You are on page 1of 10

TAMADUN MESIR. 1.

PENTADBIRAN PUSAT
Sebuah rejim bercorak totalitarian dengan dipenuhi oleh birokratik. Sistemnya dipenuhi rangkaian pegawai2 yang bekerja diperingkat pusat dan wilayah (provinsi) Firaun berkedudukan tertinggi/ di atas sungguh berpengaruh serta berkuasa mutlak. Kedudukan di bawahnya pula diikuti oleh pegawai tinggi yang paling berpengaruh iaitu wazir.. Wazir dilantik dari kalangan kerabat diraja. Zaman Kerajaan Baru (New era) dua orang wazir dilantik bagi mentadbir Mesir . Pentadbiran Mesir Utara yang berpusat di Memphis dan Mesir Selatan di Thebes.. Tugas wazir amat berat iaitu meliputi; i. Bidang pertanian memeriksa laporan perangkaan binatang ternakan, mencatat pembekalan barang makanan dan memeriksa tangki air (reservoirs) Mengawasi kerjaa menebang pokok dan membina terusan ii. Kehakiman Ketua hakim. Mengikut sistem perundangan Mesir, tiap bandar mempunyai majlis dikenali sebagai Saru (zaman kerajaan lama) atau Kenbet. Majlis ini badan yang menjalankan dasar dan hukuman di tiap bandar tersebut. Kes2 serius akan dirujuk kepada Kenbet agung di Mempihs atau Thebes . Kemudian ia dirujuk kepada mahkamah wazir (senior court) Dalam membuat keputusan wazir bertindak sebagai medium untuk menyampaikan idea2 firaun dan menjalankan hukuman bagi pihak firaun menggunakan kuasa yang diberi/ mewakili kuasa firaun. Wazir akan dibantu oleh golongan eksekutif, pengarah kabinet dan keranikerani (scribes). Perlu ditegaskan dalam apa juga keadaan pun , firaun adalah ketua hakim yang sebenar. iii. Melantik Kaki Tangan Wazir bertanggungjawab memilih dan melantik kaki tangan berkhidmat untuk keluarga diraja. Merekrut pengawal keselamatan raja. iv. Bidang Kewangan memeriksa akaun-akuan cukai. Beliau akan mengeluarkan resit yang berkenaan. v. Laporan kepada Firaun. Wazir akan menyampaikan segala laporan mengenai hal ehwal dan perkembangan negara setiap hari apabila menghadap firaun. vi. Tanggungjawab Lain Menyelia ekspedisi diraja, bengkel dan projek2 pembinaan, gudang2 dan estet2 yang dimiliki oleh rumah berhala Amun. vii. Pembantu Wazir - Tanggungjawab wazir akan dibantu oleh Canselor. Cancelor2 ini akan mendapat maklumat terlebih dahulu daripada ketua2 jabatan. Canselor Juga satu jawatan penting. Tugas utamanya ialah menguruskan hal ehwal ekonomi negara. Menentukan jumlah cukai yang perlu dibayar.

Cukai dibayar dengan barangan seperti jagung, kurma, tepung, kek, ikan dsb. Barangan ini disimpan dalam perbendaraan atau gudang diraja (royal storehous) . Oleh kerana banrangan itu mudah rosak, tanggungjawab beliau untuk mengumpul dan mengedarkan dengan segera. Wizurai Jawatan penting bagi jajahan Nubai. Diwujudkan semasa dinasti ke-18. Wizurai Nubia dikenali sebagai Royal Son of Kush.. Dipercayai terdapat enam (6) jabatan kerajaan yang dikenali sebagai Six Great House. Jabatan Perbendaharaan merupakan yang terpenting. Ia ditadbir oleh dua orang penyelia yang bertindak sebagai ejen kepada Wizurai. Walaupun jabatan kerajaan diuruskan oleh kerajaan pusat, namun hubungan dan kerjasama dengan pentadbiran wilayah amat erat. Raja juga dibantu oleh sekumpulan pegawai2 istana (courtiers). Pegawai ini memainkan peranan penting dan amat berpengaruh. Iaitu seperti ; Jawatan ketua pengurus firaun (Chief Steward) adalah mentadbir estet2 diraja yang luas. Mengurus pentadbiran istana, merancang ekspedisi2 diraja, mendidik putera raja. Pegawai yang mengawasi makanan, minuman, dan tempat tinggal Penyelia istana bertanggungjawab menjaga penghuni wanita istana. Jawatan lain Jurucakap Diraja (spokeman) , kerani mengawasi kerja2 pembinaan, memulihara bangunan2 lama

2. PENTADBIRAN WILAYAH
Terdapat lebih kurang 20 nomes di Mesir Utara da 22 Nomes di Mesir Selatan. Tiap nomes akan ditadbir oleh Nomarch. Mereka ini berasal daripada keturunan ketua2 suku pemerintah Mesir pada zaman pradinasti. Peringkat ini Mayor (Datuk Bandar) merupakan pegawai yang penting. Tugas beliau seperti mentaksir , mengumpul dan menyimpan hasil cukai serta menghantar laporan kepada wazir. Mayor juga akan menyelesaikan kes2 kecil serta mewujudkan keamanan di dalam bandar. Penguat kuasa undang terletak di tangan Medjay , lama kelamaan mereka menjadi pengawal kebangsaan (national guard). Tiap bandar mempunyai pasukan tentera dan polis sendiri. Tugas mereka untuk mengawal kubur2 diraja, membuat rondaan dan kawalan sempadan negara.
Read more: PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN (PUSAT & WILAYAH) ~ Cikgu Zainal http://cikguzainal.blogspot.com/2011/07/pemerintahan-pentadbiran-pusat-wilayah.html#ixzz2XKc4Qh1o

TAMADUN CHINA. 1. PENTADBIRAN PUSAT


Sistem Pentadbiran bagi yang teratur diasaskan pada zaman Dinasti Chin. Sistem ini telah mempengaruhi institusi politik China seterusnya. Pada zaman Dinasti Han, banyak ciri penting pentadbiran China diubahsuai oleh Liu Pang.. Beliau telah menghapuskan kawalan kerajaan pusat terhadap wilayah. Pemerintah wilayah mempunyai kuasa penuh dikawasan masing2 manakala kerajaan pusat hanya berkuasa penuh di sekitar ibu kota seperti Shensi, Shansi, Honan, dll. Pemerintah pusat menguasai wilayah2 menerusi sistem birokrasi pusat yang bercorak autokratik. Bagi melicinkan sistem pentadbiran, empayar (China) dibahagikan kepada Chun (provinsi) dan WongKuo (kingdoms). Disamping itu terdapat unit2 lebih kecil seperti Hsien (negeri) , Hsing (daerah) dan Li Di Peringkat pusat kuasa tertinggi terletak di tangan maharaja. Beliau merupakan punca segala undang-undang, ketua agama. Maharaja akan dibantu oleh San Kung atau Three Lords iaitu terdiri daripada Canselor, Setiausaha Diraja (Imperial Secretary) dan Grand Commandant. Ketiga-tiga pegawai tersebut dibantu oleh sembilan orang menteri Canselor - Orang kanan maharaja. Mempunyai kuasa tertinggi selepas maharaja. Beliau berperanan seperti; Menyokong dan melantik pegawai2 kerajaan. Mengawasi pegawai dan Menghukum yang bersalah. Menguruskan hal ehwal kewangan terutama menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan negara. Membuat persediaan ketika kempen ketenteraan. Mengetuai mesyuarat istana dan melapor kepada maharaja. Mengarahkan serta memeriksa pegawai2 pentadbir di peringkat provinsi. Setiausaha Diraja Tugas utama beliau ialah membantu canselor dalam bidang pentadbiran negara. Sebagai s/usaha beliau bert/jawab menyelia dan mengawasi pegawai2 kerajaan agar tidak berlaku penyelewengan. Mengawal disiplin pegawai dan pekerja istana. Menyimpan peta, buku pendaftaran, buku suci serta membantu penolong s/usaha menyimpan rekod2 aktiviti maharaja. Grand Commandant Bertanggungjawab dalam hal ehwal ketenteraan. Jawatan ini bukan merupakan jawatan tetap. Akan diwujudkan mengikut keperluan. Menteri Terdapat sembilan orang menteri yang mempunayi potfolio tertentu seperti; Menteri Upacara dan Adat Resam Dianggap ketua paderi dalam kerajaan. Bertanggungjawab menjalankan upacara pemujaan tokong2 kerabat diraja dan upacara penyembahan syurga dan neraka. Menyelia akedamik diraja. Mengendalikan peperiksaan kerajaan dan melaporkan pelajar2 yang layak kepada maharaja. Penyelia Pembantu Diraja Bert/jawab terhadap pengawal keselamatan istana yang menjaga pintu2 istana dan dewan. Lazimnya terdiri daripada

i. ii. iii. iv. v. vi.

i.

ii.

iii. Komandan Tentera Mengawasi tentera yang mengawal pintu masuk istana. Dianggap sebagai ketua pengawal diraja. iv. Pembantu Kanan Bert/jawab terhadap kereta2 kuda dan kuda yang ditugaskan untuk mengiringi pasukan yang ditetapkan mengikut keadaan dan upacara. Tugas penting ialah memastikan kawasan padang2 rumput dan kuda yang dipelihara. v. Komandan Keadilan Menerima dan menyelesaikan kes2 rumit yang tidak dapat diselesaikan oleh gabenor provinsi. Jika tidak dapat diselesaikan akan dirujuk kepada maharaja. vi. Bentara Agung Bert/jawab terhadap orang2 gasar yang menyerah diri. Juga merupakan pengarah ritual semasa upacara pengorbanan bagi syurga serta pengerusi majlis jamuan maharaja. vii. Pengarah Kerabat Diraja Menerima dan menyimpan rekod saudara mara diraja viii. Menteri Pertanian Membayar gaji kakitangan kerajaan dan mengumpul cukai. Pendapatan diperolehi daripada cukai kepala, tanah, hasil monopoli pengeluaran garam dan besi serta penjualan arak. ix. Bendahari Mengurus kewangan anggota kerabat diraja.

2. PRNTADBIRAN PROVINSI (WILAYAH).


Unit paling utama. Pegawai2nya terdiri daripada wizurai, gabenor general, gabenor leftenan/ bendahari, pegawai penguasa garam dan bijiran. Wizurai lazimnya dilantik bagi mentadbir dua atau tiga provinsi seperti Fukien Chekian, Hupeh Hunan dll. Mentadbir tiga provinsi seperti Kiangsu- AnhuiKiangsi, Pada umumnya wizurai mempunyai kuasa seperti raja di kawasan takluknya tetapi ia tertakluk kepada maharaja. Gabenor adalah pentadbir kawasan kurang utama seperti Chihli dan Azechuan. Sorang gabenor berperanan seperti wizurai tetapi beliau terletak dibawah wizurai. Unit2 lebih kecil seperti Hsien , Hsiung dan Li mempunyai ketuanya sendiri. Mereka memainkan peranan sebagai hakim, polis, mengetuai upacara keagamaan dan mengumpul cukai.
Read more: PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN (PUSAT & WILAYAH) ~ Cikgu Zainal http://cikguzainal.blogspot.com/2011/07/pemerintahan-pentadbiran-pusat-wilayah.html#ixzz2XKcIgxuT

TAMADUN MESIR Sistem pemerintahan pusat di Mesir diketuai oleh Firaun. Selepas Firaun, terdapat pegawai tinggi seperti Wazir, Canselor dan Wizurai. Terdapat juga jabatan-jabatan yang mempunyai fungsi yang khas di peringkat pusat. Wazir Wazir merupakan pegawai yang paling berpengaruh. Pada zaman Thinite dan Kerajaan Lama, beliau dilantik di kalangan raja. Selepas itu, jawatan ini dilantik dari kalangan bangsawan dan paderi. Menjelang zaman Kerajaan Baru, dua orang Wazir dilantik bagi mentadbir Mesir Utara (kawasan menganjur dari Elephantine hingga Cusae) dan Mesir Selatan (kawasan menganjur dari Delta hingga Cusae). Jawatan Wazir ini boleh diwarisi. Tugas seorang Wazir adalah berat, iaitu:
a. b. c. d. e. f. g. h. Memeriksa laporan perangkaan binatang ternakan, mencatatkan pembekalan barang makanan dan memeriksa tangki air. Mengawasi kerja menebang pokok. Membina terusan bagi tujuan pengairan. Menyimpan rekod terperinci mengenai hujan dan banjir di Sungai Nil. Menyelia ekspedisi raja, bengkel dan projek pembinaan. Memilih dan melantik kaki tangan yang berkhidmat untuk keluarga di raja. Memeriksa akaun mengenai cukai. Merekrut pengawal keselamatan bagi raja.

Selain tugasan di atas, Wazir juga menjadi hakim. Dalam menjalankan tugas, Wazir dibantu oleh Canselor. Canselor Tugas utama seorang Canselor ialah:
a. Menguruskan hal-ehwal ekonomi negara yang kompleks. Urusniaga di Mesir dijalankan secara sistem barter. Canselor perlu menetapkan cukai yang perlu dibayar. Oleh sebab cukai dibayar secara barangan seperti tepung, ikan dan sebagainya, Canselor harus memastikan barang ini disimpan dengan baik dan barang yang mudah rosak harus diedarkan dengan segera. Menentukan gaji yang dibayar kepada pekerja di estet-estet raja. Menjadi pengerusi hal-ehwal ekonomi rumah berhala. Menentukan gaji yang dibayar kepada anggota tentera laut dan darat.

b. c. d.

Wizurai

Jawatan ini diwujudkan semasa Dinasti ke-18 ekoran daripada kolonisasi Nubia yang menganjur hingga ke Napata. Wizurai Nubia dikenali sebagai royal son of Kush. Beliau adalah ketua bagi satu organisasi yang dibentuk berdasarkan jentera politik di ibu kota. Bidang kuasanya tertumpu pada aspek polisi awam. Jabatan-jabatan Dalam pentadbiran pusat, Mesir dipercayai menubuhkan 6 jabatan kerajaan yang dikenali sebagai six great houses. Di antara jabatan-jabatan ini, jabatan perbendaharaan merupakan jabatan yang paling penting. Ia ditadbir oleh 2 orang penyelia yang merupakan ejen kepada Wizurai. Dalam menguruskan perbendaharaan di raja, terdapat hubungan dan kerjasama yang erat dengan pentadbir wilayah atau provinsi. Mahkamah Dalam perundangan Mesir, mahkamah yang paling tinggi adalah mahkamah Wazir. Dalam melaksanakan tugasan, Wazir dibantu oleh golongan eksekutif, pengarah kabinet dan kerani-kerani (scribes). Dalam membuat keputusan penghakiman, Wazir bertindak sebagai medium untuk menyampaikan idea firaun. Perlu ditekankan di sini ialah Firaun merupakan ketua hakim yang sebenar. Dalam sistem perundangan Mesir, terdapat satu majlis yang dikenali sebagai Kenbet yang merupakan badan penasihat yang mengawasi dasar dan hukuman yang diamalkan oleh sebuah tribunal perundangan yang dikenali sebagai Zazat.

Pentadbiran Pusat dan Wilayah Mesopotamia Diketuai raja Dibantu pesuruhjaya, ketua penyelia dan jurutulis Zaman Kerajaan Ur Pemerintahan Sargon

9.2 Pentadbiran Pusat dan Wilayah Mesir Firaun Wazir, canselor, wizurai, pegawai-pegawai kerajaan, dan jabatan-jabatan kerajaan. Gabenor Datuk Bandar

9.3 Pentadbiran Pusat dan Wilayah India Raja Majlis Menteri Agronomi Astynomi Nagarpati Wizurai Gabenor Penghulu Perisik Kerajaan Moghul Mansabdar Wakkil Wazzir Subahdar Kotwal Hakim (Kazi)

9.4 Pentadbiran Pusat dan Wilayah di China Pemerintahan Dinasti Chou - Sistem feudal Pemerintahan Dinasti Chin - Pemerintahan berpusat Pemerintahan Dinasti Han - Feudalisme Pentadbiran Pusat dan Wilayah Di Alam Melayu Srivijaya - Raja - Jemaah Menteri - Empat kumpulan anak raja - Datu - Parvanda - Senapati Majapahit - Tiga bahagian pentadbiran - Rakryan, Arya, Dang Akaya - Wardana - Pakwan - Buyut Melaka

- Pemerintahan beraja - Sultan - Dibantu 4 pembesar utama - Sistem Pembesar Empat Lipatan - Mandulika

Pendahuluan : o Pentadbiran pusat yang cekap akan membantu kerajaan/pemerintah mengawal rakyat dalam sesebuah tamadun.

o o o
Isi :

Menjamin kedaulatan sesebuah kerajaan. Melalui pentadbiran pusat seseorang raja/pemimpin akan mengawal para pembesar dan golongan bangsawan serta melancarkan pentadbiran di seluruh wilayah. Pentadbiran pusat dan wilayah akan mewujudkan birokrasi yang teratur dalam pentadbiran.

Pentadbiran Pusat di Mesir : Peranan Firaun : o Firaun merupakan ketua Negara yang memiliki kuasa mutlak.

Dalam bidang pentadbiran firaun dibantu oleh pegawai- pegawai tinggi di peringkat pusat dan wilayah.

Wazir : o Wazir merupakan pegawai yang mempunyai kedudukan tertinggi

Tugas wazir ialah menyimpan dokumen penting kerajaan, memeriksa akaun, memilih dan melantik kakitangan istana dan ketua hakim.

Canselor : o Merupakan pegawai yang menguruskan hal ekonomi.

Tugas Canselor ialah menetapkan cukai, menentukan gaji pekerja ladang diraja dan membayar gaji anggota tentera.

Wizurai : o Bertugas mentadbir jajahan takluk Mesir seperti Nubia.

Kuasa wizurai tertumpu dalam aspek-aspek polisi awam.

Penyelia jabatan kerajaan : o Dilantik bagi menyelia jabatan-jabatan kerajaan. Contohnya Jabatan

Perbendaharaan. ( Ditadbir oleh 2 penyelia yang bertindak sebagai ejen wizurai ).

Pegawai istana ( Courtiers ) : o Ketua pengurus firaun ( Chief Steward )-mentadbir estet diraja, menguruskan pentadbiran istana, merancang ekspedisi diraja dan mendidik putera/puteri diraja. o Chamberlain Mengawasi makanan, minuman dan tempat tinggal( Private apartments ) o Penyelia istana-Menjaga penghuni wanita di istana. o Kerani-Mengawasi kerja-kerja membina dan memulihara bangunan-bangunan lama. o Jurucakap ( spokeman ) diraja. Pentadbiran Wilayah : o Wilayah di Mesir dikenali sebagai Nomes. Terdapat 20 nomes di Mesir Utara dan 22 nomes di Selatan. Setiap nomes ditadbir oleh Nomach. Normach : o Normach dilantik oleh firaun.

Bertindak sebagai pentadbir, hakim dan ketua pendeta.

Datuk Bandar : o Pegawai tinggi di peringkat wilayah pada zaman kerajaan baru.

Bertugas membuat taksiran cukai, mengumpul dan menyimpan hasil cukai, menghantar laporan kepada wazir dan mengadili kes-kes kecil.

Medjay : o Pegawai penguatkuasa undang-undang.

Meronda dan mengawal kubur-kubur diraja dan kawasan sempadan

Kesimpulan : o Keberkesanan sistem pentadbiran pusat dan wilayah mampu mengekalkan pemerintahan, keamanan serta kemakmuran dalam kerajaan Mesir.

o o o o
Isi :

Konsep pentadbiran pusat dan wilayah. Pentadbiran pusat yang cekap akan membantu kedaulatan sesuatu kerajaan. Pentadnbiran pusat yang dapat mengawal rakyat dan pembesarnya dapat mewujudkan. kelancaran pentadbiran di seluruh wilayahnya.

Pentadbiran Pusat dan Wilayah di China : Pemerintahan dinasti Chou : o Mengmalkan sistem feudal. Raja mempunyai kuasa mutlak. Sementara pentadbiran di wilayah-wilayah diberikan kepada golongan bangsawan dan putera-putera raja tetapi pemusatan kuasa ini adalah longggar.

Di setiap wilayah dan daerah diwujudkan sistem birokrasi dengan menubuhkan jabatan-jabatan tertentu.

Pemerintahan Dinasti Chin : o Shi Huang Ti menjalankan sistem pemerintahan berpusat di ibu kota Siang Yang. Semua kuasa kerajaan adalah di bawah maharaja.Kuasa dan pengaruh golongan bangsawan dan pegawai-pegawai feudal wilayah dan daerah dihapuskan.

o o o o

Beliau memperkenalkan Scholar Sistem iaitu perlantikan sekumpulan kakitangan awam yang terlatih untuk menjadi gabenor dan pegawai-pegawai yang berkhimat dengan beliau. Penasihat utama maharaja ialah Canselor. Shih Huang Ti membahagikan empayarnya kepada 36 buah wilayah dan kemudiannya menjadi 42. Seorang gabenor awam dan gabenor tentera dilantik di setiap wilayah. Mereka dikawal oleh pusat pemerintahan maharaja

Pemerintahan Dinasti Han : o Di bawah maharaja Wu Ti, sistem pemusatan kuasa dan kerajaan pusat menjadi lebih kukuh berbanding dengan pemerintahan Shih Huang Ti.

o o o o

Walau bagaimanapun pemimpin-pemimpin wialayah tidak diberikan kuasa yang terlalu banyak dan mereka tidaka dibenarkan memiliki kuasa dan kekayaaan yang banyak supaya pentadbiran pusat teguh dan tidak dicabar. Pentadbiran peringkat wilayah turut diawasi oleh kerajaan pusat termasuk soal-soal perlantikan dan pertukaran pegawaipegawai kerajaan. Pegawai pentadbir utama di peringkat wilayah ialah wizurai, gabenor general, gabenor dan bendahari. Unit pentadbiran yang lebih kecil diketuai oleh Tao Tai iaitu ketua daerah dan mejestret.

Pemerintahan puasat dan wilayah di India : Empayar Maurya : o Di bahagikan kepada beberapa wilayah yang dipimpin oleh wizurai.

o o o o
1. 2. 3. 4.

Pegawai-pegawai kerajaan di wilayah-wilayah melaksanakan tugas mengikut arahan pusat. Raja merupakan ketua pentadbir, ketua hakim, penggubal undang-undang dan ketua tertinggi angkatan tentera. Pemerintah dibantu oleh majlis Menteri dan Mentriprasat yang terdiri daripada menteri-menteri yang diketuai oleh perdana menteri. Chandra Gupta Maurya telah melantik pegawai-pegawai untuk mentadbir wilayah-wilayahnya. Beliau membahagikan wilayah-wilayah kepada empat iaitu bahagian barat, selatan , barat laut dan Kalinga. Setiap wilayah diketuai oleh wizurai yang biasanya terdiri daripada putera-putera raja. Wilayah-wilayah tersebut pula dibahagikan kepada unit pentadbiran daerah yang ditadbir oleh gabenor Daerah dipecahkan kepada kampung-kampung yang diketuai oleh penghulu atau gramini yang dibantu oleh pengutip cukai dan jurukira. Terdapat juga perisik di peringkat daerah.

Kerajaan Moghul : o Semasa kerajaan Moghul, akhbar telah membahagikan pemerintahan kerajaan kepada tiga bahagian iaitu pengurusan istana, tentera dan empayar. Beliau melantik pegawainya yang digelar mansabdar yang mempunyai kuasa tentera dan mengutip cukai. o Pentadbiran awam kerajaan diketuai oleh seorang perdana menteri dikenali sebagai wakkil . o Setiap wilayah diketaui oleh wakil pemerintah iaitu subahdar. o Pentadbiran kawasan Bandar dilakukan Kotwal. o Hakim atau Kazi menjalankan pentadbiran undang-undang. Kesimpulan : o Keberkesanan sistem pemerintahan di peringkat pusat dan wilayah mampu memanjangkan usis beberapa kerajaan di China dan India.

Pengubahsuaian ]dari segi struktur organisasi pentadbiran dilakukan selaras dengan keadaan semasa yang difikirkan sesuai pada waktu itu.

You might also like