You are on page 1of 11

KENALI ANGKASAWAN

NEGARA
LMCR 1582
TEKNOLOGI ANGKASA
BIODATA
NAMA: Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha.
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur.
TARIKH LAHIR: 27 Julai 1972.
BILANGAN ADIK-BERADIK: merupakan anak ke tiga daripada lima orang adik-beradik.
UMUR : 49 TAHUN (SEKARANG).
STATUS: Berkhawin.
NAMA ISTERI: Datin Dr. Halina Mohd. Yunos
BILANGAN ANAK: 2 Orang.
NAMA ANAK: Sophea Isabella dan Sophea Natasha.
PENDIDIKAN: Menamatkan pendidikan sekolah tinggi di Maktab Rendah Sains MARA Muar.
Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya melalui ijazah perubatan MBBS di Kolej Perubatan
Kasturba, Manipal, India.
PEKERJAAN SEBELUM: Doktor bedah ortopedik Malaysia.
PERJALANAN SEBELUM MENJADI
ANGKASAWAN
Kerajaan Malaysia telah mengadakan Program Angkasawan Malaysia bagi
memilih calon angkasawan yang sesuai. Seramai 11,275 orang calon telah
mendaftarkan diri dengan pelbagai kelayakan akademik, ketahanan fizikal,
emosi, dan mental. Mereka menjalani latihan terakhir di Kosmodrom Baikonur,
Kazakhstan. Muszaphar dikatakan ialah calon terakhir daripada yang memohon
program ini.[18]

Kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan kerajaan Russia. Peluang ini


sebahagian daripada pakej pembelian jet pejuang Rusia bernilai AS$1 bilion
(RM3.44 bilion).

Muszaphar dan tiga calon akhir yang lain dipilih pada awal tahun 2006
daripada Program Angkasawan Malaysia. Setelah selesai menjalani latihan di
Star City, Rusia, Sheikh Muszaphar dan Faiz Khaleed akhirnya dipilih untuk
menjalani latihan selama 18 bulan di Rusia. Akhirnya, beliau dipilih sebagai
calon utama Angkasawan Pertama Malaysia sementara Faiz Khaleed dijadikan
calon simpanan.
MISI ANGKASA
Beliau berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11
yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Beliau menyertai
program ini di bawah perjanjian bersama Russia menerusi program Angkasawan,
dan telah kembali ke Bumi bersama ahli-ahli Ekspedisi 15, Fyodor Yurchikhin dan
Oleg Kotov selepas sembilan hari berada di stesen berkenaan.

Misi selama 11 hari ini telah berjaya dijalankan dari 10 Oktober 2007 jam 9.21
malam waktu Malaysia dan selamat kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007 pada
jam 6.44 petang waktu Malaysia. Beliau merupakan orang Islam pertama yang
menjalani ibadah berpuasa dan meraikan Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas.

Semasa sidang akhbar NASA dengan ahli-ahli Ekspedisi 16 pada 23 Julai 2007,
Muszaphar menyatakan bahawa beliau berharap untuk membawa pelbagai kultur
sel hidupan untuk dipelajari semasa penerbangannya.
AKTIVITI
KEAGAMAAN
Sebagai seorang muslim,aktiviti ibadah juga dijalankan di angkasa lepas
seperti solat,berpuasa,menyambut hari raya dan ibadah lain. Majlis Fatwa
Kebangsaan Malaysia, telah menerbitkan satu buku panduan untuk Muslim
di angkasa lepas. Bukunya bertajuk perlaksanaan ibadah di stesen
antarabangsa yang mempunyai 18 muka surat. Ia menerangkan bagaimana
untuk mengenal pasti waktu solat, dan masalah yang melibatkan hal puasa.
Walau bagaimanapun, ''Berpuasa semasa perjalanan adalah tidak
diwajibkan. Maka, Sheikh Muszhapar dibolehkan untuk melakukan atau
tidak. Sekiranya dilakukan, waktu berpuasa adalah sama dengan waktu
tempatan di Baikonur dimana tempat kapsul dilancarkan.
Ketibaan syawal turut disambut dengan gembira oleh beliau
kerana bekalan seperti kuih, biskut dan sate dibekalkan bagi
dimakan bersama angkasawan yang ada di stesen angkasa
lepas. Hari Raya Aidilfitri pada 13 oktober 2007 disambut
dengan penuh bermakna walau jauh dari keluarga.

Rendang angkasa
PENCAPAIAN/
SUMBANGAN
1-Anak Malaysia pertama yang menerokai angkasa lepas. Berlepas ke angkasa
lepas dengan menggunakan Soyuz Russia bersama Komander Peggy Whitson
dari Amerika Syarikat dan Jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari Russia
dari tapak pelancar Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan, 10 oktober 2007.
2-Sumbangan dan pengalaman di angkasa lepas amat bererti dalam memberi
inspirasi dalam kalangan generasi muda Malaysia, terutamanya, untuk
mempastikan mereka ini adalah sentiasa berada pada tahap kesihatan yang
serba sempurna dan sepanjang masa.
3-Berjaya dalam ujian kelayakan melalui cabaran fizik dan mental seperti
mengharungi paya dan bermalam dalam “hutan” kelap sawit yang dipenuhi denan
ular pelbagai jenis dan berbisa di samping tidur bersama “mayat” rekaan (mock-up
corpses)
KEBERANGKATAN PULANG KE
BUMI.
Misi selama 10 hari, 21 jam dan 14 minit telah membenarkan
Sheikh Muszaphar Shukor selamat tiba di bumi dengan kapsul
kapal angkasa Soyuz TMA-10 atau lebih dikenali sebagai
Space Drop Zone, mendarat berdekatan bandar Arkylk,
Kazakhstan (yang terletak 500 kilometer dari bandar
Baikonur), petang 21 Oktober 2007. Pendaratan berlaku tepat
jam 2.37 petang waktu Kazakhstan atau 6.37 petang di
Malaysia selepas meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa
(ISS) pada jam 11.15 pagi (3.15 petang, Malaysia) untuk
perjalanan selama tiga jam 23 minit ke bumi.

Pendaratan kapsul tersasar kira-kira 420 kilometer dari lokasi


sasaran awal. Perjalanan kembali ke bumi telah mengambil
masa 3 jam 23 minit.
Sheikh muszaphar video journey to space
TERIMA KASIH.

You might also like