You are on page 1of 4

Sejarah hoki

Hoki mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang ditandingkan pada tahun 1928.Sejak itu, ia dimainkan dalam Sukan Olimpik. Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana hoki dimainkan pertama kalinya. Sejarah menunjukkan bahawa hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000 S.M. Ia menunjukkan satu lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki. Sebelum penemuan ini, hoki dipercayai bahawa bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo pada zaman itu dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang wujud lebih awal. Selain itu, hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Basreliefs(seni-arca dinding) yang ditemui di Athens menggambarkan permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan. Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain satu permainan kayu yang mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puak-puak dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-kayu dan bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang berat. Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland pula ia dinamakanShinty, tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu houquet .Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu, hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris.Dahulu permainan itu dipanggil commock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England. Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon

ditubuhkan. Pada tahun 1886 pula, Persatuan Hoki British(B.ELA.) telah ditubuhkan dengan Prince of Wales pada masa itu(bakal raja King Edward VII) sebagai presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci dan standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawanan-perlawanan. Tidak lama selepas itu, negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturanperaturan yang telah disusun oleh B.H.A. dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England dengan Ireland telah diadakan.

Kawasan permainan hoki


Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuk segi empat bujur dengan 100 ela panjang dan 60 ela lebar.Garisan-garisan panjang dikenali sebagai garisan belakang atau garisan gol kerana pintu gol diletakkan di atas garisan-garisan tersebut.

Dengan merujuk gambar rajah 1.0, dapat diperhatikan bahawa padang hoki dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah dan setiap bahagian itu dibahagikan kepada dua oleh garisan 25 ela. Jadi, padang telah dibahagikan kepada empat sukuan.

Di atas kedua-dua garisan gol, garisan 25 ela dan garisan tengah, terdapat tanda-tanda yang dilukis 5 ela daripada luar garisan tepi di kedua-dua belah padang. Tanda-tanda ini adalah 2 ela panjang.

Di samping itu, terdapat juga satu tanda di atas padang untuk menunjukkan 16 ela daripada garisan gol. Tanda ini berukuran 12 inci dan terdapat di dalam padang permainan pada setiap garisan tepi dan selari dengan garisan belakang. 16 ela ini diukur dari bahagian dalam garisan belakang.

Di atas garisan belakang terdapat tanda-tanda khas yang digunakan untuk sudut-sudut penalti. Tanda-tanda ini panjangnya 12 inci bermula daripada garisan belakang ke dalam kawasan bermain. Tanda-tanda ini diletakkan 5 ela dan 10 ela di luar tepi tiang gol yang dekat sekali, di kedua-dua belah gol.

Satu titik untuk strok penalti ditandakan di depan setiap pintu gol. Titik tersebut mempunyai diameter 6 inci dan 7 ela jauh daripada garisan pintu gol.

1.0 padang hoki

You might also like