You are on page 1of 30

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

TUGASAN 2 1.0 Analisis Kesilapan tatabahasa bagi latihan 1

Kata Sendi

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

Kata sendi ialah kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi bertugas untuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalam ayat. Contoh kata sendi ialah di, ke, dari, pada, kepada, daripada, dalam, akan, bagi, untuk, hingga, sampai, seperti, oleh, dengan, bagai, demi, tentang, sejak, terhadap dan antara.

KATA SENDI di

PENGGUNAANNYA Digunakan untuk tempat. Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa. Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia atau binatang.

AYAT CONTOH 1. Pertandingan itu diadakan di Taiping. 2. Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu.

ke

1. Mereka akan ke Ipoh esok. 2. Din menunggu Siha dari pagi hingga ke petang. 3. Pinggan itu dihempaskannya ke lantai. 4. Cik Bedah ke surau.

dari

Digunakan untuk tempat, arah 1. Bola itu ditendang dari penjuru padang. atau masa. 2. Kami menunggu dari pukul 8.00 pagi. 3. Ely datang dari Kelantan. Digunakan untuk orang, 1. Surat itu saya terima daripada Yatie. perbandingan, asal kejadian, 2. Pensel ini lebih benda abstrak, pertentangan, dan panjang daripada pensel itu. untuk menunjukkan 3. Ukiran itu diperbuat daripada perak. keanggotaan. 4. Kami memperoleh manfaat daripada 5. Yang dikatakannya berbeza daripada yang diamalkan. 6. Kumpulan perompak senjata api itu terdiri daripada enam belas orang anggota.

daripada

Kepada/ Digunakan selepas kata adjektif 1. Devi suka akan rambutan. akan/terhadap yang menyatakan perasaan atau 2. Hanim amat sayang akan/kepada ibunya. sikap. 3. Kita mesti hormat akan/kepada/terhadap ibu bapa.

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

KATA SENDI bagi/untuk

PENGGUNAANNYA Digunakan untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain.

AYAT CONTOH 1. Derma untuk / bagi mangsa banjir sedang dipungut. 2. Hadiah ini untukmu.

pada

Digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda 1. Peah tiba pada pukul lapan malam. abstrak, dan benda konkrit 2. Tiket bas itu ada pada Hanim. 3. Pada pendapat saya, cerita itu benar. tertentu. Digunakan dihadapan jkata nama atau frasa nama yang 1.Rakyat Malaysia mesti membawa maksud tujuan bersatu demi kesejahteraan negara. 2. Demi kepentingan bersama, marilah kita berdamai. Digunakan untuk menyatakan 1. Menteri-menteri itu maknaberkenaan dengan berbincang tentang masalah negara. 1.Pemuda itu berlagak seperti/ umpama/ laksana/bagai orang berada. 2. Suaranya merdu seperti/umpama/ laksana/bagai buluh perindu. 1. Izzat bermain dengan Hazwan. 2 Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya. 3. Nani belajar dengan tekun. 4. Nora menulis dengan pensel.

demi

tentang

seperti/ Digunakan untuk umpama/ membawa laksanabagai maksudperbandingan atau makna persamaan dengan yang lain. dengan Digunakan untuk menyatakan maksudbersama-sama atau serta, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat.

sejak/semenjak Digunakan untuk 1. Milah sentiasa gembira sejak/semenjak membawa maksud penanda suaminya pulang dari perantauan. waktu atau masa. 1. Kuih ini dibuat oleh Nadiah. oleh Digunakan selepas kata kerja pasif yang 2. Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh kataberawalan di- dan terkata ketua mereka. hingga/ Digunakan untuk 1. Anggota-anggota polis sampai menyatakan had masa, berkawal hingga/ sampai larut malam. waktu atau tempat tertentu. 2. Midah belajar hingga/sampai peringkat universiti. dalam/ Digunakan untuk 1. Dalam hal ini, kita semua setuju. antara menyatakan 2. Mereka berbincang antara adik- beradik pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

1.1

Analisis Kesalahan Latihan Kata Sendi Murid keliru dengan penggunaan perkataan kata sendi daripada. Contoh Kasut ibu diperbuat dari kulit ( salah) Kasur ibu diperbuat daripada kulit (betul) Analisis: Kata sendi daripada digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.

Murid menggunakan perkataan kata sendi dari untuk manusia. Contoh: Dia berlari daripada rumah ke kedai. (salah) Dia berlari dari rumah ke kedai. (betul)

Analisis :

Kata sendi dari digunakan dalam hal yang ada hubungan dengan masa, tempat dan arah manakala kata sendi daripada digunakan untuk hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan dan menunjukkan keanggotaan.

Penggunaan kata sendi supaya yang tidak sesuai. Contoh Kita mestilah pandai memilih sahabat supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial. (salah)

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

Kita mestilah pandai memilih sahabat sementara dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial. (betul)

Analisis: Kata sendi sementara digunakan untuk membawa maksud penanda waktu atau masa

Kesalahan dalam penggunaan kata sendi pada atau kepada. Contoh : Orang ramai menyerahkan penjenayah itu pada pihak polis. (salah) Orang ramai menyerahkan penjenayah itu kepada pihak polis. (betul) Analisis: Kata sendi pada digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu. Bagi kata sendi kepada digunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap atau orang.

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

2.0

Analisis Kesilapan dan Pembetulan Ayat dalam Bahasa Melayu

Dalam Bahasa Melayu terdapat enam jenis kesalahan yang biasa dilakukan iaitu : i. Kesalahan ejaan ii. Kesalahan pemilihan kata atau istilah iii. Kesalahan penggunaan imbuhan iv. Kesalahan penggunaan kata v. Kesalahan struktur frasa vi. Kesalahan struktur ayat

Kesalahan Ejaan Kesalahan ejaan timbul apabila sesuatu perkataan dieja tidak mengikut keselarasan vokal dan konsonan yang telah ditetapkan dalam Sistem Ejaan Baru Tulisan Rumi. Kesalahan yang sering berlaku ialah :Aturan 8 pola keselarasan vokal. a i adik, tarik, jelantik, alih, kasih, ketagih a u aduk, datuk, sepanduk, gantung, makmur, e pepet i cerdik, mersik, sembelih, pedih, bersih, detik e pepet u peluk, bentuk, tepung,kembung, gelepur i i itik, didik, selidik, gigih, tindih, selisih i u induk, sibuk, sintuk, tiung, lindung, hibur u i usik, culik, suntik, upih, putih, surih u u untuk, tunjuk, senduduk, junjung, tengkujuh Ejaan Bahasa Melayu dikecualikan daripada aturan keserasian vokal. a e aneh, awet, kaget, pamer, raden, samseng a o calon, lapor, lakon, lancong, perabot e taling e taling gesek, keledek, leher, kelepet, seleweng o e taling sompek, conteng, montel, celoteh, goring

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

Ejaan untuk kata majmuk. Terdapat 15 kata majmuk yang telah mantap mesti dieja rapat iaitu: antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara dan pesuruhjaya. Jika tidak mengunakan imbuhan apitan hendaklah dieja berasingan Contohnya : reka bentuk, lut sinar, gambar rajah, pen mata bulat, topi keledar, kertas kerja. Jika menggunakan imbuhan apitan hendaklah dieja rapat. Contohnya: Mencampuradukkan, penggabungjalinan, menyatupadukan

Ejaan dua konsonan + imbuhan. Penggunaan dua k untuk kata kerja terbitan.

Contohnya :Menunjukkan mencantikkan digesekkan

Penggunaan dua g bagi kata dasar awal g. Contohnya : Penggambaran menggilai penggerak menggadai

Penggunaan imbuhan beR , teR dan peR + kata dasar awal r. Satu r mesti digugurkan. Contohnya : beR + rebut berebut teR + rasa terasa peR + rakus perakus teR + rampas terampas

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

Ejaan Kata Pinjaman e pepet tidak boleh disisipkan antara dua konsonan yang bergugus. Contohnya perkataan bahasa inggeris yang ditukarkan kepada bahasa melayu -Brake brek berek -Clinic klinik kelinik -Drama drama derama -Project projek perojek -Tragedy tragedi terajedi

Bentuk gh bagi pinjaman Arab. Contohnya: ghaib ghairah maghrib

Ejaan huruf gugus konsonan di akhir kata. Bentuk -nce ditukar kepada -ns atau -n. Contohnya : Insurans , ambulans, sains, elaun, lesen, ordinan

Bentuk -rd ditukar kepada rd atau d. Contohnya : Kastard, standard, rekod, kadbod, poskad, wad

Bentuk -rt ditukar kepada -rt atau -rta.

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

Contohnya: Eksport, import , konsert, skirt, carta

Bentuk -rm ditukar kepada -rm atau -rma. Contohnya: Kloroform, platform, firma, norma

Bentuk gugus konsonan akhir seperti -t , -d , -p , atau -b digugurkan digantikan dengan -k , -s , -p , -m atau -f. Contohnya : -ct k : projek, dialek, produk -nt n : akaun, simen, sarjan -st s : pos, Ogos, nasionalis -pt p : konsep, skrip, bankrap -mp m: setem, kem -mb m: bom -nd n: paun, dividen, bon -ft f: lif, overdraf

Kesalahan pemilihan kata atau istilah Kesalahan pemilihan kata /istilah berlaku kerana terdapat perkataan yang digunakan dan ditulis salah mengikut konteks, rujukan, leksikal dan makna. 1. Kesalahan pemilihan kata yang sinonim dan kesinoniman. Sinonim bermaksud dua kata atau lebih yang mempunyai makna yang sama tetapi berlainan bentuknya. Pemilihan sinonim dan kesinoniman dalam ayat mestilah bentul berdasarkan pemilihan konteks, rujukan, leksikal dan makna. Contohnya. Kata bawa Junjung di kepala pikul di bahu

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

Kelek rapat ke dada julang ke atas Galas di belakang badan tatang di tangan Kandar di kedua-dua bahu kepit di ketiak

Kata potong Kerat, hiris, tetas, tetak, cantas, tutuh, cincang, pangkas, tebang, tebas, pancung, racik, cukur, ketam, turis, rincik, siang, sembelih, guntung dll.

2. Kesalahan pemilihan kata homonim dan kehomoniman. Homonim ialah kata yang sama ejaan dan/atau sebutannya tetapi mempunyai makna yang berbeza. Contohnya : perak ( logam ) : perak ( terpinga-pinga ) semak ( kaji ) : semak ( kusut ) perang ( warna ) : perang ( gaduh )

3. Kesalahan pemilihan kata homograf atau pasangan minimal. Homograf atau pasangan minimal ialah kata yang hampir sama sebutannya tetapi ejaan dan maknanya berbeza. Contohnya : golongan ( kumpulan ) : gulungan ( lipatan bulat ) tonton ( tengok, lihat ) : tuntun ( pimpin ) culik ( larikan ) : colek ( usik, sentuh )

4. Kesalahan pemilihan kata polisem. Polisem ialah kata yang sama ejaan dan sebutannya tetapi mempunyai banyak makna (yang berbeza-beza) tetapi berkaitan menurut konteks penggunaannya. Contohnya : Buku : buku 1 sendi buluh / tebu buku 2 kitab

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

buku 3 simpulan bahasa buku 4 anggota badan buku 5 penjodoh bilangan Kepala : kepala 1 orang kepala 2 kumpulan samseng kepala 3 mandur kepala 4 atas kain sarung

5. Kesalahan pemilihan bahasa eufemisme (bahasa halus / sopan ) Eufemisme ialah bahasa halus atau sopan yang digunakan berkaitan dengan kesopanan, adat, tabu atau pantang larang dan sebagainya. Contohnya : Rujukan Umum Bahasa luar Eufemisme mati meninggal dunia mangkat ( untuk sultan/raja) Makan makan santap harimau harimau Pak Belang

Kesalahan Penggunaan Kata Terbitan atau Imbuhan 1. Kesalahan penggunaan proses morforfonemik. Proses morforfornemik ialah proses penggabungan imbuhan + kata dasar yang huruf awalnya p , t , k dan s. Apabila proses ini berlaku huruf awal tersebut digugurkan dan digantikan dengan huruf penyengauan iaitu p m , t n , k ng dan s ny. Contohnya : pe + panah pemanah meN + karang mengarang peN + selam penyelam meN + tahan menahan

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

Terdapat kekecualian, proses ini tidak boleh berlaku untuk semua kata pinjaman. 2. Kesalahan penggunaan imbuhan + kata dasar ekasuku kata. Contohnya : Had menghad , penghad ( mengehad , pengehad ) Syor mengsyor , pengsyor ( mengesyor , pengesyor )

3. Kesalahan penggunaan imbuhan meN---i dan meN---kan. Kedua-dua imbuhan ini hadir dalam ayat yang mengandungi kata kerja transitif. Kesalahan berlaku apabila dalam ayat mengandungi objek tepat dan objek sipi. Contohnya : (a) Pak Osman menghadiahkan Ahmad sebuah basikal (b) Baginda menganugerahkan pahlawan itu bintang kehormatan. (c) Halimah menghidangi sepinggan kuih kepada tetamu itu. (d) Tuhan mencucuri rahmat kepada kami. Ayat (a) salah kerana Ahmad merupakan objek tepat dan sebuah basikal adalah objek sipi. Begitu juga ayat (b). Oleh sebab itu, perkataan menghadiahkan mesti ditukar kepada menghadiahi. Ayat (b) menganugerahkan kepada menganugerahi. Selain itu juga, imbuhan meN----i hanya boleh hadir di depan KN rujukan manusia ( orang ). Ayat (c) salah kerana sepinggan kuih merupakan objek sipi dan tetamu itu adalah objek tepat. Oleh sebab itu perkataan menghidangi mesti ditukar kepada menghidangkan. Ayat (d) mencucuri kepada mencucurkan. Selain itu imbuhan meN-----kan hanya boleh hadir di depan KN rujukan bukan manusia.

4. Kesalahan penggunaan imbuhan memper------ , memper-----kan dan memper----i. (a) Imbuhan memper---- hanya boleh digunakan untuk kata adjektif (sifat) untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya : memperbesar ( menjadikan lebih besar ) memperindah ( bertambah indah )

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

(b) Imbuhan memper----kan hanya boleh digunakan jika perkataan itu berfungsi sebagai :(i) kausatif iaitu menjadikan atau menyebabkan. Contohnya : mempertemukan ( menjadi / menyebabkan bertemu ) mempersatukan ( menjadi / menyebabkan bersatu ) (ii) menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam kata kerja itu. Contohnya : memperlihatkan ( menjadikan orang melihat ) memperdengarkan ( menjadikan orang mendengar ) (c) Imbuhan memper----i tidak lagi produktif. Oleh sebab itu salah atau ayat tidak gramatis jika digunakan. Contohnya : memperolehi sepatutnya memperoleh memperbaiki sepatutnya membaiki mempersetujui sepatutnya menyetujui memperakui sepatutnya memperakukan Kesalahan Penggunaan Kata 1. Kesalahan penggunaan KGN Diri III beliau dengan sewenang-wenangnya. Beliau hanya boleh digunakan untuk rujukan orang yang dihormati seperti ibu, bapa, pemimpin dan sebagainya. Contohnya : Beliau ( Dia )ditangkap oleh polis kerana mencuri semalam. 2. Kesalahan penggunaan KGN Diri III ia dan ianya. KGN Diri ia hanya untuk manusia dan tidak boleh digunakan untuk rujukan kepada benda, konsep dan binatang. Manakala ianya adalah tidak wajar kerana kedua-dua perkataan itu terdiri daripada KGN Diri III. Contohnya : (a). Perabot ini sangat mahal kerana ia diimport dari Itali. ( Perabot ini sangat mahal kerana diimport dari Itali ) (b) Pembunuh itu ditangkap. Ianya akan didakwa di mahkamah esok.

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

( Pembunuh itu ditangkap. Ia akan di dakwa di mahkamah esok)

3. Kesalahan penggunaan KGN Diri III mereka. Contohnya : Mereka-mereka ialah usahawan yang berjaya. KGN Diri iii mereka sudah membawa maksud jamak atau ramai. Oleh itu, tidak wajar mereka digandakan. 4. Kesalahan penggunaan KGN Diri kita dan kami. Contohnya : (a) Kita ingin mengetahui masalah itu dengan lebih mendalam,kata beberapa orang wartawan kepada pegawai tersebut. (b) Perlawanan petang ini penting untuk kami,kata jurulatih itu kepada pelatih-pelatihnya. Perkataan kita membawa maksud semua orang anda dan saya manakala kami bermaksud saya dan dia. Oleh itu kita dalam ayat (a) ditukar kepada kami dan sebaliknya kami dalam ayat (b) ditulis kita. 5. Kesalahan penggunaan kata bilangan. Contohnya : (a) Berbagai jenis makanan terhidang di atas meja. ( Berbagai-bagai / Pelbagai jenis makanan terhidang di atas meja ) (b) Setengah pelajar masih tidak memahami sistem ejaan baru. ( Sesetengah /Setengah-setengah pelajar masih tidak memahami sistem ejaan baru ) (c) Tiap warganegara mesti mendaftarkan diri untuk mengundi. ( Setiap /Tiap-tiap warganegara mesti mendaftarkan diri untuk mengundi) (d) Para-para pelajar harus meningkatkan disiplin mereka. ( Para pelajar harus meningkatkan disiplin mereka )

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

(e) Saya menantinya selama dua setengah jam ( Saya menantinya selama dua jam setengah )

Kata bilangan dalam ayat (a) dan (b) salah kerana berbagai membawa maksud menyerupai dan setengah membawa maksud sebahagian atau separuh. Kata bilangan dalam ayat (c) salah kerana disingkatkan sewenang-wenangnya. Dalam ayat (d) salah kerana para digandakan membawa makna rak dan ayat (e) salah kerana menyalahi hukum DM yang membawa perubahan makna. Misalnya, jika disebut tiga setengah ringgit bermakna satu ringgit setengah (RM1.50) sahaja. Oleh sebab itu ayat yang betul terdapat dalam kurungan.

6. Kesalahan penggunaan penjodoh bilangan. (a) Penjodoh bilangan tidak boleh digandingkan dengan kata nama abstrak. Contohnya : (i) Perpaduan perlu dipupuk dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum. ( Perpaduan perlu dipupuk dalam masyarakat yang berbilang kaum ) (ii) Dia harus bertindak segera untuk mencapai sebuah impian. ( Dia harus bertindak segera untuk mencapai impian ) (b) Penjodoh bilangan tidak boleh digunakan dengan kata bilangan yang tertentu. Contohnya : (i) Sebahagian orang penduduk (ii) Para orang pelajar (iii) Segala ekor binatang (iv) Seluruh buah negeri (v) Setengah-setengah orang peserta. 7. Kesalahan penggunaan kata sendi nama. (a) Kesalahan penggunaan kata dari dan daripada. Contohnya : (i) Dia berjalan kaki daripada Kota Tinggi. ( Dia berjalan kaki dari Kota Tinggi )

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

(ii) Saya menantinya daripada pukul dua petang. ( Saya menantinya dari pukul dua petang ) (iii) Kain itu dibuat dari sutera. ( Kain itu dibuat daripada sutera) (iv) Rumah itu lebih cantik dari rumah ini ( Rumah itu lebih cantik daripada rumah ini ) (v) Surat itu saya terima dari abang ( Surat itu saya terima daripada abang ) (vi) Kumpulan itu terdiri dari 10 orang pelajar. ( Kumpulan itu terdiri daripada 10 orang pelajar ) Kata dari dan daripada mempunyai fungsi tersendiri. Dari berfungsi untuk menunjukkan masa dan tempat manakala daripada digunakan dalam hal-hal yang lebih umum iaitu untuk orang, perbandingan, abstrak, pertentangan, asal kejadian dan untuk menyatakan keanggotaan.

(b) Kesalahan penggunaan kata depan di. Contohnya : (i) Suasana amat tenang di pagi yang permai itu. ( Suasana amat tenang pada pagi yang permai itu ) (ii) Kita harus fasih bertutur di dalam bahasa Melayu ( Kita harus fasih bertutur dalam bahasa Melayu ) (iii) Perjanjian di antara kedua-dua buah negara itu sudah ditandatangani semalam. ( Perjanjian antara kedua-dua buah negara itu sudah ditandatangani semalam )

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

Dalam ayat (i) salah kerana kata depan di tidak boleh berfungsi sebagai kata depan untuk waktu. Kata di hanya boleh digunakan untuk tempat. Oleh itu di perlu diganti dengan pada. Dalam ayat (ii) dan (iii) salah kerana kata dalam dan antara sudah berfungsi sebagai kata tugas . Oleh itu, kata tugas tidak boleh hadir kedua-duanya dalam ayat. Maka di mesti digugurkan. (c) Kesalahan penggunaan ke. Contohnya : (i) Sila kembalikan borang itu ke kerani pejabat ini. ( Sila kembalikan borang itu kepada kerani pejabat ini ) (ii) Harga pasaran saham menurun ke paras terendah semalam ( Harga pasaran saham menurun kepada paras terendah semalam)

Dalam ayat (i) dan (ii) salah kerana kata depan ke tidak boleh digunakan dihadapan KN atau FN rujukan manusia atau binatang. Kata depan ke hanya boleh digunakan untuk KN tempat. Oleh itu, ke perlu ditukar kepada kepada.

(d) Kesalahan penggunaan untuk. Contohnya : (i) Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi untuk kestabilan negara. ( Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara) (ii) Demi untuk kepentingan bersama, marilah kita berganding bahu menyelesaikan masalah ini. (Demi kepentingan bersama, marilah kita berganding bahu menyelesaikan masalah ini Ayat (i) dan (ii) salah kerana kata demi sudah membawa maksud tujuan maka perkataan untuk dalam ayat demi untuk dianggap lewah dan seharusnya digugurkan.

(e) Kesalahan penggunaan mengenai. Contohnya :

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

(i) Aduan tuan mengenai kelewatan bayaran itu sedang diberi perhatian. ( Aduan tuan tentang kelewatan bayaran itu sedang diberi perhatian. ) (ii) Mengenai perkara itu, kami perlu merujuk ketua kami dahulu. (Tentang perkara itu, kami perlu merujuk ketua kami dahulu) Ayat (i) dan (ii) salah kerana kata mengenai dan mengenai dengan sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Oleh itu kata mengenai mesti digugurkan dan diganti dengan kata tentang.

(f) Kesalahan penggunaan kata terhadap. Contohnya : (i) Penghulu mengambil berat terhadap kebajikan anak buahnya. ( Penghulu mengambil berat tentang kebajikan anak buahnya) (ii) Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap kesejahteraan rakyat. (Kerajaan sentiasa memberi perhatian tentang kesejahteraan rakyat ) Ayat (i) dan (ii) salah kerana kata terhadap digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan atau benda. Kata terhadap tidak boleh digunakan untuk rujukan umum atau KN mujarad. Oleh itu, kata terhadap mesti digugurkan dan diganti dengan kata tentang. (g) Kesalahan penggunaan oleh kerana. Contohnya : (i) Pembinaan bangunan itu tergendala oleh kerana bantahan tuan tanah yang tidak berpuas hati. ( Pembinaan bangunan itu tergendala oleh sebab bantahan tuan tanah yang tidak berpuas hati ) Ayat (i) di atas salah kerana kata oleh kerana dalam ayat berfungsi tidak menunjukkan lantaran atau hubungan yang membawa maksud sebab. Ini disebabkan kata kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan alasan atau musabab dan kata sebab merupakan kata nama yang dapat menerima kata sendi nama oleh. Oleh itu, kata oleh kerana digugurkan dan diganti dengan oleh sebab.

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

(h) Kesalahan penggunaan hingga (sampai) dan sehingga. Contohnya : (i) Dia menunggu abangnya dari pukul dua sehingga enam petang. ( Dia menunggu abangnya dari pukul dua hingga (sampai) enam petang. (ii) Hingga (sampai) saat ini, bayangannya masih tidak nampak. ( Sehingga saat ini, bayangannya masih tidak nampak) Dalam ayat (i) salah kerana kata sehingga tidak boleh digunakan untuk jarak masa yang ditentukan manakala ayat (ii) kata hingga atau sampai tidak boleh digunakan untuk jarak masa yang terlalu umum.

(i) Kesalahan penggunaan kata pemeri. Contohnya : (i) Ahmad adalah guru ( Ahmad ialah guru ) (iii) Keputusan pengadil itu ialah tidak adil ( Keputusan pengadil itu adalah tidak adil ) (iv) Dia adalah merupakan perancang utama projek itu. ( Dia merupakan perancang utama projek itu ) (v) Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong itu akan diadakan esok. ( Sukacita dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong itu akan diadakan esok.)

Ayat (i) salah kerana adalah tidak boleh memerikan ayat yang berpola FN + FN. Kata adalah hanya boleh memerikan frasa adjektif, frasa sendi nama dan di depan kata nafi tidak. Oleh itu, dalam ayat (i) adalah ditukarkan kepada ialah dan ayat (ii) kepada adalah. Kata adalah juga tidak boleh hadir di depan kata ketrja dalam ayat kerana fungsi dan maksudnya sama. Maka kata adalah mesti digugurkan dalam ayat (iii). Kata adalah juga tidak boleh hadir di depan kata kerja di awal ayat. Oleh itu, kata adalah perlu diganti dengan perkataan lain seperti sukacita , dengan ini , dengan hormatnya , anda dan seumpamanya.

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

(j) Kesalahan penggunaan kata nafi. Contohnya : (i) Makanan itu tidak untuk Ratna tetapi untuk adiknya. ( Makanan itu bukan untuk Ratna tetapi untuk adiknya.)

(ii) Bapanya bukan pergi ke sawah hari ini ( Bapanya tidak pergi ke sawah hari ini) (iii) Peristiwa itu bukan benar berlaku ( Peristiwa itu tidak benar berlaku ) (iv) Budak yang sedang berlari itu tidak adik saya. (Budak yang sedang berlari itu bukan adik saya.)

Ayat (i) dan (iv) salah kerana kata nafi tidak hanya boleh hadir bagi menafikan frasa kerja dan frasa adjektif. Manakala ayat (ii) dan (iii) salah kerana kata nafi bukan hanya boleh hadir bagi menafikan frasa nama dan frasa sendi nama sahaja.

Kesalahan Penggunaan Frasa 1. Kesalahan penggunaan frasa nama. (a) Kata bilangan yang menunjukkan jamak. Contohnya : (i) dua buah lori-lori ( dua buah lori ) (ii) beberapa orang pekerja-pekerja ( beberapa orang pekerja) (iii) ketiga-tiga orang anak-anak ( Ketiga-tiga orang anak) (iv) Setiap pelajar-pelajar ( Setiap pelajar )

(b) Penggunaan kata adjektif yang diulang. Contohnya : (i) Baju-bajunya cantik-cantik. ( Baju-bajunya cantik ) (ii) Rumah-rumah di kawasan itu besar-besar.

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

( Rumah-rumah di kawasan itu besar ) Pengulangan kata adjektif dalam ayat-ayat di atas membawa maksud jamak atau banyak, sedangkan KN yang menjadi subjek juga membawa maksud jamak. (c) Pelanggaran hukum DM. Contohnya : (i) mini bas ( bas mini ) (ii) goreng pisang ( pisang goreng ) (iii) cili sos ( sos cili ) 2. Kesalahan frasa adjektif. (a) Penggunaan kata penguat tidak boleh diletakkan di hadapan dan belakang sekaligus. Contohnya : Air kopi itu sungguh manis sekali. ( Air kopi itu sungguh manis ) atau ( Air kopi itu manis sekali ) (b) Penggunaan kata penguat dengan imbuhan kata adjektif awalan ter. Contohnya Bangunan itulah yang tertinggi sekali . ( Bangun itulah yang tertinggi ) Awalan ter yang bergabung dengan kata adjektif membawa maksud paling. Oleh itu, kata penguat tidak boleh hadir bersama kata adjektif berimbuhan ter.

(c) Peluasan frasa adjektif. Contohnya : Saya sayang ayah. ( Saya sayang pada ayah ) Apabila memperluas frasa adjektif hanya frasa sendi sahaja yang boleh digunakan. Oleh itu contoh di atas adalah salah. (d) Penggunaan kata adjektif awalan ter sebagai predikat. Contohnya Pakaian itu tercantik. ( Pakaian itu paling cantik ) 3. Kesalahan frasa kerja.

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

(a) Peluasan frasa kerja tak transitif . Contohnya : (i) Dia terlupa janjinya ( Dia terlupa akan janjinya ) (ii) Pasukan Malaysia bertemu pasukan India. (Pasukan Malaysia bertemu dengan pasukan India ) (iii) Dia bertanya saya. ( Dia bertanya kepada saya ) Peluasan frasa kerja tak transitif dalam ayat mesti disisipkan dengan kata sendi.

(b) Penggunaan frasa kerja tak transitif imbuhan apitan beR----kan. Ayat menjadi salah jika disisipkan kata sendi antara kata kerja tak transitif berimbuhan beR---kan. Contohnya : (i) Dia tidur dengan berbantalkan dengan lengan. ( Dia tidur berbantalkan dengan lengan ) (ii) Penjahat itu bersenjatakan dengan sepucuk pistol. (Penjahat itu bersenjatakan sepucuk pistol) (c) Kesalahan frasa kerja transitif berlaku apabila disisipkan kata lain antara kata kerja transitif dengan objek. Contohnya (i) Mereka membincangkan tentang perkara itu. ( Mereka membincangkan perkara itu )

(ii) Dia belum mengetahui akan hal itu (Dia belum mengetahui hal itu ) (iii) Mereka akan mendalamkan lagi sungai itu. ( Mereka akan mendalamkan sungai itu lagi.)

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

(d) Kesalahan frasa kerja pasif. Bentuk frasa kerja pasif KGN Diri I dan II tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif KGN Diri III. Ini disebabkan KGN Diri I dan II mesti hadir di hadapan kata kerja jati dalam ayat. Contohnya : (i) Jambangan itu digubah oleh saya (Jambangan itu saya gubah ) (ii) Baju itu ibu jahit (Baju itu dijahit oleh ibu ) (iii) Meja-meja itu disusun oleh kami (Meja-meja itu kami susun ) (e) Frasa kerja pasif diri I dan II tidak boleh disisipkan dengan kata lain antara kata nama dan kata kerja. Contohnya : (i) Tempat itu saya belum kunjungi lagi ( Tempat itu belum saya kunjungi lagi ) (ii) Buku itu anda mesti pulangkan ( Buku itu mesti anda pulangkan )

Kesalahan Ayat 1. Kesalahan ayat tergantung atau ayat tidak lengkap. Ini berlaku apabila sesuatu ayat tidak mempunyai subjek atau predikat. Contohnya : (a) Di seluruh kampung itu telah mengetahui kejadian ganjil tersebut.

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

( Penduduk seluruh kampung itu telah mengetahui kejadian ganjil tersebut ) (b) Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis kami. ( Kehadiran tuan akan menyerikan majlis kami ) (c) Kelalaian yang menyebabkan kemalangan berlaku. ( Kelalaianlah yang menyebabkan kemalangan berlaku ) Dalam ayat (a) dan (b) salah kerana ayat itu tidak mempunyai subjek manakala ayat (c) tidak mempunyai predikat. Ayat-ayat tersebut sepatutnya ditulis seperti dalam kurungan. 2. Kesalahan ayat gabungan. Kesalahan yang berlaku adalah tidak menggugurkan kata sendi pada frasa predikat bagi ayatayat tunggal yang bergabung. Contohnya : (a) Dia akan pergi ke Kuala Lumpur dan ke Ipoh. ( Dia akan pergi ke Kuala Lumpur dan Ipoh ) (b) Budak itu menoleh ke kiri dan ke kanan ( Budak itu menoleh ke kiri dan kanan ) 3. Kesalahan ayat pancangan. Kesalahan ayat ini berlaku kerana salah penggunaan kata relatif yang dan kata komplemen bahawa. Selain itu terdapat juga ayat-ayat pancangan yang tidak diletakkan kata pancangan. Contohnya : (a) Semua pelajar tahu dia anak hartawan. ( Semua pelajar tahu bahawa dia anak hartawan ) (b) Dia menyatakan yang dia sakit. (Dia menyatakan bahawa dia sakit ) (c) Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya. ( Rumah yang terletak di atas bukit itu tidak ada penghuninya.)

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

2.1

Analisis Kesilapan dan pembetulan ayat latihan set 2 Kesalahan penggunaan imbuhan mei dalam ayat dan kesalahan ayat. Contoh: i) Sekumpulan murid sedang meredahi sungai sambil memegang tali tersebut. (salah) ii) Sekumpulan murid sedang meredah sungai sambil memegang tali untuk menyeberang ke tebing sungai. (betul)

Analisis: Ayat (i) salah kerana sekumpulan murid merupakan objek tepat dan sungai adalah objek sipi. Oleh sebab itu, perkataan meredahi mesti ditukar kepada meredah. Selain itu juga, imbuhan meN----i hanya boleh hadir di depan KN rujukan manusia ( orang ).

Kesalahan ayat, kesalahan penggunaan imbuhan mei dan penggunaan kata majmuk. Contoh

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

i)

Khairul mengarahkan rakannya agar berhati-hati ketika meredahi sungai tersebut.(salah)

ii)

Khairul mengarahkan rakan-rakannya agar berhati-hati ketika meredah sungai tersebut.(betul)

Analisis: Penggunaan rakannya merujuk kepada seorang. Bagi merujuk objek melebihi daripada seorang murid perlu menulis rakan-rakannya. Penggunaan me...i hanya boleh hadir di depan kata nama rujukan manusia (orang)

Kesalahan ayat. Contoh : i) Arus sungai itu kelihatan mengalir dengan deras kerana telah hujan sebentar tadi. (salah) ii) Selepas hujan, air sungai kelihatan mengalir dengan deras. (betul)

Analisis: Ayat (i) menerangkan situasi selepas hujan namun pengggunaan telah hujan kurang sesuai. Ia digantikan dengan penggunaan kata selepas untuk menerangkan perkara yang telah berlaku. Kesalahan ayat dan penggunaan kata sendi yang kurang sesuai. Contoh:

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

i)

Sekumpulan ahli pengakap meredah sungai berarus deras itu manakala rakannya mengarah untuk mereka berhati-hati meredah sungai. (salah)

ii)

Sekumpulan ahli pengakap meredah sungai berarus deras itu manakala rakan mereka mengarahkan supaya berhati-hati. (betul)

Analisis: Kesalahan murid adalah mengulang perkataan meredah sungai berulang-ulang dalam satu ayat. Murid menulis ayat pancangan yang salah yang menerangkan dua perbuatan dalam satu masa. Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi. Penggunaan kata sendi untuk kurang sesuai untuk menerangkan perbuatan tersebut.

3.0

Hasil dapatan kekuatan dan kelemahan murid dalam menghasilkan kerja

mereka. Hasil dapatan hasil kerja murid menunjukkan terdapat kesalahan aspek morfologi dan sintaksis telah dikenal pasti. Antaranya ialah kesalahan penggunaan imbuhan awalan beR, di, ke, meN, pe, kata tugas, ganti nama diri, kosa kata dan kesalahan struktur ayat. Didapati murid banyak melakukan kesalahan dalam aspek penggunaan imbuhan apitan kerana mereka keliru dengan bunyi sebutan imbuhan awalan dan apitan serta tidak menguasai aspek makna imbuhan tersebut. Contoh kesalahan penggunaan imbuhan me..i. Murid keliru dengan penggguan imbuhan tersebut dihadiri dengan kata nama selepasnya. Kesalahan stuktur ayat juga sering dilakukan oleh murid. Kekuatan murid dalam aspek tatabahasa ini adalah penggunaan kata dan ejaan perkataan yang betul. Secara keseluruhan, murid dapat menguasai ejaaan dengan betul dan tidak menpunyai kesalahan dalam ejaaan. Selain itu, murid dapat

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

menguasai penggunaan kata sendi nama dengan baik. Murid boleh membezakan penggunaan kata sendi untuk, dari, daripada dan sebagainya. Murid juga dapat menguasai penulisan ayat tunggal dan majmuk dengan baik.

4.0 Kesimpulan Kesimpulannya, hasil dapatan analisis menunjukkan bahawa murid lemah dalam penguasaan tatabahasa aspek penggunaan imbuhan untuk membentuk kata kerja sama ada kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif bahkan kata nama terbitan. Selain itu, kesalahan murid dalam aspek tatabahasa terutama kata kerja dan elemen bahasa yang lain menyebabkan ayat yang dihasilkan mereka tidak gramatis. Antara kesalahan kata kerja transitif yang dikesan ialah pemadanan imbuhan awalan meN dengan kata kerja dasar yang salah atau kurang tepat. Oleh itu, ayat dibina tidak gramatis kerana kata kerja transitif tidak diiikuti objek kata nama. Bukan itu sahaja, ayat-ayat yang dibina oleh murid tidak gramatis justeru idea yang hendak disampaikan kurang jelas.. Oleh sebab itu, kelemahan aspek tatabahasa murid perlu diatasi dengan segera supaya pencapaian mereka dapat ditingkatkan

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

agar matlamat kurikulum bahasa Melayu akan terlaksana. Sebagai seorang guru yang mengajar mereka, saya hendaklah sentiasa peka terhadap pelbagai kaedah yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu supaya dapat dimanafaatkan oleh para murid agar mereka dapat memahami penggunaan tatabahasa dengan lebih mudah dan jelas.

5.0 Bibliografi

Ayudin, A. R. (2002). Pedagogi Pegetahuan Didaktik Untuk Guru. Selangor: Penerbitan Salafi. Husin, Kamarudin Hj.;Siti Hajar Hj. Abd Aziz. (1997). Komunikasi Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Mohd Nasar B. Sukor, Mohamad Bin Musip, Napisah Bt Muhammad. (2007). Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMR 3013

Sang, M. S. (2008). Pedagogi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia.

1) (n.d.). Retrieved March 12 , 2013, from http://www.slideshare.net/army_gulz87/pendekatan-kaedah-teknik-danstrategi 2) (n.d.). Retrieved April 4, 2013, from http://www.scribd.com/doc/60333095/Kaedah-Terus-Dan-Kaedah-Ajuk-

You might also like