You are on page 1of 12

KANDUNGAN 1. PENGENALAN 1.1 Peranan Guru Sebagai Pengurus Bilik Darjah 2. KEPENTINGAN BILIK SENI 3.

IKLIM BILIK SENI 4. MENJANA BILIK SENI YANG KONDUSIF DARI ASPEK FIZIKAL, SOSIAL DAN EMOSI 4.1 Aspek Fizikal 4.2 Aspek Sosial 4.3 Aspek Emosi 5. HURAIAN PELAN LANTAI BILIK SENI 5.1 Ruang Perbincangan 5.2 Sudut Hasil Kerja Murid 5.3 Ruang Peralatan PSV 5.4 Rak Pameran 5.5 Stor 5.6 Ruang Pembelajaran 6. BIBLIOGRAPHI

Muka Surat 2

3 4 6

11

12

Pengenalan Peranan Guru Sebagai Pengurus Bilik Darjah Di dalam bilik darjah, guru bukan hanya sekadar memainkan peranan sebagai pengajar tetapi juga sebagai pengurus. Tugas guru adalah mengurus rutin bilik darjah, mengurus muridmurid supaya dapat menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti mengemas bilik darjah dan menyusun meja-kerusi, mengurus murid-murid supaya mengikuti segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat di gunakan dengan lebih berkesan, serta mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut aktiviti yang di rancangan. Pada amnya, mengurus bilik darjah juga merupakan suatu seni ataupun amalan mengurus murid, kemudahan fizikal dan aktiviti demi membentuk suatu iklim alam belajar yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut Guey R. Lefroncis (1999), di dalam bukunya yang bertajuk Psychology for Teaching, pengurusan bilik darjah merupakan suatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahcarakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukkan masa pelajaran, Ini bermakna tugas guru di dalam darjah bukan setakat mengajar tetapi juga mengelolakan murid-murid serta mengelolakan kemudahan dan keadaan fizikal yang terdapat di dalam bilik darjah. Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkait rapat dengan kecekapan pengurusan bilik darjah oleh seseorang guru. Guru yang cekap menguruskan bilik darjahnya akan menjamin segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat dijalankan dengan secara sistematik serta lancar. Ini adalah kerana pengurusan bilik darjah yang cekap akan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yanag kondusif serta keadaan yang sesuai bagi guru melaksanakan kerja pengajarannya mengikut langkah-langkah yang telah ditentukan.

Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama dengan guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni. Dalam pengurusan bilik seni guru PSV berperanan sebagai pengurus bilik darjah yang berasaskan elemen-elemen pengurusan seperti merancang, mengelola, mengarah serta mengawal. Oleh yang demikian untuk menjadi guru PSV yang berkesan, guru hendaklah memahami ciri-ciri elemen pengurusan bilik PSV serta berusaha menguasai bidang kemahiran masing-masing. Menurut Mook Soon Sang ( 2011), selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah : Mengurus rutin bilik darjah. Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja kerusi. Mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah. Mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan; dan Mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.

Kepentingan Bilik Seni. Bilik Seni adalah dimana semua pelajar melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Kepentingan bilik seni adalah agar segala aktiviti seni dapat dijalankan dengan lebih lancar, mudah dan berkesan. Bilik seni juga boleh digunakan sebagai tempat perbincangan berkaitan pendidikan seni dikalangan panitia PSV, guru PSV serta pelajar. Bilik seni juga di gunakan untuk mengumpul, menyimpan, mendapatkan peralatan dan bahan seni. Serta tempat untuk mempamerkan hasil kerja murid serta tempat mengadakan pertandingan. Di samping itu juga bilik seni dapat mempermudahkan murid mendapatkan ihlam. Seperti kata June King McFee, beliau mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan mampu mengolah idea baru atau idea lain yang lebih bermakna.

Iklim Bilik Seni Budaya sekolah, kadangkala dikenali sebagai iklim sekolah. Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual pula sama ada di dalam bilik seni atau di dalam sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal dan suasana pembelajaran yang sesuai serta kondusif bagi sesuatu matapelajaran.

Susunan peralatan yang teratur dan tersusun memberi kesan yang positif kepada pembelajaran murid-murid serta memberi ihlam di dalam aktiviti PSV.

Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran seni visual. Dengan suasana dan keadaan susunan yang menarik mampu menarik minat pelajar untuk belajar. Pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual juga merupakan suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik Pendidikan Seni Visual juga merupakan tempat di mana sekumpulan murid berkumpul dan di ajar. Bilik Pendidikan Seni Visual bukan hanya hanya sebagai sebuah ruang pembelajaran, ia adalah merupakan persekitaran murid, guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru haruslah mengurus rutin harian bilik seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan PSV, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk

Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan serta dapat mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dalam suasana selamat, kondusif serta lancar.

Mengikut Lemlech (1979), beliau mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai koordinasi dalam bilik yang mana menurutnya guru adalah sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber, penyusun persekitaran kelas yang efisyen, menyelia prestasi murid serta mengenalpasti masalah potensi muridnya. Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik, mewujudkan suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

Keadaan dan suasana didalam bilik seni visual sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah serta pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenis dan kelasnya.

Suasana dalam bilik pendidikan seni visual dapat memotivasikan murid-murid

Menjana Iklim Bilik Seni Yang Kondusif Dari Aspek Fizikal, Sosial dan Emosi. Bilik darjah yang kondusif akan menggalakkan pelajar berinteraksi di antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan bebas melibatkan diri didalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah. Guru pula gembira dapat bekerja dalam keadaan yang mesra dan sempurna. Selain itu ia dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya untuk membentuk pelajar bersikap dedikasi, berinisiatif, bekerjasama, ramah mesra, kreatif, serta tinggi motivasinya

Bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, elok dipandang dan teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan citarasa, semangat, kesejahteraan, dan kebahagiaan kepada pelajar-pelajar yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Iklim bilik darjah yang kondusif ini akan meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran-pembelajaran. Bilik darjah yang kondusif mengandungi empat ciri utama seperti berikut:

Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan murid-muridnya. Kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.

Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dengan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.

Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.

Aspek fizikal Dari segi fizikal, Guru PSV seharusnya berusaha untuk menentukan bahawa bilik seni adalah bersih, susunatur perabotnya teratur dan sesuai untuk menjalankan aktiviti yang akan dijalankan. Ruang sudut seni yang digunakan untuk mempamer contoh hasil kerja murid perlu ada dan ia diuruskan dengan menarik dan kemas. Ini hanya dapat dilakukan dengan cara seperti penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan akan dapat memudahkan interaksi antara murid dengan murid, serta guru dengan murid.

Bilik PSV http://randomlakeart.webs.com/ Suasana di dalam bilik PSV yang di atur kemas dan dihiasi dengan berbagai gambar, carta, rak pameran dan bahan bantu mengajar yang dapat menggalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Evertsin, Emner & Worsham (2003), persekitaran fizikal bilik darjah adalah dimana bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah di capai atau senang diambil. Penyusunan fizikal ini dapat mengurangkan masa pengambilan dan penyimpanan bahan-bahan tersebut. Di samping itu juga dapat membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran daapt dijalankan tanpa ada gangguan. Saiz bilik PSV dengan ruang yang mencukupi untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid bagi menjalankan aktiviti permainan atau kumpulan, serta dapat mengelakkan atau mengurangkan kesesakan laluan murid di dalam bilik seni. Tingkap serta pintu yang mencukupi menggalakkan pengcahayaan yang baik dan udara dapat keluar masuk di dalam bilik seni. Keadaan cahaya dan udara di dalam bilik seni yang cukup dapat menggalakkan murid-murid mendapat pandangan yang terbaik untuk mendapat inspirasi dan untuk pembelajaran serta membangkitkan suasana segar dan membawa keselesaan kepada murid-murid. Kebersihan adalah amat penting dalam sesuatu perkara. Sekiranya kebersihan tidak dijaga Jika tidak secara tidak langsung tumpuan belajar akan terganggu. Kebersihan dan keindahaan di dalam bilik seni akan dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bilik seni ini bukan dikhaskan untuk satu kelas sahaja tetapi juga digunakan oleh semua kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan untuk matapelajaran Pendidikan Seni Visual.

Aspek Sosial Aspek sosial merujuk kepada hubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik seni. Murid-murid dapat berinteraksi di dalam pembelajarannya akan senang menguasai ilmu yang dipelajari. Murid-murid akan melalui sosiometri di dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan sinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Menurut Mook Soon Sang (2008), bahawa guru perlu bijak di dalam meransang dan mengalakkan perkembangan social murid-muridnya serta

menunjukkan sikap yang adil dalam melaksanakan peraturan kelas. Suasana sosial di dalam bilik seni adalah penting bagi mewujudkan iklim pembelajaran yang berkesan. Tanpa interaksi serta komunikasi, suasana sosial dalam bilik seni akan menjadi suram dan muridmurid akan merasa bosan.

Murid-murid berinteraksi http://www.stgeorges-windsor.org/st-georges-school/activities-gallery/the-art-room.html

Dari aspek sosial ini dapat menarik minat murid, guru-guru dan masyarakat. Aspek sosial ini juga berfungsi sebagai pemangkin bagi mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif murid-murid. Ia juga dapat mewujudkan suasana interaksi sesama murid, memudahkan komunikasi diantara guru dan murid serta dapat menggalakkan kepada kepelbagaian budaya.

Kontek sosial juga merujuk kepada susunan meja yang menentukan sejauh mana muridmurid dapat dapat berinteraksi antara satu sama lain. Adalah penting bagi guru untuk mengingat bahawa tiada satu susun atur yang paling berkesan. Bagi memaksimunkan aspek sosial dengan murid-murid, guru-guru perlu mematuhi beberapa perkara seperti mengelakkan daripada berdiri terlalu lama di satu tempat sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu melakukan kontek mata dengan murid-murid yang duduk di bahagian belakang dan di sisi serta sentiasa menukar tempat duduk murid-murid supaya setiap murid berpeluang duduk di depan.

Aspek emosi

Guru sedang mengajar kelas Pendidikan Seni Visual http://alloveralbany.com/archive/2008/07/25/the-albany-art-room

Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap pemimpin dan guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkal alau murid yang ditentukan oleh sifat Guru Besar serta guru dan gaya mengajarnya. Misalnya, seorang guru yang bersifat agresif akan menimbulkan suasana emosi kegelisaan dikalangan murid. Sebaliknya, guru yang bersifat peramah dan demokratik akan menimbulkan suasana emosi kegembiraan dan kekitaan dalam bilik darjah. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta

menjalankan tugas dengan adil, bertanggunjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Dengan sifat-sifat dan amalan yang positif ini, murid-murid akan suka berdamping rapat dengan guru, suka tanya, sedia menerima ajaran dan nasihatnya dalam suasana riang dan gembira. Suasana emosi yang kondusif seperti ini akan meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah ataupun dalam kawasan sekolah.

Huraian Pelan Lantai Bilik Seni Ruang Perbincangan Ruang ini digunakan oleh guru-guru, murid-murid dan panatia PSV untuk membincangkan aktiviti-aktivti seni, menyelesaikan masalah yang berkaitan PSV ataupun cara untuk menambahbaik bilik seni.

Sudut Hasil Kerja Murid Sudut ini di wujudkan untuk mempamer hasil kerja murid yang berkaitan dengan lukisan. Hasil mereka akan di lekatkan pada sudut tersebut. Sudut ini juga memudahkan kepada guruguru atau sesiapa saja yang datang untuk melihat hasil kerja murid yang di pamerkan.

Ruang Mencanting Ruang mencanting khasnya untuk murid-murid yang menjalankan aktiviti mencanting. Proses untuk menghasilkan tekstil yang lengkap bermula di ruang ini. Pelbagai corak melalui hasil melukis secara free hand.

10

Rak Peralatan PSV Rak ini digunakan untuk menyimpan peralatan psv yang sering digunakan. Ini memudahkan bagi murid-murid mengambil peralatan yang mereka perlukan.

Rak Pameran Rak ini digunakan untuk mempamer hasil kerja tangan murid. Hasil kerja seperti kraftangan di susun di atas rak untuk memberi motivasi kepada murid serta memberi ihlam kepada murid yang lain.

Stor Stor diletakkan berdekatan dengan ruang pembelajaran atupun berhampiran dengan meja guru. Stor ini digunakan untuk menyimpan pelbagai peralatan yang berkaitan dengan seni juga yang diperlukan sewaktu membuat sesuatu aktiviti seni. Stor amat penting di dalam bilik seni, kerana ia digunakan menyimpan stok-stok alatan dan bahan-bahan seni. Stor ini juga digunakan untuk menyimpan buku-buku rujukan seni, fail-fail dan folio murid.

Ruang Pembelajaran Di ruang ini ditempatkan meja dan kerusi murid dan ia terletak di kawasan tengah. Meja guru berada di hadapan kelas, memudahkan guru melihat semua murid-murid yang ada di dalam bilik seni. Papan tulis terletak di bahagian depan kelas iaitu di bahagian belakang meja guru. Papan info bersebelahan dengan papan tulis, ini memudahkan murid-murid dan guru-guru melihat atau mengetahui info-info terkini berkaitan seni. Sinki dan paip turut dipasang untuk kegunaan aktiviti memwarna, mencanting dan pertukangan.

(2151 patah perkataan)

11

BIBLIOGRAPHY

1. Mok Soon Sang (2011), Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku :Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong Selangor. 2. Mok Soon Sang (2010), Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan II Kompetensi Fungsional (Teras) : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong Selangor. 3. Ee Ah Meng (1994), Sekolah Dan Bilik Darjah : Penerbit Fajar Bakti, Kuala Lumpur. 4. Mok Soon Sang (2008). Murid dan Alam Belajar : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Puchong Selangor. 5. http://smktsoms.blogspot.com/2011/09/bilik-darjah-yang-kondusif.html 6. http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/11/ciri-ciri-iklim-bilik-darjah-yang.html

12

You might also like