You are on page 1of 12

GURU DAN CABARAN SEMASA USAHA-USAHA MELINDUNGI KANAK-KANAK DAN KEPENTINGANNYA

DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 2 AMANINA ZAIDATINA BINTI ABU ZAKI NOORAINI BINTI CHE ISA NOR FARHANIS BINTI MOHD TURMIZI NURUL FARHANI BINTI AB. RAZAK XANDRIA OOI CHING YI

MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK


DEFINISI Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.
Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991, Setiap individu yang kurang daripada 18 tahun diketegorikan sebagai kanak-kanak

Melindungi hak kanak-kanak


Membela Memberi naungan Memelihara hak kanak-kanak

Kanak-kanak perlu dibimbing Badan-badan swasta menjaga kanak-kanak Sediakan rumah kebajikan untuk kanak-kanak yang terbiar dan teraniaya Menyayangi anak-anak

Kanak-kanak tidak boleh jadi buruh

ADVOKASI

(tindakan yang dirancang untuk menarik perhatian masyarakat)

Menerap dan memupuk kesedaran tentang pentingnya tanggungjawab melindungi kanak-kanak kepada semua lapisan masyarakat termasuk mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) dengan pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk sektor swasta dan organisasi masyarakat.
Memastikan kanak-kanak dan anggota masyarakat termasuk pengamal undang-undang, penuntut jurusan undang-undang, pendidik, pekerja sosial, doktor, anggota penguat kuasa (seperti pegawai polis dan imigresen), pemandu pengangkutan awam (seperti bas dan teksi) dan pengawal keselamatan diberi kefahaman mengenai hak kanak-kanak di bawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dengan fokus kepada aspek perlindungan.

Memastikan mereka yang berurusan secara langsung dengan kanak-kanak berupaya mengenal pasti dan seterusnya melaporkan kes-kes pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi. Menggalakkan penyediaan persekitaran yang sihat dan selamat untuk kanakkanak. Menggalakkan setiap organisasi mewujudkan dasar dan peraturan mengenai perlindungan kanak-kanak.

PENCEGAHAN
Mewujudkan mekanisme amaran awal dan mengukuhkan mekanisme perlindungan kanakkanak di peringkat nasional dan antarabangsa. Menyediakan pengetahuan asas kepada kanakkanak untuk membolehkan mereka melindungi diri daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi serta mengenal pasti keadaan yang berisiko kepada mereka. Mewujudkan sistem saringan, pengiktirafan dan latihan bagi mereka yang bekerja secara langsung dengan kanak-kanak.

KHIDMAT SOKONGAN
Memperluas dan meningkatkan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa, keluarga, pesalah dewasa, pesalah kanak-kanak dan komuniti setempat. Meningkat dan memperluaskan perkhidmatan perlindungan dan kesihatan kepada mangsa dan keluarga.

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN


Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai perlindungan kanak-kanak serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan

USAHA-USAHA LAIN
Meningkatkan penyertaan ahli masyarakat dalam aktiviti atau program pencegahan dan pemulihan dijalankan Pasukan Pelindung Kanakkanak dan Pusat Aktiviti Kanakkanak ditubuhkan pada peringkat negeri dan daerah Pasukan untuk Mengesan Penderaan Kanak-kanak dan Kanak-kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan di hospital-hospital daerah dan negeri

Akta Pusat Jagaan Kanak-kanak 1984 bertujuan memastikan standart minimum penjagaan kanak-kanak di pusat jagaan kanak-kanak telah dikaji semula untuk menetapkan penguatkuasaan yang lebih ketat dan meningkatkan kualiti penjagaan kanak-kanak

KEPENTINGAN MELINDUNGI KANAKKANAK


Kanak-kanak ialah harapan masa depan keluarga dan pewaris kegemilangan negara
Masa depan kanak-kanak menjadi sebahagian daripada komitmen kerajaan. Melindungi masa depan mereka adalah sejajar dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak

KEPENTINGAN MELINDUNGI KANAKKANAK


Membuktikan keprihatinan masyarakat tentang kebajikan masa hadapan dan kesejahteraan kanak-kanak

Semua orang dewasa menunjukkan komitmen mereka kepada kanakkanak yang bakal mewarisi negara ini

KEPENTINGAN MELINDUNGI KANAKKANAK


Setiap kanak-kanak berhak menjalani kehidupan yang sejahtera

kanak-kanak perlu disediakan perlu disediakan persekitaran yang mesra dan hak menikmati taraf kesihatan yang baik. Kanak-kanak diberi didikan dengan sistem nilai yang positif serta ilmu pengetahuan sejak usia muda.

You might also like