You are on page 1of 5

Ini jelas membuktikan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar tidak dapat dinafikan lagi telah berjaya mempertingkatkan

prestasi penguasaan asas bacaan dalam kalangan pelajar bermasalah dalam menguasai ilmu 3M (Membaca, Menulis, Mengira). Peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar ini jelas bertepatan dengan Abdul Rahman Abdul Rashid ( 1995 ) bahawa penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam proses P&P adalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran. Penggunaan alat bantu mengajar membolehkan pengajaran guru lebih selesa dan menggalakkan dalam proses pengajaran asas bacaan. Keputusan ini bertepatan dengan pendapat Mohd Daud Hamzah ( 1990 ) yang menyatakan bahawa semakin banyak pancaindera yang dilibatkan semakin banyak pengalaman pembelajaran yang diperolehi bagi mengembangkan keintelektualan pelajar dengan berkesan. Keputusan ini menunjukkan bahawa guru bukan lagi menggunakan kata, suara, isyarat, papan tulis dan kapur sahaja dalam menyampaikan pengajarannya terutama sekali kepada pelajarpelajar yang mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran asas bacaan. Keputusan ini amat bersesuaian dengan pendapat Rasihidi Azizan & Abdul Razak Habib (1998) yang menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar merupakan sebahagian daripada usaha guru bagi memberangsangkan minat dan tumpuan pelajar terhadap pengajaran yang seterusnya menjamin pemerolehan pengetahuan dan kemahiran oleh pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar menambah minat pelajar untuk terus mengikuti pengajaran sewaktu di dalam bilik darjah. Apabila menggunakan alat bantu mengajar, pelajar menjadi lebih berminat mengikuti pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas membaca. Penggunaan alat bantu mengajar mampu menambah minat serta mendapati pengajaran guru amat menyeronokkan.

Jadual 2 memperlihatkan seramai 80% responden bersetuju dan 20% amat bersetuju bahawa menggunakan bahan bantu mengajar, pelajar dapat menerima dengan jelas pengajaran guru. Ini menunjukkan bahawa kesemua responden itu 100% bersetuju bahawa penggunaan bahan bantu mengajar amat berkesan dalam pengajaran kemahiran asas membaca dalam kalangan pelajar pemulihan. Purata min sebanyak 4.20 responden bersetuju bahawa penggunaan bahan bantu mengajar membolehkan pelajar menerima dengan jelas pengajaran guru.

Secara amnya, pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru itu menggunakan Bahan Bantu Mengajar. Melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar, seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannya dengan baik (Kamal et.al, 1987, m.s. 227). Dale (1963, m.s. 218 ), telah menyatakan tujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar : 1. merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat satu faktor yang penting dalam pembelajaran mereka. 2. Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan daripada pelajarnya. 3. Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajarpelajar dan oleh itu menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. 4. Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudahnya melalui cara lain dan menolong menjadikan pembelajaran pelajar-pelajar lebih mendalam dan pelbagai. 5. Menolong dalam kefahaman, oleh itu mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata. 6. Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan kegiatan seorang pelajar. 7. mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela. Para pendidik perlu berubah daripada cara pengajaran tradisional yang masih diamalkan oleh sesetengah guru dalam aspek pengajaran pembelajaran perlu dikaji semula dan diubahsuai jika perlu. Semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi adalah melalui deria. Menurut Kamaruddin (1986, m.s.214), Bahan Bantu Mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku-buku teks,papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan sebagainya.

Hasil dari kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman, 1997 m.s. 18 ), mendapati penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan kesan positif seperti; 1. Proses pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media pengajaran. 2. Pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat. 3. Membantu mencapai objektif pengajaran. 4. Pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar. Ini diikuti dengan kajian Naim Ahmad (1989, m.s. 64), merumuskan hasil kajiannya tentang keberkesanan media pengajaran kepada pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. a. Media pengajaran dapat membantu meningkatkan keupayaan ingatan semasa menyampaikan pelajaran. b. Dapat membantu pengajar mengubah teknik dan kaedah pengajaran. c. Dapat menjelaskan konsep pelajaran dengan berkesan. d. Mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang berterusan kepada pelajar. e. Menjimatkan masa pengajar. f. Media pengajaran mendorong daya kreativiti pengajar dengan pelajar. Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Rulon dan Arnspinger (1983, dalam Mohamad Lebai Ishak, 1998, m.s. 20), mendapati bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar boleh merangsangkan pemikiran dan pemahaman serta lebih banyak isi pelajaran yang boleh diterima oleh seorang pelajar.

Penghubungkaitan membawa maksud menghubungkaitkan pelbagai bidang kemahiran dan pengetahuan dari beberapa mata pelajaran dalam ssesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya penghubungkaitan tersebut pembelajaran akan dapat membantu percambahan pemikiran murid dengan mengaitkan isi pengajaran guru dengan kehidupan seharian mereka. Pengajaran dan pembelajaran yang ada penghubungkaitan ini akan menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif. Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman belajar murid-murid. Selain itu ia juga boleh membina serta melatih minda murid-murid untuk menjadi lebih aktif dan kreatif sekaligus dapat membantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajar. Sebagai contoh, guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual bertajuk Haiwan. Sebelum murid-murid membuat aktiviti menggambar atau aktiviti membuat rekaan dan corak yang berkaitan dengan haiwan, guru terlebih dulu mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan bersoaljawab beberapa soalan yang mudah dan ringkas. Antara aktviti yang boleh dijalankan ialah menamakan haiwan,mengajuk bunyi haiwan, menyatakan cara pergerakan haiwan, mengelaskan kumpulan haiwan dan sebagainya. Di sini elemen Sains dan seni pergerakan telah dihubungkaitkan. Untuk mengaitkan dengan bahasa dan muzik, guru meminta murid menyanyi mana-mana lagu yang ada

kaitan dengan haiwan. Selain itu murid juga disuruh berpantun atau membaca puisi berkenaan haiwan. Untuk mengaitkannya dengan mata pelajaran Matematik, guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan penyelesaian masalah (problem solving) yang ada kaitan dengan kehidupan seharian murid-murid. Contohnya, Di dalam bakul itu ada sepuluh ekor ikan, dua ekor telah dilarikan kucing. Berapa ekor ikankah yang masih tinggal?

Proses pengajaran akan menjadi lebih seronok. Ini disebabkan pengintegrasian tiga mata pelajaran seni akan dapat menarik minat murid. Menurut Russel (1968), matlamat guru sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, sensitif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Murid-murid akan mengambil bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran yang disediakan oleh guru. Di samping itu juga mereka dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan bebas.

Sebagai contoh, semasa mengajar sesuatu pengajaran yang pertama iaitu lagu burung, kanak-kanak akan membuat pergerakan seperti burung semasa menyanyi lagu tersebut. Dalam melakukan aktiviti tersebut, kita akan dapat melihat berbagai gaya yang dipersembahkan oleh murid, samada seperti terbang, berjalan, melompat, makan atau sebagainya. Seterusnya kanak-kanak disuruh menghasilkan gambar atau mewarnakan gambar burung. Semasa pembelajaran ini kanak-kanak akan dapat membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya.

Dengan adanya penghubungkait tersebut murid-murid akan belajar beberapa kemahiran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat memantapkan perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran berintegrasi seperti yang tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif mereka.

Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penghubungkaitan (penggabungjalinan) ini lebih berkesan, guru-guru memainkan peranan yang paling penting selain kesedian murid-murid sendiri.

Guru dapat merangsang naluri ingi tahu kanak-kanak dengan menarik perhatian merekasebelum memulakan sesuatu pelajaran. Kanak-kanak tidak dapat berfikir secaraabstrak. Mereka perlukan bahan konkrit dan pengala man sbenar bagi memahamisesuatu perkara. Kanak-kanak belajar melalui pelbagai deria seperti melihat,mendengar, menyentuh merasa dan bau.

You might also like