangan 80 adalah merupakan tempoh atau bilangan ujian yang baru. Oleh itu, , k = 80/40 = 2. Nota: Rumusan Spearman-Brown adalah digunakan untuk membuat anggaran berapakah ujian kebolehpercayaan akan meningkat apabila ujian ditingkatkan dengan memasukkan item selari. r = adalah korelasi diantara pecahan asal Kekurangan kepada kaedah belah-dua adalah beberapa kaedah ujian di pecahkan. Ini membuat pecahan memberi nilai korelasi yang tinggi. Salah satu cara bagi mengukur konsistensi dalaman adalah membandingkan skoran setiap calon dan membahagikan kepada dua bahagian. Ini akan mengurangkan keslilapan sebarang ralat yang timbul akibat pecahan ujian kepada dua. KR-20 (Kuder & Richardson, 1937, 1939). Kaedah ini digunakan bagi soalan ujian yang skorannya adalah 0 or 1. Formula Kudder Richardson 20 dan 21 dibuat berdasarkan penskoran yang dibuat secara diskrit atau dikotomi.Digunakan untuk item yang diskor secara dikotomi (betul-salah) seperti dalam ujian objektif perlbagai pilihan KR20 = k k1 ( 1 - <pq) T2

KR21 =

( 1 - <m(k-m)) k1 ks2

Coefficicent alpha (Cronbach, 1951). Kaedah ini digunakan bagi soalan ujian yang skorannya adalah 2 atau lebih. Cronbach alpha adalah pekali alpha, , yang kerapkali digunakan dalam menganggarkah kebolehpercayaan ketekalan-dalaman. Digunakan untuk item yang diskor secara dikotomi (betulsalah) atau politomi = k k1 ( 1 - i2) T2

Selain dari itu, masalah yang berkemungkinan timbul adalah samada ujain belahan adalah homogeneous (i.e., mengukur hanya satu ciri) or heterogeneous (mengukur banyak ciri). Penyelesaian disini adalah menentukan kebolehpercayaan ujian bagi setiap komponen heterogeneous dan membandingkan dengan mengunakan korelasi komponen.

You might also like