You are on page 1of 6

Unit 5 - PENJAJAHAN

Kedatangan Kuasa Luar Negara kita terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat. Kekayaan sumber bahan mentah telah menarik kuasa luar untuk menakluki negara kita. Kuasa tersebut isalah Portugis, Belanda, British dan Jepun.

Mari kita lihat kronologi kedatangan kuasa luar ke negara kita.


Tahun
1942

Huraian
Penduduk Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Jepun menguasai Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

1882

British menguasai Sabah.

1841

British menguasai Sarawak melalui pelantikan James Brooke sebagai Gabenor


Sarawak.

1824

Menerusi perjanjian Inggeris-Belanda, British mendapat hak mmeluaskan pengaruh di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.

1786

Briitish berjaya menduduki Pulau Pinang memalui perjanjian dengan Sultan Kedah.

1641 1511

Belanda menguasai Melaka selepas mengalahkan Portugis. Portugis menakluki Melaka.

Tujuan Kedatangan Kuasa Luar Kuasa luar yang datang ke negara kita disebabkan oleh faktor perdagangan, kemegahan, penyebaran agama kristian, keperluan bahan mentah dan peluasan tanah jajahan.
Faktor Perdagangan Huraian Pemerintaan rempah sangat tinggi di Eropah. Oleh itu, kuasa Barat ingin menguasai Melaka yang merupakan pusat pengumpulan dan pengedaran rempah Kemegahan Negara-negara Eropahh bersaing untuk menjajdi kuasa yang dikagumi. Oleh tiu, mereka perlu mendapatkan tanah jajahan. Melalui penaklukan tersebut, kuasa Barat diiktiraf dan disanjung oleh negara lain. Penyebaran Agama Agama Islam sudah berkembang luas di Asia Tenggara. Oleh itu, kedatangan mereka juga didorong oleh hasrat untuk menyebarkan agama Kristian di Asia Tenggara.

Keperluan Bahan Selepas berlaku Revolusi Perindustrian di Eropah, kuasa barat memerlukan bahan mentah seperti Mentah bijih timah, bijih besi, emas dan arang batu. Bahan mentah ini merupakan keperluan utama kilang mereka. Oleh itu, British ingin menguasai negara kita yang kaya dengan bijih timah. Peluasan Jajahan Tanah Bbritish dan kuasa Eropah yang lain bersaing di Asia Tenggara. Tujuan mereka adalah untuk perdagangan, keperluan bahan mentah, kemegahan dan penyebaran agama Kristian. Oleh itu, Belanda telah menakluk Indonesia, Sepanyol menakluki Filipina, Perancis menakluk Indochina dan British menakluk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Tujuan Kedatangan British dan Jepun

Kita telah mengetahui bahawan British mula bertapak di negara kita pada tahun 1786.

Jepun pula menduduki Tanah Melayu pada tahun 1942.

Mari kita bandingkan tujuan kedatangan British dan Jepun ke Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Tujuan Kedatangan British dan Jepun


BRITISH JEPUN
Keperluan bahan mentah seperti bijih Keperluan bahan mentah seperti bijih

timah dan bijih besi bagi kilang di timah dan getah untuk kilang di Jepun.
negara mereka. Pasaran bahan kilang. Menunjukkan kemegahan dan kuasa. Pasaran bahan kilang. Menamatkan penjajahan Barat di Asia Tenggara dengan slogan Asia Untuk Asia. Bersaing dengan kuasa Barat yang lain Membentuk sembuah empayar yang untuk mendapatkan tanah jajahan. kuat di Asia.

You might also like