You are on page 1of 26

Topik

3
1. 2. 3. 4. 5. Membincangkan boleh dibentuk;

Tanggungjawa b dan Peranan Guru

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Menjelaskan konsep akauntabiliti seorang guru; bagaimana iklim sekolah yang positif

Memberikan cadangan penyelesaian masalah untuk kes tingkah laku pelajar yang disenaraikan; Mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru untuk menjadi role model kepada pelajar; dan Menghuraikan peranan guru sebagai motivator, pemudah cara dan pembimbing.

PENGENALAN
Sekarang kita akan memasuki Topik 3 bagi modul Perkembangan Profesionalisme Kegurua n. Sekolah diwujudkan dengan autoriti untuk meletakkan standard dan kriteria tertentu di dalam pentadbiran pelajar demi mencapai kejayaan. Ini menjadikan peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran sekolah yang selesa dan kondusif untuk belajar hinggalah kepada mendidik pelajar menjadi anggota masyarakat yang berjaya dan berguna di masa hadapan.

TOPIK 3

TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

59
Sebagai penyampai ilmu dan kemahiran, guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang terkini. Ledakan ilmu yang berlaku hari ini begitu mencabar para guru. Jika guru tidak mengambil peluang yang ada, iaitu dengan melengkapkan diri dengan perkembangan terbaharu, pasti para guru akan ketinggalan zaman. Pelbagai peningkatan berlaku bukan sahaja dari segi ilmu tetapi juga media untuk menimba ilmu. Perkembangan sains dan teknologi menuntut para guru menguasai ilmu teknologi maklumat. Kemahiran menggunakan komputer, mencari maklumat baru menerusi internet dan seumpamanya adalah kemahiran yang wajib dikuasai oleh setiap orang guru. Guru juga berperanan sebagai pemberi galakan kepada pelajar untuk mencapai kejayaan di dalam hidup dan menjadi kaunselor bila pelajar menghadapi masalah. Apabila masa untuk meninggalkan alam persekolahan hampir tiba, guru memberikan pandangan dan pendapat kepada pelajar mereka dalam membantu pelajar memilih kerjaya yang sesuai dengan pencapaian dan potensi mereka. Sebahagian pelajar menganggap guru sebagai ibu bapa kedua mereka. Topik ini terbahagi kepada tiga unit iaitu akauntabiliti seorang guru yang dijelaskan dari segi prihatin dan jati diri, guru pembentuk iklim dan budaya sekolah iaitu sebagai role model, kepimpinan melalui teladan dan proaktif. Turut dibincangkan di dalam topik ini ialah peranan guru sebagai motivator, pemudah cara dan pembimbing. Mari kita pelajari dengan lebih mendalam tentang tajuk ini.

3.1

AKAUNTABILITI SEORANG GURU

Apakah yang dimaksudkan dengan akauntabiliti? Akauntabiliti ialah tanggungjawab seseorang terhadap tugas yang diamanahkan kepadanya. Seseorang guru perlu bertanggungjawab untuk tugas yang diberikan dan bersedia menghadapi sebarang implikasi sebarang keputusan yang diambil. Guru bertanggungjawab terhadap diri sendiri, pelajar dan profesion. Jadual 3.1 menunjukkan jenis-jenis akauntabiliti guru terhadap pelajar.

Jadual 3.1: Jenis-jenis Akauntabiliti Guru terhadap Pelajar Jenis Akauntabiliti Prestasi pelajar Peneranga n Keupayaan kognitif; Tumpuan latihan; Pengalaman; dan Kandungan pengetahuan. Keselamatan pelajar Keselamatan mereka misalnya semasa lawatan sambil belajar: Bermula dari menaiki bas; Semasa lawatan berlangsung; dan Pada peringkat akhir lawatan sehinggalah anda menyerahkan semula pelajar kepada ibu bapa mereka. Keselamatan pelajar dalam kelas Tidak boleh meninggalkan kelas sesuka hati tanpa pengawalan guru ganti; Keselamatan pelajar dari didera oleh guru; dan Keselamatan pelajar dari dibuli oleh rakan sekolah dan sesiapa pun semasa berada di kawasan sekolah. Meninjau permasalahan di dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p); Mencuba sesuatu strategi untuk menyelesaikan masalah p&p; Meninjau kelemahan dan kekuatan; dan Mencadangkan penambahbaikan.

Penyelidikan yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran

Bagaimanakah akauntabiliti seseorang guru dinilai? seseorang guru dinilai dengan cara-cara berikut: (a) awal; (b) dan Melalui intervensi Penilaian rakan sejawat;

Akauntabiliti

(c) Mengiktiraf guru contoh (mentor atau guru pembimbing). Guru yang enggan berubah ke arah sikap yang positif sama ada tidak mahu membuat persediaan sebelum mengajar, burn out atau pun kurang berminat dengan profesion perguruan disarankan meninggalkan profesion ini. Guru-guru beginilah yang akan menyumbang ke arah kegagalan pelajar.

3.1.1

Prihatin

Setiap guru perlu sentiasa prihatin dalam menjalankan tugas sama ada di dalam atau pun di luar bilik darjah. Semasa mengajar sentiasa memerhatikan pelajar sama ada mereka melibatkan diri secara aktif atau tidak. Semasa mengajar guru bukan sahaja memastikan sukatan pelajaran dapat dihabiskan mengikut perancangan tetapi juga memastikan pelajar-pelajar memberikan tumpuan dan terlibat sepenuhnya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu menjadi tanggungjawab guru memberikan perhatian ke atas aspek ini. Kadang kala pelajar-pelajar mengambil kesempatan atas kealpaan guru terutamanya semasa aktiviti kumpulan. Pelajar yang kurang berminat dengan tugasan yang diberi oleh guru tidak akan melibatkan diri secara aktif. Mereka mungkin akan duduk bersama dengan ahli lain sebagaimana yang diarahkan oleh guru tetapi sebagai peserta pasif, tidak memberikan apa-apa sumbangan. Guru harus mengambil inisiatif mempertimbangkan semula kemungkinan. aktiviti yang dirancang kurang menarik, aras pengajaran terlalu tinggi atau terlalu rendah ataupun mungkin pelajar berkenaan tidak selesa berada di dalam kumpulan yang ditetapkan untuknya. Guru harus sentiasa prihatin terhadap:

(a)

Perubahan Tingkah Laku Pelajar (Sila lakukan Aktiviti 3.1).

AKTIVITI 3.1
Lihat contoh-contoh di bawah: 1. Zaid, seorang murid kelas anda telah menjadi agak pendiam, tidak mahu lagi ke kantin bersama anda seperti sebelumnya.

2. Tiba-tiba sahaja Hani mula menjadi tumpuan pelajar lelaki di kelas. Perubahan ketara pada susuk badannya, dan dia juga kelihatan mula bersolek dan memakai pakaian yang agak seksi semasa aktiviti kokurikulum. 3. Ketua kelas anda Aman, kelihatan semakin kurus, selalu lambat ke sekolah. Kadang-kadang Aman hilang semasa kelas berlangsung, alasannya ke tandas. Matanya juga kelihatan merah dan perangainya menjadi pemarah.

Sebagai seorang guru, jika anda berhadapan dengan masalah pelajar seperti di atas, apakah yang akan anda lakukan? Bincangkan masalah ini secara berpasangan. Gunakan Borang Grafik di bawah untuk menjelaskan cadangan tindakan itu dan bentangkan di dalam kelas anda.
Masalah 1. Masalah Pelajar Cadangan Tindakan

2.

3.

(b)

Prihatin terhadap Cara Guru Berpakaian Guru perlu berpakaian mengikut kesesuaian masa, tujuan dan tempat. Cara pemakaian guru sering menjadi tumpuan pelajar terutamanya pelajar yang sedang meningkat remaja. Pakaian guru perempuan tentu akan diminati oleh pelajar perempuan. Walau bagaimanapun pakaian yang ketat, jarang dan agak keterlaluan fesyennya pula akan diminati oleh pelajar lelaki. Jadi pakaian yang bagaimanakah yang sesuai supaya tidak mengganggu tumpuan pelajar terhadap pelajaran? Mari kita sama-sama fikirkan . Prihatin terhadap Pencapaian Objektif Pengajaran Sebelum memulakan pengajaran, guru akan merancang objektif yang akan dicapai. Objektif yang dirancang perlu realistik dan bersesuaian dengan aras pencapaian pelajar. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru perlu prihatin terhadap tingkah laku pelajar. Perubahan tingkah laku sepatutnya berlaku, daripada tidak tahu kepada tahu. Jika tidak tercapai cari puncanya sama ada faktor guru, faktor murid, faktor persekitaran dan sebagainya. Cari jalan penyelesaiannya. Jadi, untuk masa akan datang, objektif itu perlu direndahkan arasnya. Guru juga boleh mengubah strategi pengajaran untuk mendapatkan penglibatan pelajar secara penuh. Prihatin terhadap Keperluan Pelajar dan Perbezaan Individu Keperluan ditakrifkan sebagai suatu kekurangan yang perlu dipenuhi atau dikehendaki oleh seseorang individu agar dia dapat berfungsi dengan berkesan. Semua keperluan ini diperlukan oleh manusia untuk

(c)

(d)

berfungsi di samping menstabilkan emosi dan hidup dengan lebih berkeyakinan. Pernahkah anda temui pelajar yang selalu menjerit-jerit meminta guru menyelesaikan masalahnya? Selalu mengadu kesalahan pelajar lain kepada guru; kelihatan mengada-ngada di mata pelajar lain? Tahukah anda mengapa keadaan ini berlaku? Pelajar ini sebenarnya memerlukan perhatian, perlukan kasih sayang yang mungkin tidak diperoleh di rumah atau pun sudah terbiasa diberi perhatian yang berlebihan. Mengikut Abraham Maslow (1970), keperluan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu keperluan fisiologi dan keperluan psikologi. Ini ditunjukkan dalam rajah hierarki Maslow (rujuk Rajah 3.1):

Rajah 3.1: Hierarki Maslow

Menurut Maslow, manusia sentiasa berusaha memenuhi keperluan diri yang meliputi keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan kendiri. Setelah semua keperluan fisiologi diperoleh barulah manusia mula mengejar keperluan psikologi seperti keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri, kesempurnaan kendiri, keperluan mengetahui dan estetik. Sekarang, anda tentu dapat menjangkakan mengapakah seseorang pelajar di dalam kelas anda bertingkah laku sedemikian rupa. (e) Prihatin terhadap Latar Belakang Pelajar Latar belakang pelajar adalah amat penting bagi setiap guru. Untuk mengelakkan daripada memberikan layanan yang tidak adil, anda perlu tahu latar belakang mereka. Dapatkah anda bandingkan pelajar-pelajar dari kumpulan yang berbeza seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.2?
Jadual 3.2: Perbandingan antara Pelajar Tingkah laku seorang pelajar yang datang daripada sebuah keluarga miskin dan berpecah belah Pelajar yang bermasalah kesihatan Pelajar yang introvert Pelajar yang bermasalah pembelajaran Tingkah laku pelajar yang datang daripada keluarga kaya dan bahagia Pelajar yang sihat dan cerdas Berbanding Pelajar yang ekstrovert Pelajar yang pintar cerdas

Pelajar istimewa

Pelajar yang sempurna

AKTIVITI 3.2
Pernahkah anda menyesali tindakan anda terhadap seseorang? Mengapa? Apakah yang sepatutnya anda lakukan? Bincang dengan kawan anda. (f) Prihatin terhadap Tahap Pencapaian Pelajar yang Pelbagai Di dalam sebuah kelas yang mengandungi pelajar daripada pelbagai kecerdasan tentulah menuntut keprihatinan guru yang lebih untuk menyesuaikan p&p dengan kepelbagaian itu. Kita sering kali mendengar bagaimana seorang pelajar yang pintar walaupun belum memasuki alam persekolahan secara formal enggan belajar bersama rakan sekelas, mengganggu rakan-rakan yang lain dan lebih dahsyat lagi tidak mahu ke sekolah. Mengapa keadaan ini berlaku? Jika guru prihatin dengan masalah pelajar pintar cerdas ini, beliau akan menyediakan aktiviti yang khusus dan lebih mencabar untuknya. Ini akan dapat menarik perhatian pelajar tersebut dan mengelakkan rasa jemu untuk belajar di kelas berkenaan.

3.1.2

Jati Diri

Apakah yang dimaksudkan dengan jati diri? Jati diri bermaksud manusia sempurna yang mempunyai keseimbangan antara fikiran, rohani dan jasmaninya.

Sabda Rasulullah S.A.W., ..sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging, jika ia baik, maka seluruh jasad akan menjadi baik. Sebaliknya jika ia rosak, seluruh jasad akan menjadi rosak.
Konsep jati diri adalah seorang individu yang mempunyai ketakwaan yang tinggi terhadap agama, sentiasa patuh kepada perintah Allah dan melaksanakan sunnah Rasul. Seorang yang ada jati diri akan mengamalkan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Individu itu sentiasa mendengar seruan Tuhan bukan seruan syaitan. Seseorang yang mempunyai jati diri akan merasa bangga dengan keturunannya, dengan negaranya, akan terus berusaha menyumbangkan buah fikiran dan tenaga untuk memajukan diri demi diri, keluarga, bangsa dan negara.

Cara-cara meningkatkan jati diri adalah seperti berikut: (a) (b) (d) (e) (g) dan Percaya kepada kekuasaan Tuhan; Mengelakkan diri daripada cepat berputus asa, sentiasa ingin Mempunyai keyakinan diri yang tinggi; Tabah dan sabar menghadapi cabaran hidup; Membina semangat juang dan daya saing Membentuk disiplin diri; Mendidik dan melatih diri supaya sentiasa berusaha dan berikhtiar;

mencuba; (c)

yang tinggi; (f)

(h) Menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan keji dan antisosial.

AKTIVITI 3.3
Bincangkan di dalam kumpulan: Rujuk Lampiran 1 (a) K1 & 2: Kualiti Guru Bagaimana membina jati diri untuk menjadi seorang yang dedikasi; Kualiti role model; Menghargai masa; dan Kepuasan bekerja. (b) K 3 & 4: Komitmen dan Akauntabiliti Guru Spesifikasi akauntabiliti; Keterampilan watak; Kemahiran yang dikuasai; Kenal pasti sahsiah yang menyokong kepada komitmen dan akauntabiliti; dan Bagaimana melahirkan komitmen terhadap tugas.

(c)

K5 & 6: Guru Tegas dan Penyayang Huraikan konsep; Contoh-contoh; Kekuatan dan kelemahan; Implikasi tegas dan penyayang; dan Reka situasi lain yang menunjukkan tegas dan

penyayang. (d)

K 7 & 8: Guru Sebagai Pakar Rujuk

Kenal pasti bidang rujukan; Sahsiah diri; Kriteria pakar rujuk; dan Penghormatan masyarakat.

3.2

GURU PEMBENTUK IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH YANG BAIK

Iklim dan budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, amalan keselamatan dan struktur organisasi sekolah yang membolehkan sekolah berfungsi dan bertindak dengan cara-cara yang telah ditentukan. Terdapat sekolah-sekolah yang mengamalkan persekitaran yang penuh kasih sayang dengan mengambil berat kebajikan pelajar dan melayan mereka sebagai individu. Tidak kurang pula sekolah yang begitu autokratik strukturnya, di mana peraturannya sangat ketat dan pengawasan juga sangat tegas. Pentadbiran sekolah termasuklah guru dan kakitangan sekolah seluruhnya, bertanggungjawab di dalam menyediakan iklim sekolah yang harmoni, selesa, selamat, mesra dan riang untuk menjadikan semua warganya merasa bangga bekerja atau belajar di sekolah berkenaan. Moos (1979) memberikan definisi iklim sekolah sebagai ... social atmosphere of a setting or learning enviroment in which students have different experiences, depending upon the protocols set up by teachers and administrators.

Iklim sekolah memainkan peranan melahirkan pelajar yang berketerampilan, berakhlak mulia, seimbang dari segi rohani, jasmani dan emosi serta naturalis. Iklim sekolah merangkumi aspekaspek: (a) (b) (c) (d) Sosial; Budaya ilmu; dan Penguasaan bahasa di sekolah. Fizikal;

Lihat Jadual 3.3 untuk pemahaman lanjut.


Jadual 3.3: Aspek-aspek di dalam Iklim Sekolah Iklim Sekolah Meliputi: Kebersihan: Persekitaran yang bersih (contoh, bilik darjah, tandas dan lain-lain). Kelengkapan: Kipas yang cukup, kantin, makmal, komputer, pusat sumber, OHP, dan lain-lain. Keselamatan (bangunan Pelajar dan guru selamat. yang kukuh):

1.

Aspek fizikal sekolah

2.

Aspek sosial

Keselesaan: Kondusif, ruang yang cukup luas, kerusi meja dalam berkeadaan baik, susun atur yang baik, peredaran udara. Keselamatan: Suasana tenteram dari ancaman luar, buli, dera. Hubungan mesra, hormat-menghormati, bekerjasama, kekitaan, riang, adil.

3. Aspek budaya ilmu 4. Aspek penguasaan bahasa di

Bersemangat untuk belajar. Dorongan/motivasi yang berterusan. Penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Bagaimana pentadbir boleh mewujudkan iklim sekolah yang positif? Mari kita lihat di bawah.
(a) (b) Hubungan baik antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan kakitangan lain; Wujudkan perasaan bersatu padu di kalangan warga Hormat dan tunjukkan sifat mengambil

sekolah; (c) (d) (e) (f) (g) (i) (j) (k) (l) (m) (n) (p)

tahu kepada pelajar; Raikan kejayaan pelajar. Cuba libatkan pihak media dalam keraian itu; Ajar cara mengelakkan masalah keganasan di kalangan pelajar dan menangani konflik; Bangkitkan rasa empati di kalangan pelajar; Kuatkuasakan melalui contoh yang anda menghargai Tunjukkan rasa hormat terhadap semua staf dan pelajar; Sentiasa menghubungi pihak ibu bapa dan dapatkan penyertaan mereka di dalam aktiviti sekolah dan perkembangan pelajar; Kekalkan pengurusan bilik darjah yang berkesan; Libatkan pelajar di dalam mewujudkan iklim sekolah yang positif; Sediakan peraturan yang jelas dilaksanakan secara konsisten; dan konsekuennya

kepelbagaian; (h) Sikap yang positif terhadap guru dan pelajar;

Laksanakan program membanteras keganasan di sekolah untuk Bimbing pelajar bermasalah secara individu; Amalkan bimbingan rakan Beri perhatian kepada

semua pelajar; (o) sebaya; (q) masalah buli; (r) (s) (t)

Beri perhatian kepada masalah ponteng sekolah; Sediakan pengawas di ruang legar, kantin, tandas dan seumpamanya; Pastikan pelajar melibatkan diri di dalam aktiviti sekolah yang Timbulkan perasaan bangga terhadap sekolah; dan

mencabar; (u) (v)

Bentukkan sistem rakan baik/buddy system untuk membantu pelajar yang lembam.

3.2.1

Budaya Sekolah

Walaupun sesuatu budaya sekolah boleh bertukar ganti peranannya, namun kita boleh katakan bahawa iklim sekolah lebih merujuk kepada bagaimana sekolah boleh memberi kesan ke atas pelajar. Manakala budaya sekolah pula lebih kepada cara guru dan kakitangan sekolah yang lain bekerjasama. Jon Saphier dan Matthew King, dalam Good Seeds Grow in Strong Cultures, Educational Leadership, (Mac 1985, ms 67-74) menjelaskan 12 norma budaya sekolah iaitu: (a) Kekitaan; (b) Pengalaman; (c) tinggi; (d) Jangkaan yang Kepercayaan dan Sokongan

keyakinan; (e) tangibel; (f) ilmu; (g) berat; (h)

Berasaskan Penghargaan dan mengambil Kasih sayang, meraikan dan unsur Terlibat di dalam membuat

kecindan; (i) keputusan; (j)

Kawalan ke atas perkara-perkara yang Tradisi; dan

penting; (k)

(l) Jujur dan mengamalkan komunikasi terbuka. Budaya sekolah merangkumi aspek-aspek seperti budaya: (a) (b) Kerja; (c) Komunikasi; (d) dan Bilik darjah; Ilmu;

(e) Kepimpinan.

Pada peringkat sekolah, mewujudkan budaya yang positif boleh dilaksanakan melalui cara-cara berikut: (a) (c) (d) (e) Semua menekankan kepentingan Kepimpinan yang kuat; Kurikulum berasaskan matlamat dan objektif yang jelas; Jangkaan yang tinggi terhadap kualiti pengajaran; Insentif dan ganjaran diberikan untuk memotivasikan Ibu bapa sering dijemput untuk turut sama

belajar; (b)

pelajar; (f) terlibat;

(g) Pentadbir dan guru berusaha secara berterusan untuk menjadikan proses p&p berkesan; dan (h) Suasana yang kondusif untuk belajar.

3.2.2

Role Model

Bagi pelajar, kita adalah pembimbing, kaunselor dan rakan sejati mereka. Sebagai guru, kita boleh menjadi role model kepada pelajarpelajar melalui: (a) (b) Pencapaian akademik: pembelajaran sepanjang hayat, berilmu; Banyak pembacaan, banyak pengalaman, menjadi Lebih daripada itu guru menjadi idola

sumber rujukan; (c) pelajar; (d) (e)

Tingkah laku: Menepati masa, tegas, konsisten, adil; Cara berpakaian: Sopan, sesuai dengan masa dan Sosial: Batas-batas pergaulan, mesra,

situasi, kemas; (f) (g)

sopan, menjaga adab; Hubungan sesama rakan sejawat/pelajar Mempunyai kemahiran profesional; (h) (i)

interpersonal yang tinggi; dan Cara mengajar: Menarik, mudah didekati, mudah difahami serta mengandungi unsur-unsur kecindan.

3.2.3

Kepimpinan Melalui Teladan

Kita sering kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya bertindak mengikut lunas yang betul, mempamerkan tingkah laku yang diterima oleh masyarakat, terus belajar untuk menambahkan ilmu dan sebagainya. Sebagai guru pula, sejauh manakah kita mempraktikkannya? Guru yang mempunyai ciri-ciri sebagai role model akan disukai oleh pelajar. Bermula daripada cara berpakaian, bertutur kata hinggalah kepada cara guru itu bertindak akan diperhatikan oleh pelajarpelajarnya. Apa yang difikirkan baik untuk mereka akan menjadi ikutan. Guru yang pandai bercakap, pandai memberikan motivasi kepada pelajar untuk berjaya dan di masa yang sama beliau sendiri sedang berusaha meningkatkan tahap profesionalismenya melalui pembelajaran jarak jauh tentulah akan dikagumi oleh pelajar.

3.2.4

Proaktif

Bertindak mengikut keperluan tanpa perlu menunggu arahan. Guru yang proaktif sentiasa memandang jauh ke hadapan dan bersikap optimis terhadap pelajarnya. Rajah 3.2 menunjukkan ciri-ciri proaktif yang harus ada pada guru.

Rajah 3.2: Ciri-ciri proaktif yang harus ada pada guru

3.3
3.3.1

PERANAN GURU
Motivator
Motivasi sangat penting di dalam kelas untuk membolehkan semua tugasan diselesaikan dengan jayanya. Motivasi ialah sesuatu yang memberi dorongan, kekuatan, tenaga untuk mengarah, mempertahankan idealisme dan rantaian usaha untuk mencapai sesuatu matlamat. Jadi, peranan kita sebagai guru di sini adalah sebagai motivator yang boleh menggerakkan pelajar kita berusaha ke arah mencapai kejayaan yang diingini.

Motivator berperanan sebagai penggerak keperluan yang ada pada setiap pelajar untuk belajar dan terlibat secara aktif di dalam p&p di bilik darjah.
You can lead a horse to water, but you cant make him drink. Sejauhmana gigihnya seorang guru memberikan dorongan dan galakan namun jika pelajar itu sendiri masih dengan sikap tidak mahu berubah, usaha seseorang guru itu akan gagal juga.

3.3.2 Cara

Pemudah

Apakah yang anda tahu tentang pemudah cara atau fasilitator? Pemudah cara ialah seseorang yang membimbing, menggerakkan individu lain atau kumpulan dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan di dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Berikut adalah apa yang dibuat oleh seorang pemudah cara: (a) Memberikan arahan yang jelas;

(b) Mewujudkan hubungan secara kolaboratif dengan peserta atau pelajar; (c) Membantu membina dan mengekalkan suasana pembelajaran yang terbuka, semua pelajar boleh memberikan pendapat dan kepelbagaian pandangan dihormati;

(d) Menjamin semua pelajar merasakan diri dilibatkan dan boleh mengambil bahagian; (e) Memotivasikan pelajar memperoleh pencapaian yang baik; (f) Menyediakan pembelajaran yang berstruktur yang memasukkan latar, masa pemerhatian, set induksi dan penutup di samping mematuhinya;

(g) Memastikan perancangan pengajaran dan pembelajaran dibuat dengan rapi; dan (h) Membantu menjadikan cara proses pembelajaran menjadi lebih yang

berkesan. Pemudah

bukannya

orang

bertanggungjawab menjadikan pembelajaran berlaku. Sebaliknya, pembelajaran adalah tanggungjawab semua ahli kumpulan. Bagaimanapun pelajarlah yang menentukan tajuktajuk yang perlu diberikan penekanan. Pemudah cara tidak semestinya seorang yang pakar di dalam bidang tersebut. Pemudah cara mungkin merancang setiap sesi perbincangan tetapi ahli di dalam kumpulan mungkin mempunyai kepakaran dan pengalaman yang lebih di dalam bidang itu. Tahukah anda, pemudah cara tidak menguasai perbincangan tetapi menggalakkan ahli berbincang. Oleh itu mungkin pemudah cara adalah orang yang paling kurang bercakap di dalam sesi itu. Setelah selesai sesi perbincangan siapakah yang selalunya mengemaskan semua peralatan? Sebenarnya ini bukanlah tugas pemudah cara tetapi tugas yang perlu dilakukan secara kolaboratif oleh semua ahli.

Rajah 3.3 menunjukkan ciri-ciri seorang pemudah cara yang baik.

Rajah 3.3: Ciri-ciri pemudah cara yang baik

3.3.3

Pembimbing

Sebagai guru, anda sebenarnya adalah pembimbing pelajar anda. Untuk membimbing, pastinya anda perlu menguasai kemahiran yang tinggi dalam aspek yang akan dibimbing. Anda bukan sahaja akan membimbing semasa aktiviti sedang berlangsung tetapi sebelum berlangsung juga pelajar perlu dibimbing untuk membuat persediaan.

Selepas aktiviti selesai, anda akan membimbing pelajar membuat refleksi. Sepatutnya, mereka boleh merenung kembali kekurangan dan kelebihan aktiviti itu, di samping memberikan cadangan penambahbaikan untuk melaksanakan aktiviti itu dengan lebih baik di masa akan datang. Di dalam kelas anda terdapat pelbagai tahap pencapaian pelajar: (a) Pelajar Cerdas Perlukan bimbingan untuk pengayaan supaya perasaan jemu dapat dielakkan; tugasan untuk kumpulan ini perlu lebih mencabar. (b) Pelajar Lemah Perlukan pemulihan untuk memastikan mereka sentiasa berusaha menyiapkan tugasan yang diberi; kumpulan ini memerlukan lebih banyak bimbingan berbanding dengan pelajar cerdas. Bimbingan guru juga diperlukan bagi pelajar yang menghadapi masalah peribadi. Misalnya guru boleh membimbing pelajar menyelesaikan masalah berkaitan dengan keluarga atau masalah mendapatkan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran dan sebagainya. Pelajar yang bermasalah komunikasi juga perlukan bimbingan guru. Pembentukan tingkah laku positif supaya diterima oleh rakan sebaya perlukan bimbingan guru. Murid yang pendiam boleh dibentuk melalui pelbagai latihan supaya lebih berkeyakinan untuk berhubung sekurang-kurangnya dengan rakan sebaya.

Seorang guru mempunyai akauntabiliti terhadap prestasi pelajar, keselamatan pelajar, keselamatan pelajar dalam kelas dan penyelidikan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru berakauntabiliti akan: Memperhatikan tingkah laku pelajar dan memastikan mereka memberi tumpuan dalam pelajar. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dan cuba membantu dia.

Memastikan pakaian adalah sesuai dengan persekitaran dan tidak menjolok mata. Merancang objektif pembelajaran dan memastikan objektif tersebut dicapai. Mengamalkan ciri-ciri jati diri seperti beriman, sentiasa tabah, disiplin diri dan sebagainya. Guru berperanan membentuk iklim dan budaya sekolah dari aspek: Fizikal Kebersihan, keselesaan.

Sosial Keselamatan (ancaman dari luar), hubungan antara pelajar dan guru. Budaya ilmu Dorongan, motivasi kepada pelajar.

Penguasaan bahasa (Melayu, Inggeris). Guru-guru harus melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta menjalinkan hubungan baik dengan pelajar dan rakan sejawat. Guru sebagai motivator memberi dorongan kepada pelajar dan melibatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti sekolah dan luar sekolah. Sebagai pemudah cara guru harus peka terhadap masalahmasalah yang sering dihadapi oleh pelajar dan cuba mencari jalan untuk memudahkan mereka memahami subjek.

Burn out
Ekstrovert Introvert Keperluan fisiologi Keperluan psikologi

Komited Kondusif Mentor Naturali s Optimis

Jawab semua soalan. 1. Senaraikan empat tujuan guru menjalankan penyelidikan tindakan. (i) (ii) (iii) (iv) 2. Bagaimanakah akauntabiliti seseorang guru dinilai? (i) (ii) (iii) (3 markah) 3. Iklim sekolah merangkumi aspek-aspek: (i) (ii) (iii) (iv) (2 markah) 4. Apakah yang dimaksudkan dengan iklim dan budaya sekolah? (2 markah)

(3 markah)

1. Senaraikan lima peranan guru selain daripada pemudah cara. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan pemudah cara? 3.

(2

markah)

(2

markah)

Bagaimanakah caranya seorang guru boleh memainkan peranan sebagai pemudah cara yang baik? (15 markah)

You might also like