You are on page 1of 1

LAPORAN JAWATANKUASA CENDERAHATI DAN SIJIL Program Bina Insan Fasa 3 telah di rancang dan ditetapkan untuk dijalankan

di SK Matang Gerdu pada 3 Ogos 2013. Semasa mesyuarat , kami telah dilantik menjadi jawatankuasa cenderahati dan sijil. Sebagai ahli jawatankuasa cenderahati dan sijil , kami telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan cenderahati kepada pihak sekolah , pensyarah pembimbing dan juga murid-murid yang terlibat. Kami telah diberi peruntukkan untuk menyediakan cenderahati dan juga sijil.Sebelum program diadakan, kami telah menempah plug yang bersesuaian untuk diberikan kepada pihak sekolah.Ia sebagai tanda ingatan dan ucapan terima kasih kerana memberi peluang kepada kami menjayakan program di sekolah mereka. Memandangkan program ini di jalankan sebelum Hari Raya Aidilfitri , kami sebagai AJK sebulat suara menyediakan sedikit kuih raya untuk diberikan kepada pihak sekolah dan juga pensyarah pembimbing. Sijil-sijil juga disediakan untuk murid-murid yang hadir ke program tersebut. Semasa sesi penutup program, penyampaian cenderahati dimulakan dengan sesi cenderahati kepada pihak sekolah.Encik Abdul Rahman Bin Moidu telah menyampaikan cenderahati kepada wakil pihak sekolah iaitu Puan Zurida Bt Hasmawi.Bagi penyampaian sijil murid-murid akan diadakan pada perhimpunan sekolah. Perjalanan penyampaian hadiah berjalan dengan lancar dengan di pengerusikan oleh Encik Mohd Nazri Bin Ali. Kesimpulannya, program ini akan menjadi sesuatu yang amat bermakna dalam hidup kami kerana kami belajar cara pengurusan protokol program yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi dan pengalaman yang amat berharga.Kami belajar daripada kesilapan dan akan melakukan yang lebih baik pada program yang akan datang. Disediakan oleh : Pn. Azura bt. Abu Bakar Pn. Shuhaida bt. Daud

You might also like