You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN Salah satu daripada cir-ciri sebuah negara yang maju, ianya harus mempunyai rakyat pendidikan, bersatu-padu dalamkehidupan yang harmonis serta mempunyai kestabilan ekonomi yang baik. Dalam konteks bahasa, harmonis membawa maksud mengharmonikan dan mendamaikan sesuatu keadaan, tempat mahupun negara atau sesuatu masyarakat. Dari segi falsafah, pendidikan ialah satu proses memanusiakan manusia, iaitu memupuk dan meningkatkan kesedaran dalam diri manusia (conscientization) tentang fizikal dan metefizikal ( Tuhan, manusia dan alam). Manakala menurut Abraham Maslow, ekonomi adalah salah satu bidang pengkajian yang mampu menyelesaikan masalah keperluan asas kehidupan manusia melalui penggemblengan segala sumber ekonomi yang ada dengan berasaskan prinsip serta teori tertentu dalam suatu sistem ekonomi yang dianggap efektif dan efisien. Persoalannya sejauh manakah Malaysia sebagai sebuah negara yang maju berjaya memupuk keharmonian masyarakat yang pelbagai etnik ini daripada dua aspek yang dinyatakan di atas iaitu dari aspek pendidikan dan ekonomi? 2.0 LATAR BELAKANG SEJARAH Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai lebih daripada 200 etnik. Antaranya ialah Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi. Kepelbagaian penduduk atau etnik ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang unik. Sungguh pun begitu, masih lagi timbul pelbagai masalah yang melibatkan hubungan etnik. Sikap perkauman sentiasa menjadi batas pemisah antara rakyat yang berbilang kaum ini. Seterusnya ia boleh menyebabkan ketegangan dan konflik serta pertumpahan darah berlaku sekali lagi jika tidak dibendung. Berdasarkan kepada peristiwa 13 Mei 1969, beberapa perkara penting yang perlu dipandang serius dalam membina negara bangsa yang bersatu-padu. Dalam hal

ini, saya berpendapat faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Saya juga berpendapat aspek pendidikani adalah pemisahan fizikal yang wujud daripada dasar pecah dan perintah' yang diamalkan oleh penjajah British pada masa dahulu. Pemisahan fizikal ini menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih kerap kerana tinggal di wilayah yang berbeza. Hal ini merenggangkan perhubungan dan interaksi serta memperkuatkan lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme dalam kalangan setiap anggota etnik. Keadaan ini seterusnya menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan antara satu etnik dengan etnik yang lain. Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri dan masih menggunakan sukatan pelajaran yang diamalkan di negara asal mereka. Pelajar Melayu belajar di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa Melayu. Orang India pula bersekolah di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Manakala bagi pelajar Cina, mereka bersekolah di sekolah Cina dan menggunakan bahasa Mandarin. Keadaan ini menyebabkan interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam kalangan etnik yang sama. Dalam sektor ekonomi pula, saya berpendapat terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi pada suatu masa dahulu. Kebanyakan orang Melayu menguasai sektor pertanian yang agak mundur. Orang Cina umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan perdagangan. Manakala orang India pula menguasai sektor ekonomi yang berasaskan ladang. Kesannya, wujud jurang pendapatan yang berbeza antara etnik. Ini adalah disebabkan oleh dasar kerajaan British meletakan kaum berdasarkan kepada pekerjaan. Tindakan ini telah menyebabkan sesebuah etnik itu mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan. Orang Melayu kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian, nelayan dan berkhidmat sebagai penjawat awam. Kebanyakan orang Cina pula terlibat dalam sektor perniagaan dan perlombongan. Manakala sebahagian besar orang India pula merupakan buruh di estet. Perbezaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik mempunyai

tertentu. Secara tidak langsung, perkara ini memperkukuhkan lagi semangat perkauman. 3.0 DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM MEMUPUK KEHARMONIAN ETNIK Sebagaimana yang kita semua ketahui, kerajaan juga telah menetapkan beberapa dasar dalam usaha menggerakkan masyarakat ke arah keharmonian etnik dari aspek ekonomi dan pendidikan. Antaranya dasar-dasar yang telak dilaksanakan adalah seperti Dasar Kebudayaan, Dasar Penswastaan, Dasar Perindustrian, Dasar Pertanian dan Dasar Pendidikan. Pembentukan dasar-dasar terkandung dalam rancangan kerajaan dalam Dasar Ekonomi Baru dan Wawasan 2020. Melalui dasar-dasar ini diharapkan akan dapat menjamin kestabialan ekonomi negara dan perpaduan rakyat yang berbilang bangsa. 4.0 USAHA-USAHA DAN KEJAYAAN KERAJAAN DALAM MEMUPUK

KEHARMONIAN ETNIK Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga 1990 dengan harapan daripada pihak kerajaan pada masa itu iaitu Kerajaan Perikatan agar dapat mengurangkan ketidakseimbangan antara orang Bumiputera dengan Bukan Bumiputera dari segi semua bidang. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-2, RMK-2 (1971-1975) sehingga Rancangan Malaysia ke-5, RMK-5(1986-1990) yang tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang begitu besar dari segi ekonomi tanpa mengira kaum serta mengelakkan berulangnya peristiwa 13 Mei 1969. Antara matlamat pihak kerajaan melalui dasar ini untuk tempoh 20 tahun adalah untuk meningkatkan peratus penanaman modal dalam syarikat-syarikat berhad kerana peratusan kaum bumiputera pada ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 hingga semasa dasar ini baru diperkenalkan adalah sangat rendah dan wujud jurang yang sangat besar di antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan pihak asing. Matlamat akhir dasar ini ialah pada tahun 1990, peratusan penanaman modal Bumiputera dalam syarikat-syarikat berhad akan dapat ditingkatkan dari hanya 1.5

peratus sahaja pada tahun 1971 kepada 30 peratus pada tahun1990. Sementara itu, kaum bukan Bumiputera yang menguasai sebanyak 23.7 peratus penanaman modal akan cuba untuk ditingkatkan kepada 40 peratus pada tahun 1990. Bagi pihak asing yang menguasai sebanyak 62.1 peratus pada tahun 1971 akan cuba dikurangkan kepada hanya 30 peratus sahaja apabila cukup tempoh 20 tahun. Pada pendapat saya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dilaksanakan ini sebenarnya telah membawa Malaysia untuk mengorak langkah ke hadapan untuk menuju ke arah negara maju melalui Wawasan 2020 dengan usaha menghapuskan kemiskinan secara mutlak. Dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini, ianya secara tidak langsung telah membawa kesan yang positif dalam memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia. Pelaksanaannya telah berjaya mengubah keadaan negara yang huru-hara pada ketika itu setelah menggabungkan ketiga-tiga proses iaitu pendidikan, pembangunan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera ke dalam dasardasar dan program-program tertentu. Pada pendapat saya, melalui sistem pendidikan, pihak kerajaan telah mewujudkan beberapa program yang realistik dan bersesuaian dalam usaha untuk mencapai matlamat mewujudkan semangat perpaduan dan integrasi dalam kalangan para pelajar. Antara program yang telah dijalankan ialah perlaksanaan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersamasama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga sekolah rendah yang berlainan sekolah akan mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi di antara murid yang berlainan etnik dan agama. Ia juga untuk melahirkan sifat tolenrasi dan persefahaman yang tinggi dan menggalakkan integrasi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti

Sekolah wawasan ini tidak langung mengubah sistem pembelajaran yang asal kerana tiap-tiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri di samping urusan pentadbiran dan pengurusan kewangan yang dikendalikan oleh sekolah masingmasing. Melalui Sekolah Wawasan ini, pelajar-pelajar yang berlainan etnik akan menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang secara bersama-sama. Apabila kemudahan ini digunakan secara bersama, sudah tentulah mereka akan berjumpa dan bertemu antara satu sama lain yang seterusnya akan mewujudkan interaksi di kalangan mereka dan di sinilah akan bermulanya semangat perpaduan diterbitkan. Konsep sekolah wawasan yang kini dipraktikkan adalah satu usaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang mempunyai semangat dan bersifat cintakan negara. Jika kerangka konsep sekolah dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara. Pada hari ini masih wujud lagi sekolah yang berasaskan kaum iaitu sekolah cina dan tamil. Sekolah wawasan bolah dicernakan sebagai pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Penggabungan sekolah-sekolah yang berasaskan etnik ini dalam satu kawasan yang sama, akan menemukan pelajar yang pelbagai etnik secara kerap dan ini mewujudkan integrasi etnik dangan cepat dan berkesan. Konsep Sekolah Wawasan ini diharapkan dapat merapatkan hubungan pelajar yang berasal dari pelbagai bangsa walaupun berlainan aliran persekolahan. Pihak kerajaan juga telah melaksanakan program pendemokrasian pendidikan yang juga dapat memupuk integrasi antara etnik. Pendemokrasian antara etnik yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka yang bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Kemudahan yang sama bermaksud seperti reka bentuk sekolah-sekolah yang dibina adalah sama, alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua

sekolah. Dengan ini tidak akan timbul perbezaan antara sekolah sama ada yang digunakan oleh etnik Melayu, Cina, India atau Bumiputera Sabah dan Sarawak. Pelajar-pelajar dari pelbagai etnik tidak disekat untuk bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah mengikut pilihan masing-masing. Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan yang sama. Walaupun mereka menggunakan bahasa penghantar yang berlainan, tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara berpusat. Kumpulan-kumpulan etnik lain juga berhak untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan kumpulan etnik masing-masing dan patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Melalui kebebasan seperti ini, adalah diharapkan agar pendemokrasian pendidikan dapat memupuk proses integrasi antara etnik.

5.0 KESIMPULAN/ RUMUSAN Sebagai kesimpulannya, saya berpendapat kerajaan Malaysia telah berjaya dan mampu memupuk keharmonian etnik yang berbilang kaum dari aspek ekonomi dan pendidikan melalui dasar-dasar yang telah dan sedang dilaksanakan masa kini. Memetik ucapan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam perutusan Kemerdekaan Negara Ke-51, beliau mengingatkan rakyat bahawa perpaduan adalah tunjang kepada kestabilan politik, keharmonian sosial dan keutuhan daya saing ekonomi negara. Oleh yang demikian, kita semua haruslah bersama-sama membantu pihak kerajaan dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan integrasi ini dan kita mestilah menyayanginya bak kata pepatah bercerai kasih bertalak tidak,bagaikan rambut bersimpul mati,inginku mati di hujung kuku,ingin ku kubur di tapak tangan.

BIBLIOGRAFI Ruslan Zaharuddin. (2005). Kenegaraan Malaysia. Selangor. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Institut Tadbiran Awam (INTAN). 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur. Jabatan Pencetakan Negara. Suriati Puteh. (1995). Sejarah Malaysia. Selangor. Longman Malaysia Sdn. Bhd http://hubunganetnik-malaysia.blogspot.com/2010/01/keharmonian.html#uds-searchresults http://gegeplace.blogspot.com/2010/07/kepentingan-perpaduan-dan-langkah.html http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/category/9.html http://www.scribd.com/doc/10302206/Hubungan-Etnik-Di-Malaysia-Secara-Umum http://ukm.academia.edu/wwwkitaukmmy/Papers/1171336/Hubungan_Etnik_di_Malaysi a_Mencari_dan_mengekal_kejernihan_dalam_kekeruhan

You might also like