You are on page 1of 7

SUASANA SEMASA BERPUASA

Masyarakat yang beragama Islam perlu menjalankan aktiviti beribadat di surau untuk menjalankan amal. Banyak makanan yang akan dijual di Bazaar Ramadhan. Menunjukkan suasana yang meriah. Warna latar belakang yang menunjukkan hampir tiba waktu maghrib untuk menjalankan solat dan berbuka puasa.

ELEMEN GRAFIK YANG DIGUNAKAN


BENTUK / OBJEK - Bentuk bintang dan bulan digunakan kerana ia melambangkan kemahaesaan agama Islam. WARNA - Warna latar belakang yang digunakan berunsurkan waktu senja yang hampir tiba waktu maghrib untuk umat-umat Islam solat dan berbuka puasa. - Warna-warna yang digunakan pada objek yang direka tersebut berpandukan kepada pengalaman sedia ada dalam kehidupan.

TULISAN - Tulisan digunakan adalah sesuai dengan tema dan untuk pembaca lebih memahami maklumat yang hendak disampaikan. NILAI - Nilai dalam grafik yang dihasilkan ini berunsurkan keistimewaan agama Islam semasa berpuasa.

PRINSIP GRAFIK YANG DIGUNAKAN


PENEKANAN - Penekanan diberikan pada tulisan yang menyampaikan maklumat secara langsung kepada pembaca. KESEIMBANGAN - Grafik yang dihasilkan tersebut mempunyai prinsip keseimbangan bukan simetri kerana sisi antara satu sama lain adalah berbeza tetapi kelihatan stabil.

RITMA - Ritma yang digunakan dalam penghasilan grafik ini ialah ritma teratur di mana bentuk yang digunakan adalah sama dari segi saiz dan juga panjang. PENGGREDAN - Penggredan yang digunakan ialah penggredan warna di mana warna latar belakang adalah dari warna panas ke warna sejuk dengan tone warnanya daripada cerah ke gelap yang menghasilkan perspektif udara.

You might also like