You are on page 1of 11

KECERIAAN MAKMAL SAINS DI SJK(T) PALANIANDY Oleh Guru Pelatih PISMP Semester 6 (P6C)

Tema Nama Projek Tarikh Tempat Guru Penasihat Ahli Jawatankuasa : : : : : : Menceriakan Makmal Sains Jom Ceriakan Makmal Sains 24 Julai 2013 (Rabu) & 25 Julai 2013 (Khamis) SJK (T) Palaniandy, Kepala Batas EN. A. Potharajoo (GB) Pn.S.Chitradevi (Guru) Nitya Sree A/P Doraisingam (Guru Pelatih) Demaisuria A/P Kaniasan (Guru Pelatih)

Pendekatan pembelajaran kini mengutamakan penglibatan aktif pelajar. Pelajar kini diberi peluang untuk berinteraksi dengan menggunakan kemahiran proses sains dengan optima. Kaedah yang mengutamakan pemerhatian dan melakukan amali dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. Dengan kata lain kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang utama adalah memerhati, membuat atau melakukan sesuatu atau hand-on di samping mind-on. Kegiatan tersebut sepatutnya mempunyai persediaan persekitaran fizikal yang menyokong aktiviti tersebut. Oleh itu bilik yang dikenali makmal

sains disediakan. Konsep makmal sains memberi peluang pelajar mempelajari sains menerusi kegiatan amali, pemerhatian, penyiasatan dan penemuan dalam persekitaran terkawal. Makmal sains seharus mempunyai kemampuan menyediakan peluang

pembelajaran sains secara maksima. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan serta kemahiran sains yang baru mengikut tahap mereka menerusi penyepaduan penggunaan peralatan, bahan dan persekitaran fizikal yang sesuai. Penggunaan bilik atau makmal sains menyokong sebarang aktiviti pembelajaran yang ingin dilaksanakan oleh guru. Bagi tujuan perbincangan berikut dipaparkan peta minda yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus bilik atau makmal sains.

Selain berperanan menyediakan bahan-bahan yang berilmiah terhadap warga SJK (T) Palaniandy, keadaan persekitaran yang cantik dan kondusif juga menjadi faktor penting untuk menarik murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta penglibatan

murid secara aktif dan seronok di bilik darjah. Tanggungjawab guru perlu melatih diri mereka supaya seronok dan ceria berada dalam bilik darjah. Keadaan laman angkat yang cantik juga penting untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai salah satu

tempat santai yang berguna dan berilmiah kepada murid.

Projek ini telah dicadangkan oleh guru pelatih dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim semasa melaksanakan internship di sekolah SJK (T) Palaniandy. Ia bertujuan untuk menceriakan makmal sains dan mewujudkan suasana yang selesa dan kondusif di dalam makmal tersebut supaya dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang sistematik. Projek ini lebih dikenali sebagai Jom Menceriakan Makmal Sains. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah : 1. Membersihkan makmal sains. 2. Menampal carta-carta yang berkaitan kesalamatan makmal serta peraturan makmal. 3. Menyusun alat-alat makmal dengan lebih selamat dan mudah digunakan. 4. Menampal bahan-bahan bantu mengajar yang menarik pada dinding bilik darjah. 5. Menyediakan spesimen-spesimen yang perlu ada di sebuah makmal sains serta menyediakan pelbagai media seperti model, CD, alatan dan bahan sains. 6. Mencat dinding makmal sains 7. Mengantikan perabot-perabot lama dengan baru.

Jom Menceriahkan Makmal Sains Kita

Sebelum Menjalankan Projek :


Projek ini telah dirancang oleh kami sepasangan praktikum iaitu Nitya Sree a/p Dooraisingam (Ketua) dan Demai Suria a/p Kaniasan sejak bulan April 2013 iaitu pada waktu menjalankan praktikum di sekolah tersebut. Kami sepasangan telah bercadang untuk menceriakan makmal sekolah tersebut. Ini kerana makmal tersebut kelihatan agak tidak bersih dan peralatan-peralatan yang terdapat dalam kelas tersebut juga kelihatan agak tidak teratur. Hal ini telah membuatkankan kami tidak selesa semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tersebut. Murid-murid juga tidak beberapa selesa dengan situasi makmal sains tersebut. Oleh itu, kami berdua bercadang untuk membersihkan dan menceriakan makmal sains tersebut. Kami memberitahu cadangan kami kepada guru besar sekolah tersebut iaitu Encik A. Potharajoo. Beliau telah memberi sokongan yang sepenuhnya kepada kami untuk melaksanakan projek kami di sekolah tersebut. Pada mulanya, kami telah membentuk suatu jawatankuasa yang terdiri daripada Pengerusi, Naib pengerusi, Bendahari, Setiausaha dan AJK-AJK. Ia dilakukan untuk memastikan projek ini dapat dijalankan secara sistematik dan lancar. Penasihat projek yang kami cadang ialah, Gurur Besar SJK(T) Palaniandy. Kami bersama-sama dengan guru-guru bertanggungjawab untuk makmal tersebut iaitu Puan S.Chitradevi dan En. Vijayan merancang aktiviti keceriaan yang dapat dijalankan dalam makmal sains.

Setiap ahli telah diberikan bidang tugas masing-masing di mana mereka perlu melakukan penyediaan yang rapi sebelum melaksanakan projek. Setelah pembentukan jawatankuasa, kami telah menubuhkan 3 kumpulan di mana setiap kumpulan terdiri

daripada 8 hingga 10 orang ahli. Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu aktiviti keceriaan yang boleh dilakukan dalam makmal tersebut. Untuk memudahkan kerja kami lagi kami juga telah membahagikan setiap tugasan kepada beberapa bahagian dan diberi kepada kumpulan masing-masing. Berikut merupakan anggaran perbelanjaan bagi menjalankan aktiviti yang kami telah dirancang untuk menceriakan makmal sains.

BELANJAWAN UNTUK AKTIVITI PROJEK KECERIAAN KELAS

ALATAN Rak alatan Air Minuman Langsir Carta Cat Kata-kata Sains Pembalut Meja

HARGA 2 buah X RM 30.00 3 kotak X RM 10.00 4 meter X RM 4.50 12 helai X RM 6.90 2 warna X RM 30.00 6 helai X RM 2.90 13 meter X RM 3.50 JUMLAH

JUMLAH RM 60.00 RM 30.00 RM 18.00 RM 82.80 RM 60.00 RM 17.40 RM 45.50 = RM 313.70

Kami telah melantik ketua bagi setiap kumpulan bagi memastikan kerja dijalankan dengan baik. Kami telah mengagihkan tugas antara ahli kumpulan bagi memastikan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang masalah pada hari tersebut. Setelah perbincangan bagi kali kedua,kami menetapkan bahawa kami akan melaksanakan aktiviti keceriaan seperti berikut :

1. Membersihkan makmal sains. 2. Menampal carta-carta yang berkaitan kesalamatan makmal serta peraturan makmal.

3. Menyusun alat-alat makmal dengan lebih selamat dan mudah digunakan. 4. Menampal bahan-bahan bantu mengajar yang menarik pada dinding bilik darjah. 5. Menyediakan spesimen-spesimen yang perlu ada di sebuah makmal sains serta menyediakan pelbagai media seperti model, CD, alatan dan bahan sains. 6. Mencat dinding makmal sains 7. Mengantikan perabot-perabot lama dengan baru.

Setelah membuat perancangan kami sepasangan menyediakan kertas kerja bagi meminta kebenaran daripada pihak atasan. Kami telah menyiapkan satu kertas kerja berkaitan dengan projek keceriaan kami. Ia disemak oleh guru besar dan guru yang bertanggungjawab untuk makmal sains SJK (T) Palaniandy iaitu Encik Potharajoo dan Puan Citradevi. Setelah mendapat kelulusan daripda pihak atasan, kami telah berbincang dan menyenaraikan bahan yang diperlukan untuk aktiviti yang kami rancangkan untuk dibeli. Kami turut berbincang gambar-gambar serta carta-carta yang bersesuaian dengan matapelajaran Sains. Selain itu, kami juga berbincang tentang kata hikmat yang boleh digantung dalam makmal sains tersebut yang boleh dapat memberi impak positif dalam diri murid-murid. Dalam perbincangan, kami juga bercadang untuk menjalankan aktiviti keceriaan ini di luar waktu persekolahan. Kami bersama dengan guru lain telah membuat satu jadual aktiviti yang akan dijalankan supaya dapat menjalankan kerja keceriaan ini dengan teratur dan ketepatan masa. Kami turut bercadang untuk memesan minuman kepada guru-guru dan murid-murid yang mengambil bahagian dalam aktiviti keceriaan ini.

Semesa Menjalankan Projek :

Pada

24 Julai 2013 (Rabu) saya dan rakan sepasukan praktikum saya telah

menjalankan projek kami iaitu menceriakan makmal sains, di sekolah SJK(T) Palaniandy. Kami menjalankan aktiviti keceriaan ini pada waktu kokurikulum iaitu pada pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi. Kami dibantu oleh guru-guru serta murid-murid sekolah tersebut. Pada pukul 7.30 pagi kami memulakan kerja kami dengan membahagikan tugas kami kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan tersebut terdiri daripada murid-murid tahun lima Agathiyar dan Barathi seramai 30 orang murid dan masing-masing mempunyai ketua untuk menggetuai kumpulan tersebut. Setiap ketua tersebut memainkan peranan mereka sebagai pemerhati serta mengendalikan ahli-ahli kumpulan mereka supaya memastikan kerja dapat diselesaikan pada waktu yang ditetapkan. Pembahagian tugas kepada 6 kumpulan ini memudahkan kami menyelesaikan tugasan projek ini dengan sempurna. Sebelum memulakan kerja, kami memberi sedikit penerangan serta cara melaksanakan setiap kerja yang dirancang kepada murid-murid tersebut. Di sini, kami juga menekankan tentang keselamatan setiap murid sewaktu menjalankan kerja-kerja di kawasan sekitar sekolah. Setelah selesai memberi penerangan, kami memulakan kerja kami pada pukul 7.45 pagi. Kumpulan 1 bergerak ke billik makmal sains dan tugasan yang mereka harus buat adalah membersihkan dan menceriakan makmal tersebut. Kumpulan dua, tiga dan empat pula bertanggungjawab terhadap aktiviti melukis mural pada dinding makmal tersebut. Aktiviti menampal bahan-bahan bantu mengajar yang menarik pada dinding bilik darjah serta mengantung kata-kata hikmat di dalam bilik darjah dikerjakan oleh kumpulan lima dan enam. Kami mengambil tanggungjawab terhadap setiap kerja-kerja tersebut. Walaubagaimanapun, kami memberi perhatian yang lebih banyak kepada pelukisan mural pada dinding makmal sains. Kami melukis gambar-gambar yang menarik serta kata-kata motivasi pada dinding makmal sains. Kami percaya bahawa pelukisan mural ini dapat menarik perhatian dan minat murid untuk dating ke sekolah

serta melibatkan diri mereka dengan aktif dan seronok. Selain itu, kami juga dapat menghiasi makmal sains tersebut dengan menampal bahan-bahan bantu pengajaran yang berwarna-warni pada dinding makmal sains. Penampalan bahan-bahan seperti ini dapat menteroka ilmu pengetahuan murid serta menjadi salah satu sebab pembentukan bilik darjah dinamik. Pada pukul 9.00 pagi, kami menghentikan kerja-kerja kami buat seketika dan megambil rehat serta memakan kuih-muih dan meminum teh yang disediakan oleh pihak kantin sekolah tersebut. Kami menyambung kerja kami pada 25 Julai 2013. Setiap kerja yang dirancang dapat diselesaikan dengan baik pada hari tersebut. Kami dapat membezakan suasana makmal sains yang sebelum dan selepas. Bilik darjah itu, menonjolkan keadaaan yang agak menarik dan sempurna.

Selepas Menjalankan Projek :


Kami dapat menjalankan tugasan projek kami di sekolah SJK (T) Palaniandy dengan sempurna seperti dirancang. Selepas menyelesaiakan kerja-kerja, kami juga menyediakan sedikit jamuan kecil kepada warga sekolah tersebut yang sudi membantu kami menyelesaikan tugasan projek kami pada hari tersebut. Selain itu, kami juga memberi cenderahati kepada murid-murid yang terlibat serta kepada guru-guru yang sudi membantu kami sebagai tanda penghargaan kami kepada mereka. Kami juga memberi sedikit ucapan tentang projek kami ini. Kami dapat berkongsi pengalaman yang kami dapat sepanjang melaksanakan projek keceriaan ini. Kami juga sempat memberitahu ucapan terima kasih kepada warga sekolah tersebut atas kesudian mereka membenarkan kami melaksanakan program ini dengan jayanya. Kami mendapati bahawa projek menceriakan makamal sains ini memberi beberapa implikasi kepada kami serta para pelajar. Antara kekuatan yang kami dapat merasai melalui projek ini ialah :-

i. ii. iii.

mengetahui prosedur mengadakan dan mengendalikan sesuatu projek mengendalikan perjumpaan denga teratur dan lancar memahami peraturan-peraturan sekolah serta prosedur-prosedur

melaksanakan sesuatu projek di sekolah. iv. v. vi. mencacat refleksi bagi setiap aktiviti dengan lengkap menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijak berasa lebih yakin semasa berkomunikasi dengan orang luar atau dengan orang yang lebih dewasa vii. memupuk semangat kekitaan dan kerjasama yang erat untuk menjayakan sesuatu projek viii. meningkatkan keyakinan diri apabila berhujah sesuatu perkara atau topik

Di samping itu kami juga dapat mengenalpasti masalah semasa menjalankan projek. Antaranya ialah : i. kami tidak dapat menjalankan aktiviti yang banyak kerana kesuntukan masa. ii. iii. kelewatan mendapat kebenaran daripada guru besar serta guru kelas. gagal mendapat penerangan yang jelas tentang keadaan setiap bilik darjah di sekolah tersebut kerana tidak begitu yakin kepada diri kami semasa berkomunikasi. iv. masa yang agak terhad untuk mengadakan perancangan dan

mengendalikan projek ini. v. kurang keyakinan daripada pihak luar terhadap keupayaan kami melaksanakan projek yang dicadangkan.

Walau bagaimanapun projek ini tetap berjalan lancar kerana kekuatan yang kami ada seperti semangat berpasukan dan kerjasama antara ahli. Selain itu, bantuan, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru penasihat serta sokongan daripada pengetua, Pengerusi PIBG serta orang ramai mendorong kami lebih yakin untuk merealisasikan projek ini.

Pada masa akan datang, kami akan berusaha menjadi guru yang berwibawa dengan mengatasi kelemahan kami. Di samping itu, kami akan memperbaiki stail komunikasi kami dengan berkesan agar temuramah dapat dijalankan dengan lancar.

Pihak kami ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru besar SJK (T) Palaniandy, guru-guru, murid-murid, PIBG serta kepada staf-staf sekolah SJK (T) Palaniandy yang sudi membenarkan dan membantu kami menyelesaikan tugasan projek kami dengan sempurna. Kami dapat melaksanakan tanggungjawab kami dengan berkesan ke sekolah tersebut dengan sokongansokongan warga sekolah tersebut. Kami amat mensyukurkan sumbagan mereka semua.

Pada ahkhir kata, pihak kami mengharapkan projek seperti ini akan datang dapat memberikan sumbangan yang lebih banyak kepada sekolah tersebut. Kami juga berasa sunguh gembira kerana telah menyumbang sesuatu kepada sekolah tersebut.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

_______________________ (NITYA SREE A/P DORAISINGAM) Guru Pelatih Pismp (Semester 8), Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Abdul Halim.

_______________________ (DEMAI SURIA A/P KANIASAN) Guru Pelatih Pismp (Semester 8), Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Abdul Halim.

Disemak oleh:

(.) PN. MAGESWARI A/P VELLASAMY PK Kokurikulum, SJK(T) Palaniandy, Kepala Batas .

Diluluskan oleh :

(.) EN. POTHARAJOO A/L ATHINARAYANAN Guru Besar, SJK(T) Palaniandy, Kepala Batas

You might also like