You are on page 1of 2

F3 : Pencegahan lebih baik daripada mengubati. Bincangkan dalam konteks punca berlaku Kecacatan dan langkah-langkah pencegahan.

Jawapan org A: Punca-punca berlaku kecatatan dibahagikan kepada peringkat prenatal ( sebelum kelahiran bayi), peringkat Perinatal ( semasa kelahiran bayi) dan peringkat pasca natal / postnatal ( selepas kelahiran bayi). Peringkat Prenatal - Semasa bayi berada dalam rahim ibu pelbagai masalah mungkin timbul yang boleh menjejaskan seseorang bayi hingga menyebabkan kelahiran menjadi masalah. Peringkat Perinatal - Pelbagai masalah boleh timbul semasa kelahiran seseorang bayi sehingga menyebabkan ia dilahirkan cacat. Peringkat Posnatal/ pasca natal - Bayi yang dilahirkan tanpa sebarang kecacatan kurang upaya boleh mengalami kecacatan mungkin disebabkan penyakit, keadaan persekitaran dan kemalangan. CARA MENGATASI a) b) Pencegahan pelalian rubella kepada ibu sebelum proses kehamilan Sering berjumpa doktor sewaktu proses kehamilan. Ujian-ujian penyaringan seperti penyaringan metabolic, air kencing, dan ujian darah dapat dilakukan untuk mengesan kewujudan penyakit. Keselamatan perlu dijaga untuk mengelakkan diri daripada mendapat kemalangan tertentu dibahagian kepala. Selepas kelahiran kanak-kanak mereka perlu diberi perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan mereka.

c) d)

F4 : Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 menyatakan guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran (P&P), masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. Hujahkan. Jawapan org A: Guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran (P&P), masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. Saya memang setuju dengan peraturan ini. Kemahiran di dalam bidang kurikulum merupakan satu proses yang memerlukan perancangan sistematik serta meliputi beberapa bidang khusus yang mana ianya dirancang selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas. Ini bertujuan memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu sesuai dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi BermasalahPembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau membelajaran, masa bagi aktiviti dan

susunan aktiviti,mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikandalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

You might also like