You are on page 1of 7

MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI 921121-03-5629 T2S2MU1

PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) siri ke 3 fasa ke-4 ini telah dilaksanakan di Sk Bongor, Grik, Perak. Sekolah tersebut merupaka sekolah kampong dan mempunyai segala kemudahan asas seperti sekolah sekolah yang terletak di Bandar-bandar. Bagi saya sekolah itu bukanlah sekolah kampong atau pedalaman kerana ianya hanya terletak 18km dari pekan Grik. Pada hari permulaan, saya dan rakan-rakan lain disuruh untuk berkumpul di Gelanggara seawal jam 5 pagi lagi. Ianya untuk mengangkat segala keperluan yang hendak dibawa masuk kedalam bas. Pada petang sebelumnya, saya bersama rakanrakan telah mengangkut khemah, kuali dan barang keperluan masuk ke dalam bas. Kami bertolak dari IPG pada tepat pukul 7 dan menuju ke Kampung Bongor. Kami sampai di sekolah pada sekitar pukul 10 dan kami telah disambut oleh ketua kampong dan guru-guru sekolah tersebut dan kami menghadiri majlis pembukaan yang disediakan. Selepas itu, kami telah mendirikan khemah dan menguruskan keperluan dan barang-barang yang hendak disumbangkan kepada penduduk kampong nanti. Pada sebelah petang, kami telah membuat dan melakar mural pada dinding sekolah. Saya telah melukis sebahagian mural tersebut. Pada sebelah malam pula, guru besar sekolah tersebut dating dan memberi taklimat dan sejarah serta perkembangan berkaitan dengan sekolah tersebut. Pada hari kedua, seawal jam 5 saya telah bangun dan bersiap sedia untuk solat subuh dan senaman pagi. Senaman pagi dijalankan pada jam 7 dan makan sarapan pada jam 7.30 pagi. Selepas itu, pada jam 8 pagi kami telah diperkenalkan kepada keluarga angkat masing-masing dan mengikut mereka balik ke rumah keluarga angkat. Saya dan rakan-rakan lain diberi masa sehingga jam 2 petang untuk berada di rumah keluarga angkat. Say telah menolong sedikit sebanyak keluarga dalam penyediaan tangga rumah mereka dan dalam penyediaan makan tengah hari. Banyak jenis hidangan yang telah dihidangkan kepada saya dan rakan-rakan oleh keluarga angkat kami. Selepas itu, saya telah kembali ke sekolah dan bersama rakan sekumpulan berlatih untuk persembahan pada malam itu. Saya telah ditugaskan untuk menyanyi

MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI 921121-03-5629 T2S2MU1

solo dan tema persembahan saya adalah dikir barat. Saya telah dipilih untuk menyanyi solo disebabkan saya berasal dari Kelantan. Pada jam 4 petang saya dan rakan sekumpulan telah menyediakan makan petang. Saya telah memasak cucur dan telah menghidangkan kepada rakan-rakan lain untuk menjamu selera. Pada sebelah malam, sekitar jam 8 malam, malam kebudayaan telah berlangsung. Pihak pengurusan telah menjemput guru-guru sekolah untuk bersama-sama memeriahkan majlis. Pada hari ketiga, saya bangun seperti biasa dan melakukan senaman pagi pada jam 7 pagi dan saya berpeluang belajar bola tampar dari jurulatih bola tampar sekolah tersebut. Selepas itu, saya dan rakan-rakan lain telah pergi ke dewan orang ramai untuk sama-sama bergotong royong dengan orang kampong untuk menyediakan makan tengah hari untuk majlis penutupan program BIG kali ini. Saya telah menolong sedaya yang mampu dan sekitar jam 12 tengah hari, saya dan rakan-rakan yang lain telah menjamu selera bersama keluarga angkat masing-masing dan pada masa yang sama berlangsungnya majlis penutupan. Kami telah menyerahkan sumbangan yang kami kumpul di IPG dan menyerahkannya pada ketua kampong. Begitulah ringkasan dari hari pertama sehingga hari ketiga aktiviti dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang saya mengikuti program BIG ini. Sekian, terima kasih.

MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI 921121-03-5629 T2S2MU1

LAPORAN SWOT BIG FASA 4 SIRI 3 Bagi program Bina Insan Guru (BIG) pada kali ni, banyak benda yang saya perolehi sepanjang mengikuti program ini. Antara kekuatan yang saya dapat semasa program BIG ini adalah saya telah Berjaya menjadi seorang pelukis mural dan mewarnanya sekali. Saya telah melukis mural untuk dua bahagian dinding di sekolah. Sebelum ini saya sudah pernah melukis mural di IPG, oleh itu saya mengambil kesempatan yang diberikan untuk berbakti kepada sekolah tersebut dengan melukis mural. Seterusnya, saya juga telah menjadi chef untuk minum petang pada hari kedua berlangsungnya program BIG ini. Saya telah menyediakan cucur dan saya rasakan itu merupakan cucur pertama saya di dalam arena masakan kerana saya tidak pernah memasak cucur sebelum ini namun saya semenangnya agak mahir dalam memasak. Saya telah menggunakan kemahiran memasak saya untuk menggoreng cucur tersebut. Ketiga, saya telah dapat memiliki keluarga angkat yang telah saya idami sebelum ini. Saya telah Berjaya memiliki sebuah keluarga angkat yang serba boleh dan sangat peramah. Saya telah menolong keluarga angkat saya membuat tangga kerana rumah mereka tidak mempunyai tangga yang elok. Menggunakan pengalama sedia ada yang saya perlohi daripada atuk saya, saya telah membantu mereka untuk menyiapkan tangga mereka. Selain itu, saya juga telah menjadi penyanyi solo pada malam kebudayaan. Sebelum ini, saya tidak pernah menjadi penyanyi dan membuat persembahan secara solo di hadapan orang ramai. ini merupakan kekuatan saya yang baru dan sangat memberi kesan kepada saya untuk menjadi seorang guru. Untuk hari terakhir program BIG ini, satu perkara baru yang saya dapat iaitu bergotong royong bersama-sama penduduk kampong. Saya telah menolong sedaya mampu untuk menyiang daging dan tolong menjaga periuk bagi resepi tradisi kampong tersebut. Untuk kelemahan yang dihadapi semasa tiga hari dua malam program BIG ini adalah kelemahan yang utama bagi saya adalah kawasan perkhemahan yang agak tidak teratur. Ini kerana dapur berada berdekatan dengan pra sekolah dan pada waktu paginya murid-murid pra sekolah menggunakan bangunan itu untuk belajar. Bagi saya ianya sedikit sebanyak menganggu proses pembelajaran mereka kerana disaat mereka belajar kami sedang memasak. Kelemahan yang lain adalah kawasan untuk saya dan

MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI 921121-03-5629 T2S2MU1

kawan-kawan untuk makan tidak disediakan. Memang sekolah itu mempunyai kantin namun kantin dan dapur tempat untuk mengambil makanan agak jauh dan pada sebelah malam kantin tersebut agak gelap dan agak menakutkan untuk makan di situ berseorangan. Kelemahan seterusnya yang dilihat oleh saya adalah saya tidak dapat menepati masa untuk sesetengah aktiviti yang dijalankan. Saya berasa agak kecewa dengan prestasi diri saya dan saya berharap perkara seperti ini tidak berulang lagi pada diri saya. Kelemahan seterusnya adalah kekurangan keluarga angkat. Oleh itu setiap keluarga angkat perlu mengambil anak angkat dalam bilangan yang ramai untuk menjadi keluarga mereka. Ini telah membataskan sedikit aktiviti yang dijalankan di rumah keluarga angkat. Saya tidak berkesempatan untuk mengopek kelapa di rumah keluarga angkat kerana terlalu ramai anak angkat yang berada bersama keluarga angkat saya. Peluang saya peroleh semasa menjalankan program BIG ini adalah saya berpeluang untuk belajar cara beramah mesra dengan kawan-kawan, keluarga angkat dan penduduk kampong. Sebelum ini saya agak kurang pandai untuk bersembang atau bercakap dengan orang yang tidak begitu rapat dengan saya, namun melalui program ini saya telah belajar dan diberi peluang untuk bercakap dengan orang asing yang telah menjadi keluarga angkat saya. Seterusnya, saya merasakan jika saya diberi peluang untuk mengajar murid-murid di sekolah tempat yang saya berkhemah, saya akan mengajar mereka tentang muzik. Mungkin saya akan mengajar mereka bermain gitar kerana mereka menunjukkan minat terhadap permainan gitar kerana mereka telah mendekati saya semasa saya bermain gitar semasa waktu terluang pada hari pertama perkhemahan. Seterusnya, saya juga telah berpeluang untuk melawat sekitar kampong. Saya telah dibawa oleh abang angkat saya mengelilingi kampong dengan menaikki motosikal dia dan saya dapat melihat sungai dan kehijauan alam yang masih terpelihara di kampong tersebut. Saya juga telah berpeluang untuk memetik sendiri buah-buahan yang terdapat disekitar kampong tersebut. Ini merupakan pengalaman yang sangat bermakna kepada saya kerana saya tidak pernah memetik sendiri buahbuahan dengan menggunakan tangan sendiri.

MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI 921121-03-5629 T2S2MU1

Ancaman yang berlaku sepanjang program BIG ini adalah hujan yang tidak menetu. Ancaman hujan ini agak ditakuti oleh saya kerana saya telah membawa computer riba dan ianya terletak di dalam khemah, saya khuatiri yang air hujan akan memasuki khemah saya dan terkena computer saya. Ancaman seterusnya bagi saya adalah kawasan perkhemahan yang agak terbuka. Orang ramai terutamanya murid murid sekolah tersebut boleh memasuki kawasan perkhemahan kami dan keselamatan barang-barang saya dan rakan-rakan berkemungkinan untuk hilang. Namun, syukur kepada tuhan tiada pun barang-barang saya yang hilang dan begitu juga dengan rakanrakan yang lain. Ancaman seterusnya adalah tapak perkhemahan yang basah dan agak tidak selesa bagi saya, terdapat banyak lopak air berdekatan dengan khemah saya dan ianya seperti mengalir dan ianya juga berselut. Ancaman terakhir yang dialami adalah bas IPG yang terpaksa melalui jalan sempit dan jambatan yang kecil. Untuk perjalanan permulaan, ianya selamat menurunkan saya dan rakan-rakan di sekolah, namun semasa perjalanan pulang, bas IPG telah tersangkut semasa melalui jambatan kecil tersebut. Ianya merisaukan saya kerana saya berfikir jambatan sekecil itu boleh menampung muatan bas yang berat. Namun syukur kepada tuhan kami telah selamat. Kesimpulannya, program BIG ini telah banyak mengajar saya tentang cara bersosial dan cara untuk menjadi insan yang lebih berguna dan memberi pengalaman fizikal untuk saya apabila bergelar guru kelak. Jika saya di tempatkan di perkampungan orang asli suatu hari nanti, saya tidak akan mengalami masalah kerana saya telah mempunyai pengalaman sedemikian. Sekian, terima kasih.

MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI 921121-03-5629 T2S2MU1

LAPORAN PENAMBAH BAIKKAN Bagi saya, untuk program BIG kali ini tidak mempunyai begitu banyak masalah seperti masalah yang saya dan rakan sekelas hadapi untuk program BIG pada fasa yang lepas. BIG kali ini Nampak teratur dan mempunyai arah tuju dan matlamat yang ingin dicapai oleh setiap pelajar guru. Namun masih ada beberapa masalah yang boleh diperbaikki Penambah baikkan yang pertama adalah dari segi pengurusan sekolah. Pada awalnya saya dimakumkan akan membuat BIG di kawasan tanah rata Cameron Higlands namun dibatalakan. Bagi saya, pihak pengurusan Ko-Kuriklum tidak perlu mewawarkan di mana tempat yang akan saya dan rakan-rakan akan pergi untuk BIG. Apabila tempat sudah disahkan barulah pihak pengurusan memberitahu para peserta BIG di mana tempat yang akan kami pergi. Seterusnya adalah dari segi penyampaian maklumat, semangnya penghulu BIG kali ini menggunakan media facebook untuk menyebarkan segala maktlumat dan tarikh-tarikh untuk mengadakan mesyuarat. Namun tidak semua daripada pelajar guru yang 24jam membuka laman social tersebut. Mungkin ada yang tidak dating untuk mesyuarat dan mungkin menyebabkan mereka tidak mengetahu perkembangan terbaru tentang BIG tersebut. Pendapat saya, ketua harus menghantar pesanan ringkas kepada ketua kelas setiap kelas yang bersama-sama mengikuti program BIG kali ini dan menyuruh mereka mewawarkan perkara tersebut di dalam kelas. Ketiga, keluarga angkat perlu diperbanyakkan lagi. Mungkin pihak Sk Bongor boleh mengadakan publisiti secara lebih lagi untuk mencari keluarga angkat kerana ada sesetengah penduduk kampong yang sempat bersembang dengan saya yang mengatakan mereka tidak tahu tentang program tersebut dan mereka juga berhasrat untuk mengambil kami sebagai anak angkat mereka. Keempat, saya merasakan program BIG ini perlu menambah aktiviti. Aktiviti yang boleh ditambah untuk program BIG kali ini adalah mungkin mengadakan gotong royong

MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI 921121-03-5629 T2S2MU1

membersihkan kampong. Ini akan dapat merapatkan lagi hubungan saya dan rakanrakan dengan orang kampong. Memang saya telah bergotong royong memasak bersama orang kampong, namun tidak semua orang kampong turut hadir bersama. Saya merasakan mungkin mereka malu untuk dating bersama-sama kami kerana mereka bukanlah keluarga angkat kami. Kesimpulannya, program BIG kali ini amat Berjaya bagi saya dan jika pada masa hadapan saya berkesempatan mengikuti program seperti ini lagi, saya berharap cadangan-cadangan saya ini diambil kira untuk menjadikan program ini lebih menarik dan Berjaya.

You might also like