You are on page 1of 4

Program Angkasawan Negara Malaysia telah mula dirangka pada tahun 2006.

Matlamat utama program ini adalah untuk menghantar dua orang astronaut Malaysia ke angkasa lepas Menurut Kolonel Dr. Zulkifly Yusoff, Pengarah Angkasawan Negara, dua orang rakyat Malaysia yang dipilih nanti mestilah memenuhi beberapa kriteria. Antara kriteria tersebut termasuklah peserta yang dipilih perlu menjalani latihan selama dua tahun secara intensif di Rusia.

Sebanyak 3700 permohonan telah diterima tetapi hanya 30 orang yang layak untuk ditemu duga. Mereka yang terpilih untuk ditemu duga pula mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu seperti dapat menamatkan larian sejauh 3.5 kilometer dalam masa 20 minit, fasih bertutur bahasa Rusia, lulus ujian kecergasan dan menguasai bidang ilmu Astronomi dan Sains. Hal ini penting kerana mereka perlu menjalankan penyelidikan ketika berada di angkasa nanti. Selain itu, mereka juga turut diuji dari segi mental dan fizikal

Setelah Berjaya mengharungi segala cabaran, dua orang peserta dipilih untukmenjadi astronaut Malaysia, iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Dr. Faiz Khaleed. Dua astronaut ini, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Dr. Faiz Khaleedakan menjadi duta angkasa, menjelajah ke sekolah-sekolah apabila misi mereka berjaya untukmenyebarkan ilmu sains angkasa ke sekolah di seluruh negara. Pada 10 Oktober 2007, Angkasawan Malaysia yang pertama, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

telah diterbangkan menuju ke angkasa lepas . Beliau telah berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa dengan menaiki Soyuz TMA 11. Kejayaan beliau telah meransang minat generasi muda untuk mempelajari ilmu sains angkasa. Malah kejayaan beliau telah mengharumkan nama Malaysia sekaligus menjadikan negaa kita sebaris denagn negara-negara maju yang lain.

You might also like