You are on page 1of 4

MENGENAL NEGARA KITA

Tema ini membincangkan lokasi Malaysia di Asia Tenggara, Benua Asia dan dunia. Malaysia yang terletak di Garisan Khatulistiwa mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun. Murid juga didedahkan dengan kawasan zon iklim dunia bagi melengkapkan pengetahuan mereka tentang iklim dunia. Dari aspek fizikal, negara kita mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang mempunyai kepentingan tertentu. Di samping itu, murid juga dapat mengetahui tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar serta habitatnya.

OBJEKTIF
1. Mengenal lokasi Malaysia di Asia Tenggara, Benua Asia dan di dunia. 2. Mengenal pasti bentuk muka bumi dan kepentingannya. 3. Mengetahui cuaca, iklim, tumbuhtumbuhan semula jadi dan hidupan liar di Malaysia dan luar negara.

Unit 1 - Lokasi Malaysia Malaysia terletak di Asia Tenggara. Asia Tenggara berada di Benua Asia. Mari kita lihat kedudukan negara kita dalam glob di bawah.

Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara Mari kita lihat Peta Asia Tenggara di bawah. Di manakah kedudukan negara Malaysia di Asia Tenggara? Bolehkah kamu nyatakan negara-negara yang berjiran dengan Malaysia?

You might also like