You are on page 1of 1

TOK JANGGUT Di Kelantan kebangkitan menentang penjajah bermula di Pasir Putih pada tahun 1915.

Penentangan ini dipimpin oleh Haji Mat Hassan Munas (Tok Janggut). Tok Janggut mendapat sokongan Tuan Ahmad (Engku Besar Jeram). Penjajahan Inggeris di Kelantan dikatakan bermula selepas konvensyen SiamBritish pada tahun 1902. Ketika itu Kelantan di bawah takluk Siam. Seorang pesuruhjaya Siam telah dilantik oleh Inggeris untuk membantu pentadbirannya kecuali dalam hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu. Pesuruhjaya itu ialah William Amstrong Graham yang dilantik pada bulan Julai 1903. Perubahan demi perubahan telah diperkenalkan oleh Graham dan ini menimbulkan rasa tidak senang penduduk tempatan. Seorang warga Singapura bernama Ibrahim telah dilantik bagi mengetuai jajahan baru yang ditubuhkan. Nampaknya Orang Putih ini sengaja menyakitkan kita. Kita hanya diberi jawatan Tok Kweng Muda saja. Tuan Ahmad merungut apabila mendapat tahu perubahan jawatannya. Penubuhan jajahan Pasir Putih telah menyebabkan Tuan Ahmad kehilangan kuasa, wibawa dan keistimewaan malah kali ini dia terpaksa pula membayar cukai ke atas tanah yang dimilikinya seperti rakyat biasa yang lain. Dia telah bergabung dengan Tok Janggut yang sememangnya menyimpan dendam kerana ayahnya Panglima Munas dan abangnya Mat Tahir telah dibunuh atas perintah Sultan. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kita patut bertindak sekarang, Tok Janggut berkata kepada pengikut-pengikutnya. (203 patah perkataan) Dewan Pelajar, November 2000.

You might also like