You are on page 1of 5

KONSEP BUDAYA Perkataan budaya berasal daripada cantuman bahasa sanskrit dan melayu iaitu budhi yang bererti

i kecergasan fikiran dan akal.Perkataan daya pula bererti kekuatan kuasa,tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan perkataan tersebut,budaya membawa maksud tenaga fikiran,usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa. (Nik Safiah Haji Abdul Karim,1963) Kamus Dewan (2005) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran.akal budi(cara berfikir),berkelakuan dan sebagainya.Tegasnya,budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial,susunan organisasi ekonomi,politik,agama,kepercayaan,adat resam,sikap dan nilai. Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah,kereta,perahu,senjata dan sebagainya. Contohnya,orang Melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo. Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan,adat istiadat dan undangundang. Misalnya dalam adat perkahwinan orang Melayu,pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala bagi masyarakat India hantaran perkahwinan diberikan oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki. Terdapat 2 peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya: (i) Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti.

(ii) Memupuk kesedaran kebangsaan bercirikan kerohanian,kemanusiaan,spiritual dan mental. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan.Oleh itu,budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.( Mohd Taib Osman,1988)

Antara ciri-ciri penting bagi sesuatu budaya ialah: Dipelajari Dikongsi Bersifat sejagat Diwarisi Berubah-ubah Mempunyai unsur simbolik Adanya pandangan semesta

KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI

PERPADUAN Satu proses menyatukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota dapat membentuk satu identiti @ nilai bersama INTEGRASI Satu proses mewujudkan identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. UNSUR INTEGRASI Integrasi wilayah.. kurangkan jurang sosial & ekonomi atr wilayah Pantai Barat & Pantai Timur

Integrasi Ekonomi Usaha mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum dan kumpulan etnik

Integrasi Kebudayaan Melibatkan usaha membentuk kebudayaan kebangsaan

KONSEP SEREGASI Pemisahan atau pengasingan antar satu kumpulan dengan kumpulan etnik yang lain. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan ( kawasan tempat tinggal, persekolahan, pengankutan, dan kemudahan awam. Didasari oleh undang undang seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan

Konsep Perpaduan dan Integrasi

Segregasi Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Antaranya dari segi, kawasan tempat tinggal, persekolahan,pengangkutan dan kemudahan awam. Wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan dari 1948-1994

Akomodasi merupakan proses yg menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma , nilai kumpulan etnik yg lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dlm bidang ekonomi ,pendidikan dan mereka saling bergantung. Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni

Akulturasi Satu proses penerimaan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yg berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yg berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut. Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan yg bakal terjadi terhadap individu atau kelompok adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya, sosial dan psikologikal. Akulturasi lebih mudah dicapai dlm budaya yg bersifat kebendaan.

Asimilasi Proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan & identiti Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yg erat antara ahli kumpulan etnik yg berbeza budaya bagi suatu tempoh yg lama. Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting: (i) Kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka. (ii) Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain. (iii) Terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik. Cthnya: Masyarakat cina kelantan dan Baba dan Nyonya.

Amalgamasi Proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi dgn terjadinya perkahwinan campur. Sebagai contoh,kumpulan etnik yang sedia ada mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baru tanpa menuruti budaya asal mereka.

You might also like