You are on page 1of 59

PKP 3117 SENI BAHASA & SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN (PROSA MODEN)

Pembentang : Kumpulan 3 Amanina Zaidatina Binti Abu Zaki Nor Farhanis Binti Mohd Turmizi Nurul Farhani Binti Ab. Razak Xandria Ooi Ching Yi

CERPEN

DEFINISI
Singkatan daripada cerita pendek. Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta di campur dengan imaginasi. Cerpen ialah bentuk cereka pendek, yang membawakan satu persoalan bagi menghasilkan satu kesan tertentu yang indah. (Hashim Awang) Contoh : Cerpen Ngayau ciptaan Ali Majod

CIRI-CIRI
Menurut pendapat Sumarjo dan Saini (1997 : 36) sebagai berikut. Ceritanya pendek ;
Bersifat rekaan (fiction) ; Bersifat naratif ; dan Memiliki kesan tunggal.

Pendapat lain mengenai ciri-ciri cerita pendek di kemukakan pula oleh Lubis dalam Tarigan (1985 : 177) sebagai berikut.
Cerita Pendek harus mengandung interprestasi pengarang tentang konsepsinya mengenai kehidupan, baik secara langsung maupun tidak langsung. Dalam sebuah cerita pendek sebuah insiden yang terutama menguasai jalan cerita. Cerita pendek harus mempunyai seorang yang menjadi pelaku atau tokoh utama. Cerita pendek harus satu efek atau kesan yang menarik.

CIRI-CIRI
Menurut Morris dalam Tarigan (1985 : 177), ciri-ciri cerita pendek adalah sebagai berikut.
Ciri-ciri utama cerita pendek adalah singkat, padu, dan intensif (brevity, unity, and intensity). Unsur-unsur cerita pendek adalah adegan, tokoh, dan gerak (scena, character, and action). Bahasa cerita pendek harus tajam, sugestif, dan menarik perhatian (incicive, suggestive, and alert).

GAYA BAHASA
Sinopsis - Merujuk kepada keseluruhan cerita secara kasar. Ringkasan yang memberikan gambaran secara umum tentang sesuatu cerita. Tema - Perkara yang menjadi dasar kepada sesuatu cerita ; apa yang hendak disampaikan. Persoalan - Sesuatu yang dipersoalkan ; menimbulkan masalah. Mesej - Perkara yang hendak disampaikan. Pengajaran yang terdapat di dalam sesebuah cerita. Nilai - Terdapat dua nilai iaitu ;
*Kemanusiaan *Kemasyarakatan.

Latar - Latar mempunyai tiga perkara iaitu ; 1. Latar Tempat ( tempat ---> peristiwa ) , 2. Latar Masa 3. Latar Masyarakat ( merangkumi aspek kategori masyarakat, pekerjaan, golongan, bangsa dan agama serta corak hidup )

Plot - Kenali jenis plot. Bersifat Kronologi ( peristiwa disusun mengikut urutan waktu ). Teknik Imbas Kembali juga ada digunakan. Plot mempunyai beberapa bahagia iaitu ;
Permulaan, Perkembangan, Perumitan, Puncak, Peleraian Akhir Cerita.

Teknik Plot - Mempunyai dua bahagian iaitu Saspens dan Konflik. Watak dan Perwatakan - Watak merangkumi Watak Utama dan Watak Sampingan. Dipengaruhi oleh Antagonis ( jahat ) dan Protagonis ( baik ) . Watak bermaksud nama, asal usul, umur dan latar belakang/sejarah hidup. Perwatakan pula bermakud sikap, perangai atau tingkahlaku samada baik atau jahat. J. Sudut Pandangan - Ianya terdiri daripada tiga aspek iaitu Sudut Pandangan Orang Pertama,Sudut Pandangan Orang Ketiga Serba Tahu dan Sudut Pandangan Orang Ketiga Terbatas.
Orang Pertama = Saya, Aku, Orang Kedua = Engkau, awak, kamu Orang Ketiga = Mereka, dia,

Gaya Bahasa - Bahasa Inggeris, Melayu, Arab dan Simpulan bahasa. Teknik Penceritaan - Berbentuk Dialog, Imbas Kembali dan Pemerian.

FUNGSI
Fungsi rekreatif; memberikan rasa senang, gembira, serta menghibur para penikmat atau pembacanya. Fungsi didaktif; mengarahkan dan mendidik para penikmat atau pembacanya karena nilai-nilai kebenaran dan kebaikan yang terkandung didalamnya. Fungsi estetis; memberikan keindahan bagi para penikmat atau para pembacanya. Fungsi moralitas; fungsi yang mengandung nilai moral sehingga para penikmat atau pembacanya dapat mengetahui moral yang baik dan tidak baik bagi dirinaya. Fungsi relegiusitas; mengandung ajaran agama yang dapat dijadikan teladan bagi para penikmatnya atau pembacanya.

DRAMA

DEFINISI DRAMA
KAMUS DEWAN EDISI KE-4: drama yang dipersembahkan oleh pelakon di atas pentas Drama ialah alat yang unggul untuk membolehkan murid bertutur dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dirancang. Diana Morrone: drama merupakan alat untuk melibatkan murid dan membuat pembelajaran lebih bermakna Drama adalah suatu aksi atau perbuatan (bahasa yunani).

Dramatik adalah jenis karangan yang dipertunjukkan dalan suatu tingkah laku, mimik dan perbuatan

Drama which is a Greek word meaning to act or to perform. Drama is referred to an invitation of action

Drama berasal daripada perkataan dran (Greek) yang bermaksud melakukan atau melakonkan

Drama ialah aksi mimetic (peniruan), iaitu aksi yang meniru atau mewakilkan perlakuan manusia

Menurut Aristotle, drama ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran

Dalam buku The American College Dictionary, drama didefinisikan sebagai karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog, pantomin atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan

Mengikut Oxford Dictionary, drama sebagai komposisi prosa boleh disesuaikan untuk diaksikan di atas pentas yang ceritanya disampaikan melalui dialog dan aksi, dan dipersembahkan dengan bantuan gerak, kostum dan latar hiasan seperti kehidupan yang sebenar

KONSEP DRAMA
merupakan suatu landasan yang baik untuk menggalakkan murid bertutur dengan yakin di hadapan kelas cerita yang diambil dari kisah nyata atau fiksi yang menceritakan kehidupan manusia secara manusiawi huraian senarionya harus dapat diterima akal atau mungkin terjadi pada manusia

Konsep Drama

Konsep Drama

Konsep Drama

JENIS DRAMA
JENIS DRAMA HURAIAN

Drama Baru / Drama Modern

drama yang memiliki tujuan untuk memberikan pendidikan kepada mesyarakat yang umumnya bertema kehidupan manusia sehari-hari
drama khayalan yang umumnya menceritakan tentang kesaktian, kehidupan istanan atau kerajaan, kehidupan dewa-dewi, kejadian luar biasa, dan lain sebagainya. drama yang lucu dan menggelitik penuh keceriaan. drama yang ceritanya sedih penuh kemalangan. drama yang ada sedih dan ada lucunya drama yang mengandung musik dan nyanyian drama yang ditampilkan dalam bentuk gerakan tubuh atau bahasa isyarat tanpa pembicaraan.

Drama Lama / Drama Klasik

Drama Komedi Drama Tragedi Drama Tragedi Komedi Drama Opera Drama Pentomin

JENIS DRAMA Drama Sejarah

HURAIAN drama yang menyajikan kisah sejarah dengan tokoh dai peristiwanya. drama yang mengeksploitasi kesedihan atau penderitaan. Jenis drama ini banyak disajikan dalam sinetron bersambung di televisyen.

Melodrama

Drama Misteri

drama yang menahan perhatian penonton dengan suspense/ ketegangan, baik yang berasal dari tindak kriminal atau makhluk gaib drama yang banyak menampilkan adegan konfrontasi baik dengan sedikit atau banyak thriller, dengan seting tradisional, modern, maupun fiksi ilmiah

Drama action/laga

Untuk memberi inspirasi kepada penonton

Untuk melibatkan penonton to amuse the audience

Untuk menggerakkan masyarakat

FUNGSI DRAMA

Untuk maklumkan kepada penonton

Untuk meningkatkan kepekaan penonton

Untuk menyedarka n penonton

Drama merupakan prosa moden yang dihasilkan sebagai naskhah untuk dibaca dan dipentaskan Naskhah drama boleh berbentuk prosa atau puisi Drama terdiri daripada dialog yang disusun oleh pengarang dengan watak yang diwujudkan. Pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan melalui dialog watakwataknya.

CIRI-CIRI DRAMA

Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh watak-watak dalam plot, elemen penting dalam sesebuah skrip Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh watak-watak dalam plot, elemen penting dalam sesebuah skrip drama Sebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak dianggap sebuah drama yang baik. Gaya bahasa dalam sesebuah drama juga penting kerana ia menunjukkan latar masa dan masyarakat yang diwakilinya, sekali gus drama ini mencerminkan sosiobudaya masyarakat yang digambarkan oleh pengarang.

ELEMEN-ELEMEN DRAMA
Tema/Pemikiran: Tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti pati cerita. Persoalan pokok ini merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam skripnya Plot: Plot adalah struktur drama yang dibina melalui dialog dan aksi setiap watak. Dialog terbina melalui kata-kata atau bahasa

Latar: Latar dalam drama penting dijelaskan, tetapi perincian latar dalam drama adalah terhad. Ia hanya perlu untuk tujuan pementasan untuk menjelaskan tentang tempat dan masa, cukup untuk memberikan panduan kepada pembaca atau penonton Babak: Bahagian dalam drama yang menjelaskan peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat dan masa disebut babak. Pertukaran latar tempat dan masa membawa perubahan babak.

Adegan: Adegan merupakan pecahan dalam sesuatu babak yang menjelaskan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat tetapi pada masa yang berbeza.

GAYA BAHASA DRAMA


Drama terbina oleh dialog dan aksi. bahasa yang ringkas, padat dan mudah difahami supaya berkesan kepada penonton. Gaya bahasa yang baik dalam sesebuah drama akan memberikan latar zaman, masyarakat dan tempat. Dialek sesuatu daerah boleh digunakan oleh sesuatu watak untuk menghidupkan lagi perwatakannya, tetapi pastikan yang pembaca dan penonton dapat memahami dialek tersebut. Watak yang gagal mengucapkan dialog kuat, humor dan menarik akan sukar menarik perhatian penonton. Oleh itu, pemilihan diksi, ayat atau unsur bahasa penting dalam mengekalkan keinginan pembaca dan penonton sesebuah drama.

NOVEL

KONSEP NOVEL
Salah satu jenis kesusasteraan yang disampaikan dalam bentuk prosa cereka, punyai ruang dan waktu tertentu, pelaku-pelaku dalam novel dinamai watak dan mempunyai plot.

APA ITU NOVEL?


Novel merupakan kisah rekaan yang panjang serta ditulis dalam bentuk prosa serta memaparkan pengalaman hidup manusia sebagai sumber penulisan. Novel dapat berbentuk cerita rekaan (cereka) yang memaparkan peristiwa benar yang berlaku atau dialami oleh pelaku (watak) atau kisah khayalan yang ditulis secara kreatif dan menarik.

Novel biasanya lebih panjang daripada cerpen dan memerlukan latar, watak dan masa yang lebih panjang. Misalnya novel untuk bacaan remaja, mengandungi antara 25 000 hingga 40 000 perkataan, atau antara 120 hingga 299 halaman A4. Contoh : Novel Di Hadapan Pulau karya A.Samad Said (Teks Komsas Tingkatan 4) hanya setebal 134 halaman.

CIRI-CIRI NOVEL
Novel yang baik dan bermutu sewajarnya memperlihatkan ciri seperti : 1) tema 2) plot (urutan peristiwa) 3) subplot 4) teknik penceritaan 5) latar 6) gaya bahasa,

7) watak dan perwatakan 8) sudut pandangan untuk dihayati oleh pelajar dan pembaca.

TEMA NOVEL
Tema merupakan idea utama atau persoalan pokok yang mengawal karya sastera. Misalnya, tema peperangan, percintaan atau penyelewengan. Dalam novel Di Hadapan Pulau karya A.Samad Said, tema utama ialah kesan buruk yang timbul akibat peperangan melahirkan pelbagai persoalan lain seperti masalah sosial, ekonomi, dan politik.

PLOT (URUTAN PERISTIWA)


Plot ialah susunan peristiwa dalam novel atau cereka yang menunjukkan cara pengarang menyusun ceritanya. Peristiwa-peristiwa itu mungkin disusun secara tertib atau secara songsang, bergantung pada daya kreativiti dan kemahiran pengarang berkenaan. Dalam hal urutan peristiwa, pengarang kerap menyelitkan unsur ketegangan (suspens) untuk menimbulkan minat pembaca.

SUBPLOT
Subplot bermaksud plot sampingan atau plot tambahan kepada plot utama. Kebanyakan penulis novel menerapkan unsur ini dalam novel mereka untuk menjadikan cerita lebih menarik.

TEKNIK PENCERITAAN
Pengarang mungkin menggunakan teknik penulisan yang tertentu untuk menyampaikan ceritanya kepada khalayak pembaca. Teknik penceriataan yang biasa termasuklah teknik dialog, teknik monolog dalaman, teknik imbas kembali, teknik pemerian dan teknik laporan. Misalnya, Novel Di Hadapan Pulau karya A.Samad Said, memperlihatkan pelbagai teknik penceriataan.

LATAR
Latar ialah keterangan yang berkaitan dengan ruang, waktu, tempat, budaya dan terjadinya aksi dalam novel. Novel Terminal Tiga oleh Othman Puteh, misalnya menggunakan latar masa di antara tahun 1994 hingga 1995, di samping menggunakan latar negeri Sabah dan Kuala Lumpur (Semenanjung Malaysia) sebagai latar tempat penceritaan.

Namun begitu, latar tidak terbatas pada masyarakat manusia, sebaliknya terdapat pengarang yang menggunakan binatang sebagai latar penceritaan. Contohnya, Marwilis Haji Yusuf menggunakan masyarakat binatang seperti arnab dan pelanduk sebagai latar novelnya, Perlumbaan Kedua.

GAYA BAHASA
Gaya bahasa ialah susunan perkataan yang digunakan oleh pengarang untuk menyampaikan idea dan perasaan serta fikiran dan maksud dalam penulisannya. Pengarang yang bertanggungjawab memilih kosa kata (sejumlah perkataan) yang sesuai dengan keadaan dan penceritaan serta menggunakan perkataan pilihan dengan wajar dan berhati-hati.

Matlamat pengarang untuk menghasilkan karya yang guna kosa kata betul, mudah, tepat dan ringkas serta sopan, tidak bergaya bahasa Inggeris atau Arab yang keterlaluan. Pengarang novel juga kerap menggunakan bahasa harian atau dialek untuk mewujudkan kesan sebenar terhadap penceritaan watak-watak tertentu dalam novelnya. Misalnya, Shahnon Ahmad menerusi novelnya Ranjau Sepanjang Jalan, menggunakan banyak unsur dialek Kedah.

WATAK & PERWATAKAN


Watak bermaksud pelaku untuk menggerakkan cerita menerusi aksi dan dialog. Perwatakan pula, bermaksud teknik seseorang pengarang menggambarkan dan melukiskan sesuatu watak. Dalam novel, biasanya diperlihatkan watak yang banyak dan peristiwa yang pelbagai.

Watak-watak ini boleh dipanggil watak utama, watak sampingan, watak putih, watak hitam, watak pipih, watak bulat, watak dinamik atau statik. Maksudnya, dalam novel terdapat pelaku yang baik, jahat, yang mulanya jahat kemudian menjadi baik, yang bercampur sekejap baik atau sekejap jahat dan sebagainya.

SUDUT PANDANGAN
Sudut pandangan ialah cara pengarang mempersembah bahan cerita atau kedudukan pandangan pengarang dalam hal menggambarkan aksi atau perlakuan sesuatu watak dalam cerita. Dalam penulisan, pengarang mungkin menggunakan beberapa sudut pandangan untuk menggambarkan pemikiran dan tindak-tanduk watak. Misalnya, sudut pandangan objektif, sudut pandangan serba tahu dan sudut pandangan terhad.

NILAI MURNI & PENGAJARAN


Novel sarat dengan nilai murni dan pengajaran. Antara nilai murni dalam KBSM yang diserap dalam karya sastera ialah:

1) baik hati baik hati mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara ikhlas. 2) berdikari kebolehan dan kesanggupan untuk melakukan sesuatu kerja tanpa bergantung pada orang lain.

3) kasih sayang iaitu perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap sesuatu. 4) kebebasan boleh melakukan sesuatu tanpa batasan. Misalnya. Kebebasan di sisi undangundang dan kebebasan dalam sistem demokrasi.

JENIS NOVEL
1) Novel sosial ceritanya menyentuh perkara yang berkaitan dengan masyarakat yang memfokus pada beberapa persoalan seperti pendidikan, pergaulan, pendidikan dan ekonomi. contoh : Panas Salju (Talib Samat)

2) Novel kekeluargaan iaitu ceritanya menyentuh halhal yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan. contoh : Meniti Kaca (Raja Sabarudin Abdullah) 3) Novel sejarah ceritanya berdasarkan peristiwa sejarah yang benar-benar berlaku. contoh : Pahlawan Pasir Salak (Mohd Ismail Sarbini)

4) Novel satira iaitu ceritanya berbentuk sindiran menerusi penggunaan watak amnusia dan watak bukan manusia. contoh : Putera Gunung Tahan (Ishak Hj Muhammmad) 5) Novel pengembaraan ceritanya berkisar kepada pengembaraan watak. contoh : Aku Anak Timur (Siti Aminah Hj. Yusuf)

6) Novel biografi iaitu ceritanya mengenai riwayat tokoh tertentu dan penceriataannya dilakukan oleh orang lain yang disampaikan dalam bentuk kreatif. contoh : Kanang : Cerita Seorang Pahlawan (Maznan Noordin)

CERITA KANAKKANAK

You might also like