You are on page 1of 8

SABAH

Asal Usul Sabah Asal usul Sabah dikaitkan dengan nama pisang saba dan seludang. Mari kita lihat.

Pisang Saba

Pada masa dahulu, masyarakat bajau yang mendiami kawasan pantai barat Sabah banyak menanam pisang saba. Pisang saba menjadi makanan utama mereka. Melalui pertuturan di kalanggan masyarakat tempatan, lama kelamaan perkataan sabah bertukar menjadi Sabah. Oleh yang demikian, nama negeri Sabah diambil daripada perkataan pisang saba.

Seludang Dalam syair Jawan, negeri Sabah dikenali sebagai Seludang. Kawasan pusat negeri Seludang dikatakan terletak di antara Telur Marudu dengan Tanjung Bangkota hingga ke Jambongan. Oleh itu, nama Sabah diambil daripada nama seludang tersebut.

Pentadbiran Awal Di Sabah Pentadbiran awal di Sabah terbahagi kepada tiga kawasan. Teliti peta 4.2 untuk melihat kedudukan kawasan pentadbiran tersebut.

Pentadbiran Awal Di Sabah Pentadbiran awal di Sabah terbahagi kepada tiga kawasan.
Kawasan Pantai Barat Kawasan Pantai Barat Sabah berada di bawah kuasa Kesultanan Brunei. Kawasan ini ditadbir oleh seorang wakil pemerintah Sultan Brunei yang dikenali sebagai Pangeran. Kawasan pantai barat ini dibahagikan kepada beberapa buah kawasan. Kawasan ini pula ditadbir oleh pembesar tempatan yang dibantu oleh Ketua Suku Kaum dan Ketua Petempatan Sungai. Kawasan Pantai Timur Kawasan Pantai Timur Sabah berada di bawah Kesultanan Sulu. Kawasan ini telah dibahagikan kepada beberapa buah kawasan. Setiap kawasan ditadbir oleh pembesar yang bergelar Datu. Mereka dibantu oleh ketua-ketua tempatan.

Kawasan Pedalaman Kawasan pedalaman dikuasi oleh kketua-ketua tempatan. Ketua-ketua tempatan ini mentadbir rumah-rumah panjang dalam kawasan mereka. Mereka digelar Tuai Rumah atau Ketua Rumah Panjang.

Kaum Di Sabah Penduduk Sabah Terdiri daripada pelbagai kaum. Jadual 4.2 menunjukkan kaum yang terdapat di Sabah.
Kawasan Persisiran Pantai Kaum Melayu-Brunei Bajau Kawasan Penempatan Pantai barat Papar, Kimanis dan Sipitang.

Suluk

Pantai barat (Papar dan Tuaran)


dan pantai timur (Kota Belud dan Semporna) Pantai timur (Semporna, Lahad

Datu dan Tawau)


Lembah Pantai Kadazandusun Pantai barat (Penampang, Papar, Kudat, Tambunan dan Ranau)

Pedalaman

Murut

Tenom, Pensiangan, Keningau


dan Rundum.

Kedatangan Kuasa Luar ke Sabah Pada abad ke-16, Sabah terkenal di kalangan pedagang barat. Di Sabah terdapat hasil hutan seperti rotan, gambir dan sarang burung. Faktor ini mendorong kuasa barat bersaing untuk mendapatkan dan menguasai hasil tersebut di Sabah. Mari kita kaji bagaimana Syarikat Borneo Utara British (SBUB) berjaya menguasai Sabah pada tahun 1882.

Sultan Brunei telah memberi pajakan satu kawasan yang luas selama 10 tahun di Sabah kepada Charles Lee Moses, seorang Amerika pada tahun 1865.

Walau bagaimanapun, Charles Lee Moses telah menjual hak pajakan tersebut kepada The American
Trading Company. Namun, akibat gagal memajukan tanah tersebut, syarikat ini pula menjual hak pajakan kepada Baron Von Overbeck.

Baron Von Overbeck bergabung dengan Alfred Dent dan Edward Dent dan menubuhkan Overbeck and
Dent Company pada tahun 1877. Sultan Brunei telah memperbaharui pajakan tanah kepadaOverbeck and Dent Company.

Pada ketika itu, Syarikat Borneo Utara British telah berada di utara Sabah hasil daripada perjanjian pada tahun 1764.

Pada tahun 1880, Overbeck tidak lagi menjadi rakan kongsi dalam Overbeck and Dent Company. Oleh itu, Dent telah menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.

Persatuan ini telah berusaha mendapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British.

Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan kedudukan dan memajukan perniagaannya di Sabah.

Pada tahun 1881, kerajaan British bersetuju dan menganugerahkan Piagam Diraja kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.

Pada tahun 1882, persatuan tersebut dinamai Syarikat Borneo Utara British (SBUB).

Melalui Piagam Diraja, syarikat ini mendapat kuasa untuk mentadbir serta menjalankan perdagangan di Sabah.

You might also like