You are on page 1of 21

1

BAB 1 PENDAHULUAN
1.1- Pengenalan

Sejarah 1000 tahun dahulu telah mematerikan dalam pengisiannya bahawa bahasa
Melayu adalah sejenis bahasa Melayu-Polinesia yang berpayung di bawah rumpun
Austronesia . Bahasa Melayu dituturkan di negara Malaysia , Indonesia , Brunei , Singapura ,
Selatan Thailand , Filipina , Kemboja , Vietnam , Sri Lanka dan Afrika Selatan dan anggaran
mendapati bahasa Melayu dituturkan oleh lebih 300 juta manusia . Bahasa Melayu
mempunyai pelbagai variasi dialek dalam pertuturannya . Newton ( 1972 ) menyatakan
kewujudan pelbagai dialek dalam sesuatu bahasa yang asalnya seragam . Faktor ruang
geografis dan waktu merupakan dua faktor utama yang menyebabkan terpecahnya bahasa asal
kepada beberapa dialek turunannya .

Antara dialek yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah Hokkien iaitu bahasa
masyarakat peranakan negeri negeri Selat tanah air seperti Melaka dan Pulau Pinang . Selain
itu , dialek terlahir dari penutur sesebuah negeri iaitu terdapat perbezaan antara dialek negeri
Johor , Melaka , Perak , Kelantan , Terengganu dan variasi dialek negeri lain . Ia masih berada
di bawah naungan paras bahasa Melayu , cuma ia melingkung ke arah perbezaan dialek
penuturnya yang lebih mudah menyampaikan sesuatu menggunakan dialek asal negeri
kelahiran masing masing . Mungkin ianya lebih mudah disebut dan difahami kerana
percakapan dan pemikiran sudah dibentuk sejak awal kehidupan .


2

Kewujudan dialek dalam sesuatu bahasa berpunca daripada perubahan yang berlaku
dari segi sejarah ke atas sesuatu bahasa sumber yang berbentuk seragama pada asal
penglahirannya . Perubahan yang berlaku ditafsirkan sebagai dialektologi generatif iaitu kesan
daripada rumus ke atas bentuk dalaman yang menghasilkan pelbagai bentuk permukaan iaitu
dialek . Rumus fonologi ini merangkumkan penambahan rumus , penghilangan rumus ,
perbezaan atur rumus dan simplikasi rumus .

1.2 Asal usul dan sejarah Dialek Johor Riau

Kertas kerja ini dibentuk bagi mengupas mengenai dialek Johor Riau . Apabila
ditelusuri sejarah Johor , ia mula terbentuk sekitar 800 M sebagai suatu penempatan yang
penting . Kesultanan Johor yang juga dikenali sebagai Kesultanan Johor Riau Lingga
ditubuhkan oleh Sultan Alaudin Riayat Shah iaitu anakanda kepada Sultan Mahmud Shah .
Johor turut menerima pengaruh Bugis dan Minangkabau akibat daripada pergolakan yang
berlaku dalam Perang Johor Jambi . Kemasukan pengaruh asing telah menyebabkan Johor
mempunyai pelbagai variasi dialek dalam pertuturan kehidupan seharian mereka . Johor
pernah mengalami zaman kejatuhannya , namun apa yang pasti Johor tetap mempunyai dialek
mereka yang tersendiri dan berusaha kuat untuk mempertahankannya selagi wujud penutur
dialek tersebut .

Bahasa Melayu Riau telah diakui oleh Indonesia , Malaysia dan Brunei sebagai
bahasa Melayu Piawai dan ianya dianggap bahasa yang menjadi tempat kelahiran bahasa
Melayu . Bahasa Melayu Johor Riau dilihat punya perbezaan dengan dialek Palembang ,
3

Jambi dan Bengkulu . Bahasa Melayu Johor menggunakan dialek e di akhir penggunaan
huruf a manakala Palembang , Jambi dan Bengkulu mengaplikasikan dialek o dalam
ujaran kehidupan mereka . Dialek Johor Riau juga digunakan pada hampir keseluruhan
kawasan bekas jajahan Johor Semenanjung dan yang lebih diangkat martabatnya iaitu , dialek
ini menjadi asas utama pembentukan Bahasa Melayu Standard di Malaysia .

1.3 Permasalahan Kajian

Contoh dialek Riau Johor ialah seperti saya disebut [ CE + - apa disebut
w CO + dan berapa disebut w p]CO + Tetapi , penekanan disini
ialah akhiran a untuk perkataan yang diadaptasi dari perkataan perkataan Indonesia
masih dikekalkan seperti sebutan asalnya dimana anda masih disebut [ C-C + dan
merdeka disebut w O]-]gC + Manakala , bunyi akhiran r tergugur
pada kata kata seperti berikut , iaitu besar disebut w pC + , lebar disebut
w ]pC + , dan sabar disebut w CpC + di mana semuanya disebut dengan
sebutan a yang betul . Bunyi o digunakan untuk menggantikan kata kata yang
berakhir dengan sebutan ur dan ianya dilihat apabila perkataan tidur disebut
w 4)-E + , telur disebut w 4E + dan besar disebut w pE + .
Dialek ini juga memperlihatkan pengguguran bunyi r ditengah kata sebelum huruf
konsonan seperti perkataan kerja disebut w g + , pergi disebut
w O_) + dan berjalan w pCC + disebut . Secara tuntasnya , variasi
kecil dialek berbeza mengikut kawasan kawasan tertentu .

4



Seperti contoh variasi dialek dibawah iaitu Ejaan Standard Johor Riau , Johor Pesisir Barat
dan Utara Melaka .

Ejaan
Stand
ard
Johor-Riau Johor Pesisir Barat Utara Melaka
Besar w `
C +
w `
E +
w `
C4 +
Lebar w ]
pC +
w
]pE +
w ]
pC4 +
Sabar w eC
pC +
w e
CpE +
w eC
pC4 +
Lang
gar
w C
_C +
w
C_E +
w C
_C4 +
Tukar w 44
gC +
w 4
4gE +
w 44
gC4 +

Penggunaan dialek dalam kalangan anak muda zaman kini dilihat semakin
menunjukkan pengurangan kerana golongan ini lebih gemar menggunakan bahasa standard .
Bahasa standard lebih mudah disebut dan difahami apabila berkomunikasi dan bertutur dalam
kalangan mereka yang datangnya dari pelbagai kelompok negeri yang berbeza . Penggunaan
bahasa baku Melayu memudahkan , tetapi dialek harus juga dititikberatkan kerana ia
5

merupakan warisan turun temurun bangsa Melayu . Jika tidak kita generasi muda pembela
negara , siapa lagi yang bakal memperjuangkan ketertinggian adat dan budaya Melayu untuk
terus terusan berada di atas , malah diangkat martabatnya ke tahap yang lebih tinggi .
Pengkaji mengalami permasalahan iaitu mengapa vokal akan hadir di akhir kata
Dialek Johor Riau . Selain itu , masalah timbul apabila pengkaji melihat dalam dialek Johor-
Riau mesti terdapat pengguran getaran r di pertengahan dan akhir perkataan . Perkataan
yang berakhir dengan ur juga akan ditukar kepada o dalam dialek ini . Hal yang timbul
menyebabkan pengkaji mahu mengkaji mengapa keadaan ini berlaku dan bagaimana ianya
boleh berlaku dalam penggunaan Dialek Johor Riau .

1.4- Batasan Kajian
Kajian ini dibataskan di daerah Kuala Selangor dan Tanjung Karang , Selangor . Hal ini
adalah disebabkan penduduk di kawasan ini kebanyakannya mengaplikasikan dan
menggunakan dialek Johor Riau dalam komunikasi seharian mereka seharian . Jadi ,
pengkaji mendapati adalah lebih mudah untuk menjalankan kajian di kawasan ini walaupun
Dialek Johor Riau ini turut dituturkan oleh penduduk di sekitar negeri Johor .






6







BAB 2 SOROTAN KAJIAN
Sorotan kajian merupakan penyataan atau fakta yang menyokong sesuatu objektif. Ia
membuktikan bahawa teori yang digunakan bukanlah hanya rekaan. Di dalam sorotan kajian
ini mengandungi penyataan, kaedah, teori, pendapat, penilaian dan laporan kajian berkenaan
tajuk yang dipilih oleh penyelidik. Sumber-sumber kajian boleh diambil daripada artikel,
jurnal, tesis atau kenyataan daripada seorang pakar.

Kajian kami membincangkan dan meninjau kajian-kajian yang lalu berkaitan dengan
tajuk kajian iaitu dialek pertuturan Johor-Riau. Dialek Johor-Riau telah digunakan di hampir
semua daerah bekas jajahan empayar Johor-Riau di semenanjung tanah Melayu. Kini, dialek
ini telah menjadi asas kepada pembentukan bahasa Melayu standard di Malaysia. Ciri utama
dialek Johor-Riau adalah akhiran a dibunyikan sebagai seperti contoh saya disebut
sebagai say .

7

Dialek Johor-Riau tersebar sejak tahun 800 Masihi lagi. Negeri Johor telah menjadi
kawasan perdagangan yang penting di bawah pemerintahan empayar Majapahit sehingga
pemerintahan kesultanan Melaka pada masa itu. Namun pada tahun 1511, Melaka telah
dijajah oleh Portugis dan Sultan Mahmud Shah, sultan Melaka ketika itu telah melarikan diri
ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan, Johor. Pada tahun 1528, Sultan Alaudin Riayat Shah,
iaitu anakanda Sultan Mahmud Shah telah menubuhkan kerajaan kesultanan Johor. Wilayah
kerajaan Johor telah terbentang dari sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar,
Batu Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur semenanjung Tanah
Melayu. Melalui migrasi inilah telah membawa bersama sekali dialek Johor-Riau ke Tanah
Melayu.

Kami telah mencari sumber-sumber rujukan di perpustakaan Sultan Abdul Samad,
Universiti Putra Malaysia, laman sesawang, kajian-kajian artikel dan tesis-tesis pengkaji
terdahulu. Berdasarkan tajuk kajian, kami telah menyelidik dan mengkaji bagaimana ciri-ciri
yang terdapat dalam pertuturan dialek Johor-Riau dan dan dibandingkan dengan bahasa baku.
Penyelidikan telah memilih sorotan kajian berdasarkan beberapa objektif iaitu:-
1. Mengkaji dialek pertuturan Johor-Riau mengikut rumus-rumus fonologi.
2. Mengkaji proses transformasi sebutan dialek baku kepada dialek pertuturan harian.

Mengkaji dialek pertuturan Johor-Riau mengikut rumus-rumus fonologi.
Kepelbagaian sebutan perkataan di dalam dialek Johor-Riau disebabkan oleh rumus-
rumus fonologi seperti proses perubahan, penyisipan, pengguguran segmen, perendahan
vokal, pendepanan nasal, pengguguran nasal, pengguran hentian bersuara dan lain-lain lagi.
8

Contohnya, kata besar telah disebut w pC + oleh penutur dialek Johor-Riau. Ini
dapat dilihat dalam sebutan perkataan besar telah digugurkan bunyi r dan disebut sebagai
w pC +.




Mengkaji proses transformasi sebutan dialek baku kepada dialek pertuturan harian
dalam kalangan penutur dialek Johor-Riau.

Kami cuba meninjau beberapa proses fonologi yang melibatkan metatesis dan dan
peleburan seperti yang terdapat dalam data diakronis bahasa Melayu, dan seterusnya
menformalisasikan rumus tersebut dengan menggunakan format transformasi. Contohnya,
kata bakar telah disebut wpCgE+ oleh penutur dialek Johor-Riau Di sini telah
berlaku peleburan VK di mana rangkap V yang terdiri daripada vokal rendah /C/ dan
konsonan getaran // telah ditransformasikan menjadi vokal rendah belakang bundar /E/.





9






BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1- Pendahuluan
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji dialek Johor Riau di Malaysia iaitu mengenai
cara sebutan yang digunakan oleh penuturnya . Penutur dialek ini menetap di sekitar Johor
Selangor dan Kuala Lumpur . Berdasarkan tujuan kajian di atas , bab ini akan
membincangkan mengenai rekabentuk kajian , responden kajian , alat kajian , tatacara
pengumpulan data dan tatacara penganalisaan data .

3.2- Reka bentuk kajian
Kajian ini adalah berbentuk satu kajian eksperimen . Kajian berbentuk eksperimen ini
menjadi pilihan kerana ia memudahkan pengkaji untuk mengumpul maklumat dan data.
Pengkaji menggunakan kaedah pengedaran borang soal selidik dan kaedah temu bual dalam
penyelidikan ke atas 12 orang responden . Borang soal selidik diberikan untuk melihat
sebutan yang mereka sering tuturkan dalam kehidupan seharian . Masa temu bual yang
dijalankan pengkaji adalah sekitar 10 15 minit . Keputusan kajian akan disemak dan dikaji
berdasarjan skop dan konsep kajian setelah perjalanan kajian selesai .
10


3.3- Sampel kajian
Responden yang dipilih dikelompokkan kepada tiga kumpulan . Kelompok pertama
terdiri daripada 4 orang pelajar Melayu yang pernah mengikuti pembelajaran sebutan baku
bahasa Melayu , kelompok kedua pula ialah mereka yang terdiri daripada 4 orang guru
Melayu yang pernah mengajar sebutan baku bahasa Melayu dan kelompok ketiga ialah 4
orang awam yang pernah mengambil bahagian dalam komunikasi rasmi .
3.4- Instrumen kajian
Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk temu bual dan penggunaan borang
soal selidik . Borang soal selidik tersebut dibahagikan kepada dua bahagian . Bahagian yang
pertama ialah pertuturan bersahaja . Pertuturan bersahaja dibahagikan kepada penggunaan
bahasa rasmi dan penggunaan dialek setempat iaitu dialek bahasa Melayu Johor Riau .
Kajian untuk penggunaan bahasa rasmi, responden diminta untuk menceritakan mengenai
latar belakang diri termasuklah latar belakang pendidikan , keterlibatan dalam majlis rasmi
dan cara mengisi masa lapang dengan menggunakan bahasa rasmi, yang mereka gunakan
dalam majlis rasmi seperti ketika menghadiri temuduga . Soal selidik mengenai kajian
setempat pula memerlukan responden untuk menceritakan pengalaman yang mereka tidak
mungkin lupakan dengan menggunakan dialek seharian mereka . Manakala bahagian kedua
pula merupakan pertuturan terkawal . Bahagian ini juga dibahagikan kepada dua iaitu soal
selidik penggunaan dialek setempat dan soal selidik penggunaan bahasa rasmi . Untuk dialek
setempat , responden diminta untuk menyebut 82 patah perkataan yang berbeza dengan
menggunakan dialek mereka manakala untuk penggunaan bahasa rasmi , responden diminta
menyebut 82 perkataan juga tetapi seperti sebutan yang mereka gunakan dalam majlis rasmi
contohnya ketika sedang bermesyuarat atau berucap .
11


3.5- Teori yang digunakan dalam kajian
Teori yang digunakan ialah teori fonologi generatif yang dipelopori oleh Noam
Chomsky sekitar tahun 1957 . Teori standard transformasi generatif terbahagi kepada tiga
komponen iaitu sintaksis , semantik dan fonologi . Rumus rumus fonologi tidak dinyatakan
dalam teori fonologi generatif kerana ianya diformalisasikan dalam bentuk fitur distingtif .
Pengkaji dapat menentukan bentuk dalaman yang sering menimbulkan masalah melalui
analisis perbandingan dialek yang diterapkan dalam teori dialektologi generatif . Pengkaji
memilih untuk mengkaji perbandingan antara Bahasa Baku dan Dialek Johor Riau dengan
menggunakan rumus seperti perendahan vokal , penyisipan vokal , pembentukan glotal dan
pengguguran getaran .

3.6- Prosedur pengumpulan data
Hasil daripada temu bual dan penggunaan borang soal selidik itu , pengkaji akan
melihat perbezaan sebutan antara bahasa rasmi dan dialek . Headset Logitech digunakan
untuk dipakai pada responden . Ia adalah untuk memudahkan pengkaji mendengar dengan
lebih jelas sebutan yang dikeluarkan oleh responden kerana headset Logitech mempunyai
mikrofon yang mampu memantulkan sebutan seseorang dengan jelas tanpa gangguan
teknikal . Hasil rakaman temu bual tersebut , pengkaji akan menyimpannya dalam format
WAV .

3.7- Kaedah Kajian
12

Pengkaji turut menjalankan kajian menganalisis bahan dengan menggunakan buku
rujukan berkaitan Dialek Dialek di Malaysia terutamanya Dialek Johor Riau di
Perpustakaan Sultan Abdul Samad , Universiti Putra Malaysia . Selain itu , pengkaji turut
melayari laman sesawang untuk melihat perspektif dialek Johor Riau dari pancangan sudut
yang berbeza .


3.6- Ringkasan
Kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan bantuan borang soal selidik adalah
untuk melihat perbezaan sebutan dialek dan bahasa rasmi yang digunakan oleh responden .
Dapatan daripada kajian memperlihatkan dialek Johor Riau lebih menjurus ke arah
penggunaan untuk akhiran perkataan yang menggunakan huruf a dan menghapuskan
huruf r dalam perkataan yang ditengahnya terdapat huruf r dan perkataan yang
menggunakan huruf r di akhirnya . Dapatan kajian juga mendapati penutur sesebuah
dialek menggunakan sebutan yang berbeza apabila berhadapan dengan situasi rasmi .






13







BAB 4 HASIL KAJIAN

Perbandingan Bahasa baku dan Dialek Johor Riau melalui transkripsi fonetik berdasarkan
rumus .
1- Perendahan vokal : i /_k#
Bahasa Baku Dialek Johor Riau
Perit [ p . rit ] Perit [ p . ret ]
Ambil [ am . bil ] Ambil [ am . bel ]
Didih [ di . dih ] Didih [ di . deh ]
Patut [ pa . tut ] Patut [ pa . tot ]
Tujuh [ tu . juh ] Tujuh [ tu . oh ]
Hirup [ hi . rup ] Hirup [ hi . rop ]

Menurut Farid ( 1980 ) , Teoh ( 1994 ) , dan Tajul Aripin ( 2000 ) telah menetapkan
bahawa dalam bahasa Melayu , vokal tinggi / i / dan / u / di akhir kata bagi suku kata tertutup
masing masing akan mengalami perendahan vokal kepada vokal separuh sempit [ e ] dan [ o
14

] . Perendahan vokal tinggi / i / kepada vokal / / dan vokal tinggi / u / kepada vokal / o /
dalam suku kata tertutup adalah seperti dalam perkataan yang disenaraikan dalam jadual di
atas .
Melalui penyenaraian perkataan perkataan di dalam jadual di atas , dapat dilihat Dialek
Johor - Riau telah mengubah semua perkataan yang berakhir dengan suku kata bervokal tinggi
ke arah vokal rendah dalam komunikasi seharian mereka . Seperti contoh vokal tinggi / i /
dalam perkataan ambil telah disebut menggunakan vokal rendah / e / dalam Dialek Johor
Riau dan menjadi [ am . bel ] . Selain itu , vokal tinggi / u / dalam perkataan hirup telah
disebut [ hi . rop ] dalam Dialek Johor Riau sekaligus memperlihatkan penggunaan vokal
rendah / o / .
2- Penengahan vokal ( vowel reduction ) : a /V_#
Bahasa baku Dialek Johor Riau
Ada [ a . da ] Ada [ a . d ]
Bawa [ ba . wa ] Bawa [ ba . w ]
Pula [ pu . la ] Pula [ pu . l ]

Penengahan vokal ialah perubahan vokal dalam akustik vokal dan mempunyai kaitan
dengan perubahan dalam tekanan , kemerduan , kenyaringan atau kedudukan dalam perkataan
. Penengahan sekaligus dimaksudkan dengan konsep melemahkan . Terdapat perbezaan
kualiti di antara pengurangan vokal dan pengurangan bilangan vokal dalam perbandingan
sesebuah dialek dengan dialek lain . Menurut ( Teoh 49 ) , proses perendahan vokal sangat
sinonim dengan ciri ciri Dialek Melayu Riau dan bahasa Melayu standard . Perendahan
vokal ini yang menjadikan dialek Melayu lebih unik berbanding dialek Indonesia .
15

Jadual di atas menunjukkan suku kata akhir dalam perkataan yang berakhir dengan
vokal / a / akan bertukar ke arah penengahan vokal iaitu vokal / / dalam Dialek Johor Riau
. Vokal rendah / a / yang menduduki posisi akhir kata akan mengalami penengahan vokal ,
seterusnya berubah ke vokal tengah / / . Hal ini dilihat menepati rumus fonologi iaitu
penengahan vokal ( vowel reduction ).


3- Pembentukan glotal : k /_#
Bahasa baku Dialek Johor Riau
Kontrak [ kon . trak ] Kontrak [ kon . tra ]
Perompak [ p. rom . pak ] Perompak [ p . rom . pa ]
Bilik [ bi . lik ] Bilik [ bi . le ]

Konsonan glotis atau larinks , ialah konsonan yang disebut dengan glotis . Ahli fonetik
menerangkan bahawa , geseran glotis sebagai peralihan glotis tanpa titik penyebutan ,
tetapi hentian glotis ini telah menjadi konsonan biasa dalam sebilangan bahasa seperti bahasa
Tsou . Menurut Farid ( 1980 : 9 ) , konsonan / k / yang diikuti oleh suatu konsonan lain akan
berubah menjadi hentian glotis [ ] seperti contoh dalam perkataan fakta [ fa . ta ] .
Konsonan / k / akan berubah menjadi hentian glotis [ ] di akhir kata melalui rumus
pembentukan glotis .
Jadual di atas telah memperlihatkan perbezaan antara bahasa Melayu baku dengan
Dialek Johor Riau dengan menggunakan rumus pembentukan glotal . Walaupun glotis
terbahagi kepada tiga iaitu hentian glotis tidak bersuara [ ] , geseran glotis tidak bersuara
16

[ h ] dan geseran glotis bersuara [ ] , Dialek Johor Riau dilihat lebih sinonim dengan
hentian glotis [ ] . Dalam Dialek Johor Riau , apa apa perkataan yang mempunyai
konsonan / k / akan berubah kepada [ ] . Tidak kira sama ada konsonan / k / berada di tengah
ataupun di akhir perkataan . Contoh perkataan yang mempunyai konsonan / k / di tengah ialah
praktik . Praktik akan menjadi [ pra . ti ] dalam Dialek Johor Riau dan ianya menepati
rumus pembentukan glotal dalam bidang fonologi .


4- Pengguguran getaran : / r /
Bahasa baku Dialek Johor Riau
Hilir [ hi . lir ] Hilir [ hi . le ]
Pasar [ pa . sar ] Pasar [ pa . sa ]
Lumpur [ lum . pur ] Lumpur [ lum . po ]

Menurut Asmah Haji Omar ( 1975 , 2 ) , sistem tulisan bahasa Melayu , segmen / r /
dalam bahasa dan dialek Melayu direpresentasikan sebagai r , dan dispesifikasikan sebagai
getaran alveoli ( alveolar trill ) atau sebagai konsonan gulungan alveolar ( rolled alveolar
consonant ) oleh Yunus ( 1980 , 73 ) . Namun , mereka berdua bersetuju bahawa konsonan r
dalam bahasa tulisan direalisasikan sebagai bunyi frikatif velar bersuara [ ] , bukan sebagai
gataran atau gulungan [ r ] . ( Zaharani 2005 ) dalam kajiannya menyatakan bahawa dalam
aspek fonologi , segmen ini harus direpresentasikan sebagai sebuah bunyi likuida kerana
perilaku fonologinya sama dengan bunyi lateral / l / . Zaharani ( 1993 , 9 ) turut menyatakan
bahawa rumus pengguran / r / boleh dianggap sebagai rumus asal bahasa sumber kerana
17

banyak dialek Melayu telah menghilangkan segmen / r / di akhir kata termasuklah Dialek
Johor Riau .
Berdasarkan perbandingan yang pengkaji telah jadualkan di atas , dapat dilihat Dialek
Johor Riau telah mengalami pengguguran segmen / r / dalam setiap suku kata akhir
perkataan yang berakhir dengan fonem r . Berbanding Bahasa Melayu Baku yang tidak
menggugurkan segmen r walaupun di akhir perkataan yang berakhir dengan fonem r .
Hal ini berlaku disebabkan Dialek Johor Riau telah mematuhi rumus pengguguran getaran
/ r / yang dilaksanakan selepas rumus perendahan vokal .

BAB 5 PENUTUP
Kesimpulannya, kajian ini mengenai perbandingan aspek fonologi bahasa baku dan
dialek Johor - Riau berdasarkan teori transformasi generatif . Aspek fonologi merujuk kepada
kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi
dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang
mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan.
Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah
bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem
sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ
tubuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa. Manakala, teori
transformatif generatif membincangkan perihal struktur bunyi sesuatu bahasa itu sebagai saru
sistem rumus yang mencerminkan kecekapan fonologi penutur natif yang ideal. Rumus
fonologi ini merangkumkan penambahan rumus , penghilangan rumus , perbezaan atur rumus
dan simplikasi rumus .
18

Justeru, dapatlah disimpulkan kajian ini merangkumi memformalisasikan kecekapan
fonologi intrinsik seseorang penutur sebagai satu sistem rumus yang bertanggungjawab
melahirkan representasi fonetik daripada struktur permukaan sintaksis dalam konteks dialek
bahasa Melayu Johor- Riau yang dibuat perbandingan dengan bahasa baku. Faktor kewujudan
dialek dalam sesuatu bahasa berpunca daripada perubahan yang berlaku dalam konteks
sejarah terhadap sesuatu bahasa sumber yang berbentuk seragam pada asal penglahirannya.
Dialek bahasa Melayu Johor Riau mempunyai perbezaan dengan dialek Palembang Jambi ,
Persisir Barat dan Utara Melaka. Bahasa Melayu Johor Riau dilihat punya perbezaan
dengan dialek Palembang , Jambi dan Bengkulu . Bahasa Melayu Johor menggunakan
dialek e di akhir penggunaan huruf a manakala Palembang , Jambi dan Bengkulu
mengaplikasikan dialek o dalam ujaran kehidupan mereka. dialek Riau Johor ialah seperti
saya disebut [CE + - apa disebut w CO + dan berapa disebut
w p]CO + Tetapi , penekanan disini ialah akhiran a untuk perkataan
yang diadaptasi dari perkataan perkataan Indonesia masih dikekalkan seperti sebutan
asalnya dimana anda masih disebut [ C-C + dan merdeka disebut
w O]-]gC +
Kajian mengenai dialek bahasa Melayu Johor Riau ini berdasarkan beberapa rumus
fonologi iaitu perendahan vokal , pembentukan glotal dan pengguguran getaran . Rumus
Perendahan Vokal menyatakan /i/ akan berubah menjadi [ e ] , apabila berada di suku kata
akhir tertutup. Begitu juga perendahan vokal kepada vokal separuh sempit [ e ] dan [ o ] .
Perendahan vokal tinggi / i / kepada vokal / / dan vokal tinggi / u / kepada vokal / o / dalam
suku kata tertutup. Rumus pembentukan glotal ini berlaku apabila konsonan / k / yang diikuti
oleh suatu konsonan lain akan berubah menjadi hentian glotis [ ]. Manakala rumus
pengguguran getaran berlaku apabila bunyi getaran /r/ dimanifestasikan sebagai frikatif velar [
] dan frikatif uvular [ ]. Perbezaan sebutan dialek dan bahasa baku yang digunakan
19

memperlihatkan dialek Johor Riau lebih menjurus ke arah penggunaan untuk akhiran
perkataan yang menggunakan huruf a dan menghapuskan huruf r dalam perkataan
yang ditengahnya terdapat huruf r dan perkataan yang menggunakan huruf r di
akhirnya. Namun, penutur akan menggunakan bahasa baku dan rasmi dalam aktiviti dan
situasi formal dan rasmi. Perbezaan secara fonetik antara bunyi-bunyi ini tidak begitu penting.
Apa yang ingin ditegaskan di sini adalah bunyi tersebut telah mengalami proses pengguguran
di akhir kata. Rumus rumus berikut banyak terdapat dalam dialek bahasa Melayu Johor
Riau. Dapat dirumuskan berdasarkan kajian, bahawa rumus fonologi berikut digunakan secara
meluas dalam dialek bahasa Melayu Johor Riau .
BIBLIOGRAFI
Trocki, Carl A, Prince of Pirates: the Temenggongs and the Development of Johor and
Singapore , 1784-1885 , University of Hawaii Press , 1979 .
James T. Collins , Antologi Kajian Dialek Melayu , Dewan Bahasa dan Pustaka , Kementerian
Pelajaran Malaysia , 1986 .
Abdul Rashid Melebek dan Ahmad Johari Moain , Sejarah Bahasa Melayu , Utusan
Publication , 2006 .
Ahmad Jelani Halimi , Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu , Utusan Publication
Mohammad Dahlan Mansoer , Penghantar Sejarah Nusantara Awal , Dewan Bahasa dan
Pustaka , Kementerian Pelajaran Malaysia , 1979 .
Ismail Hussein ( Datuk ) , Aziz Deraman , Abd Rahman al Ahmadi , Tamadun Melayu ,
Dewan Bahasa dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia , 2004 .
20

Haji Ibrahim Bin Md. Tahir , Dialek Negeri Negeri di Malaysia , Dilayari pada 3 Disember
2011 di URL http://psksksd.blogspot.com/2009/08/dialek-negerineger-di-malaysia.html
Mohd. Adha Mohd.Zain , Dialek Negeri Negeri di Malaysia , Dilayari pada 3 Disember
2011 di URL http://myadha.blogspot.com/2008/08/dialek-negeri-negeri-di-malaysia.html



LAMPIRAN











21

You might also like