You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SENANGAN 13050 BUTTERWORTH, PULAU PINANG.

Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual Kali Kedua Sesi 2013

Tarikh : 13 Mei 2013 Masa : 1.05 petang Tempat : Kelas 1 Pintar Kehadiran :1. Pn. Faraidah bt Shariff (Pengerusi) 2. Pn. Nurani bt Yusuf (Setiausaha) 3. Pn. Farihah bt Abd. Aziz (GPK1) 4. Pn. Jamaliah bt Karim (GPK2) 5. Pn. Jasmin bt Saleh 6. Pn. Nadzirah bt Mohd 7. Pn. Nor Iliana bt Che Isa 8. Pn. Saudah bt Abdul Ghani 9. Pn. Shahariza bt Desa 10. Pn. Shanti a/p Renganathan 11. Pn. Siti Zaharah bt Zaid 12. Pn. Zaimah bt Idris 13. Cik Zaini bt Zainol 14. En. Mohd Yusof b. Abu Bakar

Butiran Agenda Mesyuarat 1. Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua guru yang sudi hadir dalam mesyuarat kali kedua ini.

Tindakan : Pengerusi

2. Membentang dan Mengesah Minit Mesyuarat yang Lalu. 2.1 2.2 2.3 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Cadangan disahkan oleh Pn. Jasmin Cadangan disokong oleh Pn. Iliana

Tindakan: Setiausaha

3. Perkara Berbangkit 3.1 Bagi Rancangan Tahunan Tahun 3, guru boleh merujuk buku panduan mengajar dan buku standard kukurikulum.

Tindakan : Guru Pendidikan Seni Tahun 3

3.2

Perkara 5.1 3.2.1 3.2.2 Sudut pameran disetiap kelas diteruskan. Pertandingan kraftangan daripada bahan-bahan terbuang akan dijalankan kepada murid tahun 6 selepas UPSR.

Tindakan : Guru Pendidikan Seni.

4. Pelan Strategik 4.1 Pertandingan mewarna dan lukisan untuk murid Tahun 1 hingga Tahun 6 akan dijalankan pada bulan Oktober. Aktiviti ini akan digabungkan bersama Panitia Pusat Sumber, Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Kajian Tempatan. Mini pameran untuk murid Tahap 2 akan diadakan pada bulan Oktober selama 2 hari , bertempat di dewan tertutup sekolah.

4.2

Tindakan : Semua guru.

5. Aktiviti Panitia hingga Mei 2013 5.1 5.2 20 Mac 2013 Pertandingan mewarna untuk Tahap 1 dan 2 sempena Karnival Bahasa. 11 Januari 2013 hingga 15 Februari 2013 - Melukis tentang alam sekitar oleh agensi luar. Tema : Dari Mana Datang Air Anjuran :Bayer.Co (Malaysia Sdn.Bhd) dan United Nation Environment Programme (UNEP) 5.3 1 Mac 2013 hingga 15 Mei 2013-05-20 5.4 Pertandingan melukis dan mewarna Tajuk : Impian Anda Anjuran Great East Assurance (M) Sdn. Bhd.

Tarikh penyertaan diterima : 13 Mei 2013 Tarikh tutup : 31 Mei 2013 Peraduan Kalendar Sedunia 2014 untuk murid Tahun 1 melukis dan mewarna . Tema : Senyum Ceria Saya Anjuran : Colgate Palmolive Marketing Sdn. Bhd.

Tindakan : Semua Guru.

6. Kewangan 6.1 6.2 6.3 Peruntukan tahun 2013 ialah RM2623.59. Jumlah wang tersebut dicampur dengan duit baki tahun 2012. PCG tahun 2012 selepas ditolak 15% ialah RM2230.07 untuk perbelanjaan bagi tahun 2013. Sebanyak RM1692.80 telah dibelanjakan sehingga Mei 2013 dengan baki RM537.27 Tindakan : Pengerusi. 7. Cara menulis ringkasan mengajar. 7.1 Sila rujuk lampiran yang disediakan. Tindakan : Semua Guru 8. Hal- hal lain 8.1 Barangan tambahan yang dipesan ialah kertas warna, manic dan tempera paste (warna air). Tindakan : Pengerusi Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.10 petang.

Disediakan oleh, ------------------------------(NURANI BT YUSOF) Setiausaha, Panitia Seni Visual.

Disahkan oleh, -------------------------------(FARAIDAH BT SHARIFF) Pengerusi, Panitia Seni Visual.

You might also like