You are on page 1of 15

KAEDAH AMALI

DISEDIAKAN OLEH : FIRDAUSSI HASHIM KLEYNTON RANTAI LAI LEE LU LING KUOK LIK RICHMA RICHARD PISMP MATEMATIK AMBILAN JAN 2012

DEFINISI
Kaedah amali juga dikenali sebagai kaedah bengkel. Menurut Zol Azlan (2000), kaedah amali boleh didefinisikan sebagai seorang, sepasang ataupun sekumpulan kecil pelajar dibekalkan dengan alatan untuk menjalankan kerja amali.

Menerusi kaedah pengajaran ini, pelajar berpeluang untuk mengendalikan alatan di dalam bengkel sambil membuat tafsiran sendiri.
Kaedah amali merupakan kaedah yang paling praktikal apabila digunakan dan dapat membantu pelajar secara langsung dalam proses pembelajaran di dalam bengkel. Guru yang menggunakan kaedah ini, bertindak sebagai fasilitator, pelajar akan menjalankan kerjakerja amali manakala guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati dan juga membimbing.

CONTOH DALAM P&P MATEMATIK


Hasil Pembelajaran: Menghuraikan ciri sebuah kubus. Prosedur: Guru membahagikan murid secara berpasangan. Murid dibekalkan dengan bungkah kubus, gunting dan gam. Murid menghasilkan model kubus. Murid mengenal ciri-ciri sebuah kubus iaitu mempunyai 8 bucu, 12 sisi, dan 6 permukaan segi empat sama melalui kerja amali yang dilaksanakan secara berpasangan.

KELEBIHAN
mengesahkan sesuatu konsep/teori. melatih guru menguasai penggunaan alatan bengkel. memupuk semangat kerjasama antara pelajar. pembelajaran melalui pengalaman. melatih murid mematuhi arahan dengan betul. pelajar melakukan amali, memerhati & membuat kesimpulan. pelajar belajar mengendalikan alatan, membuat pemikiran dan tafsiran sendiri.

KELEMAHAN
perlaksanaan amali memerlukan perbelanjaan yang banyak. kaedah amali tidak berkesan jika pelaksanaan amali gagal/tertangguh. suatu pembaziran masa sekiranya pelajar adalah pekerja yang tidak mahir. tiada jaminan bahawa pelajar akan berfikir secara kreatif melalui kerja amali.

PENYEDIAAN
buat semakan pada langkah dalam kaedah amali dan bina arahan bagi pelaksanaan amali secara tepat dan mudah difahami.

pastikan tiada langkah penting tertinggal.


menunjukkan langkah asas. dan menekankan setiap

SET INDUKSI
menulis tajuk amali pada papan tulis atau mengedarkan helaian amali kepada pelajar. penerangan ringkas yang jelas, padat dan tepat kepada pelajar. menerangkan teori-teori penting berkaitan amali. dan langkah-langkah

perlu penerangan langkah keselamatan. memastikan bahawa pelajar faham apa yang dilakukan.

PELAKSANAAN
Semasa kaedah amali dilaksanakan pengajar bertanggungjawab penuh ke atas keselamatan pelajar iaitu sebelum amali dilaksanakan, semasa dan selepas dilaksanakan.

SEBELUM
merancang dan menyediakan kertas uji kaji atau modul kemahiran mengikut kurikulum yang ditetapkan untuk panduan pelajar.
menjadualkan uji kaji atau kemahiran. menyediakan belajar. selengkapnya keperluan

SEMASA
merekodkan kehadiran pelajar. memberi penerangan kepada pelajar mengenai tujuan, prosedur, dan bentuk uji kaji yang dijalankan. memastikan pelajar sentiasa dalam keadaan selamat semasa menjalani uji kaji. memastikan para pelajar mematuhi arahan dan prosedur.

SELEPAS
Memastikan pelajar menyemak peralatan selepas digunakan. memastikan peralatan dibersihkan, dikemas dan disusun semula oleh pelajar. menyelia pelajar.

KESIMPULAN
kaedah amali merupakan kaedah yang paling praktikal digunakan dan dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran bengkel. kerja amali memerlukan banyak tunjuk ajar daripada guru sebelum pelajar menjalankannya sendiri.

persediaan guru berkaitan kaedah amali dapat melancarkan proses pengajaran di bengkel. langkah-langkah keselamatan amat diambil berat dalam proses p&p di bengkel.

SEKIAN. TERIMA KASIH.

You might also like