You are on page 1of 8

NOTA UNIT 4 - SARAWAK

Asal Usul Nama Sarawak


Asal usul nama Sarawak sering dikaitkan dengan cerita penduduk tempatan. Mari kita lihat ceritanya.

Sempena Nama Serah Kepada Awak


Pada abad ke-18, di bahagian Hulu Sungai Sarawak terdapat kegiatan melombong antimoni (logam yang digunakan untuk membuat aloi dan semikonduktor) oleh penduduk tempatan. Mereka sering menyebut perkataan serah kepada awak. Lama kelamaan perkataan tersebut diringkkaskan menjadi Sarawak. Oleh itu, kawasan tersebut menjadi Sarawak.

Pada masa itu, kawasan tersebut dikuasai oleh pembesar tempatan.

Apabila Brunei hendak menguasai kawasan itu, penduduk tempatan sangat mengalualukannya.

Nama Daripada Buah Nanas


Di kawasan Batu Kawa terdapat banyak tanaman nanas.
Nanas tersebut amat manis dan enak rasanya. Nanas ini dikenali sebagai nanas Sarawak.

Oleh sebab kawasan ini banyak nanas Sarawak, maka kawasan ini dinamai sebagai Sarawak sempena nama nanas tersebut.

Pentadbiran Awal di Sarawak Pentadbiran awak di Sarawak terbahagi kepada dua kawasan. Teliti peta 4.1 untuk mengetahui kedudukan tersebut.

Pentadbiran Awal di Sarawak


Kawasan Persisiran Pantai
Kawasan persisiran pantai berada di bawah Kesultanan Brunei. Pangeran Indera Mahkota dilantik sebagai wakil sultan bagi mentadbir kawasan ini. Beliau dibantu oleh tiga orang pembesar tempatan, iaitu Datu Patinggi, Datu Temenggung dan Datu Bandar.

Kawasan Pedalaman Kawasan pedalaman Sarawak termasuk muara sungai. Di kawasan pedalaman terdapat banyak rumah panjang. Setiap rumah panjang mempunyai kawasan pentadbiran sendiri. Kawasan ini ditadbir oleh Tuai Rumah atau Ketua Rumah Panjang.

Kaum Di Sarawak Penduduk di Sarawak terdiri daripada beberapa kaum. Kaum-kaum ini tinggal sama ada di persisiran pantai, pedalaman dan muara sungai. Jadual 4.1 menunjukkan taburan kaum dan kawasan kaum tersebut.
Kawasan Persisiran pantai Kaum Melayu Melanau Kawasan Penempatan Kawasan Kuching, Simanggang, Sibu, Mukah, Oya, Saribas dan Tanjung Datu. Lembah Utara Rajang, Mukah, Oya dan Bintulu. Muara Sungai Iban Bidayuh Kenyah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Lupar dan Sungai Rajang. Singgai, Sadong dan Sungai Kayan. Sungai Baram, Kawasan Ulu Batang, Rajah dan Balui.

Pedalaman

Kelabit
Penan Murut

Lembah Terusan dan Sungai Baram.


Kawasan Hutan Baram dan Sungai Rajang. Kawasan kaki bukit dan gunung di utara Sarawak dan di kawasan Sungai Terusan

Kedatangan Kuasa Luar ke Sarawak


Pangeran Muda Hashim berjanji akan menyerahkan kawasan Kuching sekiranya James Brooke berjaya menghapuskan pemberontakan tersebut. James Brooke berjaya menghapuskan pemberontakan dan menuntut haknya. Pangiran Muda Hashim mengingkari janjinya.

Sebelum abad ke-19, sebahagian daripada wilayah Sarawak berada di bawah kuasa Kesultanan Brunei. Keluarga Brooke telah menguasi wilayah Sarawak dari tahun 1841 hingga tahun 1941.

James Brooke seorang pedagang persendirian British telah datang ke Sarawakk. Pangeran Raja Muda Hashim, iaitu wakil Sultan Brunei telah meminta bantuan James Brooke untuk menghapuskan pemberontakan oleh penduduk tempatan.

Berikutan itu, James Brooke telah berjumpa dengan Sultan Brunei untuk menuntut janji, Sultan Brunei terpaksa bersetuju dan melantik James Brooke sebagai Gabenor Sarawak. Namun, James Brooke telah memperkenalkan sistem pemerintahan beraja.

You might also like